Showing posts with label Huggies Dry Pants. Show all posts
Showing posts with label Huggies Dry Pants. Show all posts

Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry 2 orang budak yang tengah aktif ‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ...

Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai bersama HUGGIES Dry Pants!!!


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry

2 orang budak yang tengah aktif

‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ni’. Itu antara rungutan para ibu² di luar sana kan? Mengaku jer lah ^_^. Saya antara salah seorang ibu yang sedang menghadapi masalah ini. Memiliki 2 orang anak yang sedang dalam proses tumbesaran adalah agak mencabar. Sebabnya: 


Anak dara saya yang berumur 2 tahun 6 bulan sedang dalam proses potty-training. Bila dalam proses potty-training ni, Huggies dry pant sangatlah membantu. Kenapa? Biasalah kan, budak2 yang baru di latih hendak ke tandas. Pampers masih juga nak pakai. Tapi bila nak kencing, pampers akan di bukanya. Acaner tu? Layan kan jer lah. Dengan adanya Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, ianya memudahkan kerja saya. Memanglah senang. Tak perlu nak tukar pampers setiap masa sebab ianya seperti seluar. Qahirah boleh pakai dan buka sendiri Huggies dry pant nih. 


Qhalif pula. Memang sangat susah nak pakaikan pampers. Budak tengah aktif kan, berguling sana sini. Rasa nak marah pon ada juga...dah macam nak berperang dengan anak. Selagi tak bagi umpan, selagi tu lah memang susah nak pakaikan pampers. Dan lagi...qhalif pandai buka pampers sendiri. Kalau saya lambat pakaikan seluar, memang akan tertanggal lah pampers dia tu...gggrrrrrr...


Tapi sejak diperkenalkan sengan Huggies Dry Pants, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Dengan adanya Huggies Dry Pant: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, tugas saya bertambah mudah. Hanya perlu Koyak, Salin & Lepas. Kan senang tu. Tak sampai 30 saat pon masa di ambil. Berbanding dengan pampers yang sebelum nih.


Konsep Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ini sangat lah mudah. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas ^_^


Huggies Dry Pants ini di datangkan dengan 3 saiz iaitu saiz M, L dan juga XL. Pilihlah mengikut kesesuaian saiz anak² anda.


Apa yang saya suka mengenai huggies dry pant ni ialah kerana Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Antara ciri2 lain yang membuatkan saya tertaik dengan huggies dry pants adalah kerana:

100 breathable Blue

Lapisan Luar Beraliran udara 100%

Mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya kulit bayi akan kekal kering.
Quick lock system
Sistem cepat memerangkap cecair segera

Membantu menghalang kebocoran kerana lapisan cepat kering yang menarik cecair jauh dari kulit bayi dan mengunci cecair di lapisan dalaman supaya kulit bayi akan sentiasa kering sepanjang masa.
DBL leak lock
Menghalang Kebocoran Berganda

Selalunya kalau bangun pagi seluar qahirah/qhalif mesti basah. Tilam pon tak terkecuali juga. Tapi dengan huggies dry pants, semuanya berubah kerana ianya memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran di kaki/paha.

Waist Band
Bahagian Tepi yang Elastik dan Lembut

Dengan peregang lembut di bahagian sisi, ianya memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon anak-anak sedang bergerak aktif.
Wear easily
Padanan Di Kedua Bahagian

Tak kira bahagian depan atau pon belakang kerana huggis dry pant ini adalah sama coraknya. Senang dan selesa di pakai. Macam pakai seluar jer.
Tear away side seams
Jahitan Tepi Mudah Koyak

Cuma perlu koyak pada jahitan tepi. Senang dan mudah nak koyak berbanding jenama lain.


Jika anda berminat dengan produk HUGGIES dan ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai produk baru HUGGIES, boleh layari website http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx. Dapatkan sample percuma untuk si manja anda.


Untuk mengetahui info-info lain, boleh juga layari www.facebook.com/Huggies.Malaysia dan “LIKE” Huggies Facebook.

Ok...ini pandangan dari pengguna produk HUGGIES Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai


Mungkin lepas ni ibu kena beralih kepada produk ni ☺☺






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...