Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam moo...

Selamat Tambah Umur HUSBAND

Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam mood baking merudum. Sorry husband. Tak ada hadiah yang special kecuali hadiah anak-anak yang 4 orang tu jer. Selain dari ucapan pukul dua belas lebih tengah malam tadi. Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 


Doa isterimu ini... Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Semakin disayang Allah dan menyayangi Allah. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 

#abahanakempat

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ABAH!!! We LOVE you so much.

Note: Mereput lagi kat umah cuti nih. Orang tu kena standby... huhuhu... 


12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun  Gigi mana... gigi ☺☺ Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur...

Iman Qhalif Turns 5 Today!!!

12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun


 Gigi mana... gigi ☺☺

Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur dah bertambah, tapi badan kecik tak sepadan dengan umur, Makan boleh tahan banyak. Tapi badan tak naik-naik. Risau jugak. Haishhhh,... Perangai pon boleh tahan jugak ni. Buat ibu urut dada hari-hari. Cepat sentap betul tau budak ni. Memang tak boleh di bawak bergurau. Gurau sikit dah sentap. Dia buat orang tak apa. Kalau orang buat dia... hurrmmm... 

Menyemart memang nombor 1. Nak smart jer, Duduk rumah pon nak pakai seluar jeans. Ada masa tidur malam pon ber seluar jeans jugak. Kalau ada benda yang dia tak suka, kau jangan lah paksa. Macam weekend haritu. Ada sukan sekolah PASTI. Boleh dia tak nak pergi. Kau rasa? Hangin jer lah aku. Dah bayar yuran untuk sukan. Boleh dia tak nak pergi. Buat keras dia. tak nak bangun and tak nak mandi. Sehari aku tak layan dia.... hahaha.. Hemak kau bila dah sentap kan. 

Fresh form oven

Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 5 Iman Qhalif Bin Husaini. Doa ibu semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh didunia akhirat, bijak pandai, sihat tubuh badan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ibu, Abah, Abang Kimi. Kakak Qahirah dan Adik Harraz sayang Iman Qhalif. Nanti kita potong kek yer.

Note: Aku masih hutang cerita pengalamam lahirkan Iman Qhalif ni... ppffttt...


Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kit...

Leap Year Baby ni dah Setahun!!!!

Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kita fefeeling harini 29 February lah yerp ImanHarraz. Tunggu 4 tahun akan datang kita celebrate besar-besaran. Kalau ikut tarikh islam. Harraz dah setahun @ 20 Jamadilawal 1438H yang lepas. Tapi si ibu lupa nak buat ucapan bagai.Time flies so fast betul lah 👦👉1⃣🍰


Alhamdulillah... Dengan izinNYA Iman Harraz dah genap setahun kalau ikut calendar Hijrah. Kalau ikut calendar matsaleh, lagi 4 tahun umur Iman Harraz baru setahun.. erkkk... hehehe... Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama Iman Harraz. Melahirkan awak adalah saat-saat terindah yang tak boleh ibu lupakan. Lebih-lebih lagi awak sangat istimewa. Istimewa sebab... Lahir dalam kereta pukul 3.13 pagi dan awak pilih tarikh yang istimewa jugak diusia kandungan baru masuk 37 minggu. Sepatutnya hari tu adalah hari check up awak tau harraz 🏥🚗 

Saat mengandung dan melahirkan awak adalah sangat-sangat mudah. Syukur sebab dipermudahkan olehNYA walaupon awak melompat keluat dalam kereta. Betapa kelam kabutnya abah dan jugak nurse² yang nak menyambutnya. Cuma dalam pantang Allah uji ibu dan abah dengan Jaundice yang lama. Hari ke 6 awak admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Berkampung awak dekat hospital 3 hari 2 malam. Malam-malam tanpa awak jugak ibu meroyan... Menangis rindukan awak. Baru ibu tahu perasaanya bagaimana bila berjauhan dengan anak dalam keadaan anak yang tak sihat 😢😢😢

Ingatkan Jaudice awak makin berkurang. Tapi masih sama... Up and down. Dari Breastmilk Jaundice ke Prolonged Jaundice. Maka bermulalah episode naik turun klinik dan hospital. Ibu yang dalam pantang pon dah tak serupa orang yang berpantang. Prolonged jaundice dekat sebulan. Amik darah... amik urine. Memang asyik kena cucuk jer. Finally doctor detect awak kena UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Luluh hati seorang ibu. Sebab tu jaundice lama. Maka berkampung kat Hospital serdang 7 hari 6 malam untuk masukkan antibiotik demi nak membunuh kuman jahat dengan keadaan ibu yang masih berpantang. Ibu redha nak demi kesihatan anak 👣🌜🌑🏥


Lepas 4 bulan awak admitted lagi due to [Pneumonia]. Allah... tak terkira sedihnya ibu. Belum capai setahun Harraz dah 3 kali admitted. Dah banyak ubat masuk dalam badan. Smoga ImanHarraz membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan dan menjadi penyejuk mata ibu abah 💋💟💖

Development... Masih belum berjalan. Baru nak bertatih. Tapi tengok gaya macam lambat lagi nak dapat kaki tu. Gigi ada 3 batang setengah sebab yang setengah lagi baru nak keluar. Makin melasak macam biasa. Kuat makan dan aku masih istiqomah sediakan bekalan Harraz ke nursery. Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna aku dah selamat dapat DIPLOMA IN BREASTFEEDING. Another one year to go untuk dapatkan PHD IN BREASTFEEDING pulak. Wish me luck ☺

Note: Lately anak soleh ni bangun awal. Pukul 6.00 - 6.30 pagi dah bangun... phewwww...


14 January 2017... Genaplah usia Puan Salbiah Binti Abd Rashid 78 tahun. Ini lah birthday girl nya... Selamat Hari Lahir Mak ku sayan...

Selamat Hari Lahir MAK!!!

14 January 2017... Genaplah usia Puan Salbiah Binti Abd Rashid 78 tahun.


Ini lah birthday girl nya... Selamat Hari Lahir Mak ku sayang. Dah 78 usia mak. Alhamdulillah... masih bertenaga lagi. Cuma tak boleh nak masak dah sebab tak berapa nak kuat kalau berdiri lama. Berat badan mak turun mendadak since beberapa tahun lepas. Tak tahu kenapa. Sebelum ni mak kita berisi tau. Sekarang dah kurus... huhuhu... Makan banyak pon berat tak boleh nak naik dah.

Sejak dah tak sihat nih, duduk rumah jer lah. Dulu mak active join group marhaban. Ada jer jemputan setiap minggu. Macam-macam buah tangan lah bawak balik. Baju marhaban berpasang-pasang. Cantik-cantik pulak tu.. hehehe... Solat terawih tak tinggal. Habis terawih masuk tadarus pulak. Mak ada jugak mengajar kawan dia mengaji. Cuma sejak sakit ni semua berubah. Dah tak boleh nak active macam dulu. 

Sedih jugak lah tengok keadaan mak macam tu. Apa pon syukur sebab mak masih boleh uruskan diri dia sendiri. Just small celebration untuk birthday girl sabtu haritu. Di usia 78 tahun dengan kehadiran 26 cucu dan 3 cicit. Lagi 2 cicit still dalam perut lagi... ngeeee... Untuk mak, semoga mak dilimpahi kesihatan yang berpanjangan serta diberkati kehidupan didunia dan diakhirat. I love you so much Mak 

Note: Rindu nak rasa masakan mak. Since mak sakit dah lama mak tak masak sebab kudrat dah tak kuat :-(



25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan tem...

3 + 3 = 6 TAHUN!!!


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We 👨 Abah, 👩 Ibu, 👦 Abang Kimi, 👶 Adik Harraz dan 👦 Adik Qhalif LOVE 💖 you so much kakak #Qahirah 👧


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kalau throwback balik saat² nak melahirkan I...

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi!!!


Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kalau throwback balik saat² nak melahirkan Iman Hakimi, time ni ibu masih kat hospital. Tengah relax² nak tunggu jalan bukak. The day before dah kluar tanda darah. Tapi ibu relax lagi sebab tak sakit. Tapi esoknya wan dah soh gi hospital. Sampi hospital pagi tu jalan baru bukak 3 cm.

Doctor terus tahan. Sampai lah pukul 8.30 malam jalan hanya bukak 4 cm. Nak tak nak terpaksa induce. Bila dipaksa bersalin ni memang semacam sakitnya. Lebih² lagi bila kembar darah. Memang bisa. Alhamdulillah... awak selamat lahir dengan berat 3.3 kg. 

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi Bin Husaini. Doa seorang ibu sudah semestinya inginkan anaknya berjaya didunia dan diakhirat. Smoga membesar sebagai anak yg soleh. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang 💪💪

Ibu 👩, Abah 👨, ‪#‎qahirah‬ 👧, ‪#‎imanqhalif‬ 👦 dan adik ‪#‎ImanHarraz‬ 👶 sayang abg #imanhakimi ketat2 😘😘. Nanti kita celebrate birthday awak yer. Ibu tak sempat nak buat kek lah sayang. Kila beli jer lah sepotong. Ada masa nanti ibu buat kek feveret away yerp. 

Note: Harini ni last day keja. 



Saat terindah seorang ibu... Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya Saat keterujaan seorang ib...

Qahirah Turns 5 | Alhamdulillah....


Saat terindah seorang ibu...
Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya
Saat keterujaan seorang ibu...
Bila melihat anak didalam kandungannya bergerak aktif dan membesar dengan sihat dan sempurna Saat yang tak boleh dilupakan oleh seorang ibu...
Bila bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan kini berada didepan mata

Alhamdulillah...anak solehah ni genap usianya 5 tahun @ 25 September 2015 haritu. Selamat Hari Lahir kakak Qahirah Binti Husaini. Doa ibu tak lain tak bukan, nak anaknya berjaya didunia dan diakhirat.


Besar dah anak dara ibu nih. Kawan gaduh pon iyer gak. Suka cari pasal ngan ibu tau. Mulut pon macam mak nenek. Sambut kecil² lan jer. Kebetulan masa balik gombak sabtu tu ada buat makan² untuk kawan² makwong (mak long ☺) dan maksu. Jadinya kita tumpang sekali lah majlis tu dengan beli sebijik kek. Kek tu pon sebab ibu yang mengidam nak makan Choc indulgence by SR...hehehe...Puas makan sebab kalau beli satu slice tu memang tak cukup ☺

Ibu, Abah, Abang Iman Hakimi dan Adik Iman Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa.

Note: Jerebu oh! jerebu. Bila nak pulih ni. Tekak dah perit ni hoiii. Mata pon dah pedih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...