Showing posts with label Kempen #BebasPlastik. Show all posts
Showing posts with label Kempen #BebasPlastik. Show all posts

Assalamualaikum... Sunyi sepi blog ni. Maklumlah, awal tahun kan. Uruskan anak-anak sekolah. Banyak nak citer ni. Tapi aku mulakan entry p...

Kempen #BebasPlastik


Assalamualaikum... Sunyi sepi blog ni. Maklumlah, awal tahun kan. Uruskan anak-anak sekolah. Banyak nak citer ni. Tapi aku mulakan entry pertama tahun 2017 ni mengenai kemben #BebasPlastik dulu yer. Kalau nak ikutkan, kempen bebas bag plastik ni dah lama di lancarkan. Tapi setiap hari sabtu di semua pasaraya kan. Masa memula kempen ni dulu, kecoh jugaklah bila pasaraya kenakan charge untuk bag plastik. Salah siapa? Tak kan kau tak tahu setiap sabtu hari bebas bag plaatik. Kalau nak plastik jugak, nak tak nak kena lah bayar. Tak pon boleh jer kau beli bag yang memang pasaraya ada jual kalau korang tak bawak bag.



Ni nak bagitau. Negeri Selangor dah kuatkuasakan kempen #BebasPlastik bermula 1 January 2017. Kempen ni bukan setiap sabtu jer tau. Tapi setiap hari. Aku gi Mydin weekend hari tu pon dorang dah letak notis kat kaunter. Kalau nak bag plastik jugak korang kena bayar harga bag plastik tu.

Penggunan polisterin pon sama jugak. No wonder lah masa aku tapau lunch last week dah tak der polisterin. Tapi ganti dengan bekas lain. Tapi kan, lagi bagus kita bawak tupperware sendiri kan. Aku pernah nampak satu chinese lady ni bawak bekal kosong untuk tapau makanan. Nak buat macam ni jugaklah

Kalau orang-orang dari luar kawasan yang nak shopping kat Selangor ni, sila ambil tahu yerp. Bawak bag siap-siap. Jangan buat blur pulak kalau cashier cakap kena bayar kalau nak bag plastik. Smoga kempen #BebasPlastik ni diterima baik oleh semua masyarakat. 

Note: Peringatan untuk diri sendiri jugak ni ☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...