Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Haze. Show all posts
Showing posts with label Haze. Show all posts

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan ...

Air Pollutant Index Apps | Jom Download!!!

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan jaman betul kan. Tak yah nak check kat website lagi dah. Download jer Apps API ni kat Play Store.


Ni pagi semalam punya bacaan. Sangat tak sihat hokay. 


Senarai² kawasan yang terlibat. Macam Cyberjaya dan Bangi tak der dalam senarai sebab dia amik kawasan yang terdekat. Jadinya...kawasan yang terdekat adalah Putrajaya.


Dalam bentuk map. Dah tersedia berapa bacaannya.


Permandangan di Cyberjaya pagi semalam. Tersekat nafasku. Kabur pandangan mataku. Amat tersiksa diriku. Dengan jerebu itu...erkkkk...dah macam lagu terasing plak...ngeeeee...

Permandangan yang makin kabur
Pernafasan yang semakin menyesakkan
Mungundang penyakit datang
Hidung dah start gatal²...bersin²...mata pedih...tekak perit
Jerebu oh! Jerebu...cepatlah berlalu
Risaukan kesihatan anak²
Ya! Allah....lindungilah kami dan anak² kami dari bala penyakit

Ahad haritu Bangi hujan dengan harapan dapat mengurangan jerebu. Sangkaan meleset sama sekali. Makin teruk jadinya. Tak dapat mengurangkan jerebu yang makin berlelasa. Jaga kesihatan semua. Minum air secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Pakai mask dan jangan lupa pantau kesihatan diri sendiri dan anak². Especially utk mereka yg ada penyakit asthma/lelah.

Pagi ni plak kelam kabut bila husband hantar anak gi skolah tapi skolah tutup. Data tenet dah habis. Tak tau apa citer. Rupanya kementerian umum sekolah cuti tengah malam semalam....ppffttt...Bila IPU dah cecah 200 baru nak istihar cuti. Nasib daycare bukak. Tapi malam tadi memang teruk IPU kat bangi. Kelabu asap jer permandangan.

Note: Alhamdulillah...pagi ni hujan. IPU pon nampak lebih ok dari semalam. 


Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, M...

HUJAN...Berkat DOA dan SOLAT HAJAT



Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, Masjid Negara ada buat Solat Hajat dan doa. Petang tu terus hujan. Syukur. Hujan lebat selebatnya beserta angin. Sampai aku takut nak drive sebab jarak penglihatan yang membataskan. Memang tak nampak sangat jalan. Lebatnya hujan sampai aku rasa macam hujan batu. Sebab kereta dan cermin rasa macam berdetak² kuat. Macam baling batu tu.

Petang smalam juga famous status hujan kat FB dan gambar hujan kat IG >_<. Kalau sebelum ni kita merungut...tak suka hujan sebab jalan sesak lah, baju tak keringlah. Tapi status semalam sebaliknya. Memuji dan bersyukur sebab hujan turun...mensyukuri nikmat hujan yang diturunkan olehNYA. Bak kata seorang sahabat:

'Allah berikan jerebu supaya kita lebih menghargai nikmatnya titisan hujan'

Dah boleh nampak keindahan awan yang selama ini di litupi jerebu. Pagi ni jerebu pon dah nampak ada kurangnya. Tapi petang smalam Bangi lambat hujan. Dekat pukul tujuh malam baru hujan turun. Kena tunggu giliran kekdahnya...hehehe...itu pon kejap jer. Tapi bersambung bila pagi tadi hujan lagi kat bangi. Sejuk sikit rasanya. 

Note: Good luck lagi buat suami. Hari ni exam paper 2 and 3.



Selama ni main pakai jer. Aku pon baru tau. Rasanya ada lagi yang tak tau kan? Meh nak share.  SEMASA JEREBU/SELSEMA - Bahagia...

Cara Pakai FACE MASK Yang Betul!!



Selama ni main pakai jer. Aku pon baru tau. Rasanya ada lagi yang tak tau kan? Meh nak share. 

SEMASA JEREBU/SELSEMA

- Bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ia mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain

- Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa

- Jika anda sihat atau tiada selsema, bahagian berwarna putih harud menghadap ke luar untuk melindungi kita daripada mokroorganisma daripada tersebar kepada kita.

Source: [SINI] dan [SINI]

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya.

Note: Sekolah Iman Hakimi tutup sampai esok. Tapi daycare masih beroperasi...alhamdulillah...Kalau tak ibu terpaksa amik EL





Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan...

Doa MINTA HUJAN!!!


Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan terbentang luas tu. Hidung pon dah mula berair, mata dah mula rasa pedih, kulit dah mula gatal². Owh...sangat risau dengan kesihatan anak². Biarlah sakit tu pergi kat ibu, tapi jangan kat anak² sebab Iman Hakimi ada sejarah 'BRONCHITIS'. Tu yang risau sket. Nak buat pembenihan awan tak boleh sebab tak der awan yang sesuai. Sama² kita panjatkan doa padaNYA agar diturunkan hujan dan semoga kesihatan kita sentiasa dibawah lindunganNYA.

Source; [SINI]

Jerebu dah mula serbu Bangi hari sabtu aritu. Tapi masih terkawal lagi. Masuk hari ahad, cuaca dah berkabus pagi tu. Bukan sebab sejuk, tapi sebab jerebu. Beserta bau asap skali. Apalagi...terus tutup tingkap dan sliding door. Pon masih boleh bau asap dalam rumah.


Jerebu kat cyberjaya. Dah lah jerebu, office plak dekat dengan construction site, bertambah debu² nya. Pagi ni hantar Iman Hakimi sekolah. Boleh plak lupa yang sekolah tutup. Tapi nasib daycare bukak...haishhhhh...Ni sedikit info Tindakan Semasa Jerebu:

Source: [SINI]

Minum air masak banyak² yer. Jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti luar. 

Note: Budak² sekolah cuti, budak² office tak boleh cuti ker...hehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...