AFB Feeds

Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Ini lah masalah orang pompuan. Tau bawak kereta ngan tau isi minyak kereta jer. Benda lain memang t...

Perihal KERETA | Bila CHIP TRANSPONDER Tercicir

Ini lah masalah orang pompuan. Tau bawak kereta ngan tau isi minyak kereta jer. Benda lain memang tak tau. Isi angin tayar pon baru nak belajar. Tapi aku takut kalau nak isi angin tayar. Takut meletup. Ni kes tertengok video orang tu isi angin belon. Sekali meletup ngan dia skali. Aku tak tau lah viseo tipu atau betul Tu yang saiko sampai rasa seram jer nak isi angin. Jadinya kita tunggu en. bos yang tolong. Ok....sambung citer. Ni nak tanye pemandu² wanita. Tau tak transponder chip tu apa? Macam mana rupanya? Meh tengok nih. Sama² belajar.

Ini lah dia. Benda paling penting.

Kat dalam tu lah tempat dia duduk

Kisahnya. Semalam terbaca blog PB pasal kereta. Teringat kes aku yang masih belum up lagi citer ni kat blog. Biasalah...suma benda nak citer kan. Suka hari aku lah. Kejadian berlaku masa bulan puasa lepas. Nak gi PARAM (Pasar Ramadhan) beli lauk untuk berbuka. Minyak memang dah berkelip² minta di isi. Tapi aku budget lepas gi PARAM baru nak isi minyak.

Dah beli barang suma. Nak balik ke pangkal jalan lah ni. Nak bukak posa kan. Bila nak start enjin keta tak boleh. Dah sudah....ko dah kenapa keta. Banyak kali start pon tak boleh. Suma benda kat dashboard tu menyala. Aku ingatkan minyak dah habis langsung sebab kluar sign gambar minyak dalam teko tu. Tapi tak mungkin lah. Relax...pada hal dah cuak hokay. Try lagi skali start enjin....ppffttttt...tak boleh jugak. Nak buat macam mana nih? Qhalif masih kat nursery. Call en. bos, masuk voice mail plak. Call owner taska, tak jawab. Adoiiii...Call plak cikgu nursery. Minta tolong amik. Husband dia plak tak balik lagi. Time kecemasan macam ni boleh plak memasing tak dapat nak di hubungi. Dugaan...dugaan dibulan puasa.

Pastu pesan kat cikgu nursery kalau en. bos datang amik qhalis ker kan, soh bagitau yg ibu qhalif ni dah tersadai sebab keta tak boleh start. Aku dah tak tau nak buat apa. Dengan muka selamba dan tak tau malu, aku paggil beberapa orang brader untuk tengok² kan keta. Memasing check. Suma ok. Enjin pon ok. Dorang pon tak tau apa puncanya. Tak per lah. Di sudahi ucapan terima kasih lah buat mereka. Siap tanya dok mana nak tolong hantarkan. Tak per...tak per...

Kebetulan banyak kedai keta area situ. Konon nak minta tengokkan keta. Huurrmmmm...memasing ke busy an. Nak raya masa tu. Banyak keta yang nak di service. Tak per lah. Tak lama lepas tu cikgu nursery call. En. bos on the way kat tempat aku tersadai ni. Nasib lah dia balik awal. Lega rasanya sebab penyelamat dah sampai.

Dia check². Tak der apa masalah pon. Mungkin minyak habis kot. Pergi lah beli minyak. Isi dalam botol. Nak menuang sikit punya susah. Pakai botol kan. Dah isi minyak pon masih tak boleh start. Mulalah bertukar jadi Detective Conan kan. Cari punca masalah. Dibeleknya kunci. Ok...dah dapat puncanya. Rupanya Chip Transponder dalam remote alarm keta ni dah tercicir. Jadinya...Detective conan mula mencari. Jumpa pon. Tercicir dalam keta..pphewwwww...Macam mana boleh tercicir? Meh tengok rupa kunci keta:


Ko tengok tu. Ber sellotape kunci tu.  Orang ganas memang macam ni. Sampai terbelah kepala kunci tu. Asal nya memang terbuka masa sebelum kejadian tu. Tak tau plak chip tu tercicir. Nasib baik tercicir dalam kereta. Buatnya tercicir atas jalan raya? Mau kena towing keta tu.

Sila amik perhatian yerp. Kalau kunci keta uols dah jadi macam kunci keta aku nih. Pastikan isi dalam nya cukup. Pastikan cip 'IMMOBILIZER' tidak tertanggal atau hilang. Sebab kalau hilang, anda tidak akan dapat menghidupkan enjin kereta. Apa itu IMMOBILIZER?


Immobilizer Keys adalah sebuah sistem manajemen mesin di dalam ECU(Electronic Control Unit/komputer yang mengatur system mobil) yang dapat mengenali singnal yang dikirimkan dari kunci. Hal ini melibatkan penempatan sebuah microchip di kepala kuncinya, dimana chip tersebut adalah sebuah transmitter dan receiver mini. Apabila sinyal tidak dikenali, maka ECU tidak mengirimkan arus sehingga mesin tidak dapat dinyalakan.

Sumber: [SINI] dan [SINI] *bahasa indon sebab aku tak jumpa dalam website BM ☺

Itu lah kisahnya. Pengalaman aku dan kereta. Panjang berjela plak. Next time kalau keta tak boleh start, check apa masalahnya. Kalau semua ok, cuba tengok transponder chip tu. Mungkin rosak atau tercicir. 

Note: Banyak gak perihal yg berlaku antara aku dengan kereta nih. 


Mana tak selekehnya. Meninggalkan kesan gam² yang melekar dan susah nak tanggal tu. Puas aku ten...

Sticker Road Tax | Buat Cermin Kereta jadi Selekeh!!!


Mana tak selekehnya. Meninggalkan kesan gam² yang melekar dan susah nak tanggal tu. Puas aku tenyeh. Tapi tak nak tanggal gak. Dah lah nak kena mengopek satu². Macam dalam gambar  ni lah. Stress haku sampai sakit ibu jari dok mengopek.


Ini lah hasilnya selepas habis suma dikopek. Masih nampak lagi kesannya. Dah malas aku nak menyental. Dengan air sabun tak jalan. Sental dengan baby oil pon tak jalan gak. Ingatkan bila dah berjemur tengah² panas tu gam akan mencair dan senang nak menyental. Hurmmmm...tak der maknanya. Jadinya...kita tampal jer lah. Tapi kaedah menampal kalil ni aku ikut kaedah yang senang untuk masa akan datang bila nak tukar road tax nanti.


Lebih kurang macam ni lah aku buat tadi. Tapi lagi detail sket. Biar nampak kemas. Orang pompuan dan kekemasan kan tak dapat dipisahkan. Ok...ni ada tips macam mana nak tanggalkan road tax dengan mudah.


Cara pertama:

Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:

Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke nak bagi gam dia cair dulu agaknya. Lepas tu, dengan berhati² bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya

Tips nak hilangkan sisa gam Road Tax lama


Cara mudah. Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya. Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.

Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)


kalau cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)


kalau cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo. Pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer.. Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover. Yang ni power, cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah.

Aku jumpa tips² ni pon sebab nak cari petua macam mana nak tanggalkan kesan pelekat keta ni lah. Boleh refer [SINI] untuk lebih lanjut. Ada ditunjukkan skali cara² macam mana nak lekat road tax keta nih.

Note: Selamat dah tampal road tax baru. Dekat 2 minggu tak tampal.





Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah ja...

Bateri Kereta Kong!!!



Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...Ni gara² bateri kereta kong Jumaat aritu. Terpaksa menolak keta ko. Gagah tak aku. Boleh tolak keta tu. SUPERMOM kan. Tipu jer. Tolak beramai² dan yang menolaknya semuanya WANITA. Haaa...silalah bayangakan macam mana wanita² ayu menolak keta dengan berbaju kurung. Haippp...gelak lah tu.

Sebelum ni memang dah rasa macam susah nak start enjin. Tapi buat don't know jer lah kan. Sekali masa jumaat aritu, elok jer amik anak². Nak gerak ballik umah lah ni. Kereta tak boleh start. Bila start jer kluar menatang merah lambang bateri tu. Banyak kali start...pon tak boleh. Nasib owner taska, kak sya and the gang ada lagi. Dia cakap bateri kong ni. Nasib lah bateri kong kat depan nursery. Buatnya kong kat tengah jalan? Mau nangis dibuatnya.

Keta plak makan jalan sket. Terpaksalah menolak menggunakan kuasa ultraman wanita. Ringan jer keta proton tu ko rupanya. Aku kawal steering, yang lain tukang tolak. Nak gelak pon ada. Nasib masa tu maghrib. Hari dah gelap dan orang suma dah berkurung dalam umah. Owner taska tolong hantar balik. Mekasih kak sya. 

Kereta parking kat nursery. Malam tu hubby datang bawak bateri baru. Sekali...boleh plak start enjin. Main² plak ko yer keta. Tapi memang dah kena tukar bateri pon. Itu dia dah bagi warning gamaknya. Dah 4 tahun usia bateri tu. 

Note: Banyak benda pasal kena nak kena amik tahu. 



Nampak tak? Selamba jer kan tinggalkan kunci dalam kereta. Ini dah boleh mengundang pencuri ber...

KUNCI Kereta di dalam KERETA???



Nampak tak? Selamba jer kan tinggalkan kunci dalam kereta. Ini dah boleh mengundang pencuri bersorak kegembiraan sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri kereta. Kalau parking kat tempat yang mesra pencuri, mungkin keta ni dah selamat kot. Ni pon nasib parking kat office jer.

Kisah nya pagi ni. Kesiangan. Tak sedar langsung bunyi jam. Bila dah lewat tu biasalah kan. Sumanya jadi kelam kabut. Sampai jer parking office, trus ingatan hilang buat seketika...muahahaha...Masa on the way nak masuk office tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena...ada benda yang aku tak amik. Tapi rasanya suma dah amik. Bila letak jer barang, baru perasan yang kunci keta tak ada. Hurmmmmm...sahlah...aku lupa cabut kunci keta. Berlalu macam tu jer kan.

Ini bukan kali pertama hokey. Ini adalah kali kedua. Yang pertama dulu lagi teruk. Dah balik baru aku sedar kunci tertinggal dalam kereta. Elok jer tergantung dengan kunci kereta tak pulas habis. Alhamdulillah lah tak jadi apa² kan. Selamat kereta aku suami aku.

Note: Jangan lah careless lagi lepas nih. Bila anak dah bertambah ni, makin menjadi² penyakit lupanya...haishhhhh...


Salam semua. Kejap jer dah masuk bulan september kan. Apa yang menarik bukan sepetmber ni yer? Hhmm...

SAGA sepet sebelah


Salam semua. Kejap jer dah masuk bulan september kan. Apa yang menarik bukan sepetmber ni yer? Hhmmmmmm...birthday anak dara ku itu. Owh...nak masuk 2 tahun dah umur kamu yer nak.


Ok...berbalik kepada tajuk. SAGA sepet sebelah...keta SAGA yg accident aritu lah. Si dia cakap dah macam SAGA mata sepet. Bila di ingat² kan balik...memang sedih tak hingat lah kan. Tapi benda dah nak jadi, let bygones be bygones sudah.

Semalam hari cuti berjemaah. Sebabnya nak hantar SAGA sepet tu ke bengkel. Nak touch up balik kasi cun. Heboh bebudak kat office nih bertanya...kenapa, bila, bagaimana...bla..bla...SAGA sepet jadi perhatian uols. Pergi beraya pon orang dok bertanya. Malu mak uols sebab mak yang menyebabkan keta SAGA tu jadi macam tu.


Dari tengah hari sampailah petang, SAGA sepet sebelah dah tak sepet lagi. Tapi mata mak yang sepet uols bila nengok baki account dah susut. Owh my money. Duit terbang dengan pelbagai gaya bebas...bak kata pn.amirah kita *pinjam ayat ko yer nok*. Lepas tu kan, kesan ketuk tu masih belum di cat lagi. Tak der lah banyak sangat. Buat step by step. Tapi tak per...duit boleh di cari kan. Alhamdulillah...duit hasil blogging pon dah on the way. Boleh cover sikit². Gaji pon lambat lagi nih...alahaiiiii...Nampak gaya nya ada yang kena bawak bekal gi office nih...muahahaha...

Tapi kan, rasa fobia tu masih ada lagi lah. Mudah sangat terkejut bila ada keta berdesup laju kat sebelah. Hi! lah fobia...pegilah kau jauh².

Note: Sedap mata memandang bila keta dah ok...tak kemek lagi. Kalau tak tu, tak sanggup nak pandang.




Kemek...sedihnya nengok :-( Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulil...

Dugaan lagi...ACCIDENT Petang semalam


Kemek...sedihnya nengok :-(

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.

Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.

Myvi yang cedera

Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.

Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.

Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...

Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.



Google pic. Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time al...

Tayar Kereta Menggelembung @ Benjol


Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga bley jadi menggelembung @ benjol. 1st time alami situasi macam nih. Bulan lepas nya citer. Dalam perjalanan nak balik umah, masa tengah drive tu rasa macam tak selesa. Steering asyik² nak ke kanan jer. Pastu rasa perjalanan tu tak lancar...macam tersangkut². Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pon ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba press minyak nak try bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah² memang ada yang tak kena lah ni.

Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawak kereta memang slow tahap cipan. Bawak pon kat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat² sampai kat umah. Bila sampai kat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak der plak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sgt² sebab selamat gak sampai.

Esok nya si dia bawak keta gi bengkel, rupa² nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yg tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:

Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?

Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.

Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?

Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.

Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?

Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.

Apa penyelesaiannya?

Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.

TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN

Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:

Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
  • Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
  • Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam kebakaran.
Source: SINI dan SINI

    Ntah macam mana tetiba bley teringat nak check lesen memandu bila tamat tempoh nya. Rupa²nya...har...

    Lesen Memandu tamat tempoh...macam mana boleh tak perasan nih.

    Ntah macam mana tetiba bley teringat nak check lesen memandu bila tamat tempoh nya.


    Rupa²nya...hari nih tamatnya...huhuhuhuhu...macam mana nak gi kerja esok nih. Bley ker memandu dengan lesen kereta yang dah tamat tempoh? Uuuwwaaaaaa...kalau nak renew pon esok baru bley.

    Teringat member blog aku yang sorang nih, lesen keta hilang tapi selamber jer memandu. Ely...ko dah renew lesen memandu ko yang hilang tu ker?

    Kang klo aku drive tanpa lesen, tetiba abg polis tahan, tak ker bala tu.

    Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci p...

    Careless - Kunci Kereta tertinggal dalam Kereta


    Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.

    Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.

    Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.

    Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Dri...

    Driving for the 1st time, pengalaman anda?


    Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Driver. Iyerlah...baru dapat lesen P, pastu memandu kat highway, mesti ada rasa kecut sket kan. Klo memang dah biasa drive tu ok lagi lah.

    Aku nama jer ada lesen, tapi setakat buat perhiasan jer kat dalam wallet ni. Selama 6 tahun aku ada lesen ni, tak pernah secara rasminya aku memandu. Pastu renew tiap² tahun, memandu keretanya tidak...ahaks...Kereta sendiri tak ada, nak pakai kereta adik bradik plak, takut calar balar. Pendam jerlah hasrat nak memandu tu. Bila dah lama² tu dah rasa macam tak confident nak memandu. Takut plak rasanya. Bila dah kawin & ada anak ni, hubby soh belajar drive. Barulah terhegeh² nak belajar memandu balik.

    Hajat di hati nak gi driving school, amik 3-4 jam ker, nak bagi confident tu datang balik, tapi hubby cakap dia bley ajar, ok lah. Haaa...amik ko, garangnya nak mampus, mengalahkan cikgu skolah memandu gamaknya ☺☺☺. Dari berani drive jadi takut nak drive, ketaq lutut jadinya sbb takut salah. Kalau kereta Automatik ok lah, kereta aku ni kereta Manual. Tersangatlah mencabar bagi pompuan macam aku nih. Dari tahun lepas lagi hubby dah start ajar, barulah sekarang aku dah bley drive sendiri with hubby's supervision, tapi setakat area rumah sajork, luar kawasan belum try lagi...wakakaka...

    Kisahnya...sabtu lepas. Nak beli sarapan, niat di hati dak drive, tapi hubby kerja. Rasa mcm tak confident klo hubby tak der. Tapi hati ni dah membuak² nak drive. Arrgghhhh...drive ajer lah kan, takkan nak tunggu hubby ada baru nak drive, sampai bila nak drive with hubby's supervision. Finally...berjaya gak, itu baru pergi beli sarapan, balik dari beli sarapan plak. Aku dah menggelabah masa nak kluar simpang 3. Kereta banyak lalu lalang, nak cucuk sket² takut, pastu kereta kat belakang dah berderet², siap hon² plak, memang tak sabo btul pemandu lelaki ni. Aku lagilah jadi kelam kabut + menggelabah. Trus dorang potong kereta aku, lantaklah...janji aku selamat. Dekat 4 minit gak lah kat simpang tu, akhirnya aku sampai rumah dengan jayanya (^_^).

    Kesimpulan & pengajaran utk aku, silalah jgn menggelabah & kelam kabut yer fiza. Kena yakin. Bawak bertenang. Lantaklah org nak hon ker apa ker, janji jln ko betul, biar lambat asal selamat (^_^)

    Aku jelous betul tgk org pompuan yg boleh memandu nih. Pastu expert plak pasal jalan² . Nak gi memana pon senang. Apsal lah aku tak bley jadi mcm tu.


    Apalah yang retak tu? Yang pasti bukan rumahtangga yer kalians. Hhmmm...macam2 dugaan betul. Dari j...

    Retak menanti Pecah


    Apalah yang retak tu? Yang pasti bukan rumahtangga yer kalians. Hhmmm...macam2 dugaan betul. Dari jual kereta..tunggu loan kereta approved..sampailah dah dapat kereta, ada jer musibah yang menimpa. Nak tahu apa?

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    Ini lah dia...retak menanti pecah. Cermin kereta belah driver retak. Hubby call petang smalam, dengan intonasi yang menyirap bagitau yang cermin kereta ratak, saya yang mendengar pon terus tersirap lagi terkejut. Dari apa yang di beritahu, nampak macam kena ketuk (saya tak sempat nak tengok sbb smalam hujan), Macam2 spekulasi. Kami parking kat tepi jalan (bukan jalan besar) sebab parking kat umah penuh, so..no choice lah. Takkan sebab cuaca panas cermin bley retak, lagipon cermin keta tu tak di tutup sepenuhnya. Selama ni parking tak der apa2 pon, kereta lain pon banyak gak parking kat situ. Ntahlah...kena keluar duit lagi.

    Tada.... Inilah kereta yang dinanti2kan. Proton SAGA BLM. Aku punya kaler Hitam. Hanya ini yang kami...

    Our New Ride

    Tada....
    Inilah kereta yang dinanti2kan. Proton SAGA BLM. Aku punya kaler Hitam. Hanya ini yang kami mampu buat masa ni. Bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Allah bagi.

    Kalau ada budget lebih sket, bley buat macam ni plak. Cantik kan. Hahahaha...berangan sudah, ada ker duit fiza ooiii...lambat lagi lah klo nak modify macam ni :-). Duit yang ada pon cukup2 makan jer.

    Boleh ker aku drive ni? Dah lama sangat tak memandu, tahap keyakinan diri pon dah zero. Renew lesen every year, tapi memandunya tidak. Hubby memang nak soh aku drive skang, dia dah bowing hantar aku gi kerja hari2 :-), besides nanti nak pindah rumah senang sket klo aku dah bley memandu, especially nak gi keja & hantar Iman gi nursery. Hua..ha..ha...panjanglah langkah ku lepas ni

    Alhamdulillah...selesai sudah urusan kereta. Selepas mendapat keputusan yang menyakitkan hati dari bank2 lain, akhirnya kami terima juga off...

    Perihal Kereta lagi....

    Alhamdulillah...selesai sudah urusan kereta. Selepas mendapat keputusan yang menyakitkan hati dari bank2 lain, akhirnya kami terima juga offer dari AM BANK. Walaupon terpaksa top-up duit (pokai sudah) sebab tak dapat full loan, at least sudi juga AM Bank bagi pinjaman kat kami, daripada bank2 lain tu, langsung tak bagi peluang.

    Insya'allah, minggu ni dapatlah kereta. yeayyyy...dengan ini berakhirlah sudah episod patah kaki kami sekeluarga gara2 tak ada keta...muahh..ha..haaa :-)

    Saat N3 ini di tulis, emosi aku bercampur baur, marah...geram...terkilan...sedih, suma ada. Bayangkanlah dari end of April apply loan, until...

    Car Loan...Susah sangat ker nak lulus?

    Saat N3 ini di tulis, emosi aku bercampur baur, marah...geram...terkilan...sedih, suma ada. Bayangkanlah dari end of April apply loan, until now....satu pon tak lepas lagi. Klo yg lepas pon tak bley bagi full loan. Mana nak cekau duit? Skang tgh tunggu keputusan dari 3 Bank. Apsal susah sangat nak lepas? Adakah sebab 'zero' down payment? Atau sebab unstable economic maka pihak bank berhati2 dalam nak approvekan loan? Atau sebab nama hubby tak clear lagi dlm system even keta lama dah habis bayar? tapi kami dah tunjuk receipt untuk membuktikan dah tak der hutang lagi. Gggrrrrr....

    Sejak tak der keta ni segala aktiviti terbatas, patah kaki di buatnya. Setakat gi jenjalan yg dekat2 ni ok lagi lah naik motor, klo yg jauh2, nak naik motor gak ker? Kesian kat Iman....gi memana naik motor jer, berpanas..berhujan. Kalau nak balik umah PIL pon harapkan belas ihsan BIL & FIL datang amik. Yerlah...klo atuk dah rindukan cucunya, mesti sanggup datang kan. Dahlah skang musim orang kawen, gathering lagi. Huhuhuhu.....Tak dapek den nak po'ei. Sapa ada keta lebih? nak pinjammm :-)

    Alhamdulillah....akhirnya kereta hubby iaitu En. Perdana telah selamat di jual pada bulan lepas bers...

    3 Beranak yang Merempit buat Sementara...Vrommm...Vrommmm

    Alhamdulillah....akhirnya kereta hubby iaitu En. Perdana telah selamat di jual pada bulan lepas bersamaan dengan 27 March 2009 setelah di iklankan didalam MUDAH.COM. Dengan ini, kami 3 beranak terpaksalah merempit buat sementara, sambil menunggu loan utk kereta baru lulus...ngeh...ngeh...ngeh...kereta apakah ittew? Doa2 kan lah loan kami tu lulus yer, amin....

    Banyak kenangan kami ngan En. Perdana ni. Ada manis dan pahit. Yang manisnya...dengan En. Perdana ni lah dah merata kami pergi, meredah jalan yang kekadang sesak dan kekadang lengang, meredah semak-samun, lumpur dll. Tapi yang pahitnya, dengan En. Perdana nilah duit kami banyak di habiskan untuk kesihatan En. Perdana, sampai satu tahap yang tidak dapat di selamatkan hingga En. Perdana terpaksa di 'Towing' di sebabkan kesihatannya yang begitu tenat dan juga telah menaikkan temperature hubby sebab duitnya banyak habis, tempiasnya kena kat aku gak sebab terpaksa meminjamkan duit ku untuk membaik pulih kesihatan En. Perdana.

    Setelah berfikir panjang dan meminta pendapat dengan orang yang lebih arif, feed backnya.....ramai suruh jual daripada duit habis pokai baiki kete sajork. Sebelum En. Perdana di jual, kami telah memastikan En. Perdana berada dalam keadaan yang sangat baik, tip top lah org kata, tayar pon baru tukar. Tak baik tau jual kereta yang tak sihat kat orang...buat inaya orang jer.

    Aku tau, hubby berat nak lepaskan En. Perdana dia ni, sayang katanya (lebih syg kat keta dari istri:( ). Hubby ku demam seminggu lepas En. Perdana diserahkan kepada tuannya yang baru. Kebetulan nak demam kot, ker rindu dendam kat En. Perdana? Dah dekat sebulan gak kami merempit. Kesian kat anakku lah. Bila nak merempit kemana2 jer hujan turun, kan musim hujan tak menentu skang ni.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Shoplinks