Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Idea Bekal Ke Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Idea Bekal Ke Sekolah. Show all posts

Baru jer sampai ke tangan. Tengok² dah ada parcel atas meja. Dan dah boleh agak apa isinya. #makbanyakanak kalau bab² resipi untuk ana...

Buku IDEA BEKAL KE SEKOLAH


Baru jer sampai ke tangan. Tengok² dah ada parcel atas meja. Dan dah boleh agak apa isinya. #makbanyakanak kalau bab² resipi untuk anak² ni memang over. Nak beli jugak. Rembat sekali dua buku tu. Sebab resipi lain² kan. Menu Asia dan juga Menu Ala Barat. Kalau tak der idea nak masak apa untuk anak², Atau kalau dah kering idea nak bekal kan apa untuk anak², boleh refer kat buku nih. 


Packaging...Siap signature chef Azian lagi tu. Curlasss ko kan. Nak signature bagai. Bukan tak boleh beli kat kedai buku atau kedai buku online kan. Ni nak bagitau...kalau uolls berminat nak beli buku ni boleh beli kat PTS Online. Tapi....ada tapi tu...ahaksss...Kalau nak packaging dan juga signature dari Chef Azian sendiri macam yang aku dapat ni, silalah terjah blog [Chef Azian Hasan.Com]. Kat situ ada disertakan cara² nya. Aku tak berani nak bagi nombor HP orang sesuka hati yerp even di blog Chef Azian sendiri ada disertakan nombornya. 

Berapa harga buku ni? Alaaaaa...mampu milik jer harganya. Berbaloi dengan kualiti dan juga 44 resipi dalam tu. Boleh kecur ailio kalau ko tengok resipi² dalam ni tau...hehehe...Ok, harga untuk satu buka adalah RM15.00 jer. Kalau dua buku RM37.00 dah termasuk postage. Service cepat. Khamis order jumaat dah sampai.

Jom kita buat bekal untuk anak². Sambil buat bekal anak, buat bekal untuk diri sendiri sekali. Sebagai menyahut seruan pak menteri tu soh bawak bekal. Boleh jimat belanja katanya. Bab berjimat cermat semua serah kat rakyat khenn. Bab menghabiskan duit memang kena serah kat pak² menteri gittew. Sampai nak suruh potong gaji penjawat awam tu untuk bantu mangsa² banjir. Habis tu gaji pak² menteri yang setimbun tu tak nak potong ker untuk bantu mangsa² banjir jugak? Erkkkk...ter emosi plak. Dah nak tersasar cerita nih.

Ok...Aku benti kat sini dulu sebelum menyimpang jauh. Kalau uolls nak dapat kan buku Idea Bekal Ke Sekolah ni, klik jer kat link yang aku dah bagi tu yerp. Selamat Ber Bento. Peringatan buat diri sendiri juga nih ☺☺

Note: Jalan raya pon dah start sesak harini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...