AFB Feeds

Showing posts with label Jadual Money Saving Challenge. Show all posts
Showing posts with label Jadual Money Saving Challenge. Show all posts

Dah masuk hujung tahun ni, makin lesu pulak aku nak update blog. Citer banyak tapi idea nak mengara...

Jadual Money Saving Challenge!!

Dah masuk hujung tahun ni, makin lesu pulak aku nak update blog. Citer banyak tapi idea nak mengarang tu tak muncul. Ditambah pulak kerja yang banyak. Makin bertambah malas jadinya. Nak blogwalking apatah lagi kan. Sorry lah kalau dah lama tak tinggalkan jejak. Ok... Aku tak nak citer pasal malas-malas nih. Dah nak masuk tahun baru pon kan. Azam tahun ni yang tak tercapai, kau bawak jer lah masuk untuk tahun baru nanti. Dah bertahun-tahun kot azam nak menabung, tapi hampeh. belum cukup sebulan kau dah korek duit tabung, acaner tu? Cenggini nak menabung untuk setahun? Sebulan pon tak lepas pija oiiii!!!


Ok... Aku harap azam tahun baru aku yang nak menabung ni tercapailah hendaknya. Aku dah start buat tabung pon dan dah start menabung. Harap-harapnya aku istiqomah lah yerp. Nak cabar diri sendiri jugak ni. Haritu ada buat tabung duit hijau. Tapi tu lah... Iman tak kuat kan. Sikit-sikit korek tabung. Sekali habis. Hamek kau. Ni aku nak sharing jadual money saving dengan korang. Mana tau ada yang terlepas pandang dan masih  mencari-cari jadual nya.

Ni untuk simpana selama setahun mengikut minggu. Sumber [SINI]

Simpanan 6-7 bulan mengikut minggu. Sumber [SINI]

Simpanan untuk 12 bulan. Sumber [SINI]

Kalau korang nak ajar anak-anak menabung, ini jadual simpanan untuk seminggu. Sumber [SINI]

Menarik sangat kan. Korang boleh pilih nak jadual yang mana. Kretif dan rajin sangat orang yang buat jadual ni. Mesti dia seorang yang gigih menabung kan... hehehe... Terima kasih untuk jadual ni [Fendi Endy]. Dah... silalah save dan print terus. Nanti lupa pulak. 

Selamat menabung uolls. Iolls dah start semalam. Smoga kita istiqomah nak tambah duit poket dan simpanan. Boleh buat top up untuk belanja sekolah anak untuk hujung tahun. Boleh jugak buat budget cuti-cuti melaysia ker kan. 

Note: Next week back to normal routine :-(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks