AFB Feeds

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Jodoh kita sampai harini jer. Kalau ada rezeki, kita berjumpa di lain hari. Sebab: - - - - ...

Selamat Tinggal BLOG!!!

Jodoh kita sampai harini jer. Kalau ada rezeki, kita berjumpa di lain hari. Sebab:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Esok dah start cuti wei. Cuti panjang plak tu. Kalau dah cuti, blog pon cuti jugak kan. Kalau tak der entry selepas bercuti, maknanya blog bercuti panjang lettew...hehehe...Lately ni mood ke laut lah. Sehari satu entry jer. Kekadang tak der langsung. Ni pon dah petang baru terhegeh² nak update.

Asal cuti panjang jer orang tanya 'tak gi mana² ker cuti panjang ni?'...Ayat cliche kan. Kitorang tak gi memana pon. Dok kat hotel Apartment Kajang Impiana tu jer. Paastu dengar² harga minyak naik plak esok. Hurrmmmm...tak tau nak cakap apa dah. 

Ok lah. HAPPY HOLIDAY UOLLS. Yang gi bercuti tu, berhati² dijalan raya. Kalau beli ole² tu, belilah lebih² sket. Smoga bertambah murah rezeki...hahaha...

Note: Kalau dah cuti panjang ni, nak naik kerja pon rasa malas kan.


Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katak...

Cerita BUKU MERAH dan IMIGRESEN!!!


Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha....


Alhamdulillah...selesai juga masalah passport. Bukan main susah lagi nak buat. Dari hari jumaat last week. Aku gi Jabatan Imigresen Putrajaya. Sekali system offline. Frust. Member office ni gi hari isnin. Tengah amik nombor. System offline lagi. Tengah hari pergi lagi. Masih lagi offline. Amik nombor hari isnin untuk hari selasa nyer appointment. boleh gitu? Passport nak kena submit before 27th May nih.

Kisahnya...pagi selasa aku gi Jabatan Imigresen kat Terminal Bas Kajang Jalan Reko tu. Pukul lapan lebih aku sampai....perghhhhhh...dah beratur panjang wei. Ramai betul orang nak buat passport dan ramai betul orang nak bercuti kat over the sea kan. Lagi pon mungkin aku salah timing sebab nak cuti sekolah ni. Ramai lah orang. Pastu member office ni cakap. Mungkin sebab gomen dah clearkan nama² orang yang dah di black listed kan (janji pilihanraya ker?). Tu yang berebut² gi buat passport.


Nak pitam aku beratur. 2 jam lebih hokey. Dengan tak breakfast nya lagi. Buat tambah lagi tension haku ni kan, gambar passport skang ni nak yang background putih. Aku nyer gambar background biru...arghhhhh...keluar barisan jap gi amik gambar pulak. Ramai juga orang sebab memasing baru tau nak background putih kot. Kesian pada orang yang bawak anak kecik lah. Sian tunggu mak sampai tertido kat kerusi. Luluh plak hati aku ni nengok*dasar hati tisu*. Member aku ni pon kesian jugak. Gi buat kat Pudu Sentral. Pon ramai orang. Pastu passport siap dalam masa seminggu. Selangor jer yang siap hari tu juga. Patah lah balik member aku ni gi Kajang. Nasib sempat amik nombor. 

Dah amik nombor, kena tunggu step by step plak. Daftar nama bagai, tunggu nombor di panggil untuk pembayaran. Tunggu lagi ko. Dah buat pembayaran, tunggu nombor di panggil untuk amik passport pulak...selepas 2 jam plak tu....alahaiiiiii...pastu boleh plak system offline kejap. Seharian aku kat Jabatan Imigresen ko. Dekat pukul 4 petang baru habis. Makanya...aku tak masuk office. EL lah gamaknya smalam semata² nak buat buku merah ni.

Sempat lah berborak dengan pegawai imigresen tu. Katanya mungkin sebab nak cuti skolah. Tu yang ramai. Selalu tak der ramai macam nih. Iyo lah tu. Yang aku hairan, kaunter banyak, tapi yang buka hanya beberapa kaunter sahaja. Imigresen kena upgrade lah system dorang. Yang kat Putrajaya tu asyik offline memanjang. Aku dengar kat mana² imigresen pon orang ramai/penuh. Kesian dekat pemohon yang kena tunggu lama. 

Nasihat aku, kalau korang nak gi buat passport, keluarlah awal². Aku rasa dorang ni lepas subuh dah kluar amik nombor agaknya. Pastu kan. Nak lagi senang. Buat² lah macam ibu mengandung. Perut tu kasi buncit macam mengandung 9 bulan. Tapi yang belum kahwin jangan lah buat macam ni. Tak pasal² jer kena beratur balik sebab menipu. Amacam...ada berani??...hehehehe...gurau jer. 

Itu jer lah kisah aku dengan Buku Merah dan Imigresen. Panjang juga erk. Luahan ferasaan noks...ahaks...

Note: Abaikanlah mukaku dipassport tu. Urat senyum dah putus. Orang yang tengah tension sebab beratur panjang sangat kan  >_<.



Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti,...

I'm Back

Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti, ala2 Cuti2 Malaysia gak lah. Pergi Terengganu, umah kakak. Pergi naik bas, kami 3 beranak ngan mak aku skali. Ok gak lah naik bas, Iman pon tak banyak ragam. Perjalanan amik masa dalam 5 jam. Kami bertolak hari Khamis pagi & balik KL hari Sabtu pagi. Dah lama niat nak gi Ganu, since kakak aku pindah sana, tak pernah langsung gi umah dia, adalah dekat 5 tahun. Ada jer halangan nya. Teruk btul kan.

Apa yang menarik? ha....umah kakak aku dekat betul ngan pantai, kiranya belakang umah dia tu dah nampak pantai. Pantai apa? Rasanya pantai kijal kot, sebab umah kakak aku ni kat kijal. Pantai nya memang cantik, airnya hijau kebiruan, tak macam pantai kat PD tu. Klo nak gi Awana Kijal, 10 minit jer dari umah kakak ku. Aku tak sempat pon nak mandi manda, hubby jer yg mandi sebab klo kami mandi sapa nak pegang Iman? Anakku Iman takut nak mandi laut, bertuah nyer budak. Klo kat umah, bukan main suka lagi main air, berendam bagai, tapi bila nampak laut, nangis....takut. Hangin gak haku. Mungkin sebab laut tu luas sgt, tu yg dia takut tu. Best sungguh suasana kampung, tenang jer....dengan bunyi desiran ombak yang memukul pantai, dengan pokok kelapa yang meliuk lentik di tiup angin sepoi2, hahaha...skema sudah ayat dan macam2 lagilah.

Memandangkan kami pergi naik bas, tak dapatlah nak gi tempat2 menarik & shopping keropok. Cuma gi Mesra Mall sajork. Lagipon cuti tak panjang. Next time bley gi Ganu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks