Showing posts with label Edelman. Show all posts
Showing posts with label Edelman. Show all posts

Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malay...

Event | Global Handwashing Day 2015 @ KidZania Kuala Lumpur


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tak aktif dalam mengamalkan tabiat harian membasuh tangan ni. Sempena kempen tahunan Hari Membasuh Tangan Sedunia @ Global Handwashing Day, Lifebuoy ingin membawa perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan pada ibu² diluar sana untuk mengajar anak² mereka langkah² mudah untuk membasuh tangan dengan betul.

Rasanya masih ramai yang tak tau mengenai Global Handwashing Day kan? Meh saya kongsikan info ni:

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji dan mengulangi cara kretif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
  • Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Pada 17 October 2015 baru² ni, saya dan keluarga telah diberi peluang untuk sama² menyambut Global Handwshing Day 2015 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Halim Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia dan Laos, Mr. Rakesh Mohan.


Acara diserikan lagi dengan Choral Speaking dari SK Putrajaya Presint 14 yang merupakan antara seratus sekolah yang terpilih dalam menjayakan ‘Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy’. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan March 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing².

Jom kita cuci tangan bersih² ☺

Yeayyyy...tangan dah bersih dan bebas kuman ☺

Basuhlan tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Jom kita amalkan 7 teknik membasuh tangan yang betul ni:



1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan 
6. Basuh dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan kain bersih



Kita sebagai seorang ibu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat yang baik dalam kehidupan anak². Memperkenalkan tabiat kebersihan tangan melalui sudut pandangan seorang ibu adalah satu kaedah yang berkesan. Tunjukkan demonstrasi mudah untuk mempamerkan pentingnya mencuci tangan dengan sabun semasa mandi, sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan selepas ke tandas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia pada tahun ini, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu² dan keluarga utuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah dan teknik mencuci tangan yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.

Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #LifebuoyGHD2015

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Lifebuoy, boleh layari:


Note: Alhamdulillah...rezeki anak². Dapat jugak gi KidZania. Cuma Iman Hakimi tak dapat join sebab ada Kem Solat. Harap² adalah rezeki dapat gi Legoland atas tiket Blogger ☺


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON ... Make It Pop . Drama bersiri yang dibintangi oleh ahli kumpulan XO-IQ sendiri. Siri muzika...

NICKELODEON | Make It Pop!!!


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON...Make It Pop. Drama bersiri yang dibintangi oleh ahli kumpulan XO-IQ sendiri. Siri muzikal yang pasti menjadi tarikan baru dikalangan remaja² diluar sana. Tak terkecuali juga pada kanak².

Nak tau tak, menurut penyelidikan yang dikeluarkan oleh Viacom International Media Networks', kajian normal mendapati bahawa kanak² yang berumur antara 9 dan 14 tahun menghilangkan tekanan mereka dengan mendengar muzik dan menonton televisyen. Patutlah anak² saya suka menonton televisyen. Nak melepaskan tekanan rupanya...hehehe...Tapi tetap dibawah pengawasan orang tua. Ada masa tengok TV dan ada masa kena belajar jugak kan.

Wakil dari Viacom International Media Networks dan Edelman

Pada 5 September 2015 yang lepas, saya dan keluarga telah dijemput untuk menghadiri 'Make It Pop' Dance Workshop yang bertempat di Street Nation Dance Studio yang terletak di Bandar Sunway. Peserta² cilik ini diberi tunjuk ajar oleh pengajar tarian yang berpengalaman untuk membuat gerakan tarian seperti didalam rancangan Make It Pop ini. 



Mana Qahirah?? Anak dara tu malu nak berjoget. Tak bagi kerjasama tau haritu. Geram jer rasa. Kat umah bukan main lagi berjoget². Bila dah ramai² tu malu plak dia. Anak LIZIZWA dan yang lain² relax jer menari.


Budak malu nak menari. Tak dapat menari, tapi dapat bergambar dengan dance instructor yang comel ni pon jadi lah. Seronok jer tengok bebudak tu menari. Rasa macam nak menari sama...hahaha...

About 'Make It Pop'

Three unique girls – an aspiring pop diva, a fashionista and a bookworm – come together at school to form their own K-pop-inspired band in Nickelodeon’s newest live-action, daily scripted series, Make It Pop, which premieres in Asia on Monday, 31 August at 5pm (TH/WIB), 6pm (HK/MY/SG), and 6.30pm (PH). Viewers can catch up on episode re-runs on weekends and access additional content such as original music videos, sing-a-long videos, a how to dance video and a quiz game online.


In this new half-hour musical comedy, diva Sun Hi (Megan Lee), fashionista Jodi (Louriza Tronco) and bookworm Corki (Erika Tham) must learn to live together in perfect harmony after they are randomly selected to room together at boarding school. With the help of fellow classmate and aspiring DJ, Caleb (Dale Whibley), the girls grow from roommates to bandmates as their group, XO-IQ, becomes a school-wide sensation and they compete for a place in the upcoming school musical, all while balancing music, grades, relationship and crushes.


Muka happy memasing. Anak² happy, hemak double triple happy nya. 


Tengok goodies bag lagi lah kan. Hemak pon excited menengoknya. Suka invitation yang membabitkan anak² skali nih. Thanks NICKELODEON and Sarah for having us. Enjoy sangat. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.nick-asia.com



BEE HOON GORENG WITH   ZESPRI® GREEN &   ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah mas...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 2

BEE HOON GORENG WITH ZESPRI® GREEN & ZESPRI® SUNGOLD KIWIFRUIT

Cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang kedua. Untuk cabaran kali ni, kita main masak² lah plak. Tak susah pon buat bee hoon goreng kan. Sekejap jer pon penyediaannya. Nak buat untuk breakfast pon boleh. Nak buat untuk dinner pon ok.


Tapi ini saya buat untuk breakfast. Nampak pelik kan bila buah kiwi dicampur dalam masakan. Belum cuba belum tahu kan. Bila dah cuba, baru tahu ianya sesuai untuk dicampur dalam masakan seperti mee hoon goreng yang saya buat ni. Tak percaya? Meh tengok:


Rasanya memang sedap. Bila makan terasa crunchy dari biji² kiwi tu. Masa tengah masak tetiba terfikir, why not kalau cuba campur dengan buah kiwi. Hurmmmm...memandangkan kombinasi rasa Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit yang manis, masam dan sedikit juicy, secara tak langsung ianya dapat mengurangkan  pengunaan sos cili dan sos tomato. Rasa asli dari buah katakan. Dah macam chef lah plak...hehehe...


Nak letak juga resipi. Bahan² tu ikut kesukaan. Kebetulan bahan tu jer yg ada kat umah. Cara  nak masak pon nak kena ajar ker? Hehehe...macam biasa, tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh. Dah masak letak fishcake, kicap, sos tomato dan sos cili sket. Jgn letak banyak sebab nak letak buah kiwi. Dah sebati bahan² baru letak Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Pastu baru letak bee hoon. Kacau² kasi rata bee hoon dengan bahan tumisan. Dah siap. Taburkan jer daun sup atas mee hoon goreng tu.

Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit ni? Khasiatnya cukup tinggi. Untuk Zespri® Green Kiwifruit, ianya mengandungi dua kali ganda vitamin C seperti oren. Ia juga tinggi dalam mineral, vitamin, secara semula jadi rendah dalam natrium , lemak dan mempunyai IG yang rendah (Indeks Glisemik). Zespri® SunGold Kiwifruit ni pula penuh dengan lebih 20 vitamin dan mineral lebih daripada hampir semua buah-buahan yang sama. Ia mempunyai tahap yang sangat tinggi antioksidan Vitamin C (tiga kali ganda lebih daripada oren) dan Vitamin E (tujuh kali lebih daripada epal dan oren) dalam buah.  

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Banyak lagi khasiat² kiwi yang akan saya kongsikan. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut.

Pada yang terlepas semalam, ini link Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge - DAY 1 




LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab ianya kegemaran kami anak beranak. Bila d...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 1


LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA

Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab ianya kegemaran kami anak beranak. Bila di beri peluang untuk menyahut cabaran ni. Memang saya tak teragak² untuk menerimanya. Rasa tak sabar sebab banyak menu yang bermain² di minda ni.

Ok...saya nak bercerita serba sedikit tentang sejarah Zespri ®. Zespri ® adalah pengeluar utama kiwi New Zealand ke sseluruh dunia. Zespri ® International Limited adalah pemasar terbesar di dunia buah kiwi, menjual buah kiwi di lebih daripada 60 buah negara. Jenama Zespri ® menetapkan tanda aras bagi kecemerlangan dijamin dan buah kiwi semulajadi lazat.

Untuk cabaran ni. Saya di beri 2 jenis buah kiwi jenama Zespri ®. Zespri® Green Kiwifruit dan juga Zespri® SunGold Kiwifruit.

Anak² menikmati kesedapan buah Zespri® Kiwifruit

Zespri® Green Kiwifruit, ianya mempunyai kombinasi rasa manis dan masam. Rasanya lebih asli dan menyegarkan gitew. Berbentuk bujur dengan kulit kabur. Untuk Zespri® SunGold Kiwifruit, ianya berwarna kuning keemasan, sedikit jiucy dan yang menarik, buah kiwi ini lebih besar dengan tekstur yang halus di dalam kulit yang licin. Memang kedua² perisa Zespri® Kiwifruit ini adalah sangat sedap.


Terpulang pada anda nak makan macam mana. Cara makan pon nak ajar ker...hehehe...gurau jer. Ada sudu khas di sediakan. Senang jer pakai sudu ni. 

Ada tips yang saya nak kongsikan dengan anda. Kalau anda beli buah kiwi dan ianya masih keras atau belum masak sepenuhnya, Zespri ® Kiwi Hijau boleh masak lebih cepat dengan menyimpannya dengan epal atau pisang dalam beg dan meletakkan ia pada suhu bilik untuk beberapa hari. ini kerana gas yang terhasil pada epal dan pisang itu akan membantu mempercepatkan lagi proses kematangan buah kiwi.

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Ada resipi menarik berasaskan kiwi menanti anda. Saya juga akan kongsikan khasiat² yang terdapat dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Ini baru 1st day. Ada 13 hari lagi. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut

Note: Wish me luck uols ☺


Semalam aku ke Edelman Office. Untuk briefing pasal Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni lah. Unexpected sebab terpilih sebag...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge - Briefing @ Edelman Office


Semalam aku ke Edelman Office. Untuk briefing pasal Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni lah. Unexpected sebab terpilih sebagai salah seorang blogger untuk join challenge ni. Thanks Farah Hayati for choosing me. 1st time uols. Excited sket...hehehe...


Dalam cabaran ni, misi yang aku kena buat adalah mengamalkan pemakanan buah kiwi Zespri selama 14 hari berturut² dan rasakan perbezaannya. Haaaaa...hamik ko. Berlaukkan kiwi jer lah 14 hari ni. Terpulang macam mana kita kita nak makan buah tu. Letak dalam masakan ker, buat fruit salad ker. Terpulang pada creativity masing². Dah macam² menu dalam kepala ni ^_^. Resipi ada diberikan. Nak follow boleh, tak follow pon tak per. Cabarannya bermula hari ini.


Lulu from Edelman tengah bagi briefing. Antara blogger yang turu telibat, Ainul dan lagi sorang tu  aku lupa. Sorry bro ☺


Me and my blogger friend LIZ. Aku gi ngan liz smalam. Pertemuan buat kali yang kedua.


Goodies bag yang penuh dengan buah kiwi. Lenguh tangan aku membawanya. Berat wei. Tu stok untuk 7 hari. Untuk another 7 days dorang akan pos...yeehhaaaa...

hover ko kan jemah...ahaks...

Ok...puan punya blog akan mulakan cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge bermula hari ini. Ni baru entry pemanas. Nantikan cabaran hari pertama sebentar lagi.

Note: Lately rasa macam diri ni over expose kat blog...hehehe...fedulik lah kan ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...