Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Instant Shawl. Show all posts
Showing posts with label Instant Shawl. Show all posts

Macam² jenis tudung yang ada dalam pasaran skang ni. Tudung bawal, tudung awning, selendang dan macam² lagi lah. Material pon ada berma...

PRODUK REVIEW | INSTANT SHAWL BY FIDAFISS


Macam² jenis tudung yang ada dalam pasaran skang ni. Tudung bawal, tudung awning, selendang dan macam² lagi lah. Material pon ada bermacam² jenis jugak. Pilih jer nak tudung yang macam mana dan apa jenis materialnya. Dari yang murah sampai lah yang mahal/ Pilihan di tangan sendiri kan.

Macam saya yang #makbanyakanak ni, tudung instant menjadi pilihan. Tak payah nak lilit² bagai. Terus sarung jer. Jimat masa dan jimat tenaga sebab tak payah memikir macam mana nak lilit tudung. Iyerlah…kita orang pompuan ni urusan rumahtangga suma buat sendiri. Especially kalau nak keluar berjalan. Mana nak mandi kan anak. Nak siapkan anak dan nak siapkan diri sendiri jugak. Begitu jugak lah pepagi kalau nak gi kerja. Kelam kabut dengan nak siapkan breakfast dan juga anak².

Dengan tudung instant shawl yang mudah nak pakai ni memang menyelamatkan keadaan lah. Erkkkk…panjang plak mukadimahnya yerp….hehehe…Bukan apa, ni nak share dengan uolls ni. Yang masih tercari² tudung instant shawl yang cantik, menarik, tertarik dan da’ bom. Boleh survey² tudung dari FIDAFISS ni. Barang baik kena hebah² kan.

Banyak koleksi tudung dari FIDAFISS ni. Dibahagikan kepada 3 jenis iaiti EXQUISITE, BASIC dan juga INSTANT SHAWL. Meh tengok ni:

Yang ni jenis EXQUISITE.

Alana nama tudung diberi. Memang indah tudung Alana nih.

Yang ni plak Crown Raisya. Cantik crown di tudung tu.

Beralih kepada kategori BASIC

Aisya namanya.

Untuk jenis INSTANT SHAWL plak, ini koleksinya.

Premium Lily. Cantik kan.

Rambang mata tengok tudung² dari FIDAFISS ni. Sebab semuanya cantik²

.• Material: Quality Heavy Chiffon Crepe
• Measurement: Front length: 43cm / Back length : 64cm
• Opacity: 30% transparent

Yang ni plak model tak berbayar menggayakan Instant Shawl Premium Lily Deep Spring Purple. Comey tak kak ton…hehehe…Apa yang saya nak komen, memang best sangat Instant shawl premium lily nih. Mudah dan senang nak menggayakan nya. Tak perlu lilit² sebab memang dah dililit siap². Uolls hanya perlu sarung jer. Kalau rasa kosong, tambah jer brooch kat kiri dan kanan bahu tu.

Yang bestnya, Instant Shawl Premium Lily ni material nya sangat lah lembut. Sebab ianya dibuat dari Quality Heavy Chiffon Crepe. Yang penting, labuh menutup dada sebab measurement nya adalah 43 cm untuk panjang bahagian hadapan dan 64 cm untuk panjang bahagian belakang. Tak perlu risau sebab Instant Shawl Premium Lily ni tak jarang.

Memang tak panas kalau pakai. Cantik terletak dan rasa sejuk jer bila pakai even cuaca panas kat luar tu. Yang menariknya, design di bahagain belakang tudung tu. Cantik beropol² gittew. Lain dari instant shawl yang lain sebab FIDAFISS menampilkan kelainan, keunikan, kualiti dan warna² pilihan terbaik dalam menghasilkan design yang ekslusif. 

Instant Shawl Premium Lily ni sesuai dipakai dimana². Nak pergi kerja, kenduri kendara atau pon untuk gi dinner. Matching dengan kemeja, baju kurung, blouse dan jugak t-shirt. Mix and match lah orang cakap.

Oh! Ya. FIDAFISS adalah satu jenama eksklusif yang bukan sahaja mempunyai pelbagai koleksi premium tudung. Tetapi juga menjual pelbagai pakaian muslimah dan blouse. Cantik² tau. Rupanya FIDAFISS ni 5 tahun bertapak dalam industry fesyen muslimah ni. Kalau berminat nak tengok koleksi jenama FIDAFISS ni, boleh terjah kedai mereka di:

FIDAFISS
Lot G22A, Ground Floor
Subang Parade Shopping Centre
Subang Jaya, 47500
Selanngor Darul Ehsan

Operation Hours:
Monday to Sunday
10:00AM to 10:00PM

Kalau tak dapat nak terjah kedai FIDAFISS pon tak per. Boleh jugak beli secara online. Jom tengok di:

WEBSITE: fidafiss.com 
FACEBOOK: https://www.facebook.com/fidafiss 
INSTAGRAM: https://instagram.com/fidafiss/


Last but not least. FIDAFISS sedang menganjurkan contest di Instagram dan juga FB page mereka. Cepat² follow IG @Fidafiss dan juga like FB page nih. Ikut jer instruction yang dah diberi tu. Mana tahu rezeki uolls boleh menang cash voucher bernilai RM100 nih. Jimat dah duit tudung untuk raya akan datang ni. Jangan lupa tau join contest ni ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...