Showing posts with label HP Mind Banders. Show all posts
Showing posts with label HP Mind Banders. Show all posts

Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka ingin menggalakkan ibu bapa diluar sana un...

HP Mind Benders Challenge!!

Mind Benders ni adalah satu teka-teki yang dianjurkan oleh HP Malaysia. Bagi HP Malaysia, mereka ingin menggalakkan ibu bapa diluar sana untuk membantu anak² mereka mengembangkan kemahiran berfikir pada usia yang masih muda. Dengan adanya HP Mind Benders ini, ibu bapa boleh mendidik anak² mereka dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara tak langsung dapat membangunkan otot fikiran mereka ketika bermain.


Saya telah diberi peluang oleh HP Malaysia untuk mencuba HP Mind Benders set ini. Kiranya cabaran untuk saya dan anak² untuk menyelesaikan teka teki yang terdapat didalam kotak ini. Agak teruja masa dapat kotak ni. Anak² apatah lagi. Over teruja dibuatnya. Nak tau apa isinya? Meh tengok nih:


Penuh sekotak. Dalam kotak ni terdapat 3 pakej yang disediakan. Antaranya:


Set yang pertama. HP Mind Banders Puzzle Set. Dalam ni ada 3 teka teki. Memang menguji emosi dan minda betul lah soalan nya sebab kau kena think out of the box gittew dalam nak mencari jawapannya. Kalau orang yang padai, memang boleh jawab kot. Kalau tak boleh jawab, tak perlu risau. Sebab ada disediakan jawapannya sekali...hehehe... Tapi kau kena selesaikan dulu lah teka teki tu. Kalau dah surrender baru boleh nengok jawapnnya. 
 

Set yang kedua. Illusion Science. Permainan sains yang didatangkan bersama dengan buku panduan yang berguna untuk buat gambar 3D, buat geometric dan banyak lagi lah. 


Si kakak sedang berimaginasi dengan set Illusion Science


Si adik pon tak nak ketinggalan. Lagi hebat imaginasinya. Dengan kuku² jari
 dan tangan di kalernya. Stress mak nyah. Gasaklah asalkan kau bahagia nak.


Set ketiga. Math Magic. Mengandungi permainan matematik, teka-teki dan tips berguna yang didatangkan dengan calculator sekali. Cute jer calculator tu.

Overall memang best HP Mind Banders set nih. Buat anak² lupa pada gadget dengan adanya Mind Benders. Selain dari menguji minda parents dan anak², ia juga salah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan bila kita dapat menghabiskan masa bersama anak² untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kerjasama antara satu sama lain. 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut  mengenai aktiviti² dan juga nak tau product² terbaru yang dianjurkan dan dilancarkan oleh HP Malaysia, boleh intai² [Facebook Page HP Malaysia]. Jangan lupa LIKE skali tau. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...