Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label KIW. Show all posts
Showing posts with label KIW. Show all posts

BEE HOON GORENG WITH   ZESPRI® GREEN &   ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah mas...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 2

BEE HOON GORENG WITH ZESPRI® GREEN & ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT

Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang kedua. Untuk cabaran kali ni, kita main masak² lah plak. Tak susah pon buat bee hoon goreng kan. Sekejap jer pon penyediaannya. Nak buat untuk breakfast pon boleh. Nak buat untuk dinner pon ok.


Tapi ini saya buat untuk breakfast. Nampak pelik kan bila buah kiwi dicampur dalam masakan. Belum cuba belum tahu kan. Bila dah cuba, baru tahu ianya sesuai untuk dicampur dalam masakan seperti mee hoon goreng yang saya buat ni. Tak percaya? Meh tengok:


Rasanya memang sedap. Bila makan terasa crunchy dari biji² kiwi tu. Masa tengah masak tetiba terfikir, why not kalau cuba campur dengan buah kiwi. Hurmmmm...memandangkan kombinasi rasa Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit yang manis, masam dan sedikit juicy, secara tak langsung ianya dapat mengurangkan  pengunaan sos cili dan sos tomato. Rasa asli dari buah katakan. Dah macam chef lah plak...hehehe...


Nak letak juga resipi. Bahan² tu ikut kesukaan. Kebetulan bahan tu jer yg ada kat umah. Cara  nak masak pon nak kena ajar ker? Hehehe...macam biasa, tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh. Dah masak letak fishcake, kicap, sos tomato dan sos cili sket. Jgn letak banyak sebab nak letak buah kiwi. Dah sebati bahan² baru letak Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Pastu baru letak bee hoon. Kacau² kasi rata bee hoon dengan bahan tumisan. Dah siap. Taburkan jer daun sup atas mee hoon goreng tu.

Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit ni? Khasiatnya cukup tinggi. Untuk Zespri® Green Kiwifruit, ianya mengandungi dua kali ganda vitamin C seperti oren. Ia juga tinggi dalam mineral, vitamin, secara semula jadi rendah dalam natrium , lemak dan mempunyai IG yang rendah (Indeks Glisemik). Zespri® SunGold Kiwifruit ni pula penuh dengan lebih 20 vitamin dan mineral lebih daripada hampir semua buah-buahan yang sama. Ia mempunyai tahap yang sangat tinggi antioksidan Vitamin C (tiga kali ganda lebih daripada oren) dan Vitamin E (tujuh kali lebih daripada epal dan oren) dalam buah.  

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Banyak lagi khasiat² kiwi yang akan saya kongsikan. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut.

Pada yang terlepas semalam, ini link Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge - DAY 1 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...