Showing posts with label Development Baby. Show all posts
Showing posts with label Development Baby. Show all posts

Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni??  | Macam dah lama jer tak citer pasal anak. 29 Mei haritu genap usia anak soleh Iman Harraz 15 Bulan be...

Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni??

Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni?? | Macam dah lama jer tak citer pasal anak. 29 Mei haritu genap usia anak soleh Iman Harraz 15 Bulan bersamaan dengan Setahun Tiga Bulan. Kenapa lah cepat sangat kau membesar nak #ayatcliche. Tapi tu lah... Dah 15 Bulan... Bila Nak Jalan Ni??


Anak orang belum setahun dah berjalan. Anak kau bila lagi? Relax lah. Nak risau buat apa kan. Development budak lain-lain. Ada yang cepat berjalan dan ada yang lambat berjalan. Ni ikut abang dia Iman Hakimi. Start berjalan masa umur dia Setahun Lima Bulan kot. Siap bawak gi berubat lagi. Mandi air penawar. Biasalah... anak 1st masa tu. Risau terlebih. Skang dah #anakempat. TAk risau dah. Harraz pon dah bleh berdiri sendiri, Cuma dia tak confident lagi nak melangkah.

Alhamdulillah... Masih fully breastfeed. Budak kuat mengempeng nih. Dan aku masih struggle bekalkan susu fresh hari-hari. Berapa banyak hasil perahan yang aku dapat, banyak tu jugak lah aku bekalkan dekat nursery. Nasib Harraz dah start makan. Cuma aku selalu pesan kat cikgu, soh bagi air masak kalau susu tak cukup. Tapi tu lah.. Si harraz ni tak suka minum air masak. Kalau bagi dalam cawan baru dia minum. Itu pon sikit. Kalau dah haus sangat, memang laju jer minumnya.

Bekalan makanan ke nursery masih lagi air tangan ibu dia ni, No nestum or cereal. Homemade is the best. Kemalasan masak tu kadang-kadang ada jugak. Selalunya on weekend. Bila dah malas tu, nasi putih dengan ikan goreng atau telur lah jawabnya sebagai alas perut dulu sebelum aku masak bubur. Nasib anak soleh ni tak cerewet bab makan. Semua bedal.

Kuat merajuk. Ntah ikut perangai siapa. Suka campak remote. Pantang nampak... mesti nak campak. Dah pandai bukak pampers. Kalau lambat pakaikan seluar memang dia buka lah pampers tu. Dah pandai nak masuk toilet. Pintu toilet kena sentiasa tutup. Haritu dah terlepas masuk toilet. Mengundang bahaya betul budak ni kalau kau leka. 

Development lain... Sama jer macam budak-budak yang seusia dengannga. Cuma part berjalan tu jer lah. Since puasa dah 5 hari ni, dia pon bangun sahur jugak. Last week anak soleh ni batuk-batuk. Sekali kena sedut gas. Aku risau betul kalau harraz start batuk. Sebab ada sejarah kan. Skang dah beransur pulih... Alhamdulillah. Semoga anak ibu membesar dengan sihat.

Note: Mencabar nak masak untuk berbuka sebab si harraz suka masuk dapur. 


Genap 1 Tahun 2 Bulan usia saya. Bukan harini tapi hari sabtu haritu. Kenapalah cepat betul masa berjalan. Rasa tak puas nak gomol-gomol la...

14 Bulan?? Cepatnya!!!

Genap 1 Tahun 2 Bulan usia saya. Bukan harini tapi hari sabtu haritu. Kenapalah cepat betul masa berjalan. Rasa tak puas nak gomol-gomol lagi ni sebab bau baby tersangat lah wangi. Bau mulut pon masih wangi lagi.. hehehe... 


Masih belum boleh berjalan lagi. Relax lah ibu. Tak lama lagi jalan lah saya. Abang Iman Hakimi dulu nak masuk setahun lima bulan baru boleh berjalan kan. Gigi dah ada 6 batang. Dan bakal tumbuh lagi 2 batang. Itu yang buat ibu saya seriau nak susukan saya sebab secara tak sengaja saya tergigit ketika menyusu. Sowwi ibu ☺
.
Alhamdulillah... Dalam tempoh 14 bulan ni aku masih lagi bertahan dengan susu ibu walaupon dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Berapa oz hasil perahan harini. Irulah hasil yang aku bekalkan untuk anak soleh Iman Harraz ni. Syukur sebab masih mencukupi. Lagi pon Harraz dah start makan kan. Tapi malam memang Harraz pulun habis-habisan menyusu. 

Setiap malam/pagi bangun 5 hingga 6 kali untuk menyusu. Rabak mata aku asyik terbangun jer. Aku syak Harraz kena Growth Spurt lah. Atau orang panggil peralihan bulan sebab asyik nak berkepit dan nak menyusu jer terutama malam. Perut baby beubah saiz menjadi besar dan memerlukan lebih banyak susu, Kesannya... baby meminta lebih banyak susu dari ibu. Gittew kisah Growh Spurt kalau korang tak tahu lagi, 

Bubu dengan budak manja ☺

Perangai pon kemahen lagi. Nak kau duduk dengan dia. Kau bangun nak mandi pon melalak beria macam kena rotan. Nak mandi dengan aman pon tak boleh. Pada hal ada jer abah dia. Kau nak masak pon dia ikut masuk dapur jugak. Dah macam mana kau nak masak kalau dia berdiri kat kaki.... ppffttt... Kuat merajuk dah skang nih. Geram jer rasa sebab comel sangat bila baby merajuk tau ☺☺

Dah boleh sebut bu @ ibu. Sedap tinga ibu kau dengan nak... 'bubu.... bubu... Bubu pon bubu lah nak. Asalkan ada bu belakang tu.. muahahaha... Bekal makanan ke nursery masih hasil air tangan ibu. Gigih tak gigih lah aku. Masih kekal bertahan dengan homemade baby food. Alhamdulillah masih istiqomah. Itu jer lah kisahnya untuk 14 bulan nih. Citer lebih-lebih nanti ada yang meyiampah. 

Note: Ramai yang geram degan pipi labuh si harraz ni ☺



Alahaiiiii.... Kenapa lah cepat sangat kau membesar ni nak. Pejam celik pejam celik... Dah 11 bulan. Ibu masih berhutang kisah bersalin kan...

11 Bulan... Kenapa Cepat Sangat Membesar ni

Alahaiiiii.... Kenapa lah cepat sangat kau membesar ni nak. Pejam celik pejam celik... Dah 11 bulan. Ibu masih berhutang kisah bersalin kan awak dalam kereta. Dok terperuk dalam draft tu. 


Ok... Mulut tu jangan nak melopong sangat yerp. Si anak soleh Iman Harraz ni kalau bergambar mesti cenggini. Tak boleh nak katup mulut tu gamaknya. Pipi layut kot. Macam biasa. Development baby untuk setiap tarikh 29 haribulah. Jadinya... Ahad haritu genaplah usia anak soleh Iman Harraz ni 11 bulan. Lagi empat tahun baru usia Iman Haraz bertambah... erkkkk... Hahaha.. Tu lah, siapa suruh lahir tahun lompat kan. Tak per lah. Kita ikut calendar islam yer dik.

Setakat 11 bulan ni, gigi masih lagi 2 batang. Tak tau bila nak bertambahnya. Tak apa lah. Tak der lah seriau sangat kan kalau nak menyusu tu... hahaha... Dan akhirnya anak soleh ni dah boleh merangkak. Leha hati ibu kau ni nak. Aku rasa dia dah boleh merangkak lama dah. Tapi anak soleh ni lagi suka mengesot. Merangkak kejap jer. Pastu balik kepada asal... mengesot. Nak jaga lutut lettew kan. Tak nak bagi hitam... ngeeee... Laju jer perginya.

Alhamdulillah... Syukur sangat. Iman Harraz masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Dan aku bakal dapat Ijazah dalan perjalanan penyusuan bulan depan. Sikit jer lagi nak setahun uolls. Memang struggle sebab stok susu aku dah lama kosong. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Harini perah susu untuk bekalan esok. Berapa banyak yang dapat, banyaktu jugaklah yang Iman Harraz minum.

Doa tak putus-putus setiap kali lepas solat dan semasa mengepam. Doa supaya dicukupkan susu untuk Iman Harraz. Doa supaya aku dapat susukan Iman Harraz sampai 2 tahun. Syukur jugak sebab aku masih istiqomah sediakan makanan hasil air tangan sendiri. Iman Harraz memang kuat makan dan kuat menyusu.

Benda yang paling aku tak tahan dengan si dobot Iman Harraz nih. Dia tersangatlah kuat mengutip. Haritu cebisan kertas. Memang kau tak sempat dah nak korek. Few last week cebisan play doh. Ya! allah... Elok jer dia mengunyah. Memang sodaqallahulazim lah jawabnya. Tak boleh nak buat apa dah. Korang ada petua tak macam mana nak elak baby suka mengutip nih... ppffttt...

Sekarang dalam fasa nak belajar berdiri dan berjalan. Melasak jer dia sekarang ni. Kena extra attention. Kalau tak... gedebuk jatuh. Suka kucing ni. Kalau nampak kucing kemahen menyengih lagi. Itu jer lah kishnya. Terpanjang pulak. Tunggu next development pulak... hehehe... 

Note: Betul ker minyak naik lagi? Tambah stress aku :-(



Terlepas pandang lagi tarikh 29 haribulan. Nampak sangat mak kau ni dah makin pelupa. Sepatutnya semalam. Tapi tak per lah. Lewat sehai...

Happy 10th Months Old Sayang!!!


Terlepas pandang lagi tarikh 29 haribulan. Nampak sangat mak kau ni dah makin pelupa. Sepatutnya semalam. Tapi tak per lah. Lewat sehai jer. Ok lah... Dah 10 bulan pon usia anak soleh Iman Harraz ni. Kenapalah cepat sangat kau membesar nak *ayat cliche. Sepatutnya last week haritu cucuk MMR untuk 9 bulan. Tapi tetiba masa tengah menunggu giliran yang maha lama tu, boleh pulak dedar badan anak soleh ni. Terus reject. Kena next appointment.

Jadinya.. Rabu baru dapat cucuk. Alhamdulillah,,, sado lengan kau nak sebab tak nangis. Syukur tak demam. Kau tak tahu aku pulun 2 biji vitamin C sebelum gi klinik nak bagi susu tu berkhasiat supaya anak aku tak demam lepas cucuk... hahaha... Ok, back to the story. Perkembangan Iman Harraz macam biasa. Sama jer dengan bayi-bayi lain yang seusia dengannya *ayat cliche lagi ☺

Alhamdulillah... Dah 10 bulan aku menyusukan Iman Harraz dengan susu ibu. Dan 4 bulan jugak Iman Harraz mendapat makanan hasil dari air tangan ibu dia ni. Aku masih istiqomah memasak dan sediakan sendiri makanan anak. Say no to nestum dan yang sewaktu dengannya. Kalau aku beli pon aku pastikan yang makanan tu adalah dari sumber yang natural. Tiada gula, garam dan bahan pengawet.

Masih lagi tak merangkak. Lagi suka mengesot. Laju woihhh. Bersih lantau rumah aku tu sebab ada DBKL tukang lap lantai... hahaha... Kesannya kat aku? Baju habis hitam... ppffttt... Tak per lah nak. Enjoy your development. Nanti pandai lah merangkak tu. 

Yang paling aku stress skang ni, Iman Harraz kuat mengutip. Makin menjadi-jadi pulak tu. Pantang nampak benda atas lantai, semuanya nak masuk mulut. Jumpa kertas... masuk mulut. Jumpa tisu... masuk mulut. Jumpa makanan... Lagi lah laju kan. Korang ada petua tak tak nak bagi baby mengutip nih.... huhuhu...

Itu jer lah kisahnya. Kang citer lebih-lebih kang annoying pulak korang... ngeeee... Tunggu next entry untuk 11 bulan pulak yerp... hahaha... 

Note: Semoga membesar dengan sihat yer nak  


Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Seke...

Alaaaaa... Dah 8 Bulan Ker???


Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Sekejapan betul dah 8 bulan. Tak puas rasanya mengulit baby ni. Baby yang ada ni pon makin besar. Boleh tak kalau jadi baby jer. Tengok baby rasa macam.. haishhhh... Semacam plak. Kau jangan macam-macam #makanakempat. Cukup dah lah empat orang ni haaaa. Tu pon dah naik semput dibuatnya. Dengan kos living yang makin meningkat ni kan. 

Alhamdulillah... Membesar bagai johan anak soleh Harraz ni. Demand susu makin hari makin tinggi even dah start solid food. Stock susu ibu dia ni pon memang dah tak der. Hari-hari Harraz dapat susu fresh. Makan pon kuat jugak ni. Hari-hari habis bekalan makanan dengan susu. 

Makin melasak setiap hari. Gigi pon masih belun tumbuh lagi. Elok jugak tu. Tak der gigi pon asyik dok menggigit jer kerjanya. Sakit pulak tu. Kalau ada gigi mau gerun ibu kau dibuatnya. Benda yang paling ditakuti oleh ibu menyusu bila anak kau dah tumbuh gigi. Bersiap sedia lah kau yerp. Merangkak pon belum lagi. Dari haritu dok practice angkat punggung. Tapi free gear jer lah. Tak per lah... Development budak lain-lain. Relax sudah lah ibu. 


Dah pandai mengutip woihhh. Semalam dah selamat kemam kertas,,, ppffttt... Kena bagi extra attention nih. Kalau mengesot kemahen laju lagi. Nak pakai pampers skang pon bukan main susah. Asyik nak memusing jer. Mandi pon dah tak pakai air suam. Mandi air sejuk jer. Ibu kau ni dah malas nak siapkan air mandian anak dia... hahahaha... Tu jer lah kisah anak ke empat nih.

Note: Kejap jer dah nak masuk penghujung tahun kan.

  

Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat cliche sangat kan...hahaha... Smalam nak...

Happy 3rd Months Old Harraz!!!


Semalam genap 3 bulan dah dak debab nih. Cepat betul masa. Rasa macam baru dalam pantang. Ayat cliche sangat kan...hahaha... Smalam nak gi cucuk. Sekali ubat cucuk habis stok daaa. Kena tunggu klinik call. Selamat lah paha gebu awak dari kena cucuk smalam yerp. 

Hobi harraz macam biasalah. Mentido dan menyusu. Memang kuat tido si debab nih. Asal menyusu jer mesti tido. Kalau jaga pon tak jaga lama sangat. Malam lagi lah lena tido aku sebab Harraz bangun 2-3 kali jer. Sampai kena kejut soh bangun minum susu. Betapa kuatnya budak ni tido kan. 

Kekadang ada gak meragam. Kembung lettew. Antara dugaan ibu menyusu bila kau terpaksa alert dengan apa yang kau makan. kalau salah makan memang kembung perut si anak dibuatnya. Tapi Harraz kalau meragam tak der lah beriya melalak². Cuma dia nak kau peluk dia. Nak anja² gittew. 

Makin menambah berat badan si debab Harraz nih. Tak larat aku nak mandikan dia lelama. Lenguh tangan nih. Ibu dia pulak makin menurun berat badan. Sampai member² ofis ni tegur dah kurus sangat. Tapi makan banyak dah macam orang membela. Elok lah tu. Anak kuat nyusu. Ibu kuat makan tapi badan tak naik². Penangan breastfeeding kot. Breastfeeding is the best way to loose weight ☺

Note: Minggu depan dah start posa. Hope production susu maintain. 


Ada budak tu kan. Umur dia 2 tahun 5 bulan 6 hari. Dia kan kalau boleh suma nak buat sendiri. Skang  ni dah pandai pakai baju sendiri...

Practise Makes Perfect!!!


Ada budak tu kan. Umur dia 2 tahun 5 bulan 6 hari. Dia kan kalau boleh suma nak buat sendiri. Skang  ni dah pandai pakai baju sendiri. Tapi kan...tapi kan...baju awak tu terbalik lah dik. Iyerlah...tau pakai baju tapi tak tau nak terbalikkan baju tu macam mana. Tak per. Good job sayang. Rasa macam dah bujang jer anak aku nih. Semua buat sendiri.

Budak 2 pusar kan. Makin banyak akalnya. Banyak cakap pon iyer gak. Comel jer bila bercakap. Dengan pelatnya...alololo...Apatah lagi menyakat. Sampai nangis² kakak dia dikerjakannya. Masih mendapat khasiat susu ibu...'nanak botol, nak nneeennnn' katanya...ppffttt...

Note: Asyik bukak pampers skang ni. Tapi ibu ko plak yang malas nak potty train...dushhhh....



Abaikan lah muka ustaz qhalif yang cheeky ni. Jelas terpancar dua pusar kat kepala tu. Apa yang anda perasan dalam gambar diatas? Ala...

ANAK suka Buka Baju? Nak TIPS??

Abaikan lah muka ustaz qhalif yang cheeky ni. Jelas terpancar dua pusar kat kepala tu.

Apa yang anda perasan dalam gambar diatas? Alaaaa...soalan tak thrill langsung. Dah terang² si ustaz qhalif pakai baju terbalik kan...muahahaha...Itu lah tips nya kalau tak nak bagi anak anda bukak baju. Pakaikan baju secara terbalik. Memang tak boleh lah dia nak bukak. Tapi kalau baju berbutang lah. Kalau baju t-shirt tu tak dapek den nak nolong sebab qhalif ni kalau pakai t-shirt elok jer. Kalau pakai baju berbutang memang kerjanya buka butang baju...ppfftttt...motor skill kot.

Ni last week punya citer. Masa amik kat nursery. Nampak jer budak dua pusar si ustaz qhalif ni aku dah tergelak². Apa lah fashion ko dik pakai baju terbalik nih. Dan aku dah agak ni mesti sebab budak ni suka bukak baju. Sebab bebudak pengasuh tu mengadu yang si qhalif suka bukak baju. Tu yang cikgu pakaikan baju macam tu. Bukan bukak baju jer, lately ni suka bukak seluar ngan pampers skali. Kat umah pon sama. Ada sekali tu, cikgu pengasuh citer, dia gi bukak pampers siap dengan bahan kumbahan...ppfftttt...tak senunuh ko tau dik. Sianlah kat cikgu. Aku siap pesan kalau qhalif buat pe'el, rotan jer dia *cakap berseloroh. Ko tau cikgu pengasuh cakap apa? 'alaaa...tak per kak, bebudak biasalah'. Bagus3x...hehehe...Nampak sangat ibu ko yang selalu rotan ko kan dik...kihkihkih...rotan² manja gittew.

Ok...tu baru 1st tips. Tips kedua kalau anak suka bukak baju. Senang jer, tak payah pakaikan dia baju...muahahaha...Penjimatan tenaga jugak sebab tak payah nak basuh baju banyak² kan. 

Tak tau lah bila nak start potty train qhalif nih. Sebab dia dah menunjukkan ciri² tak nak pakai pampers. Ada juga lah weekend ajar dia. Tapi gitu² jer lah. Asal tanya nak kencing ker tak. Menggeleng. Bila tak tanya, Dah kebasahan seluar dia. Memang menguji mental dan fizikal betul lah. Kalau ikut kakak Qahirah, [3 tahun dah tak pakai pampers lagi] and dah pandai basuh yak sendiri. Tak per dik, nanti kita cuba lagi yerp. 

Note: Lain anak lain ragamnya...hurmmmm...


Anak aku lettew...hehehe...Selamba jer ko kan dik. Sejak makin meningkat usia ni pangai pon sama naik kan. Dah pandai sentap skang ni. ...

ANAK Siapalah yang Terbaring ni!!!


Anak aku lettew...hehehe...Selamba jer ko kan dik. Sejak makin meningkat usia ni pangai pon sama naik kan. Dah pandai sentap skang ni. Si abang ngan kakak suka mengusik. Tapi si kakak yang paling over lah suka mengusik adik dia nih. Sampai terbaring lah. Aku ingat setakat nak duduk jer kat lantai tu. Sekali dibantainya baring skali. Pujuk² biasa tak jalan. Nak pujuk² manja gak...ppfftttt....

Ingatkan dah habis sentap. Sekali sampai depan rumah sentap lagi. Terbaring lagi kat lantai tu ha. Kalau duaplohpatjam nak sentap macam ni terbaring memang fengsan lah ibu ko nak pujuk dik. Tapi budak kalau sentap tak per. Nampak comel. Cer orang besar sentap? Buruk nya lah muka tu...ekekeke...Ikut sapalah suka sentap mentap ni dik...eerkkkk...Bukan ikut ibu dia tau *taknakmengakutu...hehehe...Tapi ibu tau awak ikut siapa. Meh tengok nih:


Abam Iman Hakimi satu ketika dulu. Haaaaa....kan dah cakap, bukan ikut ibu. Macam² perangai anak²  ni kan. Perangai yang adakalanya mencuitkan hati dan adakalanya rasa nak menyinga jer. Tapi sayang tetap sayang. Siapa yang tak sayang anak kan.

Note: Iman Qhalif dah tak takut kucing. Kucing takut dia...hahaha...Tapi si kakak masih tak boleh dekat ngan kucing. Nangis wei.



Betul ker? Rasanya betul sebab aku dulu minum Susu Ibu. Dah ada anak ni aku susukan anak² plak. Tapi bergantung pada orang juga kot. Kekad...

Breastfed Baby will Breastfeed their Babies


Betul ker? Rasanya betul sebab aku dulu minum Susu Ibu. Dah ada anak ni aku susukan anak² plak. Tapi bergantung pada orang juga kot. Kekadang ada gak nampak anak dara solehah nan sorang tu breastfeed kan anak patung dia. Tapi tak sempat nak amik gambar. Sempat amik gambar anak soleh sorang ni:


Pumping time katanya. Sibuk gak nak mengepam. Ko pam pagi, petang siang malan dan bebila pon takkan kluar susu ko tu dik...hahahaha...Si Qhalif kalau dapat medela swing aku tu suka betul main tekan². Pastu sibuk letak tangan sebab vibrate tu kan. Kalau mengepam kat umah pon sebelah pam sebelah lagi direct feeding. Demand vs supply. Salah satu cara untuk banyakkan susu ibu.

12 april 2012 - 12 february 2014

Happy 22 months old Iman Qhalif. Semoga membesar dengan sihat dan ceria. Lagi 2 bulan nak masuk 2 tahun. Makin banyak akal dan makin panjang akalnya. 

Note: Dan lagi 2 bulan nak dapat Ijazah dalam breastfeeding...woot..woot...☺☺


'Rajinlah belajar Bila besar nanti, boleh tujuk ajar Ayah juga ibu, gembira selalu Melihat adikku, rajin baca buku' Siapa i...

Rajin Adik Rajin...

'Rajinlah belajar
Bila besar nanti, boleh tujuk ajar
Ayah juga ibu, gembira selalu
Melihat adikku, rajin baca buku'


Siapa ingat lagu ni? Lagu jaman sekolah rendah yang masih segar dalam ingatan. Bila tengok anak gi skolah, teringat diri sendiri masa skolah rendah. Pkul 6.30 pagi dah kluar tunggu bas skolah. Skolah jauh dari rumah. Kawan2 skolah kat Kg Pandan jer. Aku skolah kat Convent sana. Kakak time tu skolah menengah Convent. Jadinya sekali harung ngan kakak gi skolah. Dalam bas siap bag plastik ko sebab takut muntah. Mabuk kenderaan masa kecik2 dulu...ahaks...


Erkkkk...panjang plak mukadimah aku. Nak citer pasal adik rajin sorang ni ha...hehehe...



"1, 2, 3..."





"ball, bear, frog..."



"isshhhh...ibu ni kacau lah. Nak study pon tak aman. Asyik nak amik gambar jer. Nak letak dalam blog letew"


Alhamdulillah...dah boleh sebut 1 - 10. Kalau aku sebut 'satu' qhalif sambung '2'. Tapi sampai nombor enam lah yg dia boleh sambung. Teruja mak noks :-)


Note: Makin geram ngan si qhalif ni. Makin panjang akal.

posted from Bloggeroid

How time flies. Kejap jer dah 20 bulan budak tecik ni. Rindunya dengan bau baby. Kan best kalau baby ni tak besar². Macam tu jer saizny...

20 Bulan | 1 Tahun 8 Bulan



How time flies. Kejap jer dah 20 bulan budak tecik ni. Rindunya dengan bau baby. Kan best kalau baby ni tak besar². Macam tu jer saiznya...hahahaha...Macam nak baby lagi jer...muahahaha...

Alhamdulillah. Perkembangan Iman Qhalif yang soleh lagi bijak sama juga macam kanak² lain yang seusia dengan nya. Makin banyak akal. Yang paling tak tahan. Tak nak orang pegang masa berjalan. Kita ni punyalah risau kan. Antara lain:


Pandai menulis dah. Siap buat body art lagi. Kalau menulis pon guna bahasa sendiri lah. Sendirik tulis sendiri faham khennn.

 

Nak makan dan minum sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Kalau tak memang dia tak nak makan. Dah dapat makan, pandai plak tu cakap 'eemmmm...dap...dap' sambil angguk² kepala. Layannnn..


Pandai merajuk. Yang tak tahan siap guling² atas lantai ko. Kalau kat mall buat guling² macam  ni memang nak kena lempang dik...hehehe...tipu jer. Takkan lah ibu nak lempang anak kan. 


Pandai dah main ipad. Siap berebut dengan kakak dan abang lagi. Cute jer tengok jari jemari cute dia tu dok selak² screen ipad. Tapi skang memang nak kena sorok ipad ni. Sekali sekala boleh lah main.


Breastfeeding is the best. Alhamdulillah...masih mendapat khasiat susu ibu. Skang ni kalau menyusu memang macam² gaya bebas dibuatnya. Menyusu sambil berdiri, meniarap ala² superman...ikut suka hati dialah nak buat gaya macam mana. Ibu dia ni lah yang tak tahan kan sebab kekadang sampai tertarik nipp tu dibuatnya....aauucchhh...Nak tergelak nengok gaya ISA (Ikut Suka Aku) si Qhalif yang soleh ni.

Antara development lain. Dah ada beberapa perkataan yang qhalif boleh sebut. Takkan aku nak letakkan semua perkataan tu kot. Over plak nanti khennn. Antara nya sebutan ALLAH. Abah tu sudah semestinya lah kan. Ibu ntah bila nak sebut. Ada terbaca kat FB. KITA NI SIBUK AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN IBU/ABAH DULU. SEPATUTNYA KITA AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN ALLAH DULU INSTEAD OF IBU/ABAH. Sentap aku sebab kena ngan batang hidung sendiri kan. Ibu²...sila ajar anak² sebut perkataan ALLAH dan kalimah² dulu yer.

Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺

Note: Breastfeeding journey. Ada 4 bulan lagi untuk lengkap 2 tahun...yeehhaaaaa...



Pe'el anak bujang soleh nan sorang ni. Nak makan sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Terbalik plak, abang kimi makan bersuap sebab t...

Makan ker Menyepah ni???



Pe'el anak bujang soleh nan sorang ni. Nak makan sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Terbalik plak, abang kimi makan bersuap sebab tak nak suap sendiri. Tapi si adik tak nak di suap, nak makan sendiri. Acaner tu? Tengok abang and kakak minum air cicah biskut, dia pon sama juga. Tengoklah ni:


Makan ker menyepah ni? Tak bagi kang melalak². Nak makan sendiri sangat kennn...tapi ni banyak main dari makan ni nak oiii. Tak per lah, asal diam sudah. Ibu tak marah. Nanti ibu kemas yer. #ibubanyakanak kena banyak sabar even kekadang naik juga suara petir ni. Skang #ibubanyakanak ni dalam proses mengawal emosi. Alhamdulillah...semalam berjaya. Smoga berjaya untuk hari² yang seterusnya.

Note: Dah start mendung balik kat sini. Simpati dengan mangsa² banjir. 


Kali ni bukan hasil dari kerjaan kakak. Tapi hasil dari contengan sendiri :-) Mula2 kita conteng kertas dulu Sambil conteng sambil t...

My Body Art!!!

Kali ni bukan hasil dari kerjaan kakak. Tapi hasil dari contengan sendiri :-)




Mula2 kita conteng kertas dulu




Sambil conteng sambil tengok tv rancangan Tanyalah Ustaz.




'Erkkkk...ibu ni asyik amik gambar titew jer. Malulah'




'No camera flis. Hilang concentrate lah ibu'




Dah start menconteng




Dan inilah hasilnya. My body art. Bukan takat tangan, kaki dan muka. Kat baju dan lantai pon sama. Esok2 conteng dinding plak yer nak :-)


Note: Budak baru nak naik. Biarlah dia explore. Janji kita pantau apa yang di buatnya.

posted from Bloggeroid

Pejam celik pejam celik. Anak soleh ibu ni dah makin bertambah bulannya. Kejap jer dah 17 bulan. Rasa macam baru jer lagi ibu lahirkan a...

17 Bulan | 1Tahun 5 bulan


Pejam celik pejam celik. Anak soleh ibu ni dah makin bertambah bulannya. Kejap jer dah 17 bulan. Rasa macam baru jer lagi ibu lahirkan awak dik. Masih lagi berhutang dengan kawan² ibu pengalaman ibu melahirkan awak. Pengalaman melahirkan yang cukup² mudah dan senang. Alhamdulillah...



Syukur padaNYA sebab Qhalif yang soleh membesar sebagai anak yang sihat. Makin banyak akal, banyak ragam dan banyak mulut. Anak yang senang dijaga.



Dan akhirnya...saat yg ibu tunggu² muncul juga bila qhalif yg bijak dah boleh jalan. Di usia setahun 4 bulan baru dapat kaki. Excited bila dah bley berjalan yer dik. Memanjat jangan cakap lah. Expert dah.

Alhamdulillah...qhalif yang soleh lagi bijak masih fully breastfeed. Aduhaiiii...moment yg sangat indah bila kita dpt breastfeed anak. Bonding ibu dan anak. Tangan comel yg suka merayap2...kat badan, kat muka ibu ni, mulut, pipi dan sampai hidung ibu pon nak dikoreknya. Punyalah asyik nyonyot kan. Ada 7 bulan lagi dik utk ibu capai misi 2 tahun.

Note: Bersiap sedialah utk dicucuk yer qhalif :-)
posted from Bloggeroid

Teleng ibu nak tengok gambar ko abam My handsome boys yang banyak akal, yang banyak cakap dan yang banyak ragam. Si abang tahun de...

My Little BODYGUARD!!!


Teleng ibu nak tengok gambar ko abam

My handsome boys yang banyak akal, yang banyak cakap dan yang banyak ragam.

Si abang tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Dah tak sabar2 dah tu. Si adik...kejap jer dah setahun setengah. Alhamdulillah dah boleh berjalan. Setahun empat bulan uols baru dapat kaki. Tu tengah excited, asyik merayap jer...hehehe...

Arghhhh...tak sabar nak balik. Hari2 rasa tak sabar. Dan hari2 jugalah hilang kesabaran dengan kerenah mereka ni...hurmmmmm...Apa pon ibu tetap sayang anak2 ibu hingga hujung nyawa :-)

posted from Bloggeroid

Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar...

Start dah Fasa PANJAT MEMANJAT...


Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar ni >_<.


Kisahnya...si ibu tengah khusyuk menonton cerita kat TV. Sekali dengar si anak terjerit²...merengek². Si ibu pon buat tak tau jer lah. 'Alahhhh...kejap jer tu, nanti diamlah', kata hati si ibu. Tetapi...jeritan dan rengekan masih terngiang². Makin kuat pulak tu. Si ibu pon bangun lah dari pembaringan. Sekali.....si anak tengah bergayut dekat grill tu. Meminta belas kasihan sebab tak confident nak turun....wakakakakakaka...si ibu gelak guling² sambil capai camera. Dasar blogger tegar kan. Kita amik gambar dulu baru bagi bantuan...hehehe...Phewwwwww...lega si anak ☺☺☺


Kalau panjat kerusi, qhalif boleh turun sendiri. Tapi kalau panjat grill tu, tak lepas plak dia. Tak apa yang digayatkan nya pon aku tak tau. Dah tau tak boleh turun, tapi masih panjat juga...alahaiiiii...Aku rsau pon iyer juga. Kena bagi extra attention. Setakat memanjat pastu duduk tu ok lah kan. Tapi bila dah memanjat, tak reti nak duduk diam. Nak buat aksi terjun bebas pon ada juga. Rasa macam nal letak tilam satu rumah.

Note: Kalau tinggal aku ngan anak², rasa nak gi toilet pon tak tenteram di buatnya bila anak dah pandai memanjat nih...hurmmmmm...

'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk' Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (&...

Budak Merajuk!!!


'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'


Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.

Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.


Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.

Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.




Sangat lah indah kan sebab dapat tengok anak membesar dengan sihat dan bijak. Mencabarnya bila anak tengah dalam fasa pembelajaran dan san...

11 Bulan Nan Indah...


Sangat lah indah kan sebab dapat tengok anak membesar dengan sihat dan bijak. Mencabarnya bila anak tengah dalam fasa pembelajaran dan sangat lah aktif.

Pagi² dah kena posing ☺☺

HAPPY 11 MONTHS OLD IMAN QHALIF

12 March 2013, genap 11 bulan usia anak bujang ni. Makin meningkat usia makin banyak lah akal dan perangai nya kan. Di usia 11 bulan ni:

- Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya
- Dah pandai merangkak...akhirnya
- Dah pandai duduk sendiri...alhamdulillah
- Berdiri dan berpaut tu biasalah. Masih belum boleh jalan lagi
- Kuat menggigit
- Picky eater...haishhhh...ibu masak tak sedap ker dik.
- Pandai angkat tangan kalau panggil nama 'Iman Qhalif'
- Suka mengutip...adooiiiiii...

Itu lah antaranya. Badan pon agak susut sket. Mungkin sebab aktif dan lasak kot. Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan. 

Note: Tak makan lagi karipap lori tu. Boleh plak aku lupa nak bawak balik...cissssss...nasib member office tak balik lagi. Minta tolong letakkan dalam peti ais.


H A P P Y 10 M ON TH S OLD IM A N Q H A L I F How time flies. Masa berlalu dengan begitu pantas. Genap usia Qhalif yang bijak 10...

10 Bulan!!!


HAPPY 10 MONTHS OLD IMAN QHALIF


How time flies. Masa berlalu dengan begitu pantas. Genap usia Qhalif yang bijak 10 bulan pada 12 February 2013. Alhamdulillah...Membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya.


Akal pon makin panjang, makin bijak dan makin lasak. Suka menjerit dan membebel. Suma benda nak masuk dalam mulut. Dah tak bley nak letak dalam bouncer tu, dia akan keluar sendiri. Tak pon dia akan berdiri. Semput mak noks tengok aksi anak bujang nih yang kekadang unexpected. Masih tak merangkak hokey, tapi advance nak berdiri. Berpaut kat meja, kat kerusi, kat kabinet tv dan kat badan ibu dan abah dia nih. 

Balik petang semalan masa tengah breastfeed, terperasan kat kepala qhalif benjol. Bukan benjol sikit tapi benjol beso tu. Pagi ni lupa plak nak tanya bebudak nursery tu, Ni mesti terhantuk atau terjatuh nih...haishhhhh...aku klo bab² yang membabitkan kepala ni risau sikit. Iyer lah...budak tengah lasak kan. Perhatian kena bagi lebih sket. 
 
Note: Mood ke laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...