Showing posts with label Gerhana Bulan Penuh. Show all posts
Showing posts with label Gerhana Bulan Penuh. Show all posts

Kalau tak nak terlepas, sila set alarm kat jam tu yerp. Harap² cuaca baik² jer esok sebab ianya bergantung pada keadaan cuaca jugak. Ru...

Jangan Lupa Gerhana Bulan Penuh Esok


Kalau tak nak terlepas, sila set alarm kat jam tu yerp. Harap² cuaca baik² jer esok sebab ianya bergantung pada keadaan cuaca jugak. Rugi kalau terlepas peluang ni sebab fenomena gerhana bulan penuh ni satu² nya gerhana bulan yang dapat di lihat di Malaysia nih.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini pada Isnin, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.
Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.
Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.
"Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit," menurut kenyataan berkenaan.
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung.
Sehubungan itu, ANGKASA dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan program pencerapan bulan dan planet Musytari, melihat bintang Sirus dan buruj Belantik (Orion) di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.
Selain itu, ANGKASA juga akan membawa Mini Planetarium bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton tayangan filem pendek astronomi secara percuma.
Kalau nak tau lebih lanjut, bley refer [FB Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...