Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Haaaa!!!! Udang Lipan? Udang apa tu? Tak pernah dengar pon. Iyerlah... Yang korang kenal udang galah, lobster, udang geragau dengan udang ya...

Jom Berkenalan Dengan Udang Lipan

Haaaa!!!! Udang Lipan? Udang apa tu? Tak pernah dengar pon. Iyerlah... Yang korang kenal udang galah, lobster, udang geragau dengan udang yang biasa makan jer. Udang yang pelik sikit mana nak kenal kan. Sama lah macam aku nih haa. Ni info pasal Udang Lipan. Sumber [Wikipedia]

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.[2] Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.[3]


Nah... Ni dia sebekas penuh Udang Lipan. Besar-besar pulak tu. Ada banyak nama Udang Lipan ni. Ada yang panggil Udang Ketak dan ada juga yang panggil Udang Mentadak. Sebelum ni pernah jugak dengar pasal spesis Udang Lipan ni. Tapi tak pernah lah tengok depan mata. Sekali bila husband kata dia beli Udang Lipan... hurmmm... Moh ler kita nengok macam mana rupanya. 

Ni seketul Udang Lipan. Sumber [SINI]

Jujur aku cakap. Masa 1st time tengok memang meremang jugak lah bulu tengkuk kau dengan bentuknya yang macam lipan tu. Hujung-hujung jari jer aku pegang sebab rasa geli. Pada hal bukan hidup pon udang lipan tu... Hahahaha... Lepas tu nak mengerjakannya pon satu hal jugak. Tak reti aku nak menyiangnya. Main bedal jer lah aku potong. Luka gak lah jari sebab ada bahagian yang tajam-tajam. 

Lepas tu kan. Kau blur tak tau nak masak apa dengan Udang Lipan nih. Maklumlah.... 1st time khenn. Tapi ramai yang suggest rebus pon sodap. Buat goreng kunyit pon dah ok. Masak kari pon boleh. Masak lomak cili api lah. Goreng tepung. Nahhhh... Kau buat masak apa #makanakempat?? Tunggu aku sambung next entry lah yerp.... ngeeee....

Note: Masalah hari-hari si tukang masak... Tak tau nak masak apa... ppffttt....

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki...

Bila SUAMI Masuk Dapur!!!

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki ni kan. Jarang nak tunjuk skill memasak dia tu. Tapi bila sekali sekala masuk dapur bersilat dengan sudip and kuali. Ehhhhhhh....sedapnya masak.


Dinner malam tadi jer pon. Buat mee goreng. Bahan² suma dah siap. Tinggal nak masak jer. Bila husband offer diri nak take over, wife apa lagi. lompat bintang lah. Kentang kentung kentang kentung...maka terhasillah mee goreng air tangan suami. Bukan main bangga lagi bila orang puji mee goreng dia sedap. Cer kalau kita masak, nak dengar perkataan...'emmm...sedapnya' tu pon payah. Tapi kalau dah makan bertambah tu maknanya sedap lah kan. Cuma ego nak puji masakan isteri tu sedap. Kan...kan....ngeee...

Ingatkan boleh lah bawak bekal. Tapi laku plak mee goreng air tangan suami ni. Bertambah² makan ngan anak². Next time tugas menggoreng mee dah boleh serah kat husband lah macam ni. Dah...tu jer nak citer. Tu pon nak kecoh kan. Kbai!

Note: Pening dok mikir nak masak apa setiap hari. 


As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa n...

Aiskrim Malaysia

As salam. Salam tengah hari isnin. Macam chipsmore plak kan. Kejap timbul kejap tenggelam. Sila salahkan hormon kemalasan yang tak berapa nak stabil lately ni yerp...hehehe...*alasan. Ok lah. Straight to the point.


Ada yang tak kenal lagi ker dengan Aiskrim Malaysia. Mana lah tau ada yang tak kenal kan. Biasalah...anak² jaman serba canggih manggih. Kenal eskem Magnum, Hagen Daz, Baskin Robbins Meh lah nak kenal² kan  ni ha....hehehe...

Project hujung minggu di hari sabtu. Bancuh, tuang, ikat ketat² dan bekukan. Buat Aiskrim Malaysia perisa oren ngan milo. Permintaan anak² haruslah ditunaikan. Selagi tak buat, selagi tu lah dok berzikir kat telinga si hemak ni ha. Hemak ko punya malas macam mana sekali pon. Tapi bila bab anak² punya permintaan. Terus jadi rajin tau. 

Anak² plak memang hantu eskem. Ni dah buat untuk bancuhan kali ketiga wei. Eskem tak keras lagi dah nak makan...ppffttt...Si iman hakimi soh jual. Hurmmmm...tak per lah nak. Sendiri buat sendiri makan sudah. Memang tak boleh buat meniaga sebab tak sempat orang nak beli eskem dah habis. 

Bila buat sendiri  ni, terjamin kebersihannya. Sebab buat pakai air yang di masak. Kalau beli tu tak tau dorang pakai air masak atau air paip kan. Tau nak untung jer. Lepas ni kita buat eskem asam boi plak yerp. 

Note: Lepas ni takyah beli eskem kat kedai dah. Ibu dah biat stok eskem kat umah tu. 



Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju tengah malam. Tetiba ko nampak lintasan bay...

Kejutan Di tengah Malam!!!

Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju tengah malam. Tetiba ko nampak lintasan bayang seseorang kat bilik sebelah? Kecik jer. Dah lah sebelum tu dengar jiran atas mengemas. Bukan main kuat lagi ko tarik kerusi tu yerp. Sretttttt...sretttttt...Bersangka baik jer lah. Mungkin dia tengah nak alihkan perabot kot. Tapi kenapa tengah² malam tu jiran??? Ok...sambung citer.

Terus darah aku berderau wei. Badan dah shaking² sebab terkejut nak mamps dengan lintasan bayangan tu. Elok berjalan masuk bilik. Master bedroom aku tu gelap. Lampu problem. Bagi sistem pencahayaan, aku bukak lampu bilik kedua tu. Senang aku nak menggosok khenn. Lintasan bayangan tu masuk bilik kedua. Terus aku stop menggosok. Lintasan bayangan siapa tu?????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni ha orangnya. Pphheewwwww....Ko buat ibu terkejut tak hingat dunia dik. Terus gigil² satu badan ibu tau. Bangun cari ibu gamaknya. Nak minta susu. Tak perasan ibu ada kat bilik utama. Uruskan ustaz qhalif ni dulu. Pastu sambung gosok baju balik. Ibu ko ni memang lemah semangat. Mudah sangat terkejut nya.

Note: S.T.R.E.S.S...Pepagi hadap jalan sesak. Pastu dari pagi buat KPI tak habis². Sakit dah mata hadap PC nih.


Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah...

Cerita Anniversary | Choc Moist Cake lapis Cheese jer

Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah paling berharga lagi. Tu...anak² yang 3 orang tu lah hadiahnya. Selain dari hadiah KASIH SAYANG yang berterusan selama 9 tahun hidup bersama ni. Ehhhh...straight to the point. Ini lah hadiah yang di bakar dengan penuh kasih sayang:


CHOC MOIST CAKE LAPIS CHEESE. Curlass ko jot. Siap ada angka 9 lagi tu. Abaikan lah angka 9 aku yang tak center tu. Keras tangan lagi bab men deco nih. Kali ni aku tambah choc rice. Meriah kek aku tu dengan coklat. Maklumlah...fiza dan coklat tak dapat di pisahkan. Bertambah lah berat badan aku macam ni. Dengan cheese nya lagi dalam tu.

Kebetulan dah lama tak membakar kek. Kebetuan anak² sibuk nak kek. Dan kebetulan jugak anniversary. Jadinya kita buat kek lah untuk somi kita tu. Gigih tak gigi lah #makbanyakanak ni. Malam rabu baru nak membakar. Kononnya nak  buat surprise pagi khamis tu. Tapi.....biarlah rahsia...ekekeke...

Kepuasan berganda bila dapat hasilkan kek dari tangan sendiri. Dan kepuasan berganda jugak sebab nak kena mengemas balik...ppfftttt...Ko tau lah bila buat kek kan. Berkecah dapur dengan bekas² untuk di basuh. Nak kena tunggu kek siap di bakar lagi. Nak topping lagi....haishhhh...memang banyak kerja lah. Mata pon dah macam panda sebab tido pukul 2.30 am semata² demi untukmu kek...hahaha...baru sehari tido lewat dah keluar dah panda erk. Sila jangan percaya...ngeeeee...

Note: Orang lelaki dan lupa tarikh memang tak\dapat dipisahkan. Mak redho jer noks *sambillapairmata 


Curlass ko dik. Siap ada part 2 ibu buat tau. Sesaja buat kenangan...hehehe...Kalau nak tau part 1 nya, meh tengok  [SINI] . Masa tu aku ba...

QHALIF...Sambil Makan pon Boleh Tidur!!!! - PART 2

Curlass ko dik. Siap ada part 2 ibu buat tau. Sesaja buat kenangan...hehehe...Kalau nak tau part 1 nya, meh tengok [SINI]. Masa tu aku baru 1st time introduce qhalif dengan solid food. Kalau nak tau lebih, klik jer link tu. Boleh dia tertidur masa tengah makan. Ni kali kedua plak. 


Bangun pepagi dah mintak biskut. Masa aku tengok tu dia elok lagi tengah makan. Bila si ibu ni dah sibuk buat kerja, uruskan abang ngan kakak. Tiba masa nak uruskan si adik plak. Sekali tengok²....laaaaaa....sambung tido balik. Dengan sebelah tangan pegang biskut. Sebelah tangan lagi pegang balang biskut...ppffttt...

Siannnn...tak pasal² ko jadi mangsa iburazzi dik. Ibu ko ni pantang jer kalau anak² buat aksi. Asal kan boleh di buat modal bercerita kat blog...muahahaha....

Note: Alhamdulillah...menang rezeki contest Bugslock Mia Liana ☺

Amacam...Silalah buat. Sedap sangat. Ni malam tadi punya projek. Kudapan di malam hari depan TV menghadap Abang Jebat dan Mastura dalam...

Nachos Muchacos


Amacam...Silalah buat. Sedap sangat. Ni malam tadi punya projek. Kudapan di malam hari depan TV menghadap Abang Jebat dan Mastura dalam citer Setitis Kasih Darmia. Resipi pon senang sangat. Apatah lagi nak membuatnya. Boleh juga pakai Nachos brand Mission yang macam nih:


Memandangkan semalam tak mengizinkan aku untuk singgah giant beli Nachos Mission ni. Jadinya kita beli jer lah Nachos lain. Tapi aku punya nachos tu macam tak semenggah sikit rupanya. Tak banyak beza sebelum dan selepas bakar...hahaha...salah timing ker oven tu. Tak per, practice make perfect kan. Kalau tambah mozzarella cheese atau jalepano cheese lagi sedap. 

Ni idea member office lah ni. Terus terjebak. Kalau uolls nak buat, bakar dalam 2 minit jer. Tapi bergantung pada oven memasing jugak. Atau tunggu sampai cheese tu mencair. Memang sedap makan panas². Sekejapan jer habis sampai anak² minta lagi. Nanti ibu buat lagi yerp #ImanQahirahQhalif

Note: Harini ada pasar malam. Nak cari ubi kayu ☺


Memang gandingan yang mantop. 1 st time makan lempeng kelapa pak burn 2 minggu lepas kat Bandar Tasik Selatan. Sedap lah pulok wei. Selalu...

Lempeng Kelapa Sambal Tumis Ikan Bilis

Memang gandingan yang mantop. 1st time makan lempeng kelapa pak burn 2 minggu lepas kat Bandar Tasik Selatan. Sedap lah pulok wei. Selalu makan lempeng biasa jer. Apalagi….terus godek resepi. Senang jer rupanya. Misi mencari bahan². Ada jer halangannya. Hujan lebat…ikan bilis habis. Gi kedai lagi satu pon nan hado jugak ikan bilis. Gi pasar malam lupa plak nak beli…ppffttt…

Balik hari jumaat singgah kedai lagi. Alhamdulillah…ada suma bahan². Jadinya…weekend kita buat projek lempeng kelapa bersama sambal rumis ikan bilis. Pepagi dah masak sambal tumis. Petaang tu baru buat lempeng kelapa. Ini lah hasilnya:


Lempeng Kelapa cicah Sambal Tumis Ikan Bilis lawan dengan kopi-o. Minum petang dalam cuaca hujan dan sejuk...perrgghhhh...nikmat tak terkata. Tapi Lempeng kelapa tu agak sedikit tebal. Mungkin aku nyer bancuhan tak berapa cair. Tu yang jadi macam tu. Tak per…practise make perfect kan. Next time nak buat lagi.

Meh salin resepi nih:

Bahan²

11/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
1 camca the baking powder
Garam

Cara² Membuatnya

1) Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut dan gaul rata bersama air yang di bancuh dengan garam hingga sebati.

2) Panaskan non-stick pan. Lencer dengan sedikit minyak dan  cedok bancuhan lempeng tadi ke dalam pan dan ratakan dengan senduk. Masak dengan api yang sederhana.   

3) Dah masak apalagi...bedal lah dengan sambal. kuah kari dan yang sewaktu dengan nya...hehehe... 

Pastu tengah² makan teringat plak Ubi Kayu. Sedap jugak kalau dapat ubi kayu cicah sambal ikan bilis kan. Pastu ada leftover kelapa. Bestnya kalau dapat ubi kayu cicah kelapa dan gula. Haishhhhh...makan jer kerja #makbanyakanak ni wei. Rasa macam nak cari ubi kayu plak lah ☺

Note: Leftover kelapa tu aku buat kuih. Tunggu next resepi yerp.
  


Apalah agaknya aktiviti nya kan. Meh tengok nih: Oh! my Anak. Kejadian malam senin. Abam ngan kakak dah tido. Tapi ustaz Qhalif ni b...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 5

Apalah agaknya aktiviti nya kan. Meh tengok nih:


Oh! my Anak. Kejadian malam senin. Abam ngan kakak dah tido. Tapi ustaz Qhalif ni buat onar. Ibu nak suap tapi dia tak nak. Merajuk tarik muka ketat sebab nak makan sendiri. Nasib lah ko comel kalau merajuk dik. Cer ibu yang merajuk. Buruk rupanya. Dengan redha bagi lah dia makan sendiri. 

Tapi bila dah makan sendiri memang banyak yang keluar lah dari yang masuk mulut. Saja nak buat main sebenarnya. Si ibu plak sibuk buat kerja lain. Sekejapan jer dah jadi macam tu. Habis dikirainya nasi² tu ke lantai. Siap dilambung² nya nasi tu. Besar kecik besar kecik jer si ibu ni tengok gelagat si anak. Siapa yang nak kemas kalau bukan ibuuuuuuu jugak kan...ppffttt...


Note: Budak dua pusar...perghhhhh...macam² kerjaannya.



Banjir dengan kuah lah uols...hehehe...Ni last week punya citer. Gara² terpengaruh dengan MamaTripleSI @ IZWA lah ni. Kecur ailio #makb...

Ayam Buttermilk Banjir???


Banjir dengan kuah lah uols...hehehe...Ni last week punya citer. Gara² terpengaruh dengan MamaTripleSI @ IZWA lah ni. Kecur ailio #makbanyakanak ni masa dia upload kat IG gambar ayam buttermilk dia tu. Menggoda betul tau. Terbayang² jer. Rsipi pon simple jer rupanya. Sebelum ni aku selalu makan Garlic Butter Chicken kat QThai Cyberjaya ni. Memang sedap lah. Memandangkan dah lama tak pekena GBC, tu yang meroyang jer bila tegok ayam buttermilk ni.

Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli susu cair jer. Balik tu memang berdesup lah sebab nak memasak untuk berbuka. Nasib baik ayam dah siap basuh. Cepat sket keja. Ayam tu aku ubah style sket instead of goreng dengan kunyit. Aku perap kejap ayam tu dengan SERBUK KUNYIT + REMPAH KARI + TEPUNG GANDUM + GARAM = GORENG. Alaaaaa...perap dalam 5 minit jer...hehehe...

CARA² - Sumber [IZWA]

1. Cairkan butter sampai menggelegak berbuih (Aku letak 4 sudu)
2. Masukkan daun kari dan cili padi (Daun kari aku letak banyak sebab wangi)
2. Masukkan kuib ayam (Aku letak separuh. Nak letak suma pon boleh)
4. Masukkan susu cair (Aku letak setin sebab suka berkuah) 
6. Masukkan ayam tu dan gaul bagi sebati.

Senang jer kan. Tapi memang sedap. Lepas ni nak buat pakai udang pulak. Cuma aku nak ingatkan disini. Cara masakan kita berbeza². Terpulang lah ko nak letak daun kari dulu ker atau nak letak kemudian. Nak tambah bahan² lain pon boleh. Ikut ISA (Ikut Suka Aku) nak masak macam mana yerp. 

Dan nak bagi petua sikit. Tak tau lah uols memang dah tau ke tak. Tapi nak bagitau gak...hehehe...Kalau tak nak cepat muak sebab makanan ni kan berasaskan susu. Makan dengan cili potong = Potong cili padi dan letak kicap. Memang tak muak kalau makan banyak pon. Sebab aku selalu buat macam ni kalau makan GBC kat QTai. Memaber office ni yang bagitau.

Note: Dugaan nak raya. Sakit mata. Macam ketumbit jer ni...huhuhu...



Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺ Ok...stress #makbanyakanak dan freezer ma...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 4

Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺


Ok...stress #makbanyakanak dan freezer masih belum ada kesudahannya...ppffttt...Freezer lock yang aku beli dulu memang sekejapan jer tahannya. Ntah mana pergi benda tu pon aku tak tau. Inilah aksi si ustaz Qhalif. Part time job dia adalah bukak tutup...bukak tutup...bukak tutup freezer. Aku rasa kalau freezer tu bley bercakap mau dia kata 'Matilah macam ni'...ekekeke...Aku takut tercabut jer pintu freezer tu. Nak kena cari freezer lock baru yang tahan lasak.

Aku pon tak tau apa yang bestnya bebudak ni suka bukak tutup freezer. Nak kata panas sebab penangan El-nino, tak El-nino pon mcam ni. Iyerlah umah tak der air-cond. Dapat air-cond dari freezer pon voley.  Kalau tolong mengemas barang² dalam tu tak per lah jugak. Ni kekadang dok memicit lampu dalam tu....haishhhh...


Ni lagi satu buat #makbanyakanak naik minyak. Kononya nak mengubah suai lah perabot dalam bilik dorang nih. Bagi nampak lagi luas *lahsangat. Tengah² tu letak drawer. Kiri kanan letak katil. Sekali dia buatnya tempat panjat memanjat secara berjemaah. Dari katil kiri, panjat atas drawer pastu lompat ke katil belah kanan plak...pppffttt...Korang memang suka dengar ibu ko ni terjerit² macam tarzan kan.


Note: Ada budak tu kan. Menangis pagi tadi. Sebab tak kejut dia bangun sahur. Pada hal dah kejut banyak kali. Terus merajuk. Memang budak sentap tau...haishhhh...Alhamdulillah, semalam dapat posa penuh ☺


Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo ta...

Project Hujung Minggu | Blueberry Cheesecake & Baked Macaroni Cheese!!!

Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo tak der entry tu maknanya masak biasa² sajork. Meh kita tengok project masak² dihujung minggu untuk minggu lepas.


Tadaaaaa...erkkkk...ada kek lah. Tetiba teringin nak makan cheesecake. Tetiba terajin buat kek. Maka terhasillah sebijik Blueberry Cheesecake yang di bakar dengan penuh kasih sayam...ceewahhh. Tapi kali ni iols tak pakai biskut Oreo. Kita ganti base dengan digestive biskut lah pulak. Nak resipi klik [SINI]. Terliur tak...terliur takkk. Jemput tengoklah yerp. Jangan marah...Lepas ni rasa macam nak buat kek coklat lapis cheese lah...hurmmmmm...saja nak bakar line uols...hahaha....

Tapi Blueberry cheesecake iols ni rasa dia macam tak berapa nak ummpphhh sangatlah. Tak tau lah klo tekak tukang bakar ni lain sket. Tapi tak per, practice make perfect kan. Kita cuba sampai jadi sedap macam secret recipe.


Ok...yang ni plak baked macaroni cheese. Tetiba terigin plak. Dah macam pompuan ngandung mengidam. Nak cheesecake lah...macaroni lah...haishhhh...Tapi ini sebelum dibakar. Selepas dibakar tak sempat nak amik. Agak frust sket lah. Kurang menjadi sangat. Tapi rasa still sedap. Mungkin silap teknik kot. Rasa tak puas hati plak wei. Ni yang nak repeat lagi nih. Nak resipi kewr? Alaaaaa...google jer lah...hehehe...Next time kalau menjadi iols up resipi yerp. Boleh gittew. 

Sekadar selingan:

Cara masakan dan resipi kita mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Iols masak Ketam masak Lemak cili api pon nak dijadikan bahan kat laman sosial. Sebab iols masak letak daun kunyit instead of serai. Tak sesuai katanya. Siap nak gelak syaiton lagi ko. Macam lah kelakar sangat. Iols tak marah pon. Cuma kesian jer dengan orang macam ni. Menampakkan kebodohan diri sendiri. 

Buat si polan dan sahabatnya tu, parenst iols pon orang N9. Secara tak langsung iols pon orang N9 juga even membesar di KL. Apa pon masakan dan resipi yang mak iols ajar, secara tak langsung turun ke anak dia juga kan. Terpulang lah iols nak masak letak serai, daun kunyit atau apa sekali pon. Janji menepati citarasa tekak kami. Tapi tak perlulah nak dijadikan bahan yerp. Peringatan buat diri sendiri juga. 

Note: Panas berbahang. Sakit kepala pon mudah menyerang. 



Sopan jer duduk ☺ Sila duduk dediam yer ustaz Qhalif. Abah nak tarah rambut tu. Memandangkan rambut Iman Hakimi dan Iman Qhalif ni ce...

Tarah...Jangan tak Tarah!!!

Sopan jer duduk ☺

Sila duduk dediam yer ustaz Qhalif. Abah nak tarah rambut tu. Memandangkan rambut Iman Hakimi dan Iman Qhalif ni cepat sangat panjangnya. Maka jalan penyelesaiannya adalah beli mesin potong rambut. Jimat sket duit. Sekali potong dah RM5-6.00. Kalau 2 kepala dah berapa kan. Pastu sebulan 2-3 kali nak kena gunting rambut. Cer kira berapa jumlahnya. Dalam jaman barang serba naik ni kena lah berjimat cermat sket.

Nasiblah si ustaz qhalif ni jenis dok diam time orang potong rambut. Cuma asik nak kibas² jer lah rambut dia yang jatuh kat badan tu. Ok gak En. Husaini ni potong rambut anak² dia. Ada bakat dah ni lalink. Mana tau bley buat keja part time gunting rambut khenn. Tak pon buka kedai gunting rambut ker nanti...hehehehe....

Note: Mata si ustaz tu dah mula bertahi. Panas dalam agaknya. Apa lagi ubat sakit mata yang paling power kalau bukan Susu Ibu kan. Alhamdulillah....tak bertahi dah. Memang thorrbaikkk lah.



Malam semalam iols mengKetam uols. Gara² [Ketam Busuk] aritu, tak puas hati rasanya tak dapat buat gulai ketam. Saja singgah kedai sma...

KETAM Masak Lemak Cili Api!!!


Malam semalam iols mengKetam uols. Gara² [Ketam Busuk] aritu, tak puas hati rasanya tak dapat buat gulai ketam. Saja singgah kedai smalam. Tapi kedai lain lah. Ingatkan nak buat kari sardin. Sekali bila nampak ada plak ketam, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Terus aku lupa nak mengKari Sardin. Kita mengKetam lah jawabnya. Macam tau² jer aku nak makan ketam.

Macam biasa, bab menyiang ikan, ayam termasuklah ketam kita bagi tukang kedai yang potong. Kalau udang pon ko soh dorang potong, memang melampau lah kan. Tak kan tak tau kopek udang kot. Tapi kali ni aku dapat ketam yang cantik dan tak busuk. Beli 3 ekor @ RM14.00. Sedang² jer saiznya. Balik tu relax² jap hilangkan penat pastu kita mulakan operasi. 

Kalau ketam ni aku suka buat masak lomak cili api. Pastu letak daun kunyit banyak²...perghhhhh...bau dia semerbak satu apartment...hahaha...tipu lettew. semerbak dalam rumah jewr lah. Buat sup pon sodap. Walaupon ketam ni memang feveret aku, tapi part nak mengopek tu agak leceh sket lah. Gigih tak gigih lah aku anak beranak makan ketam malam tadi. Dah lah gigi tak cukup kalsium. Balik ni nak sambung mengKetam. Ada 2 ketul lagi...arghhhhh...sedapnya...ok bye!!!

Note: Malam ni rasa macam nak mengKari sardin. Dah lama tak buat kari sardin nih...hurmmmm...



Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Aw...

Bantal Paling EMPUK!!!


Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Awal betul gantinya khenn. Skolah anak² uols dah start ganti ker belum? Even skolah hari sabtu, kena pergi jugak. Tak boleh ponteng² skolah tanpa sebab yang munasabah. So far Iman Hakimi belum pernah tak datang skolah setakat bulan May ni. Harap² penuh lah kedatangannya. Tapi untuk skolah agama adalah 3-4 hari tak skolah. Erkkkk...ni nak citer pasal skolah ker pasal bantal empuk...muahahaha...

Ok...Si kimi ni memang terangatlah jarang tidur siang Kalau suma orang tido siang, dia sesorang  lah melayan perasaan sambil tengok TV. Soh tido tak nak plak dia tido. Pendek kata memang susah lah nak tido siang. Ntah kenapa aritu datang angin ngantuk dia gamaknya, tertidur atas badan abahnya. Kepenatan sebab skolah hari sabtu kot. Empuk sangat badan abah tu. Kerja angkat besi jewr. Nak six pax kononnya. Cer baring kat belakang ibu ni, rasa tulang jer kot...hehehe...

Note: Maaf lah uols. Iols tak dapat nak terjah rumah² uols. Mana yang sempat jewr nih. Sekian...



Habis semua harta karun dalam tu berselerak. Termasuklah: - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ...

Bila HANDBAG Kena Selongkar!!!

Habis semua harta karun dalam tu berselerak. Termasuklah:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ko tengok ni. Ustaz Qhalif mengerjakan apa? Ko dah kenapa dik. Selongkar HB ibu pastu gi main pampers dewasa tu buat apa? Nak pakai ker? Senyap jer buat onar kan. Bukan setakat plastik dibukanya, habis dengan pelekat dicabut....ppfftttt...Acaner tu? Nasib tak ditampalnya kat badan. 

Mesti handbag uols pon selalu kena selongkar ngan anak² khenn. Kat umah tu, kalau aku nak bersiram dan yang sewaktu dengannya, handbag memang kena letak tinggi² sebab ustaz qhalif ni suka menyelongkar. Kalau terlupa memang sadakallahul'azim lah jawabnya. Habis duit ngan segala macam kad berterabur. Nak marah pon tak boleh. Budak beso ni apalah dia tau khenn.

Note: Lengang jer jalan harini. Office pon lengang gak. Tapi rasa harini macam hari isnin.


Pinjam gambak google Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan...hehehe...Sebelum tu nak tanya soalan cepu mas. Uols kalau basuh ba...

Untungnya bila basuh Baju Kerja SUAMI!!!



Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan...hehehe...Sebelum tu nak tanya soalan cepu mas. Uols kalau basuh baju kerja suami, duit dalam poket seluar/baju tu uols simpan ker atau bagi balik kat suami? Haaaa...sila mengaku cepat...Uols amik khennn...Ker kalau duit beso² simpan. Duit kecik² bagi balik...ekekeke...

Biasalah...klo nak basuh baju kerja suami, even baju kita sekali pon, mesti nak check dulu harta karun dalam poket tu kan, Macam aku ni suka letak tisu dalam poket. Macam si suami plak suka letak cotton bud dalam poket *bocor rahsia. Kalau terlepas pandang, memang ngan tisu² skali lah aku mesin. Pastu putih² baju seluar dalam mesin tu dek kerana melekat tisu² yang di basuh skali...ppfftttt...

Bukan tisu ngan cotton bud jer, dengan duit² skali kena mesin. Pada hal dah double check. Pasal duit dalam poket seluar/baju. Aku cakap terus terang...memang aku amik...hahaha...Tapi aku letak dalam tabung khas. Haaaa...curlass ko jot. Siap ada tabung khas tu. Kiranya tabung basuh baju lah. Kalau jumpa duit jer, terus letak dalam tabung. Kekadang duit biru, kekadang duit hijau dan kekadang duit merah. Tapi tak pernah lagi lah jumpa duit ungu. Kalau duit ungu memang selamat masuk poket aku lah...hahaha...tipu jer. Kena lah tanya si suami dulu. Sebab duit beso khenn.

Duit tabung basuh baju ni kalau sesak² boleh lah aku pakai. Buat belanja anak skolah kalau tak der duit kecik ker kan. Buat top up duit minyak kalau duit dalam bank tak cucuk lagi. Sorry yer abam sayam. Halalkan lah duit tabung basuh baju tu untuk kegunaan sayangmu ini yerp. Abam sayam pon tak pernah tanya mana duit dalam poket seluar.baju dia...ekekeke...

Note: Dalam kerisauan dan kesedihan. Pagi tadi hantar kimi, Tinggalkan anak dara tu sebab dia tido lagi. Sampai jer rumah tgk qahirah tgh nangis. Sakit kepala katanya. AKu tanya kenapa? Jatuh dalam bilik air...uuwwaaaaaa....jatuh masa nak buang air lah tu. Ibu minta maaf kakak. Kakak tido. Ibu kejut susah sgt nak bangun. Check kepala tak der benjol. Tapi kerisauan tu tetap ada. Takut dia ada muntah² ker. Harap tak apa² anak dara aku nan sorang tu. Wassup kat penhasuh nursery tak reply plak...huhuhu...Bz agaknya.


Maka terhasillah bentuk² ini: Yang tak der caption tu, aku tak pasti apa yang anak dara tu buat. Dia masukkan lego tu kat jari² yg c...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG

Maka terhasillah bentuk² ini:


Yang tak der caption tu, aku tak pasti apa yang anak dara tu buat. Dia masukkan lego tu kat jari² yg comel...hahaha...apa motif tu kakak.


Ok...yg ni ibu tau apa kakak buat. HP katanya. Nak tipon abah. Bukan main beso lagi HP nya yer kakak. HP jenama Lego.

Ini lah aktiviti dorang. Nak kena beli lagi ni sebab tak cukup. Asyik bergaduh jer berebut lego. Abang berebut ngan kakak. Kakak berebut ngan adik. Ibu tukang tengok sambil tunggu masa nak menyinga. Lepas ni ibu beli untuk sorang satu.

Note: #prayformh370...enam hari berlalu. Apakah khabar mu.


Hari² saya bangun pagi². Ketuk pintu bilik air masa ibu tengah bersihkan diri. Erkkkk...dah macam pantun pulok...ekekeke...Ini lah budaknya...

Saya Suka Bangun Pagi!!

Hari² saya bangun pagi². Ketuk pintu bilik air masa ibu tengah bersihkan diri. Erkkkk...dah macam pantun pulok...ekekeke...Ini lah budaknya:


Malas lagi nak taip. Baca jer lah yer. Kekadang adik bangun lagi awal dari si abang. Agak susah nak kejut si abang bangun pagi. Nasib si adik bangun pagi tak merengek². Bagi makanan senyap lah dia. Pagi ni awal sangat bangun. Bangun² dah buat kuih. Ntah bila dia memerut pon aku tak tau. Jadinya kita mandikan terus lah. Lagi pon air tak berapa sejuk pepagi ni. Iyerlah....musim panas berdeting kan. Air paip pon dah tak sejuk. 

Note: Stresss haku. Batu tikus ni tak hilang². Tak focus nak buat keja. Cissssss... 



Aktiviti hujung minggu 3 beradik. Macam ni lah bila terperap kat umah. Si abang ngan kakak tu aku tak risau sangat. Tapi si adik nih.....

WW #43: Menuju Puncak



Aktiviti hujung minggu 3 beradik. Macam ni lah bila terperap kat umah. Si abang ngan kakak tu aku tak risau sangat. Tapi si adik nih...kerusi, meja, katil, rak tv suma dipanjatnya. Ni plak dah berani panjat tinggi². Sebelum ni tak pernah tinggi sampai menuju puncak macam tu. Nak fengsan aku tengok. Tapi iols standby kat belakang yerp uols. Jangan kata iols buat tak tau bila anak panjat tinggi² macam ni. Siapa tak sayang anak kannnn. Better safe than never. Mesti penangan wall climbing. Nanti kita gi wall climbing yer anak². Panjat lah puas². 

Erkkkkk...WW ker ni? Panjang berjela plak citer...ekekeke...

Note: Get well soon to my dear hubby. Demam on and off nak masuk 5 hari dah. Risau lah plak. Skang kan musim penyakit. Hari ni nak buat blood test. Smoga dipermudahkan olehNYA. Harap² tak der apa yang serious. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...