Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Fobia. Show all posts
Showing posts with label Fobia. Show all posts

Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haa...

FOBIA oh! FOBIA...


Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haaaa...gelak lah...gelak. Tak kelakar hokey.

Lakaran untuk lebih pemahaman...ahaks...

Fobia aku bermula bila aku hampir accident dekat simpang empat ni. Boleh baca [SINI] dan [SINI] Semuanya berpunca dari sikap pemandu² yang suka suki keluar simpang tanpa tengok kiri dan kanan. Tak kiralah pemandu wanita atau pon lelaki. Bukan sekali dua aku kena. Dah banyak kali tau sehingga mendatangkan perasaan curiga/was² bila nak lalu kat simpat empat ni. Ada dua simpang empat yang aku fobia. Kat office aku ni dengan kat area umah aku, kawasan perumahan Taman Kajang Impiana. Hover ker perasaan aku tu?

Bila nak lalu jer kat simpang tu, aku dah get ready. Slow kan keta yang sepatutnya memang laluan aku pon. Aku plak yang nak kena benti tangok klo ada keta suka suki nak kluar simpang secara mengejut. Bukan tu jer tau. Setiap kali nak lalu hati aku ni rasa berdebar². Siap bunyikan hon lagi ko. Tak ker fobia namanya tu? Meh baca ni:

Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah. Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain. 

Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam. 

Antara jenis fobia yang biasa ialah:

Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

Sumber: [SINI]

Nampak tak...nampak tak. Sindrom tu ada pada aku walaupon tak banyak. Kena dapatkan rawatan ni sebelum melarat...muahahaha...

Note: Fobia dengan lipas pon tak seteruk ngan fobia simpang empat ni tau...ahaks...Uols plak fobia pada apa?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...