Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Homemade Ice-Cream. Show all posts
Showing posts with label Homemade Ice-Cream. Show all posts

As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa n...

Aiskrim Malaysia

As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa nak stabil lately ni yerp...hehehe...*alasan. Ok lah. Straight to the point.


Ada yang tak kenal lagi ker dengan Aiskrim Malaysia. Mana lah tau ada yang tak kenal kan. Biasalah...anak² jaman serba canggih manggih. Kenal eskem Magnum, Hagen Daz, Baskin Robbins Meh lah nak kenal² kan  ni ha....hehehe...

Project hujung minggu di hari sabtu. Bancuh, tuang, ikat ketat² dan bekukan. Buat Aiskrim Malaysia perisa oren ngan milo. Permintaan anak² haruslah ditunaikan. Selagi tak buat, selagi tu lah dok berzikir kat telinga si hemak ni ha. Hemak ko punya malas macam mana sekali pon. Tapi bila bab anak² punya permintaan. Terus jadi rajin tau. 

Anak² plak memang hantu eskem. Ni dah buat untuk bancuhan kali ketiga wei. Eskem tak keras lagi dah nak makan...ppffttt...Si iman hakimi soh jual. Hurmmmm...tak per lah nak. Sendiri buat sendiri makan sudah. Memang tak boleh buat meniaga sebab tak sempat orang nak beli eskem dah habis. 

Bila buat sendiri  ni, terjamin kebersihannya. Sebab buat pakai air yang di masak. Kalau beli tu tak tau dorang pakai air masak atau air paip kan. Tau nak untung jer. Lepas ni kita buat eskem asam boi plak yerp. 

Note: Lepas ni takyah beli eskem kat kedai dah. Ibu dah biat stok eskem kat umah tu. 



Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar sungguh lah. Tapi seronok. Ok...untuk hari...

Ice Cream KIWI - DAY 6


Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar sungguh lah. Tapi seronok. Ok...untuk hari ni kita buat dessert lah.

Memandangkan saya pon dah lama tak buat home made Ice Cream. Jadinya malam ni kita buat eskem lah. Bahan2 pon simple jer. Cuma perlukan coffemate, fresh milk, gula dan buah kiwi jer.



Blender 2 cawan coffemate, 2 cawan susu, sedikit gula dan buah kiwi zespri@. Blend hingga larut dan sebati. Sejukkan dalam freezer lebik kurang 2 jam. Pastu blender lagi bagi tekstur tu lagi halus. Senang kan.



Inilah hasilnya. Rasa apa? Rasa eskem lah...hehehe...Nantikan resipi yang seterusnya. Cabaran masih berbaki 8 hari lagi. Jangan lupa layari www.zespri.com.my . Ada peraduan yang sedang berlangsung dan hadiahnya adalah MASholidays Package to New Zealand.


posted from Bloggeroid

Terapi gigi bersama Eskem Jagung Homemade. Terapi lah sangat kan @_@. Ada tiga (3) cawan. Untuk anak bujang, untuk anak dara dan untuk ...

Terapi GIGI!!!



Terapi gigi bersama Eskem Jagung Homemade. Terapi lah sangat kan @_@. Ada tiga (3) cawan. Untuk anak bujang, untuk anak dara dan untuk mak budak. Rasanya...mestilah sedap. Sebab buat dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang...ekekeke...


Aritu dah buat Chocolate Oreo. Kali ni buat perisa jagung plak. Tapi kan, bebudak ni lagi suka eskem coklat lah. Bertambah² makan. Eskem jagung macam kurang minat sangat. Tak minta tambah pon...huhuhu...mak sentap tau. Mak budak ni jer yang suka eskem jagung.




Dah makan kenalah posing kan. Wajib tu. Dah tak payah nak beli eskem lagi. Kalau anak nak eskem, senang jer jawapan nak bagi...'kat umah kan dah ada eskem'...hehehehe...



A ssalamua'laikum semua .  Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah teruja dengan Wordless Wednesday tu? Atau...

Chocolate Oreo Ice-Cream..Homemade Ice-Cream dan Resipi

Assalamua'laikum semua

Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah teruja dengan Wordless Wednesday tu? Atau dah tak sabar nak tau resipi?...kahkahkah...poyo jer Fiza Rahman ni kan. Semalam seharian saya kat HQ Office. Penat jugaklah. Semalam tu pon entry auto publish. Ok...straight to the point.

Hajat nak buat ice cream ni dah lama. Tapi ku pendamkan saja sebab tak beli² blender. Blender tu ada, tapi dah blender macam². Kang kalau buat ice cream nanti rasa cili pulok. Acaner tu. Kebetulan bawa balik blender PHILIPS mak yang disangka rosak tu, tapi sebenarnya tak rosak pong. Rupanya blender PHILIPS ni klo tak masukkan bebetul kat mesin pengisar tu, dia takkan berfungsi. Macam tu lah pulak kan...canggih gitu...

Ntah macam mana hari isnin aritu semangat nak membuat ice cream membuak². Kalau dah resipinya simple, semangat tu lain macam sketlah. Apalagi, balik tu terus cari bahan². Sampai jer umah, seperti biasa...susukan budak berdua tu dulu. Dah kenyang baru mulakan operasi. Yang paling tak sabar siapa lagi kalau bukan abang kimi. Sekejap jer pon. Tapi nak tunggu Ice-cream tu keras memang lama lah. Kalau uols nak buat ice-cream ni, better buat malam. 

Pagi tu bangun terus tengok ice-cream buatan sendiri. Perghhhhh...teruja wei tengok eskem menjadi (>_<). Pepagi saya dah makan eskem...hehehe...Tapi kan, tekstur eskem tu tak berapa lembut sangat. Mungkin sebab blender kali kedua tu tak lama. Tak per...practice make perfectt kan. Tapi serious...sedap uolsssss...☺☺

 

 Close-up sket...hehehe...


Balik petang tu trus bagi anak² makan eskem buatan tangan ibu mereka sendiri. Bukan anak jer yang tak sabar, ibunya pon sama gak.

Seronok dpt makan eskem yer ☺☺

Bebudak kalau dah dapat eskem, memang tak hingat lah kan. Bukan budak jer mak budak ni pon sama gak. Bertambah² eskemnya. Untuk kamu semua, dengan murah hati saya tepekkan link dan resipi nya di bawah nih. Dengan ucapan "SELAMAT MEMBUAT HOMEMADE ICE-CREAM". Buat...jangan tak buat tau.

Aiskrim Coklat Oreo

Bahan-bahan ( 1.5 liter )

  • 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
  • 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 packet kecil - biskut Oreo

Cara-cara

  1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.
 Aiskrim Jagung 

 Bahan-bahan ( 1 bekas )
  • 2 1/2 cawan creamer coffeemate
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tin jagung krim
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
  2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
  3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
  4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
  5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
  6. Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya 

Source: My Resipi 

Note: Lepas ni tak payah beli eskem lagi. Buat sendiri lagi bagus. Agak² kalau meniaga eskem ni laku rak...hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...