Showing posts with label Happy New Year 2017. Show all posts
Showing posts with label Happy New Year 2017. Show all posts

Alhamdulillah... Tahun 2016 sudah hampir sampai ke penghujungnya. How time flies. Syukur masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hin...

Pahit Manis 2016 | Selamat Datang 2017


Alhamdulillah... Tahun 2016 sudah hampir sampai ke penghujungnya. How time flies. Syukur masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hingga saat ini. Mungkin ini entry terakhir aku untuk tahun 2016. Berjumpa lah kita nanti untuk entry baru tahun 2017 nanti yerp. Maaf kan aku andai sepanjang tahun 2016 aku jadi penulis blog ni, ada terkasar bahasa dalam mengarang entry. Atau terlebih bicara dalam meninggalkan komen di kotak komen kamu semua. Mana tahu ada yang terasa kan. Semuany secara tak sengaja. Maaf yerp.

Yang pasti, masa berjalan dengan sangat pantas. Suka duka sepanjang tahun memang tak terkecuali. Aku juga terkena tempiasnya. Banyak jugak dugaan yang datang pada aku dan keluarga untuk tahun 2016 nih. Dugaan yang tak pernah lari dari hidup kita semua. Hanya kekuatan, semangat dan doa yang mampu dipohon supaya diberi kesabaran dan semangat dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang. Ok... tak nak bebel panjang-panjang. Jom kita imbas kenangan suka duka yang aku lalui sepanjang tahun 2016 ni.



Antara peristiwa yang aku tak kan lupa seumur hidup. Tragedi awal tahun. Orang lain sibuk dengan hari pertama persekolahan anak-anak. Aku pon tak terkecuali. Hantar anak 1st day masuk tadika. Pada hal dah 6 tahun kot. Tak hantar pon tak per kan. Kau kan hover. Dalam happy-happy tengok ragam anak. Boleh pulak kau pitam @ pengsan kat situ. Ini semua penangan tekanan darah rendah. Saat entry tu di tulis, aku masih rahsiakan yang aku mengandung. Nak surprise lah kononnya. Tapi kalau aku pregnan memang HB rendah. Dah lepas bersalin ni pon masih boleh rasa lagi. Nak kena buat medical check up lah nanti.



Rahsia yang aku simpan. Tapi ada kawan-kawan blogger yang rapat dengan aku tahu yang aku tengah pregnant masa tu. Alhamdulillah... Bertambah ahli keluarga. Aku masih hutang kisah pengalaman bersalinkan Iman Harraz dalam kereta. Draft dah lama siap. Tunggu publish jer. Dalam banyak-banyak tarikh, 29 February jugak tarikh yang dipilihnya untuk melihat dunia. Memang cepat proses kelahiran kali ni. Syukur...



Dugaan aku masa dalam pantang. Tersangatlah hebat. Hari ke enam  baby kena admitted due to jaundice dekat Az Zahrah. Kau bayangkanlah dalam pantang kau berjauhan dengan baby. 3 hari 2 malam tu. Menangis tak hingat lah aku. Tak dapat baby, dapat cium bau baby pon tak per lah. Start dari situ lah episode aku naik turun klinik kesihatan bermula. Dari klinik kesihatan, berpindah pulak ke Hospital Serdang sebab jaundice masih turun naik. Memang stress tak hingat dunia. Dengan nak uruskan anak-anak yang lagi 3 orang tu.

Dengan siapa lagi kau nak harapkan? Sendiri-sendiri lah harung. Pepagi lepas subuh nk gerak gi spital Serdang. Hangkut semua anak-anak pepagi tu. Haishhh... Kalau dikenangkan kembali, memang boleh nangis dibuatnya. Untunglah korang yang ada parents dekat-dekat dan masih kuat lagi. Macam aku ni... Dah lah berpantang sendiri, macam-macam dugaan pulak tu.



Dugaan datang bertimpa-timpa. Iman Harraz admitted dekat Hospital Serdang due to UTI (Urine Tract Infection). Sebab tu jaundice dia lama. Aku pon tak tahu apa puncanya. Doctor cakap kena on antibiotic selama 7 hari untuk matikan kuman. Kesan dari UTI ni boleh effect buah pinggang kalau tak buat rawatan. Kau bayangkan perasaan aku macam mana. Dengan pantang yang belum habis. Siapa nak jaga anak-anak? 7 hari berkampung dekat hospital. Dalam tempoh rawatan tu pulak ada macam-macam hal berlaku. Antaranya Iman Harraz demam. Boleh meroyan kau dibuatnya. Kau nangis malam-malam kat spital mengenagkan nasib. Haishhhh... bergenang plak airmata ni :-(



Allah uji lagi aku dan suami. Sebulan lepas tu Iman Harraz admitted lagi. Kali ni kena jangkitan pneumonia. bulan ramadhan pulak tu. Luluh hati seorang ibu. Dah berapa banyak ubat dan antibiotik yang masuk dalam badan anak aku ni. Dulu kes UTI. Kalini Pneumonia pulak. 5 hari 4 malam jugak lah bermalam dekat hospital. 

August, September, October, November dan December - Bulan Rezeki


Alhamdulillah... Lepas bertarung dengan kisah sedih beberapa bulan, allah datangkan rezeki dalam dunia blogging. Walaupon tak seberapa, tapi tetap rezeki. Dapat beberapa job review. Antaranya Minyak herba asma mujarab, Majlis perasmian restoran De'Don, I-angel baby hip seat, Crochet Lela AB, Food review di Just Seafood dan juga dapat pergi Aquaria, KLCC untuk pelancaran product Scott’s® DHA Gummies.
 

 Dapat tiket Suway lagoon

Dan yang paling best selain dari dapat token untuk product review, bila dapat [hadiah printer] nih. Memang unexpected sangat. Hadiah besar untuk tahun 2016. Blogging ni pon dah macam sumber pendapatan sampigan aku. Alhamdulillah atas rezeki dariNYA ini.

Awal tahun 2016 yang banyak kisah sedih nya kan. Bila kenang balik rasa macam...Betapa kuatnya aku harung dugaan-dugaan ni semua. Allah baru uji aku sedikit kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya. Kalau kau duduk hospital tu, baru kau rasa insaf. Erkkk... Panjang betul entry penutup 2016 aku nih. 

Last but not least, smoga rezeki kita dalam dunia blogging ni bertambah tahun depan. Azam aku kali ni nak istiqomah kumpul duit tabung. Memandangkan kos sara hidup makin meningkat setiap tahun kan. Duit tabung tu boleh lah buat back up untuk cuti-cuti atau untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak untuk tahun yang seterusnya. 

Selamat Tinggal 2016 yang banyak duka dari suka. Selamat Datang 2017 dengan harapan semoga beertambah rezekinya. 

Note: Back to normal routine lah next year yerp ☺☺
  😢

😢

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...