Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label IMPETIGO. Show all posts
Showing posts with label IMPETIGO. Show all posts

Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong ...

IMPETIGO...Jangkitan Bakteria yang Menyerang QHALIF!!


Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong carikan info ^_^. Seperti yang di beritahu, jangkitan ni berpunca dari habuk² carpet, habuk² lantai dan yang sewaktu dengannya. Impetigo nampak seperti membahayakan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan dan boleh dirawat dengan mudah.

Sian tangan anak ibu.

Tangan qhalif si rambut pacak yang dah terkena jangkitan IMPETIGO. Alhamdulillah...dah nampak perubahan. Kuping² tu pon dah mula tertanggal. Kalau tak tu nampak kemerah-merahan dan bengkak sket. Tak sanggup mak nak tengok noks. Yang merah kecik tu pon dah nak jadi, tapi cepat² sapu cream yang doctor bagi tu. Trus terbantut pertumbuhannya....syukur...

Sharing is caring and loving kan. Ni ada sedikit info berkenaan IMPATIGO untuk rujukan kita bersama.

IMPATIGO

Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Mempunyai sebarang komplikasi?

Amatlah jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda mempunyai ekzema. wlaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti, amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. jika ruam lampin yang menyebabkan masalah tetapi rawatan adalah tetap sama.

Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.

Bagaimana rupanya?

Ia seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih. selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simpton selalunya akan kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.

Bagaimana untuk menghindarkan dari merebak?

Pertama sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. anda dinasihatkan untuk menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas rawatan antibiotik. (Doctor kat klinik tu cakap tak berjangkit? Hurmmmm...nak kena doctor nih)

Bagaimana untuk merawatnya?

Sangat penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang menyeluruh. jika perlu, bayi anda akan diberikan krim antibiotik. jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin dia memerlukan tablet. untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. keringkan dengan berhati-hati dan lembut. juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. asalkan anda membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa yang perlu dirisaukan. jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke sepuluh hari.

Sumber : mami & baby

Note: Tekak dah terasa sakit dari semalam. Bersin plak semakin kerap dan hidung dah mula berhingus...arghhhh...selsema. Smoga diri ini tak demam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...