AFB Feeds

Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

Berkhatan atau bersunat... Kalau sebut jer perkataan ni, mesti budak-budak lelaki rasa seram sejuk ...

Dah Selamat Di Khatankan | Tahniah Iman Hakimi ☺

Berkhatan atau bersunat... Kalau sebut jer perkataan ni, mesti budak-budak lelaki rasa seram sejuk kan. Aku pon rasa seram sejuk jugak sebab 1st time nak sunatkan anak ni. Dengar dan baca pengalaman parents yang uruskan anak-anak bersunat pon rasa macam... Erkkkk... Boleh ker anak aku bersunat ni? Tahan ker dia? Nak tak nak kena sunat jugak kan, Tak sunat tak boleh kawin.. erkkk... Hahahaha....


Alhamdulillah... 17 December haritu my boyfriend Iman Hakimi berjaya melepasi fasa yang sepatutnya dilalui bagi setiap anak-anak lelaki. Iaitu fasa bersunat. Memang perancangan nak sunatkan dia tahun ni. Lepas tu fikir balik nanti tak der orang nak tolong jagakan. Kebetulan mak mertua cakap proceed jer sebab Opah ada boleh tengokkan. Mak mertua aku ni kerja. So... proceed lah on 17 December. Iman Hakimi pon ok. Dah bersedia katanya. Buat kat klinik jer. Klinik Penawar,kat Seksyen 6 Bangi. Nasib tok mudim free petang tu.

Dengan Tok Mudim ☺

Tengok Tok Mudim datang dengan peralatan sunat dia pon aku dah rasa berdebar-debar, Yang nak bersunat tu apatah lagi kan. Tapi aku tengok Iman Hakimi ni cool jer. Aku tunggu kat luar. Husband yang temankan. Doa bebanyak supaya urusan sunat dipermudahkan olehNYA. Banyak kali pesan kat Iman Hakimi soh dia berzikir. Baca doa. Tak lama lepas tu.....

Sebelum sunat

Jeritan dan tangisan pon bermula. Aku kat ruang menunggu ni dah rasa tak senang hati. Rasa berdebar-debar. Rasa sedih pon iyer jugak bila dengar anak nangis kat dalam tu. Kau pon rasa macam nak nangis. Dari mula sampai lah habis proses bersunat... menangis dan terjerit-jerit. Nasib baik lah tak ada orang dan nasib baik jugak lah Iman Hakimi jer yang sunat haritu. Kalau ada budak lain nak sunat aku rasa mau diorang balik tak nak sunat dengar meraung-raung macam tu... hehehe...

Selepas sunat. Baru lepas nangis. Menung panjang kau nak ☺

Ada lah dekat 20 minit kot proses berkhatan. Aku yang tunggu kat luar ni rasa macam lama jer.... 'bilalah nak habis  nih'... 'lama lagi ker'... Si Qhalif sibuk nak masuk tengok. Bila dengar abang dia menangis meraung, terus cakap... 'Ibu, kita tak nak sunat lah. Nanti sakit macam abang'... ppffttt... Aku pon tak expect Iman Hakimi boleh nangis sampai macam tu sekali. Jenis tak tahan sakit kot. Untuk sunat ni, aku amik kaedah laser. 

Lepas sunat tu pon tok mudim tak balut. Sebab tak berdarah. Tapi lepas sunat tu nampak lah darah dah start keluar sikit. Bila ubat tahan sakit dah habis, apalagi... sambung nangis balik. Nak kencing lagi lah. Sedih pulak aku nengok. Maklumlah... pengalaman pertama handle anak sunat. Proses cuci semua husband yang handle. Aku tak berani nak tengok jahit-jahit nih. Esok tu bawak balik gombak. Pantang kat sana.


Ralat jugak sebab tak dapat nak jaga Iman Hakimi. Kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Cuti aku memang dah nazak habis. Tinggal setengah hari jer nih. Masuk sekolah ni tak tau lah mana nak cekau cuti. Nak tak nak terpaksa hantar Iman Hakimi kat rumah mertua. Terima kasih kat mertua dan jugak Opah yang sudi jaga. Seminggu terpisah. 

Apa-apa pon, tahniah Iman Hakimi. Sekali seumur hidup kan. Selamat menjadi lelaki sejati... hehehe... Ibu ni dah 4 kali berjahit sebab dah melahirkan 4 orang anak. Macam mana awak sakit masa bersunat. Sakit ibu berganda-ganda lagi masa nak lahirkan awak. Coretan ni sebagai kenangan untuk ibu kenang sebagai pengalaman pertama ibu hantar anak pergi sunat. Catatan untuk awak baca bila besar nanti. 

Progress lepas sunat.. Alhamdulillah... getting better. Dah masuk 11 hari pon. Cuma jalan tu masih terkengkang-kengkang lagi. Next ada 2 orang anak lelaki yang perlu disunatkan. Iman Qhalif dan juga Iman Harraz. 

Note: Scary pulak baca budak terputus kemaluan masa sunat. Allah... seksa budak tu. Aku tengok Iman Hakimi sunat ni pon dah sedih... huhuhu...

Hei! Kersani mengalirlah dikau Menjadi raksa  Mengisi belikat punggungku Agar aku bisa ber...

Silat Gayung Fatani | Ujian Kenaikan Bengkung Silat


Hei! Kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa 
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan Segak 
Bagaikan Laksmana Melayu 💪💪

Cewahhhh... Sambil baca sambil nyayi lettew kan. Amacam?? Handsome tak saya dengan pakaian silat nih... hehehe... Aktiviti weekend dua minggu lepas. Hari ni baru berkesempatan nak share. Awal tahun haritu ker pertengahan tahun, tak ingat dah, hantar Iman Hakimi masuk kelas silat. Bukan apa, untuk pertahanan diri dan nak bagi keyakinan diri tu lebih tinggi. Anak bujang aku ni pemalu hoiii!!!

Lagi pon skang ni rasa scary dengan sikap budak-budak zaman sekarang. Kecik-kecik dan pandai jadi kaki buli dan kaki pukul orang. At least bila hantar anak kelas silat ni, tak der lah risau sangat sebab asas seni pertahanan diri tu dah ada kan. Kelas setiap hari ahad selama 2 jam. Lepas beberapa bulan, maka ujian kenaikan bengkung silat akan dijalankan.

Aku risau jugak sebenarnya. Risau kalau Iiman Hakimi rasa terpaksa masuk kelas silat ni. Tapi awal-awal memang kami dah tanya dan dia minat. Jadinya... Sebelum ujian kenaikan tu kami tanya lagi sebab ujian ni kena bayar RM50. Kalau dia tak minat, tak perlu lah nak jalani ujian kan. Lega bila Iman Hakimi kata dia nak jugak amik ujian tu. So... Proceed lah ☺


Masa ujian tu aku tak pergi pon. Husband jer yang temankan. #makanakempat kan. Kang aku pulak yang bersilat dengan anak-anak nanti. Alhamdulillah... Lulus ujian. Dapatlah bengkung silat kaler Biru. 



Sesi bergambar dengan jurulatih dan jugak juri of the day. Kalau tak silap aku, juri haritu Encik Shahiid Elias, Tapi muka macam Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie pon ada jugak. Muka diorang lebih kurang sama. Aku pon keliru. 

Apa-apa pon, tahmiah my Boyfriend Iman Hakimi. Lepas ni boleh protect ibu dengan adik-adik yerp. Jangan kau silatkan adik-adik tu pulak yerp. Dan bila dah pandai silat tu janganlah suka suki kau nak silatkan anak orang yer nak. Gunakan kelebihan tu bila perlu sahaja. 

Note: Tahun depan dah darjah 4. Kejap jer membesar.



Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidu...

Bila Anak Dapat Anugerah!!!

Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidup sihat pon ibu dia ni tak tahu. Balik dari sekolah bukan main gembiranya Iman Hakimi bagitau aku yang dia dapat hadiah. Haaaa…. Hadiah apa? Terus dia tunjuk medal dia nih. Wahhhh… Rasa berbunga² dan excited ibu dia nih nengok. Aku pon tanya lah macam mana boleh dapat anugerah nih? Tau apa jawapan dia… 'Entahlah ibu. Kita pon tak tau macam mana boleh dapat. Kita dapat jawab semua soalan yang cikgu bagi'.


Aku pon tak tahu macam mana pemilihan cikgu untuk Anugerah Gaya Hidup Sihat ni. Cara pemakanan ker? Cara gaya hidup kat sekolah ker? Cara pembawakan diri kat sekolah ker  Atau ada kuiz untuk kempen gaya hidup sihat ni. Nak kena tanya cikgu gamaknya… muahahaha… Apa pon pemilihannya, ibu ucapkan Tahniah Iman Hakimi. Ibu tumpeng excited dengan anugerah yang awak dapat nih. 

Siapa yang tak excited bila anak dapat Anugerah kan. Walaupon bukan anugerah pelajar cemerlang atau anugerah dapat tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Atau anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran. Tapi dapat Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat bagi Tahun 3 pon aku sebagai seorang ibu dah rasa happy sangat. 1st time kot. Kalau Iman Hakimi kata dia tak sangka dapat Anugerah ni. Aku lagi lah tak sangka.

Boleh dia cakap... 'Malu kita tadi ibu bila naik atas pentas sebab semua orang tengok'... ppffttt... Pemalu anak bujang aku ni sebenarnya. 

Note: Anak dapat anugerah pon nak kecoh  kan... Hahaha... 



Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kala...

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi!!!


Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kalau throwback balik saat² nak melahirkan Iman Hakimi, time ni ibu masih kat hospital. Tengah relax² nak tunggu jalan bukak. The day before dah kluar tanda darah. Tapi ibu relax lagi sebab tak sakit. Tapi esoknya wan dah soh gi hospital. Sampi hospital pagi tu jalan baru bukak 3 cm.

Doctor terus tahan. Sampai lah pukul 8.30 malam jalan hanya bukak 4 cm. Nak tak nak terpaksa induce. Bila dipaksa bersalin ni memang semacam sakitnya. Lebih² lagi bila kembar darah. Memang bisa. Alhamdulillah... awak selamat lahir dengan berat 3.3 kg. 

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi Bin Husaini. Doa seorang ibu sudah semestinya inginkan anaknya berjaya didunia dan diakhirat. Smoga membesar sebagai anak yg soleh. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang 💪💪

Ibu 👩, Abah 👨, ‪#‎qahirah‬ 👧, ‪#‎imanqhalif‬ 👦 dan adik ‪#‎ImanHarraz‬ 👶 sayang abg #imanhakimi ketat2 😘😘. Nanti kita celebrate birthday awak yer. Ibu tak sempat nak buat kek lah sayang. Kila beli jer lah sepotong. Ada masa nanti ibu buat kek feveret away yerp. 

Note: Harini ni last day keja. 



Tak tau lah apa nak jadi dengan mood ni. Kejap rajin kejap malas. Kejap ada idea sekejapan jugak id...

Jom Check Result Exam

Tak tau lah apa nak jadi dengan mood ni. Kejap rajin kejap malas. Kejap ada idea sekejapan jugak idea hilang. Blur plak tetiba. Ko dah kenapa haa...ppffttt...

Anak² dah habis exam dah? Kimi dah selesai. Result pon dah kluar. Tapi kertas exam banyak yang tak dapat lagi. Apa der hal. Online kan ada. Skang ni suma dihujung jari kan. Jangan kata markah exam. Nombor exam anak pon ada dalam tu. Canggih betul kan. Kalau masih ada yang tak tau, meh klik [SINI]


Kelam kabut exam kali ni. Tarikh bertukar² gara² jerebu haritu. Nasib result exam ok. Sama macam tahun lepas jugak. Exam tengah tahun tak berapa nak score. Bila exam hujung tahun...erkkkk...bley plak score.  

Buku teks darjah 3 pon dah dapat. Nasib kalini dapat better sikit dari buku darjah 2 haritu. Tapi aku ralat sket lah dengan si kimi nih. Boleh dia tak cakap yang cikgu ada bagi surat untuk pulangkan buku teks. Bila tanya dia kata dah pulangkan. Tanya pasal surat. Lupa nak bagitau. Bukan apa, aku nak lah bagi cantik sket buku² darjah 2 yang macam belacan tu sebelum dipulangkan. Sebab ada jugak buku² yang nak kena ganti.

Siapa yang dapat tu minta maaf lah banyak². Buku tu kimi dapat pon dah tak berapa sempurna. Bila dapat dengan budak lelaki yang hyper active pegang buku. Memang cacat lah buku tu dikerjakannya. Bukan apa, kang tak pasal² dapat title mak tak panjai jaga buku anak. Masa awal² dulu ada gak cari buku teks yang baru sebab nak ganti buku yang macam belacan tu. Tapi dah habis stok. Terus otak aku pon out of stok nak ingat balik pasal buku tu. Lagi haru si kimi dah pulangkan pon buku² tu...haishhhhh...

Erkkk...nak citer pasal result ker pasal buku teks nih. Punya lah tak tau nak citer apa kan. Pada hal pasal result online ni dah pernah citer dalam entry [NI]...hahaha...gasaklah. Janji ada entry baru. Ni aku up balik bagi parents yang tak tau. Yang dah tau tu dediam sudah lah.

Note: Next week mesti ramai yang cuti kan. Have a great weekend uols ☺



Gambar ulang tayang jewr ☺ Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam...

Minggu EXAM!!!

Gambar ulang tayang jewr ☺

Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam harini. Good luck untuk Iman Hakimi, Qahirah dan juga buat anak² uolls yang tengah exam jugak nih. Kesian kat Kimi. Sepatutnya isnin last week dah start. Tapi sebab jerebu kan. Terpaksa tunda ke minggu nih. Jumaat haritu dah start exam rupanya. Aku pon tak tau. Bila bukak blog skolah, baru tau start terus hari jumaat. 

Hari ni pon sekolah agama start exam jugak. Bertembung exam skolah agama ngan skolah kebangsaan. Pagi petang exam. Bertabah lah nak. Yang si budak tadika pon bukan main lagi ada exam nya. Apa pon keputusannya, terima lah dengan hati yang terbuka. Anak² dah berusaha dan buat yang terbaik sebenarnya. 

Tak tau nak citer apa sebenarnya nih. Dah datang mood femalas haku ni ha. Sebelum berlarutan, citer jer lah pasal anak² sebab citer pasal anak² ni tak pernah habis. Korang jangan bosan plak yerp...ngeeeee...

Note: Anak yang exam, hemak yang over berdebar. 


Anak² dan soalan memang tak dapat dipisahkan. Ada jer soalan² yang ditanya. Kalau soalan² nya senan...

Soalan CEPUK CEMAS | Tolonggggg!!!

Anak² dan soalan memang tak dapat dipisahkan. Ada jer soalan² yang ditanya. Kalau soalan² nya senang, senang jugak lah ibu dia ni nak memberi jawapan. Tapi kebanyakan soalan² yang di lontarkan adalah diluar pemikiran kotak. Kalah soalan SPM wei. Buat ibu jadi kelu nak jawab apa. Antara soalan cepuk cemas yang ditanya si anak yang berumur 8 tahun:

  1. Ibu...Malaikat yang mencatit amalan kita tu, tulis dalam Bahasa Melayu ker Bahasa Arab?
  2. Ibu...Kalau orang Cina buat baik, dia boleh masuk Syurga ker? Sebab dia kan buan Islam.
  3. Ibu...Kalau orang tu solat, tapi dia tak pakai tudung. Doa dia diterima tak?
  4. Ibu...Dia kan mengandung, kenapa dia pakai seksi²? Boleh ker pakai macam tu? Dia kan solat. Tak berdosa ker?
  5. Ibu...Syurga tu kan kat bawah tapak kaki ibu. Macam mana nak masuk kat tapak kaki ibu tu? 
  6. Ibu...Rogol tu macam mana?
Ok...Soalan nombor 1 tu, ibu pon tak pernah terfikir malaikat tu tulis dalam bahasa apa kimi. Soalan last skali tu buat ibu pitam nak menjawabnya. Kelu seribu bahasa. Tergantung macam tu jer sebab ibu pon tak tau nak explain macam mana. Kalau salah explain kang, jadi ajaran sesat pak nanti. 

Bertalu² soalan² ko nak oiiiii...Pernah jugak dia tanya, 'Ibu...allah tu tinggal kat mana?' 'Kenapa kita tak boleh nampak allah?'...ppffttt...Nak kena cari jugak buku yang ada guide  macam mana nak terangkan soalan² dari anak yang unsangkarable nih. 


Ni bukunya. Thanks to Maria Firdz sebab suggest buku nih. Ibu kena lebih banyak kan membaca lepas nih. Kesian gak kekadang bila jawapan yang diberi tak memuaskan hati si anak. Si ibu pon sebenarnya tak puas hati jugak, Jawapan sekadar penerangan yang ringkas. Tak seperti expectation si anak yang kalau boleh ingin kan jawapan yang lebih jelas kan. 

Psstttttt...Boleh bagi idea and jawapan yang sesuai tak untuk soalan² di atas? Especially untuk soalan yang last skali tu ☺☺

Note: Tu baru soalan dari Iman Hakimi. Belum soalan dari Qahirah & Iman Qhalif lagi. Hurmmmm...Bersiap sedialah untuk soalan cepuk cemas yang seterusnya. 


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan ...

Iman Hakimi dah 8 Tahun


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan olehNYA ini. Hari ni genap 8 tahun usianya. Cepat betul masa berlalu *ayat cliche. Makin besar makin matang dan boleh di harap untuk menolong buat kerja² rumah. 

SELAMAT HARI LAHIR buat IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Doa seorang ibu tak lain tak bukan nak yang terbaik buat anak yang dikasihinya. Smoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan. Di tetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang. 

Dan smoga saling berkasih sayang sesama adik beradik selamanya. Tak nak gaduh². Saling sayang menyayangi. IBU, ABAH, QAHIRAN dan QHALIF sayang Abg IMAN HAKIMI hingga hujung nyawa. Nanti kita potong kek yerp.

Note: Tak sempat nak buat kek sendiri. Beli jer lah nanti.


Kalau buat selain dari warna putih tak boleh ker? Susah betul lah nak jaga baju sekolah warna putih...

Kenapa Baju Sekolah Warna Putih???

Kalau buat selain dari warna putih tak boleh ker? Susah betul lah nak jaga baju sekolah warna putih nih :-(

Gambar ulang tayang jer.

Buat lah kaler kelabu ker. Atau kaler² yang susah nak nampak kotor. Kalau dah sekolah menengah, kira ok lah sket sebab dah pandai jaga baju. Ni budak sekolah rendah ni ha...adoiiiiiihaiiii...Tak sah kalau tak hitam baju sekolah Kebangsaan dengan baju sekolah Agama. 

Dengan sisa makanan kat baju. Dengan kesan marker lah. Kesan lap mulut kat lengan baju...ppfftttt...Tu baru baju skolah kebangsaan. baju sekolah agama? Rasa macam nak pitam ibu ko nengok. Lutut hitam. Siku baju hitam, Bontot seluar hitam. Kaki seluar pon hitam. Pendek kata banyak yang hitam dari putihnya. Ko main apa kat sekolah abang kimi??? Ker sekolah agama awak tu yang kotor???

Ibu ko ni kalau nak menyental baju tersangatlah rajin. Kalau nak menyental pon tunggu weekend jer lah. Itu pon bergantung pada keadaan. Hari² biasa memang mesin basuh yang menyental. Aku menyental kejap kat tempat² yang hitam selebihnya mesih yang basuhkan. 

Letih wei menyental baju ni. Baru sental sikit dah lenguh tangan. Menyental sehabis tenaga pon belum tentu kotoran hitam tu hilang. Lagi best, bila dah sakit hati sebab menyental tak hilang² gak kesan hitam, ko masuk jer lah mesin basuh terus. Tapi kalau nak lengan sado, rajin² lah menyental...hahaha... 

Sekolah pon tak sampai setengah tahun. Tapi baju dah macam nak setahun pakai. Acaner tu. Baju budak pompuan pon macam ni jugak ker? Ker baju budak lelaki jer macam ni. Hitam sana sini. 

Note: Mood blogging dah nak ke laut. Harap² tak karam. 


Google image Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya ...

'Ibu...Gigi Kita Sakit Sangat!!!'


Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya dia nangis dalam kelas sebab tak tahan sakit. Alahaiiii...syahdu plak ibu ko ni dengar. Cikgu soh dia rehat katanya. Dah lah tengah ujian. Jawab ujian dalam kesakitan kot. Memang tak banyak cakap sangat lah dalam keta. 

Sampai tumah mengadu lagi sakit gigi. Sakit sangat. Pastu kata rasa macam nak demam. Memang rasa dedar skit badan dia. Gigi geraham plak tu yang sakit. Memang nampak bengkak gusi dia tu. Aku yang sakit gigi pon tak tertahan ini kan budak 8 tahun. Makan pon tak nak. Terbaring jer lah dia sampai tertidur. Tunggu En. bos balik. Tapi tu lah, mana ada klinik gigi yang bukak memalam kan.

Disebabkan kimi demam penangan sakit gigi, pergi jugak lah klinik biasa. Minta ubat tahan sakit skali. Doctor tu cakap tak boleh cabut time gusi tengah bengkak. Tak per lah....kita tunggu keesokan nya. 

Tu yang semalam Emergency Leave. Bawak kimi cabut gigi even gusi tu still nampak bengkak lagi. Tapi bila bawak gi dentist, boleh jer cabut. Lagi pon gigi geraham dia dah goyang. Dentist cakap punca sakit berdenyut tu sebab akar dalam tu dah berlubang and hitam. Tu yang sakit. Nak tayang gigi tu kang ada yang geli plak...hehehe...Bergenang gak lah air mata jantan dia tu. Banyak gak gigi susu yang dah mula goyang. Tunggu masa nak roboh jer tu.

Note: Berani gak kimi gi dentist. Ibu dia ni? Masih penakut tahap langit ketujuh. 



Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk ...

Back to SCHOOL!!!

Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Selamat Kembali Ke Sekolah.


Imam muda dan juga Ustajah pilihan. Posing dipagi hari sebelum kesekolah gittew. Aku percaya. semalam ramai parents yang amik cuti sebab nak hantar anak² gi sekolah kan. Especially anak² yang baru masuk darjah satu dan juga anak² yang baru masuk tadika. Termasuk lah #makbanyakanak ni ha,

Kimi sekolah Agama pagi. Petang sekolah Kebangsaan. Qahirah plak 1st day kat Tadika semalam. Even dah seminggu daycare kat PASTI. Tapi cuti tetap kena amik jugak, 1st day anak nak skolah kan. Sian plak. 


Elok jer dok diam. Sengih². Tapi tak bergaul pon. Dah macam anti sosial plak. Ibu pon yakin jer ‪qahirah‬ mesti tak nangis. Tapi ramalanku tersasar. Tak lama lepas tu boleh plak dia menangis. Adoiiii...nasib jenis nangis yg tak menjerit². Pada hal sebelum tu dah hantar daycare seminggu. Hurrmmm...cikgu cakap mungkin masa daycare haritu tak ramai budak. Sekali bila datang pagi tu ramai plak khenn. Kejutan persekitaran gamaknya. Alhamdulillah pagi ni tak nangis dah. Senang hati ibu nak gi keja. 

Minggu ni blh lah masuk lewat sket. Start next week kakak kena gi awal dari biasa. Pkul 7.20 am dah kena ada kat skolah. Sebab pagi² dah start perhimpunan, baca doa dan mengaji. Kalau lewat takut tertinggal nanti. Bak kata pengetua lah. Tu yang kalau boleh kena datang awal. Smoga kamu menjadi anak yang solehah.


Ni plak masa amik kimi kat skokah. Perhimpunan sebelum balik. Kena keluar ikut giliran. Rambang mata aku cari budak ni smalam. Sepesen jer memasing...hehehe...Last² jumpa gak. 1st day jer lah layanan 1st class sebab ibu hantar and amik dari Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. harini belajar² lah transit. Semoga dipermudahkan urusan kamu yer nak. Dah bermacam² pesanan ibu ko ni bagi. Harap serap dalam kepala. 

Note: Agar risau sikit sebab kimi 1st time transit. Sebelum ni hari² abah dia amik. Bersiap suma kat umah. Kali ni kena bersiap² kat sekolah. Jangan hilang baju and kasut sudah lah even dah tulis nama. 



Terbalik tu. ABAH ♥ IBU sebenarnya...hahaha...Ibu memang ♥ Abah even Abah dah buat macam² kat...

IBU ♥ ABAH???


Terbalik tu. ABAH ♥ IBU sebenarnya...hahaha...Ibu memang ♥ Abah even Abah dah buat macam² kat ibu dan ibu pon dah buat macam² kat abah. Fair and square....erkkkk...ekekeke...Biasalah asam garam rumahtangga kan. Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Baik tak payah berumah....hehehe...

Ni kisah malam semalam. Tengah bertungkus lumus kelentung kelentang kat dapur. Tetiba anak bujang kimi ni tunjuk kat ibu apa yang dia tulis nih. Alololo...so sweet. Dah nama pon blogger mommy kan, suma nak amik gambar pastu tayang kat blog...ppffttt...Abaikanlah tulisan dan lukisan tu yerp. Ianya tetap nampak comel di mata seorang IBU. 

Note: Ingatkan nak buat WW jer. Tapi aku tak reti kalau letak gambar jer tapi tak der cerita. Mesti nak cerita jugak....haishhhh....



Makin canggih teknologi skang kan. Baru sekolah rendah, tapi result exam semua di hujung jari. Tak ...

Result Exam Akhir Tahun | Check Online Jer

Makin canggih teknologi skang kan. Baru sekolah rendah, tapi result exam semua di hujung jari. Tak payang tunggu anak ulur keputusan kertas periksa. Tak payah nak tunggu hari report card. Tak payah nak tertanya² anak periksa nombor berapa. Sebab semua info² tu kita boleh tau mealui online jer. Hanya klik [SINI]. Nanti keluar macam ni:

Masukkan IC nombor anak

Pastu pilih keputusan awal.akhir tahun

Senang kan. Anak² pon tak bolehlah nak menipu kata kertas periksa tak dapat lagi...kertas periksa hilang...kawan amik kertas periksa....contohlah...hehehe...Sebab semua keputusan kita dah tau awal². Jadi anak², bersiap sedialah. 

Alhamdulillah....keputusan result akhir tahun kimi banyak peningkatan. Memang banyak beza keputusannya kalau nak di bandingkan masa periksa awal tahun haritu. Cuma ada lagi 5 result tak tau lagi berapa markahnya. Kalau nak tau, bebudak darjah satu skang ni ada 10 subject hokay. Kita dulu ada berapa jer? Fikirlah sendiri. Sian pon ada gak sebab baru sekolah rendah tapi banyak subject nak kena study. 

Aku pantau jugak mana subject yang kimi tak boleh nak score. Kalau boleh nak hantar dia tuition. Tapi tu lah, takut lagi membebankan plak sebab baru nak naik darjah 2 kan. Tengok dulu lah macam mana.

Note: Buku teks darjah 2 pon dah dapat. Awal betul.


Abaikan lah tulisan anak bujang tu yerp Straight to the point. Memang aku tak fasih sangat Ba...

Kerja Sekolah | Bila Si IBU tak pandai Bahasa Arab

Abaikan lah tulisan anak bujang tu yerp

Straight to the point. Memang aku tak fasih sangat Bahasa Arab. Setakat yang simple² tu boleh lah faham lagi. Kalau dah masuk suku kata memang aku tak pandai. Yang jadi masalahnya, bila Iman Hakimi ada kerja sekolah Bahasa Arab. Dapat plak si ibu yang tak pandai Bahasa Arab, Acaner nak ajar anak kan. Sian kat anak. 

Jadinya...kita minta tolong Google Translate jer lah. Bermain² dengan ejaan bahasa arab yang di taip dalam Bahasa Melayu. Salah eja nanti lain plak maksudnya. Sambil tu aku take note jugak untuk rujukan. Nak kena cari kamus Bahasa Arab nampak nya nih. 

Tapi kan, kalau dapat belajar Bahasa Arab pon bagus kan. Bak kata lagu yang hari² dengar kat Ikim.fm nih: "Mari Pelajari Bahasa Arab. Bahasa indah Bahasa Al-Quran. Mari pelajari Bahasa ini, Bahasa yang suci dan Murni"...haaaaa...curlass ko kan. Siap hafal tu...hehehe...Bagus rancangan nih. 

Note: Subject lain tak der masalah. Subject BA ni jer lah. Tapi bila ajar anak buat kerja sekolah ko faham² lah kan. Memang aku tak layak jadi cikgu.



Phewwwww...Rasa macam dah lama plak tak menulis. Bila cuti macam ni lah. Blog pon turut bercuti. Na...

Jom Paintball

Phewwwww...Rasa macam dah lama plak tak menulis. Bila cuti macam ni lah. Blog pon turut bercuti. Nak ber blog dari rumah memang tak lah. Sibuk ngan anak². Weekend fully housewife katakan *alasan. Ok...sambung citer 


Ada budak tu kan. Nama dia Iman Hakimi. Dah ada hobi baru. Hobi bermain Paintball uols. Sekali dapat menembak, nak menembak lagi ko. Syiok yerp abam kimi. Masa 1st time main, kena jugaklah sasaran se das. Masa 2nd time main kena 4 das sasaran. Wah...ada peningkatan. Boleh di asah lagi bakat nih.

Sebelum ni main tembak² zombi. Ni dapat main tembak betul², suka plak dia. Nanti kita main lagi yerp. Paintball ni kat Downtown Jalan Reko. Dewasa RM10.00 dan kanak² RM5.00. Ok lah tu kan. Kalau rasa² macam nak tembak orang yang sakitkan hari kita, boleh lah kita lepas kan dengan main paintball nih. Tak dapat tembak orang tembak botol pon jadi lah...ekekeke....

Note: Nak kena cabut gak gigi nih. Sakit berdenyut sampai tangkap kepala. Tu yang cepat jer nak marah. Tapi takut nak jumpa dentist...ppffttt...


1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun 7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda...

Selamat Hari Lahir IMAN HAKIMI!!!

1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun


7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda² darah dah mula keluar dan dah mula merasa mild contraction. Sampailah malam, contraction dah makin kuat. Tapi jalan masih 3cm...ppfftttt...Pukul 9.00 pm doctor dah bagi ubat verak. Bagi keluar semua. Pukul 10.00 pm seluk baru bukak 5cm. No choice, terpaksa induce. Dipaksa bersalin uols. Sakit jangan cakaplah. Ibarat bertarung nyawa. Minta epidural dah tak boleh. Jadinya kita minta ubat tahan sakit. Tapi tak jalan gak. Sakit bersalin mengatasi segala² nya. Alhamdulillah...Tak sampai satu jam lahirlah seorang khalifah kecil.


SELAMAT HARI LAHIR buat anaknda tercinta IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan, dicekalkan hati dikuatkan iman dan juga berjaya didunia dan diakhirat. Jadi Abang yang terbaik buat Adik² serta hormatlah orang yang lebih tua. ibu sayang IMAN HAKIMI sangat². No words can describe how much I LOVE YOU my dear son. Even kekadang kena marah. You are MY SOUL, MY STRENGTH and MY EVERYTHING. Ingat tu.

Note: How time flies. Touching plak dengan ucapan sendiri :-(




Dan soalan itu akan diulang² tanya even baru tak sampai beberapa minit dia tanya soalan yang sa...

Ibu...Dah pukul berapa?? Ibu...Dah pukul Berapa???


Dan soalan itu akan diulang² tanya even baru tak sampai beberapa minit dia tanya soalan yang sama...ppffttt...Bertabah jer lah ibu ko nak menjawab nak. Tapi tak per, ibu faham sebab awak dah tak sabar nak buka puasa. 

Alhamdulillah...Iman Hakimi berjaya posa penuh semalam. Excited plak si ibu nih. Pagi bukan main active lagi. Masuk tengah hari dah start slow. Pastu mulalah tanya soalan cepu mas dia tu berulang²:

- Ibu...dah pukul berapa?
- Ibu, pukul berapa nak buka puasa ni
- Ibu, kita haus. Tak tahan dah ni
- Ibu, kita lapar sangat nih

Menadah telinga jer lah ibu dia ni semalam. Masa gi kedai tanya dia nak makan apa. As per requested by budak yang berpuasa, dia nak makan ketam. Maka meng Ketam lah semalam. Makanan kegemaran Iman Hakimi, Tapi tukang suap dan tukang kopek ada lah si ibu. Memang anak bujang ni suka makan bersuap. Sahur pon sama gak. 


Sebenarnya tak boleh sangat nak paksa bebudak sebesar kimi ni puasa. Yang pentingnya SOLAT. Bak kata Ustaz Abu Hasan Din nih. Tapi kalau boleh buat kedua² nya memang alhamdulillah syukur. Harini tak tau kimi dapat posa penuh ker tak. Kantin sekolah memang tutup. Tapi tak kisah pon. 

Note: Puasa atau tak, hari² mesti nak kena fikir nak masak apa...hurmmmm...





Budak yang teruja tengok badut. Malu badut tu dik ko dok tenung dia macam tu. Bukan main kusyuk l...

BADUT Oh! BADUT!!!

Budak yang teruja tengok badut. Malu badut tu dik ko dok tenung dia macam tu. Bukan main kusyuk lagi si ustaz Qhalif ni tengok badut. Pelik agaknya napa muka badut tu colorful...hahaha...Ibu dia ni panggil pon buat tak tau jer ko. Tapi kan....ada budak tu takut badut.

Ibu comel ngan budak yg 'berani sangat' ngan badut

Ingatkan dah nak masuk 7 tahun ni dah hilang perasaan takut ngan badut. Rupanya sangkaanku meleset. Siapa lagi kalau bukan si abam Iman Hakimi. Saja jer lalu kar area badut tu. Memula dia tak perasan. Sekali bila dia dah nampak, terus nyorok kat abahnya...ekekeke...lawak plak tengok gelagat dia. Cuma kali ni dia tak nangis lah. Kalau dulu lagi teruk wei. Boleh baca kat [SINI] dan kat [SINI]. Nak tergelak jer bila baca balik ☺

Note: Masa blogging agak terhad skang nih. Ada 400++ komen nak kena approved. Nanti iols terjah sorang² erk. Sama ada cepat atau lambat jer. Tunggu....


Siapa yang tak suka main lego kan. Mak budak ni pon suka. Semalam gi pasar malam. Terjumpa plak F...

Hobi Baru ☺☺

Siapa yang tak suka main lego kan. Mak budak ni pon suka. Semalam gi pasar malam. Terjumpa plak Figura Lego ni. Sebelum ni ada gak jumpa, tapi tek teringin nak beli sebab dalam kotak. Tak tau bentuk and condition nya macam mana. Tapi smalam dorang ada buat display skali. Errkkkk...cute nya. Siap ada stand nya lagi. Aku mana boleh tengok benda² yang cute miut ni.

Terus offer kat kimi...'kimi nak tak? Pilih lah nak yang mana'. Pada hal ibu dia ni yang hover sebenarnya. Maklumlah...kecik² tak dapat menan macam ni. Nak beli lego tu mahal bebenor. Sekali si kimi cakap apa tau...'Alaaaa...nanti abah marah kalau kita beli menan'..ppfftttt...Aku reply...'Pilih jer lah. Cakap ngan abah ibu yang nak beli"...hahaha...

Balik tu terus pasang ko. Rasa macam nak buat koleksi plak. Macam² superheroes ada...Superman, Iron man, Barbie, Naruto dan macam² lagi lah. Nanti nak beli lagi. Nak buat koleksi...hehehe...

Note: Esok nak gi Melaka ☺☺




Sekali sekala fefeeling anak dara. Kakak selfies ngan adik². Adik nombor 1 nama dia Iman Hakimi...

KAKAK dengan ADIK²...erkkkk...


Sekali sekala fefeeling anak dara. Kakak selfies ngan adik². Adik nombor 1 nama dia Iman Hakimi. Adik nombor 2 tu nama dia Qahirah dan adik bongsu tu nama dia Iman Qhalif. Comey tak kakak. Percaya tak kakak ni dah ada 3 orang anak..ekekeke...Layan lah kesengalan aku hari ni. Jiwa kacau nih.

Note: Masih tak tau nak bagi jawapan SEMALAM. Nak pergi ker tak...nak pergi ker tak...Tu yg buat serabut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks