Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Flash Mob. Show all posts
Showing posts with label Flash Mob. Show all posts

Agak emosi bila dengar lagi nih. Best...Ulang banyak lagi pon tak bosan. Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun ...

Teman Pengganti


Agak emosi bila dengar lagi nih. Best...Ulang banyak lagi pon tak bosan.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Note: Memula dengar lagu ni macam bosan jer...tak best. Tapi bila dah lama dengar...terus jatuh cinta. Ok...jom nyanyi "Sejak dua menjak ini, Makin kerap ku diganggu visi, Bila celik, juga bila mimpi, Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi, Rahsia ini, Telah lama ku pendamkan..Tiba masanya, Segala-galanya Ku ceritakan"




Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa b...

Breastfeeding Flash Mob

Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa bangga bila tengok kumpulan ibu² menyusu nih berkumpul sebagai tanda sokongan. Artis Dynas tu pon turut serta gak tau ^_^. Info pasal flash mob: 

'Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC, di mana ada para ibu yang dihalau/ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.

Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu? berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?'

Source: YouTube

Tak sangka pulak management KLCC macam tu sekali. Aku plak memang dah lama tak ker KLCC, tak tau plak macam tu citernya. Tak boleh nursing in public. Kalau nak nursing kena pergi Baby Room. kalau baby dah melalak² kelaparan, takkan nak cari baby room lagi kan. Dalam group KIM smalam ada citer, nak masuk baby room untuk nursing pon kena bayar...haihhhhh....

Yang ni plak citer pasal pengalaman dia di halau dari surau KLCC semata² nak pam susu. Bley baca kat SINI.

Banyak lagi citer dan gambar² pasal breastfeeding flash mob ni kat FB. Search jer klo nak tengok. Memang meriah. Semoga penyusuan susu ibu makin mendapat tempat di hati ibu² dan bakal² ibu. Dengan adanya acara macam nih, sekurang² nya dapat membuka mata dan minda tentang kepentingan susu ibu dan kumpulan sokongan susu ibu.

FEED The FUTURE!!

I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere ☺☺☺




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...