Showing posts with label Kerepek Ngaku. Show all posts
Showing posts with label Kerepek Ngaku. Show all posts

Bukan Me 'NGAKU' apa yer. Tapi buah NGAKU atau dalam bahasa inggerisnya ARROW HEAD . Ada yang tak pernah dengar dan kenal denga b...

1st Time Me 'NGAKU'


Bukan Me 'NGAKU' apa yer. Tapi buah NGAKU atau dalam bahasa inggerisnya ARROW HEAD. Ada yang tak pernah dengar dan kenal denga buah NGAKU ni ker? Meh nak tunjuk sket.


Ha...ni lah dia buah Ngaku @ Arrow Head. Muncul setiap kali musim perayaan Chinese New Year. Sedap di buat kerepek. Sebelum² ni asyik baca member² update pasal buah ngaku ni yang di buat kerepek. Kebetulan masa gi Econsave, terjumpa plak buah ngaku ni. Apalagi kan, beli lah sket sekadar nak mencuba. Betul ke sedap. Esoknya tu gigih aku mengupas buah ngaku ni. Tempat sagat plak tak der, jadinya bertabahlah aku hiris nipis² ko. Dah hasilnya:


Tadaaaaaa...Kerepek ngaku ku menjadi. Pandai mak buat kepek noks...ahaks...

"Rangup setiap kali, Kerepek Ngaku, 
Hidang petang pagi, Kerepek Ngaku"

Ewaahhhhh...suka suki tukar lirik yer. Marah plak owner keropok Mony nanti kang...muahahaha...Memang sedap wei. Lemak berkrim. Nyesal plak beli sket. Iyer lah, nak mencuba kekononnya. Memang layan makan. Baru jer angkat dari kuali, dah habis kena bedal ngan anak dan suami. Asal angkat jer habis. Menggoreng dengan penuh kasih sayang khennn...hehehe...

Ni nanti nak membeli lagi buah Ngaku. Pada yang belum pernah cuba tu, cuba lah. Memang sedap. Tips masa nak menyagat tu, Hujung buah Ngaku yg bertangkai tu jangan dipotong. Senang nak pegang masa menyagat nanti. 

Note: Tanjat gegirl pagi ni bila dapat email dari??? Apakah??? ☺☺





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...