AFB Feeds

Showing posts with label Kg Gajah. Show all posts
Showing posts with label Kg Gajah. Show all posts

Tapi bukan Kampung Pandan, KL. Tapi Kampung Gajah, Perak. Baru sampai kampung. Selfie jap :-)...

Bestnya BALIK KAMPUNG!!!

Tapi bukan Kampung Pandan, KL. Tapi Kampung Gajah, Perak.



Baru sampai kampung. Selfie jap :-)


Teman balik kampung mak mertua semalam yob. Opah dah call, soh balik amik doyan. Doyan banyak kat kebun tu. Mak mertua & adik ipar pon ada, so amik dorang skali bawa balik gombak.


Bestnya dapat balik kampung smalam. Nak tido pon tak jadi tido sebab menikmati permandangan kampung yang nyaman dan indah. Tengok pokok2 buah kiri dan kanan jalan especially buah rambutan yang lebat dan bergayut2 tu. Ya! Allah...bestnya. Cuaca pon baik jer smalam.



Kenduri durian


Saat yang ditunggu2, mentedarah doyan uols. Siap ada pulut lagi tu. Dorang makan doyan ngan pulut macam tu jer. Tapi aku bedal durian jer smalam. Kenyang durian smalam. Puas makan.




Anak2 lah yang seronok. Kawasan lapang. Nampak jer ayam, dok kejar ayam. Si qhalif bukan main lagi dia. Budak tak pernah main pasir. Sekali dapat kawasan berpasir, bukan main excited lagi. Sian budak bandar ni kan...ahaksss...Aku biar jer lah. Biar dia explore. Janji tak masuk mulut. Main naik turun tangga...adoii...


Seronoknya kalau ada kampung. Untunglah uols yang masih ada kampung. Kampung ku kat N9 tu dah jadi semak samun. Dah lama tinggal. Tak tau bila nak bela balik tu.


Note: Chickenpox anak2 dah ok. Hari ni dah hantar nursery. Nasib tak nangis sebab dah lama tak gi nursery kan.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks