AFB Feeds

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Haishhhh... Ingatkan dah habis citer pasal raya. Ada lagi rupanya... hehehehe... Alaaaa... rajin pl...

Beraya dengan Orang Baru??

Haishhhh... Ingatkan dah habis citer pasal raya. Ada lagi rupanya... hehehehe... Alaaaa... rajin plak jari ni main taip². Kebetulan idea pon datang mencurah² plak pagi nih. Maka terhasillah citer ni. 


Ini lah dia orang baru tu. Tahun lepas raya berlima. Tahun ni erkkkkk... macam magic plak. Sekejapan jer dah bertambah lagi sorang... Alhamdulillah. Baik budak ni. Tak banyak ragam pon. Meragam pon kalau perut kembong, nak susu dengan pampers kotor. 

2015

2016

Gambar raya tahun lepas dengan tahun ni. Yang pasti baju raya kau tetap sama...hahahaha... Dan yang lain bila bertambahnya sorang dalam gambar nih. Sekejap jer anak kau nak empat yerp.


Bila anak dah bertambah ni. Maka masa untuk bersiap pon akan bertambah masanya. Bila ada anak kecik ni faham² lah kan. Keperluan dia kena siap kan. Anak² yang lain boleh mandi sendiri dan siapkan diri sendiri. Si kecik ni kau kena mandikan dia dan siapkan dia dulu baru kau boleh bersiap. Nasiblah si harraz ni nyusu badan. Tak perlu nak siapkan keperluan susu.

Tapi tu lah... Kalau gi beraya umah orang atau keluar gi jenjalan, kawan baik tak boleh tinggal. Memang kena bawak sentiasa. Apa tu? Nursing cover lor... hehehe...

Note: Nak masuk 5 bulan dah si Harraz nih. Cepat betul rasa.



Baru nak panas enjin citer pasal raya. Orang lain pon dah muak nak baca pasal raya yang berderet² t...

Cerita Raya 2016!!

Baru nak panas enjin citer pasal raya. Orang lain pon dah muak nak baca pasal raya yang berderet² tu. yang kau pulak baru nak update,,, hehehehe... Mood sudah mari gittew. Sebelum mati kutu nak buat karangan ayat, moh ler kita buat senaman jari sementara idea sudah mari. Buat sekali harung dalam satu entry. Tak koser mak nak buat part by part.

Raya tahun ni biasa² jer *ayat cliche...ngeeee... Sebelum ni raya kat umah sendiri dulu. Lepas tu baru balik umah  mak kat Kampung Pandan Key Ell. Tapi tahun ni ada kelainan sikit. Mak raya kat umah Abang Long aku kat Seremban. Jadinya... tak dapat lah nak beraya dengan mak raya pertama haritu... sob sob sob... Makanya kita balik rumah rumah mertua kat Kampung Kenanga, Rawang. Petang rabu dah gerak balik Rawang.

Sampai² jer mak dah siap masak rendang. Perghhhh... Memang terbaik lah rendang mak. Malam tu baru tolong mak masak kuah kacang pulak. Mak kalau masak kuah kacang memang sedap. Sempatlah dok tanya resepi rahsia. Nanti boleh buat. Tapi tak tau bila,,, hahaha... Ok... Ni part sehari sebelum raya hokay.

Ibu mertuaku. Geram plak nengok si harraz bukan main senyum lagi.

Pagi raya... Juadah pagi tu tak lain tak bukan sudah semestinya rendang, kuah kacang dengan ketupat kan. Punyalah tak hingat nak amik gambar makanan... ppfftttt... Nampak sangat makin nyanyuk. Balik jer solat raya, terus sarapan. Dah kenyang memasing, baru lah sesi bermaaf maafan dipagi raya sambil bergambar. Syahdu plak rasa masa bersalam dengan mak mertua nih. Tapi kontrol jer.


Anak² pon tak terkecuali kena minta maaf. Banyak buat salah kan... hahaha... Malu² plak si qahirah minta maaf dengan abah. Si qhalif lagi lah... Ego. Tak nak langsung dia. Budak kecik lagi kan. Apa tau.


Ehemmm.... Ehemmmm... Turn hemak plak. Ni minta maaf sambil gelak² namanya. Orang minta maaf ngan somi siap package airmata. Kau minta maaf sambl gelak². Tak der perasaan langsung kau kan... hahaha...


Ok... Family photo. Kalau dah bergambar cenggini, jangan harap sumanya perfect. Ada jer yang tak ready kan. Bertabah jer lah kau bila nengok gambar. Berkali² amik. Ni kira gambar perfect lah dari banyak² gambar...ppffttt... Lagi haru, aku tak teringat langsung nak amik gambar anak² saja. Nak lah amik gambar adik beradik ni posing kan. Haishhhh...  

Selesai suma umah mak, tgh hari tu gi beraya plak. Malam tu gak gerak balik Seremban. Tak sabar nak jumpa mak. Selesai raya pertama. Kisah raya kedua plak yerp. Tahun ni kita balik kampung nismilan. Johol.... Here we come. Dah lama kot tak balik kampung. Pepagi dah gerak dari umah abang long. Gi 3 keta jer. 

Raya umah makcikpakcik. Macam² menu ada. Nasi lemak, kuah kacang, nasi himpit, kuih muih, laksa... perghhhh... Menahan diri jer aku dari makan laksa. Pantang lagi hoiii. Rasa kuah sket pon jadilah. Ni pon sadis gak sebab tak hamik gambar masa raya kat kampung. Kau dah kenapa haaa asik lupa nak amik gambar. 

Mak cik cute dengan anak fruitnya ☺☺

Kitorang gi 5 umah jer. Last gi Kota umah Maklong. Kebetulan ada buat makan² malam tu. Jadinya kita lepak relax² dulu sebab majlis start pukul 8 malam. Posing² lah dulu. Muka pon ntah hape sebab berjalan dari pagi sampai malam dengan panas nya lagi...ppffttt....


Start jer majlis... moh ler kita makan. Memang meriah lah. Makanan pon sedap². Ada kambing bakar, Ayam bakar, Mee kari dan macam² lagilah. Siap ada pertunjukan bunga api lagi tu. Kurlass kau. Karaoke pon hado. Memang meriah lah. Dah selesai makan dan perut pon dah kenyang, maka kembali ke pangkal jalan lah kita. Balik malam tu jalan sesak wei. Dah pukul duabelas tengah malam pon sesak. 

Gittew lah kisah raya #makanakempat. Overall memang best lah raya kat kampung. Dah lama tak balik kan. Anak² lah yang paling happy. Budak bandar masuk kampung kan. Kawasan plak luas. Berlari² sana sini. Kejar ayam kejar itik. Nasib lembu tak der. Kalau jumpa mau lembu pon dikerjarnya... hehehehe...

Note: Jenuh aku mikir nak letak tajuk apa...ppfftttt.... 



Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ...

Colourful Di Pagi Raya

Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ke laut china selatan. Bukan apa. Nak edit gambar. Nak letak watermark bagai. Blogger part time kan. Dengan keja office lagi. Tapi harini ku gagahkan jugak update pasal Raya. Tapi teaser jer lah dulu yerp. Ada masa nanti #makanakempat ni sambung lagi.


Kemahen tema raya korang kan. Sedondon sehati sejiwa gittew. Cantik jer nengok. Tema aku tahun ni colourful. MakPak biru + Anak² orange = Colourful. Nama jer orange tapi tak sama kaler orange nya. Masa cari baju raya bebudak ni haritu... Baju Kimi dah jumpa. Baju Qhalif ngan Harraz nan hado plak size. Jadinya beli baju Kimi lah dulu. Jumpa jer kaler orange seakan sama, beli lah untuk Qahirah, Qhalif ngan Harraz. Gasaklah tak sedondon pon. Apadehal dengan kaler baju kan. Janji hati dan jiwa sedondon gittew.  

Preparation pon lebih pada anak² jer. Ibu Abah recycle balik baju lama. Pakai sekali sekala jer pon. Bersederhana di jaman GST yang mencekik darah nih. Nak cari baju Qahirah bukan main susah lagi sebab saiz banyak tak der. Nak cari jugak kaler orange kan. Mendapatlah sebab susah gak nak cari kaler orange. Mekasih lah husband sebab susah payah mencari merata² baju anak dara nih. Finally jumpa jugak.

Pengajarannya dimasa akan datang... Sila cari kaler baju yang senang nak cari hokay. Untuk raya tahun depan dah sesiap pilih tema kaler pon. Dasat kau #makanakempat. Raya tak habis lagi kau dah fikir tema kaler untuk Raya tahun depan... Hahahaha... 

Note: Susah betul ank amik gambar anak beranak nih. Ada jer yg tak ready ☺☺



Fuhhhhh... Berhabuknya. Please... Please... Please... Jangan jadi pemalas nak update blog. Cenggini...

Hi! Pakcik!!!

Fuhhhhh... Berhabuknya. Please... Please... Please... Jangan jadi pemalas nak update blog. Cenggini lah bila dah lama cuti kan. Kemalasan tahap dewa menguasai diri. Ditambah dengan keja office. Bertambah² malasnya. Rasa insaf jap bila baca entry Diana Rashid [CUTI RAYA PENENTU BLOG BERTAHAN ATAU TERKUBUR]. Terus bersemangat waja kau datang. Moh ler kita update. 

Cerita pasal raya kita simpan dulu. Raya kan sebulan. Ada masa lagi... hahahaha... Ni nak citer pasal pakcik kenit sorang nih. Baru lahir 3 hari dah dapat title Pakcik. Ko hado??


Inilah pakcik tu. Comel kan saya. Sian kamu nak. Bayi lagi dah dapat gelaran... ekekeke... Pakcik Iman Harraz dengan anak buahnya Putra Raees Rafael. Cucu aku yang ker 3. Dah bercucu aku wei. Kebetulan Makcik ngan anak fruit termengandung berjemaah. Kalau ikut due date, anak fruit aku ni bersalin dulu. Tapi makcik yang terlebih dulu bersalin. 


Beza dorang 3 hari jer. Iman Harraz 29 Feb Raees plak 3 March. Tapi si Raees ni dah boleh meniarap. Asal letak jer nak meniarap. Nak amik gambar nyer pasal, tu yang sendal ngan bantal. Harraz belum meniarap lagi. Badan semangat. Tapi tanda² nak meniarap tu dah ada. Alaaaaaa... Relax sudah. Development budak lelain kan. Tak yah nak kalut sangat kalau anak kau tak boleh meniarap lagi hokay. 

Note: Tak sabar nak balik. Nak gomol budak debab nih ☺☺



Minggu depan dah pon habis raya. Aku ni baru nak citer pasal raya. Tak per lah. Biar lambat dari ta...

1 Syawal 1436H | Cerita RAYA!!!

Minggu depan dah pon habis raya. Aku ni baru nak citer pasal raya. Tak per lah. Biar lambat dari tak der citer langsung kan. Apa nak jadi pon tak tau lah. Malas tahap langit ke tujuh nak update blog, Pada hal ada jer nak citer. Entry untuk Food review pon tak buat lagi nih. Pembawakan apalah yang jadi femalas sangat ni. Ok...sambung citer raya.


Biasa² cerita raya kami. Anak² lah yang paling happy bila tiba hari raya *erkkk...macam lirik lagu plak. Masalah² lain, dorang masih belum mengerti lagi. Dugaan sehari sebelum raya. Terpaksa kluar duit buat tukar tayar. Budget...lepas raya nak tukar 2 tayar depan jer sebab bunga tayar dah nampak haus. Jadinya, memang beraya dekat² jer lah. Tak boleh jalan jauh

Kita hanya merancang, Tapi DIA yang lebih hebat dalam merancang perancangan hambanya. Husband keja lagi khamis tu. Dah sampai rumah baru perasan yang tayar belakang pancit sepancit² nya sampai dah makan dalam. Patutlah rasa senget jer keta...ppffttt...Memang DIA nak soh tukar tayar keta lah tu. Petang tu jugak terpaksalah tukar ke empat² tayar skali. Nasib ada kedai tayar yang bukak. Eh! Dah macam merapu plak. Nak citer pasal raya ker pasal tayar keta ni??? Ok...Ok...Kisahnya...

Malam raya kitorang dok umah jer. Sentap sebab tak dapat nak balik umah mak...uwaaaa...Maka beraya lah kami anak beranak dekat Rumah Manis Rumah @ Home Sweet Home. Permintaan si husband nak beraya kat umah sendiri. Ok! fine. 


Belanja gambar wefie husband and wife dulu...ngeeeee...


Wefie anak beranak. Bukan main lagi. Tak hajak hemak ko wefie sekali kan. Sentap!!

Macam biasa, tema kami memang selalunya kalerful. Even kalar baju warna biru. Nak kaler kontra katanya. 1st time jugak aku berjubah time hari raya. Tu pon last minute cari. Nak cari sedondon dengan anak dara, nan hado design orang dewasa. Jadinya mencari lah jubah yang sama kaler dengan anak dara nih.

Husband plak nak ber kurta. Tapi anak bujang si iman hakimi nak baju melayu. Memang setia betul dengan baju melayu bersampin tiap² tahun. Tak nak berjubah mahu pon ber kurta. Si Qhalif lagi best. Tak nak langsung baju raya. Tu pon paksa jugak dia pakai. Ragam anak² kan.


Bermaaf maafan di pagi raya. Menunggu giliran nak bersalam minta maaf bagai. Dapat lah duit raya memasig. 


Gambar raya konon. Tapi tak berapa nak clear...ppfftt...

Selesai acara minta maaf peluk cium. Moh lah kita berangkat pulang ke kampung halaman yang tercinta. Alaaaaaa...kat Kampug Pandan KeyEll jewr. Jalan memang smooth and clear. Sampai umah mak terus melantak dulu. Tak teringat nak amik gambar lauk pauk haritu. Kakak masak rendang ayam, rendang daging dan jugak nasi himpit. Dah kenyang perut senang hati, Acara salam peluk cium minta maaf dengan mak pulak. Yang ada pon family kami dengan family kakak. Yang lelain beraya kat umah mertua dulu. Syahdu wei. Sebab tengok keadaan mak yang tak berapa nak sihat tu :-(


Bergambar dengan mak. Kurus jer mak. Berat badan dia turun dengan mendadak lepas sakit. Memang tak boleh nak masak memasak lagi dah. Rindu dengan masakan mak yang sedap sangat tu. Anak hemak ni masak apsal tak sama dengan air tangan mak haaa :-(


5 of us. Baru lah nampak senunuh sket gambar ni.

Lepak umah mak pon tak lama. Sebelum solat jumaat tu kami balik Rawang plak. Umah mak mertua.  Tak sempat nak jumpa Abang Long yang kat seremban tu sebab dorang datang lepas solat jumaat. Hurrmmmm...Nanti sambung lagi lah citer raya kat umah mertua yerp. Panjang sangat dah ni. 

Note: Sedih dengar perkhabaran pasal MH370. Innalillahi wainnailaihi rojiun...Al-Fatihah


Yang di masak secara berduet dengan penuh kasih sayam. Sorang tukang buat inti dari resepi suka...

Tortilla Wrap


Yang di masak secara berduet dengan penuh kasih sayam. Sorang tukang buat inti dari resepi suka suki bikin sendiri sebab tak amik dari mana² buku atau internet. Sorang lagi tukang balut sebab bab membalut ni memang tangan dia seni sket...ekekeke...Siapa tukang biat inti dan siapa tukang balut? Biarlah rahsia...wakakaka...

Kisah ahad lepas. Abang and family nak datang rumah. Takkan jamu kuih jer kot. Jadinya kita buat masak memasak sket lah. Uols kalau nak datang roger lah yerp. Boleh iols masak. Pintu sentiasa terbuka untuk tetamu. Ok...sambung citer. Jenuh gak memikir nak masak apa. Tak per lah, kita buat menu lain dari yang lain. Orang lain masak menu raya. Tapi weols buat western. Buat spaghetti uols...hehehe...gelak lettew. Western lah sangat khenn. Tapi jangan tak tau. Spaghetti buat 2 jenis perisa tau. CARBONARA dan juga TRADITIONAL.  

Iyerlah...every week kan open house. Abang aku and family pon baru balik dari open house. Mesti dah puas makan lemang, rendang, nasi himpit ngan kuah kacang kan. Takkan aku nak buat menu yang sama gak kot. Kita buat lah lain dari yang lain plak. Additional nya kita buat TORTILLA WRAP. Feedback dari Abang and Family...Memang sedap lah. Kembang kempis kempus lah orang tu kan. Nak resipi ker?

Bahan² Masak

Daging cincang
Tomato *potong dadu
Bawang besar/Holand *potong dadu
Black Pepper Sauce 
Mentega

Bahan² Untuk Wrap

Wrap (Brand Mission)
Salad
Chili sauce
Mayonnaise/Thousand island  

Cara²

1- Panaskan mentega. Agak². Kalau daging banyak letak lah banyak
2- Masak daging sampai agak² dah empuk
3- Letak black pepper sauce. Agak² jugak. Kalau suka black pepper letak lah banyak. 
4- Masukkan bawang
5- Masukkan tomato

Dah siap dan sedia untuk di balut. Takkan cara nak membalut pon aku nak kena ajar kot...ppffttt...Ikut suka suki uols nak balut macam mana pon. Jangan balut sampai terkoyak plak wrap tu yerp. Selamat mencuba...hehehe...

Disclaimer: Macam yang aku pernah tulis dulu. Cara masakan kita berbeza. Terpulang pada uols nak masak macam mana. Ikut pada selera dan tekak memasing. Kalau nak tambah bahan² lain pon boleh. Tapi jangan letak DAUN KUNYIT yerp....erkkkk...muahahaha...

Note: Nantikan entry masak² yang seterusnya. Okbai!


Orang lain dah lama citer pasal raya memasing yang meriah tu. Tapi iols baru nak panas enjin. Janji...

Kisah 1 SYAWAL 1435H

Orang lain dah lama citer pasal raya memasing yang meriah tu. Tapi iols baru nak panas enjin. Janji ada daripada tak der kan. Kisah raya tahun ni lain dari yang lain sket. Sambutan yang disambut secara sangat bersederhana. Baju raya pon recycle *sedihjerbunyinyakan jer. Cuma baju raya untuk anak² jer lah kita belikan yang baru. Tapi tak per, tahun depan kita pulun habis² yerp...hehehe...

Kalau sebelum² ni sehari sebelum raya memang aku balik umah mak, tapi tahun ni tak. Mengemas rumah sendiri dan sempat buat kuih raya last minute. Alaaaa... buat cornflakes madu lebah yang senang tu jer. Tukar langsir baru. mengemas bilik dan macam² kerja lagi lah. Nasib kakak dan adik ada kat umah mak untuk tolong memasak dan mengemas. Sebab kalau bab mengemas kat umah mak tu memang selalunya akulah orang kuatnya. Bab memasak plak memang kakak aku yang hebat dan bab tolong menolong apa yang patut bagi kat adik aku tu lah. Tapi tahun ni cuma gandingan kaka dan adik bongsu jer.

Bak cerita dari kakak, orang yang datang bertakbir raya dari rumah kerumah datang awal. Tak macam tahun lepas. Jangan tak tahu, even dibandar, amalan bertakbir dari rumah ke rumah masih diamalkan lagi kat Kg Pandan tu tau. Seronok lah bebudak dapat kumpul duit raya. Memang tiap² tahun rumah kitorang akan jadi salah satu rumah sasaran. Seronok tau. Nasib baik preparation dah buat awal². Tahun ni aku terlepas moment tu.

1 Syawal 1435H - Satu hari di Hari Raya

Kisah pagi raya plak. Masuk tahun ni merupakan tahun kedua kami beraya dirumah sendiri. Pepagi dah kejutkan anak² untuk bangun mandi. Siapkan anak bujang untuk gi solat raya. Balik dari solat raya kita minum² dulu. Pastu salam². Amik gambar dan kita balik Kg Pandan.


Abang Iman Hakimi yang control handsome. Masa ni dah sampai kat umah Wan.


Kakak Qahirah yang sempoi. Pakai jubah tahun ni. Perasan Elsa kononnya.


Adik Iman Qhalif yang banyak pangai. Geram plak hati kita wak dengan budak ni.


Peace yo. Mood kembali normal. Tangan ibu gigil plak. Lantaklah ☺

No family photo. Tak sempat *yerker. Macam biasa, anak² aku yang soleh solehah ni jenis bukan mesra camera. Jadinya memang susah nak amik gambar dorang secara serious. Akan ada aksi² atau memek² muka dari mereka. Si ibu pon pasrah jer lah. Janji ada gambar kenangan mereka di pagi raya. Gambar ibu ngan anak² pon nan hado. Tapi tak per lah. Kita tepek gambar ni okay ☺


Gambar ulang tayang sebab pakai baju yang sama...hehehehe...Lepas dah amik gambar, kita rehat² jap pastu baru gi umah wan. Pecah record uols sebab iols yang drive buat pertama kalinya dari Bangi ke Kg Pandan. En. bos diserang sakit kepala. Alhamdulillah...perjalanan dipermudahkan olehNYA. Sampai umah mak melantak lauk pauk raya. Gambar makanan pon tak teringat nak amik. Kakak masak Rendang Ayam, Kuah lodeh, Nasi Himpit ngan Kuah Kacang dan juga lemang. 

Gittew lah kisah 1 Syawal kami. Biasa² jer. Tak semeriah uols. Tapi tak per, yang penting dapat berkumpul adik beradik even tak cukup korum dan juga anak² happy dapat jumpa makcik pakcik dan sepupu sepapat.

Note: Siap gak entry pasal raya...phewwww...



Burrpppp...Alhamdulillah. Save duit budget untuk lunch harini sebab dapat makan kat open house ...

Open House Raya 2014 | Makan...makan...makan...


Burrpppp...Alhamdulillah. Save duit budget untuk lunch harini sebab dapat makan kat open house raya @ Persada PLUS. Transport tak yah risau sebab ada bas yang akan datang hantar dan amik. Curlasss ko kan. Yang naik tak sampai 10 orang...hehehe...Sampai² jer tengok orang dah mula beratur amik makanan.


Macam biasa. Kat mana² stall pon suma panjang². Yang aku serbu dulu sudah tentu lah bahagian kambing kan. Dah jatuh cinta ngan daging kambing nih. Memang sedap. Satay pon sedap. Putu Piring ni pon sedap. Ada Young Tau Foo, Lasagna, Roti Jala, Kuey teow goreng dan macam² lagi lah. Oh ya! Sushi King pon ada ko. Tapi aku tekak melayu. Tak boleh diterima dek tekak masa try dulu. Rasa hanyir jer. Tapi agak frust sket lah sebab aku tak pusing habis. Kat belah dalam banyak lagi makanan. 


Tak sah kalau tak bergambar kan. Wefie raya. Muka² kekenyangan. Dah kenapa plak tangan aku macam tu.


Wefie lagi. Peduli hapa. Nampak lain plak muka pompuan yang kat belakang tu. Skang ni ber 'shawl' jer. Bila pakai tudung awning ni nampak lain plak. Muka pon nampak makin mengembang. Seiring dengan badan yang dah stary mengembang sejak dah tak mengepam ni...ppfftttt...Ok...rasa macam nak kena pergi gym ni. Gunakan facilities yang ada kat office nih. Cakap jer lebih aku ni. Ntah iyer buat ntah tidak....muahahaha...Hari² naik tangga dukung anak kira ok lah kan. 

Macam Open House Raya tahun lepas, tahun ni ada juga dapat bergambar dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris. Sesi beramah mesra dari meja ke meja. Tapi gambar kat camera orang lain. Itu jer lah kisah open house harini. Uols tak buat open house ker? Iols nak datang...ekekeke....

Note: Last timbang, jarum penimbang menunjukkan 45kg. Kali  ni kalau timbang agak² dapat nombor ni lagi tak...seram ni.





Izz dan Qhalif Berpandukan pada gambarajah di atas. Anak blogger siapakah ini? #Macamsoalanpe...

Cerita Open House Raya - Open House Dirumah BLOGGER


Izz dan Qhalif

Berpandukan pada gambarajah di atas. Anak blogger siapakah ini? #Macamsoalanperiksaplak Cepat teka...cepat teka...Tapi tak der hadiah lah...hehehe...Ini IZZ anak SUE @ SYAWALSIMSONS.

Dapat jemputan dari my online buddy...BLOG, FB dan IG. Siapa lagi kalau bukan Sue @ Syawalsimpsons. Ibu Izz dan Syawal. Finally...dapat juga bersua muka. Selalu berhubung di alam maya jer. Seronok beborak dengan sue yang peramah. Si syawal agak pemalu sikit. Si izz ni peramah. Memang ada iras Aqilah, anak Ina @ Intan Berlian ☺☺

Me dan sue

Dasar blogger kan. Tak sah kalau tak bergambar. Thanks for inviting Sue. Sorry kalau buat tuan rumah kelam kabut. Jangan tak tau, aku orang terawal yang sampai. Sedap soto. 2 kali tambah tu. Nak tambah lebih² malu plak. Tak padan dengan kecik, tapi kuat makan...hahaha...Pandai husband sue masak. Puding Oreo tu pon sedap. Banyak juga aku bedal.

Disebabkan datang awal. Tak sempat nak bersua muka dengan Nad MamaZN ngan Mrs Fiza...huhuhu...Tak der rezeki nak berjumpa.

Note: Dapat invitation dari Edelman. Event kat MV. Rasa macam nak pergi ☺☺





Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah...

Projek KUIH RAYA 2013!!!


Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah habis citer pasal raya. Aku baru nak citer pasa kuih raya. Tak kira, nak citer gak sebab berjaya buat kuih raya tahun ni. Antara kuih raya yang sempat dibuat:

Cork flake Madu

  
Biskut Arab

Popia Nestum

Rajin tak? Rajin kan. Ini lah dia. Memang dah niat nak buat kuih raya. Maklumlah, kuih raya pon dah naik harga. Jadinya kita buat lah sikit. Beli pon 2 jenis. Kerepek plak sejenis. Puas hati dapat buat kuih sendiri. Berhempas pulas aku bersengkak mata buat kuih, Ada anak kecik kan. Anak bangun nak nenen, stop lah kejap. Pastu sambung balik. Biskut corn flake madu tu dapat 4 bekas. Modal berapa hinggit jer. Biskut arab dapat 3 bekas. Popia Nestum plak dapat 2 bekas. Tinggal sparuh tu sebab dah kena bedal. Dapat lah bagi mak dan mak mertua kuih raya tu.  

1st time buat popia nestum. Senang jer membuatnya. Tapi yang hazabnya bila nak menggulung dan nak lekat. Ada yang melekat. Ada yang tak berapa nak lekat. Tu yang bila goreng gulungan tu terbuka. Stress juga haku...jadi ker tak jadi ni...Tapi bila dah lama² menggentel, menjadi juga akhirnya. Next time bley buat lagi. Ada yang nak tempah ker...hahaha...

Note: Meh datang umah kalau nak rasa kuih raya saya. Ada lagi ☺☺



Open house lagi ko. Ni jumaat last week nyer citer. Memang menternak lemak sungguh wei. Sebelum tu...

Cerita Open House Raya - Menternak Lemak @ Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya


Open house lagi ko. Ni jumaat last week nyer citer. Memang menternak lemak sungguh wei. Sebelum tu, layan gambar puan tanah kedaung dulu...ahaks...


Bergambar itu harus...hehehe...Gi ngan member office. Dekat jer pon ngan office. Majlis start pukul 2.30 pm. Tapi nak mencari parking tu satu hal lah kan. Terpaksa lah jalan kaki sket. Dengan cuaca yang panas...perghhhhh...Antara makanan yang menggamit tetamu:


Percaya tak? Silalah percaya. Aku makan semua makanan di atas. Kecuali kambing panggang tu amik 2-3 ketul daging jer. Sebab tak berapa nak menepati piawaian tekak. Boleh gitu...hehehe...Tapi yang lain² memang sedap. 

Tapi kan. Sebelum tu aku dah makan. Ada date dengan my online buddy...Blog, FB and IG. Siapa lagi kalau bukan IZAN. Bertukar² barang katakan. Aku bagi Sampul Raya, dia bagi FM hasil kiriman aku. Meh terjah IG aku *motif?? promote jap...hehehe...

Bercakap pasal makan. Memang menernak lemak sungguh jumaat aritu. Masa dating tu dah makan Wantan Mee sup. Pastu makan kat Open House lagi. Kenyang sampai ke petang. Pastu malam membedal nasi pulok. 2 kali tambah ko. Makan bersuap ngan anak² dan suami. Aku lah tukang suapnya kan. Bila masing² dah kenyang, aku tak kenyang lagi. Tu yang tambah. Makan dah macam membela kekdahnya...muahahaha...Tapi aku memang kuat makan. Alhamdulillah...badan maintain comel gitew ☺☺

Note: Jumaat ni ada open house @ 3.00 pm dan pot luck raya @ 11.30 am. Makan...makan...dan makan...phewwww...fengsan...





Google Pic. Selamat berhujung minggu. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersaya yang tersaya...

Selamat Berhujung Minggu dan Selamat Menternak Lemak



Selamat berhujung minggu. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersaya yang tersayang. Ceewahhhh...ayat...hehehe...Minggu ni mesti ramai buat Open House Raya kan. Aku ada 2 jemputan open house. Kedua² dari kawan alam maya merangkap kawan blog dan FB. Siapa kah itu??? Tunggu. In shaa allah...kalau diizinkan, berjumpalah kita yer. You know who you are my friend ☺☺


Selamat menternak lemak uols. Mesti ramai yang buat open house dan nak pergi open house kan. Makan secara berhemah yer. Jangan gelojoh. Peringatan buat diri sendiri juga ni ☺☺

Note: Kawan²...klo buat open house jangan segan silu jemput saya yer...ahaks...klo nak datang beraya kat umah pon boleh. Pintu mah sentiasa terbuka untuk tetamu ☺☺



Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jempu...

Cerita Open House Raya - Dapat Bergambar dengan Orang² Penting @ Dato'² >_<


Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk menternak lemak.


Semalam ada jemputan Open House. Khas untuk staff² UEM Group. Buat kat Persada PLUS. 1st time jejak kaki kat sana. Sampai² jer dah nampak khemah bersusun². Kalau nak sejuk, bleylah duduk dalam dewan. Tapi ko faham² je lah kan. Bila dah ramai umat manusia kan. Sure dorang dah booking dewan air-cond awal² kan. Duduk luar jer lah.


Ada macam² jenis makanan dan makanan memang sedap². Tapi nak amik makanan punyalah hazab. Beratur panjang tak hingat. Nak amik kambing panggang...perghhhhh...gila panjang nak beratur. Tak sanggup mak noks. Dengan panas lagi kan. Jadinya...tak dapat makan kamping panggang, dapat makan sate kambing pon jadi lah.

 Dengan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim

Dengan Dato' Izzaddin Idris

Dengan gang office. Sedih sebab Susan last day hari ni. Hampir 9 tahun kerja bersama dari kat Faber Tower lagi...huhuhu...

Part yang paling best skali. Bila dapat berposing dengan dua orang kuat syarikat dan group. Siapa lagi kalau bukan dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris dengan MD/CEO UEMSunrise, Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim. Berdiri sebelah Dato' Izzaddin tu...auwwwwww...vangga jap. Bukan senang nak bergambar dengan orang² penting syarikat ni kan. Dan selebihnya macam baisa lah. Posing ngan gang office. Posing itu kan harus. Nak letak dalam blog katakan...hehehe...

Artis jemputan plak Nabil, Mila dan Angah Raja Lawak. Tak sempat nak bergambar dengan dorang pon. Overall semua ok. 

Note: Kejap jer nak jumaat kan.




Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak ...

1 Syawal 1434H - Gambar CANDID RAYA!!!


Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak sebab mesti nak bercerita gak kan. Meh tengok ni.


Tergerak nak buat entry lepas nengok gambar candid AJUMOHIT. Sama tak Aju...hehehe...Lebih kurang kan. Salah set timing kekdahnya. Ko tengoklah ni. Bersungguh² aku memujuk dak motak Qhalif ni. Kimi dan Qahirah macam biasalah...buat muka tak der perasaan. Dan bersungguh² juga suamiku berlari nak duduk. Menunjukkan betapa kelam kabutnya kami berphotoshoot #photoshootlahsangatkan di pagi Raya. Last²...hilang sudah kepala suamiku...ehehehe...Memang lawak ah ☺☺

Note: Lepas ni citer pasal open house lah plak.



Bersambung lagi cerita raya. Hamik ko. Berturut² kisah raya jer lah kan. Dah kata raya sebulan kan...

1 Syawal 1434H - Ragam 3 BERADIK Dipagi RAYA!!!


Bersambung lagi cerita raya. Hamik ko. Berturut² kisah raya jer lah kan. Dah kata raya sebulan kan. Citer pasal raya pon harus lah sebulan juga kan ..hehehe...Kesinambungan dari kisah Kecomelan Kami. Bersambung plak kepada kisah KAMI Di pagi Raya dan hari ni nak citer pasal 3 beradik ni plak.


Macam yang aku tulis sebelum ni, bukan main susah nak bergambar dengan anak² kan. Apatah lagi nak amik gambar mereka bertiga. Ko nengok jer lah gambar ni. Dengan si Qahlif yang bad mood dipagi raya. Dengan abang kimi yang muka mengantuk. Dan ni pe'el anak dara kalau bergambar. Suka sangat buat memek muka dia tu. Duduk pon tak senonoh kan kakak. Nampak cepender hijo tu ☺☺



Nah...ni lagi. Dengan mata terpejam sambil buat peace.  Dah si abang macam kena paksa nak bergambar gamaknya. Ko dah kenapa kak terpejam mata tu? Nak kata flash...memang nan hado flashnya. Adoiiiiii...gelak² aku nengok gambar² ni. Si kakak dah boleh join Maharaja Lawak Mega ni. Sebab suka buat lawak dengan memek muka yang bersahaja tu.


Gelagat adik dengan kakak. Di usap² kepala kakak. Lembut yer rambut kakak. Awak plak dah motak. Tajam² jer kepala tu. Dak motak ni pon bley tahan juga. Suka tarik rambut kakak. Datang mood baik macam ni lah. Cer datang mood bergaduh. Bertukar hijo ibu ko ni dibuatnya.


My handsome boy ^_^. Excited pakai baju melayu lengkap bersampin. Sampai ke malam ko. Suruh mandi tak nak mandi. Dengan peluh sana sini. Main dan beraya sampai tak hingat nak mandi. Itu pon kena paksa mandi. Kalau tak tido dengan baju melayu bersampin lah gamaknya.

Yang kelakar masa gi beraya. Bebudak ni bukan main berebut lagi nak salam dengan tuan rumah. Dapat duit raya kan. Bukan main suka lagi. Ini lah gelagat anak² dipagi raya. Kenangan raya mereka dizaman kanak² ribena. Boleh tunjuk gambar ni bila dorang dah besar nanti ☺☺

Note: Operasi menternak lemak bermula hari ini. Ada open house kat Persada PLUS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks