Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Ibu mana tak risau bila anak demam kan. Pastu si anak plak jenis jarang demam. Sekali dia demam memang lembik dan melepek habis sampai t...

Musim Demam ker??? Doa untuk Demam Panas


Ibu mana tak risau bila anak demam kan. Pastu si anak plak jenis jarang demam. Sekali dia demam memang lembik dan melepek habis sampai tak larat nak bangun. Selera makan pon dari seorang yang kuat makan jadi hilang selera makan...gone with the win. Dah nama pon sakit kan. Sedih plak hemak ko nengok nak.

Bila anak sihat. Mulut bising potpetpotpet. Terjerit sana sini...ko bising kan. Sekali bila anak tak sihat sampai nak dengar sora pon susah, mulalah rindu suara bising si anak tadi. Biasa lettew...perasaan mak² memang macam tu khen. 

Balik sekolah jumaat tu muka dah monyok...'Ibu...kita tak sihat lah'. Masuk keta terus terbaring. Selalu kalau masuk keta mulut bising. Tak sah kalau tak bergaduh adik beradik dalam keta tu. Haritu memang terbaring. Nak gi klinik terus, tak ter handle aku dengan Qahirah ngan Qhalif lagi. Tunggu husband jer lah. 

Nasib lah Iman Hakimi demam time weekend. Pastu cuti plak senin. Senang sket nak pantau. Memang kerja dok pantau suhu dia jer. Makin lama makin naik. Haishhhh...Asal letak kain, cepat nau keringnya. Sampai tahap dah cecah 40'C...memang terus masuk ubat vontot. Aku tak pernah buat. Selalu husbank yang buat. Dia plak kerja. Nak tak nak...buat jugak. Risau plak kan takut kena 'tarik'.

Ahad tu nampak dah ok. Dah kebah sket. Soh gak lah dia gi kelas silat. Bagi keluar sket peluh tu. Tapi ImanQahirahQhalif jenis kalau demam memang panas dorang on and off. Semalam start panas balik. Adoiiiii...risau betul lah. Harap² tak demam lagi lah. Risau gak ni takur jangkit kat adik² dia plak. 


Ni ada doa untuk demam panas. Amalkan tau. Aku boleh tak teringat pasal doa² ni...ppffttt...Untuk uols yang anak² pon tengah demam, semoga cepat sembuh. 

Note: Mereput kat umah 3 hari. Husband keja. Nak kluar ngan anak², sorang tu plak demam. Dok ontok² jer lah. 


Tiada ubat yang paling mujarab selain dari ayat² Al-Quran kan. Bukan setakat nak bagi Antibiotik lagi power, nak muntahkan penyakit yang ad...

Nak ANTIBIOTIK Paling Power? Amalkan AYAT ini!!!

Tiada ubat yang paling mujarab selain dari ayat² Al-Quran kan. Bukan setakat nak bagi Antibiotik lagi power, nak muntahkan penyakit yang ada dalam tubuh pon boleh. Mana yang belum tau tu, meh kita amalkan ayat yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan Safie. Kita usaha. Tapi yang menyembuhkan DIA. 

Letakkan tangan kanan kat dada kiri. Tarik nafas dan baca surah Al-Anbiya (Ayat 83)




Dan baca 'Ya Allah Ya Tuhanku. Muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkan antibiotikmu ke dalam tubuh badanku' dan tarik nafas.

Note: Entry auto published. #makbanyakanak cuti sampai senin.



Perkongsian dari Usrati di IKIM FM ptg semalam. Doa Nabi Muhammad S.A.W yang sangat patut untuk kita teladani. Doa supaya Allah berika...

DOA


Perkongsian dari Usrati di IKIM FM ptg semalam. Doa Nabi Muhammad S.A.W yang sangat patut untuk kita teladani. Doa supaya Allah berikan kita kekuatan.

Ya! Allah, dengan pengetahuanmu pada yang ghaib dan kuasamu atas makhlukmu, hidupkanlah aku ya! allah sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku ya! allah sekiranya kematian itu baik untukku...

Aku memohon rasa takut padamu baik dalam keadaan terang-terangan mahu pon dalam keadaan sunyi-sunyian.

Aku memohon padamu Ya! Allah perkataan yang benar pada saat redha dan saat marah...

Aku memohon padamu ya! allah kesederhanaan saat kaya dan saat miskin...

Aku memohon padamu ya! allah kenikmatan yang tidak akan pernah putus.

Aku memohon padamu ya! allah keredhaan atas semua yang telah engkau telah tetapkan...

Aku memohon padamu ya! allah kehidupan yang damai setelah mati dan kurniakan aku nikmat dapat melihat wajahmu dan kerinduan untuk bertemu denganmu dengan tanpa adanya sesuatu yang membahayakan dan menyesatkan...

Ya! allah, perindahkan diri kami dengan iman dan jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah dan menyebarkannya kepada orang lain.

Note: Amin...salam pagi jumaat, penghulu segala hari :-)
posted from Bloggeroid





Note: Amin...In shaa allah.

Saya ingin menjadi IBU yang lebih baik



Note: Amin...In shaa allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...