Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Ikan Masak Taucu. Show all posts
Showing posts with label Ikan Masak Taucu. Show all posts

Wahwahwah...Nak hash tag jer tajuk tu...hehehe...Lambat bersiaran harini. Otak beku jap. Tak tau nak citer apa. Tapi ada plak citer nya ni....

#IkanMasakTaucuUntukDia | Resepi

Wahwahwah...Nak hash tag jer tajuk tu...hehehe...Lambat bersiaran harini. Otak beku jap. Tak tau nak citer apa. Tapi ada plak citer nya ni.


Ok...Berbalik kepada tajuk asal. Malam tadi buat Ikan Masak Taucu nih. Atas permintaan my Tall, Dark and handsome husband *bluekkk...hahaha...Masa tu dah pukul 8.00 malam. En. somi call soh masak masakan feveret dia nih. Ikan plak masih kat tempat sejuk beku. Ikut kan hati nak masak simple² jer. Tapi bila ada permintaan, haruslah si isteri tunaikan. Penat macam mana pon, isi perut suami perlu diutamakan. Ingat tu...ngeeeee...

Apa lagi...sepantas kilat buat kerja. Kita kan ada kuasa SUPERMOM. Nasib ikan dah siap siang. Cuma perlu basuh jer. Bawang blender plak dah habis. Sementara tunggu ikan mencair, kita buat stok bawang merah. Senang nak masak nanti. Sambil tu masak nasi.

Tu lah. PC Noxxa ada tak reti² lagi nak pakai. Ko tunggu yer noxxa. Tunggu aku lenjan ko nanti. Dah siap basuh bagai ikan, tiba masa untuk masak. Sebelah goreng ikan, sebelah lagi buat kuah taucu. Simple jer nak masak. Main campak² jer. Nak resipi ker? Ni versi aku lah.

BAHAN²
  • Ikan (Suka hati nak pakai ikan apa)
  • Bawang merah (potong bulat)
  • Halia
  • Cili Hijau
  • Tomato (tak letak pon tak per)
  • Taucu
  • Air Asam Jawa
  • Gula
CARA²
  • Goreng lah ikan dulu. Nak kena bagitau jugak ker..haha..
  • Tumis bawang merah dengan halia
  • Dah garing masuk air asam jawa
  • Letak taucu. Terpulang nah letak banyak mana. Agak² lah sebab taucu ni masin
  • Letak gula sket. Bagi ada rasa masam, masin dan manis
  • Letak ikan, cili hijau dan juga bawang hiris
  • Biar kejap. Dah siap.
Aku kalau buat memang suka letak taucu banyak. Sebab sedap. Kalau style mak aku plak, dia siap tumbuk taucu tu. Tapi aku tak rajin macam mak. Tapi apsal mak buat lagi sedap dari aku buat erk. Memang tak boleh challenge lah dengan masakan mak. 

Sedap wei makan dengan nasi panas². Pastu hirup plak kuah taucu tu...Perghhhhh...Malam ni tak payah masak dah sebab buat banyak malam tadi. Feveret kami anak beranak nih. 

Note: Have a great weekend uolls. Esok sukan anak lagi. Dah 3 minggu berturut² sukan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...