Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Happy New Year 2014. Show all posts
Showing posts with label Happy New Year 2014. Show all posts

311213...cantik juga tarikh ni kan. Tarikh terakhir untuk tahun 2013. Tinggal beberapa jam jer lagi kita nak masuk tahun baru dah. Kalau a...

Selamat Tinggal 2013 | Selamat Datang 2014!!!



311213...cantik juga tarikh ni kan. Tarikh terakhir untuk tahun 2013. Tinggal beberapa jam jer lagi kita nak masuk tahun baru dah. Kalau ada azam yang masih belum tercapai, kita sambung lah azam tu untuk tahun baru nanti. Banyak juga kenangan di tahun 2013 ni. Antaranya:




Company trip to Universal Studio Singapore bulan June haritu. 1st time melawat negara orang dan sangatlah teruja. Pengalaman yg tak dapat dilupakan. Dan aku masih hutang cerita trip USS ni...haishhh...




Convocation Iman Hakimi bulan november. Alhamdulillah kimi dpt no 3 dalam kelas. Rasa touching plak masa kimi naik pentas amik sijil. Besar dah anak bujang nih.




Dugaan datang bila Iman Hakimi kena Chickenpox. 1st time handle anak yang kena CP. Sedih sangat. Selang sminggu Qahirah dan Iman Qhalif plak kena. Berjemaah plak tu. Betul2 menduga emosi.




Hari orientasi Iman Hakimi. How time flies...besar dah anak bujang aku ni. Macam tak caya jer nak masuk darjah 1 dah. Belajar rajin2 yer nak. 1st time jugalah shopping baju skolah dan buku skolah.




Penutup tahun 2013. Cuti2 malaysia ngan jejaka @ suami idaman malaya dan anak2 ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Berjimba2 dan mandi sampai kecut di Bayou Lagoon Resort. Nantikan entry nya nanti yer. 1st time bercuti lengkap anak beranak. Sian kan.Seronok sangat tengok anak2 happy.


Itulah dia kisah suka duka 2013. Pahit, manis, cabaran dan dugaan silih berganti saban tahun. Smoga kita terus tabah dan sabar dalam menempuhi hari2 yg mendatang.


Akhir kata...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU dan SELAMAT NENYAMBUT KENAIKAN HARGA BARU juga. Bersiap sedialah dgn kos sara hidup yang makin meningkat ni. Smoga kenaikan gaji tahun 2014 ni seiringlah dengan peningkatan kos sara hidup kita nanti.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...