Showing posts with label Gigi Geraham Bongsu. Show all posts
Showing posts with label Gigi Geraham Bongsu. Show all posts

Atau dalam bahasa melayunya Gigi Geraham Bongsu. Dah namanya pon gigi bongsu kan, sesuka hati jer nak tumbuh ikut gaya bebas. Dah besar ban...

Penangan WISDOM TOOTH Buat aku Hilang MOOD


Atau dalam bahasa melayunya Gigi Geraham Bongsu. Dah namanya pon gigi bongsu kan, sesuka hati jer nak tumbuh ikut gaya bebas. Dah besar bangka macam ni pon masih tumbuh gigi lagi. Start dari ahad aritu dah rasa sakit...tetiba jer. Bila usik ngan jari ada gigi baru tumbuh gamaknya. Sakit jangan cakaplah, berdenyut jer rasanya nih, bengkak dan tak selesa pulak tu. Nasib tumbuh kat belah kiri dan bukan tempat aku mengunyah. Alhamdulillah...masih bley makan dengan jayanya walaupon sakit.

Info mengenai Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu adalah sejenis gigi geraham iaitu gigi yang tumbuh di bahagian belakang rahang. Biasanya manusia mempunyai gigi geraham pertama, kedua dan ketiga. Gigi geraham bongsu adalah geraham yang ketiga. Sekiranya terdapat cukup ruang di dalam rahang dan susunannya baik, ianya akan tumbuh di belakang gigi geraham kedua. Masa pertumbuhan adalah sekitar usia seseorang lewat belasan tahun atau awal dua puluhan. Biasanya terdapat empat geraham bongsu iaitu di rahang bawah kanan dan kiri; dan rahang atas kanan dan kiri.

KLASIFIKASI GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK

Doktor pergigian menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan kedudukan gigi geraham bogsu terimpak.


1. Terimpak ke mesial

Kedudukan terimpak yang paling sering terjadi. Ini menggambarkan kedudukan gigi yang tercondong ke depan menghadap depan mulut.

2. Terimpak vertical

Kedudukan gigi menegak seperti gigi lain di rahang tetapi kedudukannya rendah dari gigi lain.

3. Terimpak horizontal

Permukaan mengunyah gigi geraham bongsu menghadap ke bahagian depan mulut dan kelihatan gigi terbaring hampir bersudut tepat dengan gigi geraham kedua.

4. Terimpak ke distal

Gigi geraham bongsu tercondong menghadap ke belakang. Arahnya bertentangan dengan terimpak ke mesial. Selain daripada itu terdapat juga gigi geraham bongsu yang terimpak oleh tisu lembut iaitu gigi sudah melepasi tulang rahang tetapi sebahagian permukaannya ditutupi gusi, dan ada yang terimpak oleh tulang rahang di mana gigi masih terkandung di dalam tulang rahang.

KOMPLIKASI CABUTAN ATAU PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU.

Pesakit dan doktor pergigian perlu berbincang tentang komplikasi prosedur dan menimbangkan samada prosedur lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan komplikasi.

1. Parestesia/ Rasa kebas berpanjangan

Ini boleh berlaku sekiranya akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam tulang rahang. Sekiranya prosedur menyebabkan saraf luka atau putus maka parestesia atau kebas boleh berlaku.

Lebih detrai bley baca kat SINI

Kalau sakit berpanjangan gak, terpaksalah jumpa dentist. Uuuwwaaaaaa...dah lah aku takut cabut gigi. Dari jaman skolah. Asal dentist datang jer mesti gigi aku ni klo tak kena cabut...kena tampal, tu yang seriau sket nak jumpa dentist.

Lagi menambahkan ketakutan aku, ada yang kena buat minor surgery klo wisdom tooth tu teruk sangat. Pastu tengok plak gambar² org cabut gigi...uuwwaaaaaa...lagi lah mak takut noks...huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...