Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Woot... woot... Buat pencinta-pencinta makanan yang suka makan, kuat makan dan suka jalan-jalan cari makan. Ni ada acara menarik untuk kora...

PjH Food Truck Fiesta @ Menara PjH Putrajaya

Woot... woot... Buat pencinta-pencinta makanan yang suka makan, kuat makan dan suka jalan-jalan cari makan. Ni ada acara menarik untuk korang menikmati pelbagai jenis makanan di PjH Food Truck Fiesta @ Menara PjH


Weekend ni kalau korang tak ada apa-apa aktiviti jom terjah PjH Food Truck Fiesta yang akan berlangsung di Menara PjH Precint 2, Putrajaya. Bawak family, bagitau jiran-jiran dan kawan-kawan datang sini makan-makan sebab ada macam-macam makanan yang tersangatlah menarik perhatian. Antaranya... KAMBING BAKAR, SOTONG BAKAR, SATAY, MAGGIE KETAM dan macam-macam lagi lah.

Kambing Bakar 


Satay

Maggie Ketam




Yang menariknya, ada busker performance. Sambil makan sambil dengar lagu gittew kan. Ada clown party. Anak-anak mesti suka nih. Dan yang paling best, korang berpeluang memenangi iPhone dalam cabaran selfie/wefie di PjH Food Truck Fiesta ni tau. Siap yang suka selfie/wefie ni boleh lah datang dini. mana tahu boleh menang iPhone. 

Jangan lupa minggu ni tau. Save the date for @pjhfoodtruckfiesta on 29 April 2017 (Sabtu) @ 5.00 pm - 10.30 pm. More detail boleh terjah:

Facebook


Instagram


Address

Menara PjH 
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak
Precint 2, 62100 Putrajaya




Haaaa!!!! Udang Lipan? Udang apa tu? Tak pernah dengar pon. Iyerlah... Yang korang kenal udang galah, lobster, udang geragau dengan udang ya...

Jom Berkenalan Dengan Udang Lipan

Haaaa!!!! Udang Lipan? Udang apa tu? Tak pernah dengar pon. Iyerlah... Yang korang kenal udang galah, lobster, udang geragau dengan udang yang biasa makan jer. Udang yang pelik sikit mana nak kenal kan. Sama lah macam aku nih haa. Ni info pasal Udang Lipan. Sumber [Wikipedia]

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.[2] Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.[3]


Nah... Ni dia sebekas penuh Udang Lipan. Besar-besar pulak tu. Ada banyak nama Udang Lipan ni. Ada yang panggil Udang Ketak dan ada juga yang panggil Udang Mentadak. Sebelum ni pernah jugak dengar pasal spesis Udang Lipan ni. Tapi tak pernah lah tengok depan mata. Sekali bila husband kata dia beli Udang Lipan... hurmmm... Moh ler kita nengok macam mana rupanya. 

Ni seketul Udang Lipan. Sumber [SINI]

Jujur aku cakap. Masa 1st time tengok memang meremang jugak lah bulu tengkuk kau dengan bentuknya yang macam lipan tu. Hujung-hujung jari jer aku pegang sebab rasa geli. Pada hal bukan hidup pon udang lipan tu... Hahahaha... Lepas tu nak mengerjakannya pon satu hal jugak. Tak reti aku nak menyiangnya. Main bedal jer lah aku potong. Luka gak lah jari sebab ada bahagian yang tajam-tajam. 

Lepas tu kan. Kau blur tak tau nak masak apa dengan Udang Lipan nih. Maklumlah.... 1st time khenn. Tapi ramai yang suggest rebus pon sodap. Buat goreng kunyit pon dah ok. Masak kari pon boleh. Masak lomak cili api lah. Goreng tepung. Nahhhh... Kau buat masak apa #makanakempat?? Tunggu aku sambung next entry lah yerp.... ngeeee....

Note: Masalah hari-hari si tukang masak... Tak tau nak masak apa... ppffttt....

Kita ni kan. Kalau dah jumpa makanan yang sangat menepati citarasa tekak. Memang akan terkenang-kenang dan akan teringat-ingat akan kesedap...

Kemaruk Nasi Lemak Paru!!!

Kita ni kan. Kalau dah jumpa makanan yang sangat menepati citarasa tekak. Memang akan terkenang-kenang dan akan teringat-ingat akan kesedapannya. Macam nasi lemak. Sekarang ni agak susah nak jumpa nasi lemak yang sedap. Nasi tak rasa lemak lah. Sambal tak berapa nak sedap. Nasi ngan sambal tak sedap langsung. Erkkkk... Banyak komplen kau kan. Nak buat sendiri memang tak sedap lah kan... hahaha... Malas nak buat lah senang citer. Jalan pintas, beli nasi lemak. 


Kebetulan masa nak isi minyak kat area rumah, nampak ada gerai nasi lemak baru bukak. Malas nak singgah sebab takut tak sedap. Nampak tak... 1st impression kau dah cakap macam tu. Belum cuba dah judge tak sedap... ppffttt... Nak dijadikan citer. Try lah beli sebungkus nasi lemak berlaukkan sambal paru bawak bekal gi ofis. Sekali bila makan... perghhhhh... Sedap tak hingat wei. 

Dari nasi lemak... sambal nasi lemak ditambah dengan sambal paru dia memang terbaik lah. Sangat tersedap. Aku pon tak tau akak ni letak pelaris apa sampai aku terbayang-bayang dan teringat-ingat dengan kesedapan nasi lemak paru dia nih.... hahaha... Lauk lain ada jugak tapi aku kalau dah suka lauk tu memang lauk tu jer lah yang aku beli. Tak pandang lauk lain dah. Seminggu 2-3 kali jugak lah aku makan nasi lemak akak nih.

Ni dah terbayang-bayang lagi. Minggu ni tak dapat lagi nasi lemak akak tu. Semalam tengok gerai tak bukak. Kecewa plak rasa. Kalau dah kemaruk cenggini lah. Harap-harap esok akak ni bukak lah gerai. Aku dah addicted dengan nasi lemak paru ni. Kalau ada orang Bangi yang baca nih *ada ker ☺, lokasi gerai akak ni kat Seksyen 7 Bangi. Berhadapan sikit dengan Open Universiti. Tepi simpang jalan. Nasi Lemak Sambal Merah nama gerai dia.  

Note: Dah datang angin malas aku. Sebelum malas menguasai, citer nasi lemak pon boleh lah buat modal ☺

Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang ada alergik dengan makanan laut memang ...

Nikmati Makanan Laut Segar Di Just Seafood, Sunway Giza Mall!!

Siapa yang tak suka makanan laut kan. Rugi hoi siapa yang tak suka makanan laut tu. Tapi kalau yang ada alergik dengan makanan laut memang dah tak boleh nak buat apa lah kan. Mohon bertabahlah. Baru² ni saya berpeluang mencuba hidangan yang berasaskan makanan laut di sebuah retoran yang terletak di Sunway Giza Mall.


JUST SEAFOOD… Inilah restorannya. Menyediakan sajian hidangan laut yang terbaik dan segar untuk setiap pelanggan yang datang. Makanan² lautnya terdiri dari KETAM, SOTONG, UDANG, TIRAM dan KUPANG. Nak tau tak, makanan² laut yang dibawa masuk setiap hari ni adalah dalam keadaan yang segar. Brought in fresh daily gittew. Dimasak dengan perasa 3 sauces yang berbeza iaitu LOUISIANA CAJUN, BUTTER MILK dan CREAMY PEANUT. 

Cara penyediannya pulak ianya dihidangkan di atas meja makan. Meja tu akan di alas dengan kertas dan makanan² laut ini akan disajikan terus atas meja berbekalkan sarung tangan, bekas dan juga pengepit ketam. Nak makan ketam kan. Tak kan nak gigit pakai gigi kot. Mau patah gigi kau. 

Signature sauces di Restoran Just Seafood ni diilhamkan dengan pelbagai rasa dari Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Pilih jer nak sauce apa. Ikut tekak dan selera memasing. Tapi yang pasti, sauces² dari Restoran Just Seafood ni memang terbaik dan sedap. Ok… Tak nak bebel panjang². Nak bagi korang telan ailio tengok gambar² ni.


Air harus diutamakan dulu. Fresh Orange untuk saya. Watermelon Juice untuk dia.


Tu dia... Lambakan hidupan laut diatas meja makan untuk round yang pertama. Besar² baq hang. Yang ni perasa LOUISIANA CAJUN. Sauce ni paling popular di Just Seafood. Oh! ya... Korang boleh pilih nak makan dengan nasi atau pon roti yerps. Pilih salah satu. Nak makan dengan nasi dan roti pon boleh. 


Close up sket. Sangat sedap dan menyelerakan sungguh. Rasa LOUISIANA CAJUN ni agak pedas sikit. Tapi tak der lah pedas sangat pon. Just nice. Kalau orang tak makan pedas langsung boleh order sauce lain. Ada rasa rempah² tapi sedap. 


Bersedia untuk dilambakkan diatas meja. Ini perisa CREAMY PEANUT. 


Kita kasi close up nak bagi hati korang panas hati... Hahaha... Serious... saya paling suka sauce ni. Rasanya tersangatlah sedap bagi tekak saya. Rasa macam kuah kacang sikit. Tapi tak pedas. Memang highly recommended lah sauce ni. Bila CREAMY PEANUT bergabung dengan makanan laut segar yang manis... perghhhh... double triple sedap.


Yang sauce ketiga ni pulak namanya BUTTER MILK. Nampak tak besar² makanan laut tu.


Yang ni pon tersangat lah sedap. Lemak² manis memang disukai ramai... erkkk... Cuma bila makan banyak rasa cepat muak. Dah nama pon BUTTER MILK kan. Petua nak elak muak, makan dengan cili padi atau cili kicap. Kalau boleh makan makanan lain dulu baru makan perisa butter milk ni. 


Oyster pon ada uols. Segar² dan besar² datangnya. Tapi saya tak makan. Tekak kampungdotcom katakan. Husband jer yang makan. Sedap katanya sebab tak der rasa hanyir. 

Menu dan Harga. Mahaplah kalau tak terang. Sila buntangkan biji mata anda...ngeeee...

Ok... Beralih kepada menu. Ianya didatang kan dengan hidangan untuk 1-2 orang, 3-4 orang dan 5-7 orang. Kalau nak buat event or party pon boleh jugak. Untuk satu set biasa, terdapat KETAM YANG PENUH DENGAN DAGING, UDANG GALAH, TAMBAHAN UDANG BESAR, KERANG BESAR, KUPANG CHILE, SOTONG, KENTANG, LOBAK MERAH, JAGUNG dan NASI atau ROTI BAKAR. Dan yang paling istimewa di Just Seafood adalah. Tiram sebenar yang diimport dari Amerika Syarikat


Dah muak nengok gambar makanan kan. Haaaa... ni gambar si raksasa pemakan pulak. Tak padan denga kecik tapi kuat makan. Versi gelojoh dengan versi cute... muahahaa... Nak muntah dengar perkataan cute tu yerp. Gi cari gayung.... hahaha...


Ini plak permandangan kedai dari luar dan dalam. Konsepnya open kitchen. Kau boleh nampak dorang masak. Nak duduk luar boleh nak duduk kat bahagian dalam pon boleh. Nak duduk tempat tinggi, bley naik kat tingkat atas sebab Restoran Just Seafood ni dua tingkat yerp. 


Last but not lease... Si raksasa pemakan bersama pemilik Restoran Just Seafood, Mr. Terence Ham yang sudi belanja kami makan. Thanks for having us Mr. Terrance. Memang makanan² kat Just Seafood tersangatlah sedap. Rasa puas dapat makan seafood haritu. Memang gendang gendut tapi kecapi kenyang perut senang hati betul lah. 

Kecur ailio kan nengok makanan² ni. Saya yang menaip pon telan² ailio tau. Kalau korang rasa teringin, mengidam dan tak tau nak makan kan mana, boleh terjah Just Seafood. Ini alamatnya:

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366

Operating Hours: 12.00 pm – 10:30 pm Daily



Sumber: FB D'Laila . Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita. Citer hujung bulan lepas. Dapat gak merasa kesedapan Mee Udang D’La...

Mee Udang Paling Sedap @ D’Laila Mee Udang, Nilai

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Citer hujung bulan lepas. Dapat gak merasa kesedapan Mee Udang D’Laila yang orang kata antara yang tersedap ni. Selalu nengok jer gambar orang upload kat FB. Kecur ailio dibuatnya ko. Bilalah boleh merasa nih. Ada gak ajak husband gi. Tapi biasalah… tak kan gi sana semata² nak makan mee udang kan. Kecewa uols.

Kebetulan ada wedding anak saudara kat Seremban. On the way balik tu try ajak husband gi makan kat Nilai. Nasib dia nak. Dah lama mengidam nak makan mee udang katakan. Pusing² jumpa gak jalan. Kedai D’Laila Mee Udang ni terletak kat MMA Santai Corner. Banyak food court kat dalam tu. Nasib baik masa aku gi tu kedainya bukak. Kalau tak mau kempuanan. 

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Macam biasalah. Aku order mee udang. Husband order asam pedas ikan mayong. Sampai jer mee udang…perghhhh… Macam mana ko tengok dalam gambar macam tu lah yang ko dapat. Tapi aku order mee udang biasa. Kalau special ada banyak udang. Memang tersusun cantik udangnya. Beso² plak tu. 

Memang terbaik dan tersedap lah woih Mee Udang D’Laila ni. Terbayang2 lagi kesedapannya. Rasa tak cukup semangkuk. Jatuh cinta terus lah dengan mee udang D’Laila nih. Asam pedas pon sedap sangat. Kena dengan selera tekak. Memang akan repeat datang sini lagi. Nak try menu yang lain plak. Tapi tak tau bila…hehehe…

Buat penggemar mee udang atau yang tak pernah merasa mee udang. Dan nak rasa asam pedas sedap. Boleh lah datang kat MMA Santai Corner, Nilai ni. Cari kedai D’Laila Mee Udang. Beroperasi dari pukul 5.00 petang sampai 12.00 malam. Ni alamatnya:

D’Laila Mee Udang
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan


Note: Blog dah tukar kaler ☺☺



Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki...

Bila SUAMI Masuk Dapur!!!

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki ni kan. Jarang nak tunjuk skill memasak dia tu. Tapi bila sekali sekala masuk dapur bersilat dengan sudip and kuali. Ehhhhhhh....sedapnya masak.


Dinner malam tadi jer pon. Buat mee goreng. Bahan² suma dah siap. Tinggal nak masak jer. Bila husband offer diri nak take over, wife apa lagi. lompat bintang lah. Kentang kentung kentang kentung...maka terhasillah mee goreng air tangan suami. Bukan main bangga lagi bila orang puji mee goreng dia sedap. Cer kalau kita masak, nak dengar perkataan...'emmm...sedapnya' tu pon payah. Tapi kalau dah makan bertambah tu maknanya sedap lah kan. Cuma ego nak puji masakan isteri tu sedap. Kan...kan....ngeee...

Ingatkan boleh lah bawak bekal. Tapi laku plak mee goreng air tangan suami ni. Bertambah² makan ngan anak². Next time tugas menggoreng mee dah boleh serah kat husband lah macam ni. Dah...tu jer nak citer. Tu pon nak kecoh kan. Kbai!

Note: Pening dok mikir nak masak apa setiap hari. 


Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat umah. Nak main kat taman hujan plak. Jadin...

Arabian Cuisine | Lamb Oven & Lamb Ukda

Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat umah. Nak main kat taman hujan plak. Jadinya petang tu kluar lah kejap amik angin sampailah malam. Kekonon malam tak nak lah makan nasi. Asyik nasi jer bosan lah pulak kan. Husband suggest makanan arab. Ke Restoran Arab lah kita. 


Selera arab kita malam tu. Suggestion dari dorang kalau tak nak makan nasi, amik set Lamb Oven dengan Lamb Ukda. Tersembunyi plak lamb kat pinggan sebelah tu. Risau gak takut tak boleh terima dek tekak kan. Sekali bila masuk mulut.....perghhhhhhhh...sedap tak terkata. Daging kambing tu lembut sangat. Makan plak pakai tangan. Memang nikmat wei. Licin pinggan. Dah macam orang kebulur plak kalau nengok. Anak² pon suka. Ingat nak tambah roti lagi, Gravy plak tak cukup. Takkan nak order lagi. Kepanasan plak ko malam nanti kalau makan kambing banyak sangat. 

Sebelum ni husband ada beli gak makanan arab. Roti (macam dalam gambar tu) dengan Fasha namanya (masakan kambing style arab lah). Memang besar betul roti dia. Ingatkan ada jual kat situ. Rupanya itu makanan arab Yemen katanya. Yang kitorang makan ni makanan arab Syria. Gittew...ada macam² rupanya masakan dari timur tengah ni. 

Memang akan repeat lagi datang kat sini. Dok terbayang² jer ni kesedapan Lamb oven dengan Lamb Ukda tu. Memang thorrbaikkkk....serius cakap. Next visit nanti aku amik gambar proper sket. Dorang pon soh datang lagi. Try nasik plak katanya. Layanan memang tip top. Ahmad nama dia. Handsome....erkkkkk...hahahaha...Pandai cakap bahasa melayu. Dah macam style Chef Ammar plak bila bercakap. Haaaa...tak kenal Chef Ammar? Silalah google. Kalau uolls nak try. Ni alamatnya:

RESTORAN ALZAHARA
THE FINEST ARABIAN CUISINE
NO. 1, JALAN KAJANG IMPIAN 1/2
TAMAN KAJANG IMPIAN, SEKSYEN 7
43650 BANGI, SELANGOR

Kedai dia kat belakang Restoran Redwok. Kat belah hujung skali. Memang senang nak cari. Yang bestnya...no 6% GST and no 10% service charge.

Note: Kat Bangi ni apa yang tak der. Berlambak kedai makan. Sampai tak tau nak makan kat mana. 


Ha'ah...tak sempurna sebab bahan² tak cukup. Esen vanilla tak letak sebab dah habis. Buah² pon tak der sebab memang tak der buah kat um...

PAVLOVA Tak Cukup Sifat???

Ha'ah...tak sempurna sebab bahan² tak cukup. Esen vanilla tak letak sebab dah habis. Buah² pon tak der sebab memang tak der buah kat umah. Dah habis. Whipping cream lagi lah. Pakai yang instant tu. Picit jer.Tapi semangat nak membuat tu tetiba datang semacam. Nak buat jugak even tak cukup bahan. Maka terhasil lah:


Pavlova tak cukup sifat ni ha. Project hari cuti senin. Dari dulu teringin nak buat. Tapi tak terbuat² gak. Resepi dah lama simpan. Ntah macam mana belek gambar kat handphone. Terjumpa resepi Pavlova yang simple sangat nih. Apa lagi...zasssss masuk dapur.

Alhamdulillah...percubaan pertama yang menjadi. Buat pon tak banyak sebab nak test dulu. Tak sangka uolls pavlova ku menjadi. Cair dimulut gittew macam makan gula² kapas tu. Rangup plak tu. Ni yang semangat nak buat pavlova lagi. Kali ni nak buat bagi cukup sifat. Mesti lagi sedap. Mana tau bley buat meniaga ker...hahaha...Kalau tak berangan tak sah. 

Skang ni mood rajin nak bakar membakar is on. Dalam kepala ni dok terfikir nak buat kek coklat. Nak buat cheesecake. Bahan² jer ada yang tak cukup. Mau balik ni cari barang²...haishhhhh....Kalau dah datang mood rajin tu kan. Memang tak menyempat. 

Note: Tu pon nak citer...hahaha...Jadilah....asal ada citer nak update sudah. 


Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. M...

Resepi Noxxa | Bubur Nasi 15 Minit!!!

Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. Masa [TAK SIHAT] haritu, tekak pon rasa teringin nak makan bubur berlauk. Kalau nak makan kat kedai, dah berapa lah harganya kan. Memandangkan tak pernah masak bubur nasi dalam NPC lagi, moh ler kita ber ekperimen dalam NPC dengan try masak bubur nasi.


Maka ini lah hasilnya...Bubur nasi berlauk 15 minit. Menu lunch merangkap ker dinner untuk orang yang tak sihat haritu. Gigih pepagi gi kedai cari bahan² lepas hantar anak² gi skolah. Dalam tak sihat tu pon kerja surirumah tetap berjalan khenn. Selera besar mengalahkan orang yang tak sihat. 

BUBUR NASI yang lawannya dengan TELUR MASIN, IKAN BILIS GORENG BAWANG DENGAN CILI API, KANGKUNG MASAK TAUCU dan  EGG TOFU. Gigih lah aku memasak suma lauk pauk nih. Berselera betul makan sebab dah lama tak makan bubur berlauk macam nih. 2 kali lah masak bubur sebab anak² pon suka. 

Senang jer nak masak bubur nasi dalam NPC nih. 1 CAWAN BERAS YANG DIBASUH. TAMBAH 6 CAWAN AIR. SET KAN MODE HIGH PRESSURE 15 MINIT DAN TEKAN MODE ON. Dah cukup masa, PUSING PENUTUP NPC KER TITIK STEAM UNTUK RELEASE KAN WAP. Senang dan cepat kan. 

Sekian resepi NPC untuk harini. Tunggu resepi yang seterusnya plak yerp. 

* Kalau nak masak bubur lebih dari 1 cawan beras, double kan lah sukatan air tu.

Note: Tengok bubur berlauk ni rasa maca nak buat bubur lah malam ni ☺☺


Entry food review kembali lagi. Pernah dengar tak Epic Fit Meals Co ni? Apa...tak pernah dengar? Meh nak sharing serba sedikit tentang ...

Food Review | Epic Fit Meals Co


Entry food review kembali lagi. Pernah dengar tak Epic Fit Meals Co ni? Apa...tak pernah dengar? Meh nak sharing serba sedikit tentang Epic Fit Meals Co. Restoran Epic Fit Meals Co masih baru bertapak di Malaysia. Kalau tak silap dalam tahun lepas. Merupakana restoran yang berinspirasikan makanan Melbourne, Australia, ia juga merupakan perintis Fit Meals dan dipercayai sebagai restoran tunggal dan pertama di Malaysia yang menawarkan penghantaran On-Demand (Atas permintaan).


Bulan puasa haritu saya dan keluarga telah diberi peluang untuk berbuka puasa di Epic Fit Meals Co. Konsep di restoran ni adalah delivery, dine-in dan juga takeaway. Environment memang bersih. Saya sempat tinjau dapur di restoran ni. Tapi tak boleh nak amik gambar. Memang bersih dan tersusun. 

Ok...jom kita tengok apa yang saya dan keluarga makan pada hari tu.


Juices

Agua Mello Smoothie (61 kcal) RM8.80, Red Apple Honey Smoothie (79 kcal) RM8.80, Coolie Beauty (41 kcal) RM7.80 dan juga Classic Trifecta (78 kcal) RM7.80

Semua juices ni sedap². Dan yang penting semuanya fresh². Di blend tanpa gula. Memang kemanisan juices ni datangnya dari buah tu sendiri. Yang bestnya, tak perlu nak kira berapa kalori yang anda makan sebab dalam menu di Epic Fit Meals Co memang dah tersedia berapa kalori pada setiap makanan yang dihidangkan.

Epic Fried Chicken Schnitzel (381 kacl)
RM6.80

Yang ni lebih kurang macam chicken chop lah. Iman hakimi sorang jer makan nih. Sedap katanya ☺

Epic Grilled Chicken (217 kcal)
RM5.80

Ni pon sedap. Favorite Qahirah. 

Spiced Backed Wedges (132 kcal)
RM4.80

Irish Colcannon (122 kcal)
RM4.80

Memang terbaik lak mashed potatoes ni. Sedap sangat. Makan sekali tak boleh nak berhenti. Sekali hadap jer nih. Anak² pon suka.

Crunchy/Fire Chookies (233 kcal)
RM5.80

Ni macam ayam pop corn lah. Krup...krap...krup...krap bila makan. 

Sam's Hawaiian Luau (509 kcal) 
RM19.80

Perghhhh...sedap hokay.

3A: Apple, Ayam & Api (545 kcal)
RM19.80

Yang ni lagi lah sedap. Rasa lain daripada pizza² yang lain. Kalau datang uolls patut cuba pizza ni. 

Chookie Burrito (415 kcal)
RM12.80

Yang ni wrap lah. Ada campuran cilantro rice, grilled chicken fillet dan juga bahan² yang lain. Yang ni husband akan. Boleh tahan juga lah rasanya.  

Nak tau tak, semua makanan dari Epic Fit Meals ni di proses sendiri termasuk lah sos nya. Daging² pula bukan jenis disejuk beku. Semuanya fresh. Dan yang penting, pembekal² ayam dan daging ada lah dari sumber yang telah mendapat sijil halal JAKIM. 

Makanan mereka juga tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan juga MSG. Contohnya kalau kita beli nugget kat fast food restoran. Suma dah siap tersedia kan. Macam di Epic Fit Meals ni, once you order, dorang terus buat on the spot. Sebab dorang tak der buat stok makanan macam kat fast food restoran tu sebab makanan mereka adalah Made By Day, Gone By Night


Overall...memang puas hati lah makan kat sini. Siap bungkus lagi sebab tak dapat nak habiskan. Memang kenyang perut senang hati lah. Harap² Epic Fit Meals Co dapat meluaskan kawasan penghantaran sampai ke Cyberjaya ker ☺

Kalau anda jenis yang mementingkan kesihatan dan sukakan kelainan. Bolehlah mencuba makanan² di Epic Fit Meals Co ni. Kalau nak delivery, servis penghantaran adalah percuma dan penghantaran akan dibuat dalam masa 45 minit tanpa mengira cuaca. Kawasan penghantaran pula adalah ke Taman Tun, Damansara Perdana, Bandar Utama, Dalamsara Uptowm, Damansara Kim dan juga kawasan² tertentu di Kota Damansara dan Tropicana. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Epic Fit Meals Co, boleh layari:

Website: epicfmco.com.my
Facebook: epicfmco
Instagram: epicfitmealsco
Twitter: epicfmco

The Epic Food Kitchen Sdn. Bhd. (1101184-K) 
E105, Block E, East Wing
 Metropolitan Square 
Jalan PJU 8/1 
Bandar Damansara Perdana 
47820 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan
📞Order: 03-7733-3375

Note: Thanks for having us Mr. Wick Kee ☺

Siapa yang rindukan masakan pahang dan teringin nak makan masakan Pahang, boleh datang kat Dapur Koi, Taman Putra Kajang ni. Last week ...

Berbuka Puasa @ Dapur Koi, Taman Putra Kajang


Siapa yang rindukan masakan pahang dan teringin nak makan masakan Pahang, boleh datang kat Dapur Koi, Taman Putra Kajang ni. Last week berpeluang berbuka puasa kat Dapur Koi nih. Kebetulan husband teringin nak makan lauk pauk kampung. Mengidam plak nak makan masak lemak pucuk ubu. Terus teringat kat Dapur Koi.


Kalau nak tau, Dapir Koi ada sediakan set menu untuk juada berbuka setiap hari selasa hingga ahad. Menu nya berbeza². Kebetulan gi hari jumaat. Menu haritu keli masak lemak cili api, ikan bilis dan petai masak tempoyak, ayam goreng, sambal belacan dan ulam. Setiap set harganya RM15.00. Kalau nak tambah menu lain pon boleh. 


Kitorang tambah pucuk ubi dan petai masak tempoyak, sup kampung, pais ikan sungai dengan sambal hitam pahang. Ko nampak tak? Orang kuat makan punya order. Nak tau apa rasanya? Perghhhhh...Memang tak rugi datang sini. Sumanya sedap² belaka. Pais ikan sungai ni pertama kali makan. Terus dah jatuh cinta dengan kesedapannya. 

Pucuk ubi dengan ikan bilis petai masak tempoyak tu memang sedap tak hingat dunia. Kalau uolls datang sini memang wajib makan. Sedap sampai minta nasi tambah. Bila makan lauk pauk ni memang tak pandang lauk lain dah. Sup kampung tu tapau untuk bersahur jer. Sup kampung tu pon sedap. Cuma sambal hitam pahang dia kurang kick lah haritu. Tak berapa hitam dan masam sket. Terlebih belimbing gamaknya. 


Kebersihan terjamin sebab makanan suma bertutup macam nih. Air boleh refill. Ko nak minum sampai kembung perut pon boleh. Environment kedai memang bersih. Ada disediakan ruang solat jugak. Kalau nak datang berbuka kat sini, call dulu. Ni detailnya:

DAPUR KOI
2-G, Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
012-204 5278

Facebook: DapurKoi

Note: Sambil taip sambil terbayang². Rasa nak buka posa kat Dapur Koi lah harini ☺


Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk j...

Resepi Biskut Raya Kellogg's | Jejari Roti dan Biskut Arab

Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk jugak nak buat kuih raya kan. Hari Raya dan kuih raya takkan terpisah gittew. Awal² ni lah elok buat kuih raya. Kang dah hujung² puasa takut kelam kabut plak nanti.

Ni nak share resipi kuih raya. Siapa suka Kellogg's Corn Flakes? Pastinya ramai yang suka kan. Kalau breakfast dengan Kellogg's Corn Flakes pon dah sedap, apatah lagi kalau buat biskut pakai kellogg's corn flakes nih sebab kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Memang super duper sedap. Ok...kita mulakan dengan resipi yang pertama dulu. Memang senang sangat nak buat.

JEJARI ROTI KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • Roti Gandum
  • Mentega
  • * 40g Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • * 30g Gula Merah
  • * 2 Sudu besar Serbuk Badam
  • * 1/2 Sudu kecil Serbuk Kayu Manis
Cara²
  1. Panaskan oven 160' C. Sediakan loyang dengan kertas baking
  2. Campurkan bahan² bertanda * ke dalam mangkuk
  3. Potong roti ikut saiz yang disukai. Nak buat bentuk apa pon boleh. Jangn lupa buang kerak roti tu.
  4. Sapukam mentega kepada setiap bahagian. Suka hati nak pakai mentega jenama apa pon.
  5. Taburkan bahan² bertanda * ke atas bahagian yang roti yang dah disapukan mentega
  6. Susun roti atas loyang 
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna roti bertukar keemasan.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Close up sket. Saya buat versi mentega dan juga nutella. Pakai roti biasa. Nanti nak buat pakai roti gandum plak ☺

Mudah sangat kan. Kalau tak nak pakai roti gandum pon tak per. Boleh jer pakai roti biasa tu. Lepas tu kan. Boleh gantikan mentega tu dengan nutella. Variety lah sket lah biskut tu kan. Memang sedap. Dah lah roti tu rangup. Topping plak dengan kellogg's corn flakes. Silalah bayangkan kerangupannya.

BISKUT ARAB KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • 250gm Tepung gandum 
  • 125gm Gula Halus 
  • 125gm minyak sapi 
  • Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • Paper cup 
Cara²
  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil 
  3. Masukkan dalam paper cup 
  4. Bakar 180ºC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak 
  5. Sejukkan dan taburkan gula halus 

Close up sket. Agak tak seimbang saiz biskut arab kellogg's corn flakes saya nih. Biasalah...buat dengan penuh kasih sayang dengan anak² katakan. Memasing sibuk nak menolong. Rajin anak² ibu ni. Riuh dapur dibuatnya.

Ni biskut arab versi simple dan versi baru. Tak pernah dibuat orang biskut arab campur dengan kellogg's corn flakes. Ko mampu?...hahaha...Sila lah cuba. Sedap tau. Rasa crunchy jer bila makan. Kalau rasa kosong, boleh tambah letak buah ceri kat atas biskut arab tu. Tak pon buat biskut arab colorful. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pasti letak lah pewarna. 


Ni nak bagitau. Sempena bulan ramadhan ni, Kellogg's ingin memperkenalkan 8 resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad untuk menggalakkan anda mencubanya pada bulan ramadhan ni. Silalah kunjungi Trak Sample Kellogg's yang akan berada di bazar ramadhan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17 June 2015 hingga 10 Julai 2015.

Anda berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat tentang bagaimana Corn Flakes boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk membuat biskut istimewa untuk perayaan ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kellogg's juga telah bekerjasama dengan pengacara popular program 'Jalan-Jalan Cari Makan', Maria Tunku Sabri untuk menghantar biskut ke rumah anak² yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan yang mulia ini.

Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokaso trak sample yang terpilih seperti:

·         Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
·         Giant Batu Caves, 13 Jun  (1-3ptg)
·         Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:


Jangan lupa tau mencuba resipi² ni dan jangan lupa beli Kellogg's Corn Flakes. Sila terjah juga trak sample Kellogg's nih. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...