Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Dutch Lady PureFarm Milk. Show all posts
Showing posts with label Dutch Lady PureFarm Milk. Show all posts

Ada yang tak suka bersarapan pagi ker? Atau memang jenis tak amik sarapan pagi? Macam saya memang tiap-tiap hari mesti kena sarapan dulu....

Kelebihan Bersarapan Pagi Bersama Dutch Lady PureFarm Milk!!

Ada yang tak suka bersarapan pagi ker? Atau memang jenis tak amik sarapan pagi? Macam saya memang tiap-tiap hari mesti kena sarapan dulu. Kalau tak dapat sarapan pagi yang berat macam nasi lemak atau mee gorang, hanya cukup dengan segelas milo atau nescafe dengan biskut/roti sudah memadai. Janji perut mesti diisi  demi mengelakkan rasa lapar sebelum menunggu masa untuk lunch.


Nak tau tak, kebanyakan penduduk Malaysia tidak memenuhi keperluan kalsium mereka dimana purata pengambilan kalsium di kalangan orang dewasa adalah di bawah 50% pengambilan nutrien yang disyorkan manakala 49% daripada kanak-kanak Malaysia pula tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet harian mereka. Hurmmmm… adakah anda dan saya tergolong dalam kalangan orang yang kurang kalsium? Macam mana nak dapatkan kalsium dan maintain kan penghasilan kalsium dalam badan setiap hari? Haaaaa… jawapannya ada dalam segelas SUSU Dutch Lady PureFarm. Sebab itulah saya sahut cabaran Sarapan Bersama Dutch Lady Milk PureFarm selama 7 hari. Cabaran yang bermula dari 20 - 26 September ini memerlukan saya berkongsi menu sarapan pagi yang diambil bersama Susu Dutch Lady PureFarm. Meh tengok ni:

Day 1 | Nasi Lemak Kukus Sambal Ayam + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 2 | Kuih + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 3 | Sandwich Cheese dan Telur + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 4 | Nasi Lemak Paru + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 5 | Mee Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 6 | Nasi Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 7 | Bihun Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Banyak khasiat dan kebaikan bila kita amalkan minum susu setiap pagi ni tau. Antaranya:

  • Dalam susu terdapat kandungan vitamin, mineral, lemak dan juga protein yang sangat bagus untuk tubuh badan sebelum memulakan tugasan harian
  • Vitamin B2 yang terdapat dalam susu mampu menyokong fungsi-fungsi yang mengubah makanan kepada tenaga. Nak tenaga, minumlah susu setiap pagi yer.
  • Nak mata yang sihat? Dengan susu ianya dapat meningkatkan ketajaman penglihatan kerana kandungan Vitami A yang terdapat dalam susu.
  • Susu dapat menambah kekuatan tulang dan mencegah tulang dari cepat reput kerana susu kan banyak kalsium.
  • Bagi yang mengalami masalah pencernaan, cuba minum segelas susu setiap pagi kerana susu dapat melancarkan system pencernaan tau.


Banyak lagi sebenarnya khasiat susu tau. Betapa pentingnya sarapan pagi ni sebenarnya. Orang yang bersarapan pagi lebih sihat berbanding orang yang tak bersarapan pagi kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tak bersarapan. Kalau inginkan pagi yang lebih cegas dan bertenaga, sarapan pagi lah jawapannya. Dan jangan dilupa segelas susu setiap hari. Bukan kanak-kanak jer yang perlukan kalsium. Orang dewasa juga perlukan kalsium yang cukup.


Apa yang saya dapat dari hasil cabaran Sarapan Bersama Dutch Lady Milk PureFarm selama 7 hari ni kan. Memang ada nampak perubahan tau. Sejujurnya minuman pagi saya adalah segelas milo atau nescafe. Tapi sejak saya amalkan minum susu setiap pagi ni, saya rasa system pencernaan saya berjalan lancar setiap pagi. Rasa macam… wowww sangat. Dan memandangkan saya ni ibu menyusu yang rutin hariannya akan mengepam setiap hari di pejabat. Saya perasan yang hasil pengeluaran susu saya bertambah sejak minum susu setiap pagi. Dan saya dah jumpa milk booster saya yang baru iaitu susu Dutch Lady PureFarm.  


Kalau anda ingin rasakan perubahan seperti saya, apa kata cuba bersarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm setiap hari. Dengan 2 gelas susu sehari dapat membantu untuk memenuhi keperluan kalsium anda manakala bersarapan pagi dengan segelas susu dapat memberikan sekurang-kurangnya 275 mg kalsium harian. Nak tambah kalsium, jom minum susu ☺

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Dutch Lady, boleh layari:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...