Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Delivery. Show all posts
Showing posts with label Delivery. Show all posts

Pada pandangan mata dan hati aku ni lah. Gambar yang menceritakan segala² nya. Detik² kesakitan, cemas, suka dan juga sukar digambarkan. Me...

Gambar Paling MAHAL dan BERHARGA!!!

Pada pandangan mata dan hati aku ni lah. Gambar yang menceritakan segala² nya. Detik² kesakitan, cemas, suka dan juga sukar digambarkan. Meh tengok ni:

Fresh from oven

Dengan tali pusat pon tak potong lagi

Detik kelahiran Iman Qhalif. Saat² Iman Qhalif melihat dunia buat pertama kalinya. Aku masih berhutang kisah kelahiran Iman Qhalif yang pada aku cukup² mudah, cepat dan pantas. Alhamdulillah...ALLAH permudah kan urusan aku dari saat mengandung sampai lah melahirkannya. 

Pengalaman indah yang takkan pernah luput dari ingatan. Even masa melahirkan anak pertama, aku masih ingat lagi detik² itu. Lagi sehari setengah Iman Qhalif nak masuk 2 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Gambar ni sebagai kenangan bila dia dah besar nanti. 

Note: Nanti aku up entry pasal pengalaman bersalin anak ketiga yerp. Lama betul terperap citer tu. Draftnya dah ada ☺



Memang berbeza kalau nak di banding kan masa bersalin anak pertama. Masa Iman dulu, keluar tanda darah. Tapi masa nak bersalinkan Qaira, sat...

Pengalaman Bersalin Anak Ke Dua

Memang berbeza kalau nak di banding kan masa bersalin anak pertama. Masa Iman dulu, keluar tanda darah. Tapi masa nak bersalinkan Qaira, satu tanda pon tak der, cuma rasa sakit perut yang senggugut tu jer. Proses bersalin pon cepat dan mudah...alhamdulillah...

Pagi Sabtu 25 September 2010, waktu subuh, aku dah start rasa sakit perut, tapi buat biasa jerlah. Lagipon memang ada check-up pagi tu, hubby plak kerja. Plan lepas hubby balik kerja nak gi check-up. Aku pon buat lah keja macam biasa, buat breakfast untuk iman, buat keja rumah, settle kan apa yang patut. Aku ingat sakit perut tu akan hilang, tapi berlarutan.

Pukul 9.00 am, sakit perut makin kerap, pastu aku buat kiraan, selang 5 minit start sakit, contraction dah nih. Pastu tukar plak...selang 10 minit. Isshhh...main² plak. Contraction palsu ker? ☺☺☺ Aku call hubby ckp sakit perut, tapi aku bley control lagi. Hubby nak balik, aku tak bagi. Sebab masih bley tahan. Di sebabkan musim perayaan raya lagi, kebetulan abang² aku nak datang rumah beraya. Pastu kawan hubby pon nak datang beraya gak. Tetamu nak datang, kenalah masak kan. Contraction plak kejap² 5 min, pastu 10 min pastu 20 min plak.

Pukul 1.30 pm, hubby balik. Nak gi check up dah lambat. cancel jer lah. Discuss nak masak apa utk tetamu. Gi kedai cari bahan, pastu gi lunch. Musim raya patutnya masak rendang ker, nasi impit ker, tapi aku masak gulai pucuk ubi, sambal tumis udang dengan mee goreng...muahahahahaha...Balik jer rumah...zasssss...dengan pantasnya aku prepared bahan² untuk masak. Tengah² nak masak tu, contraction makin kerap dan bertambah sakit. Kejap² gi toilet nak kencing, tapi tanda darah ker atau air ketuban pecah ker takde. Sepanjang aku menahan sakit tu, mulut aku ni tak henti² baca doa nabi yunus dan selawat sambil tarik nafas dalam². Alhamdulillah...aku bley control lagi sakit. Hubby soh aku duduk, biar dia yang buat suma. Aku plak jenis tak duduk diam, kejap² duduk kejap² berdiri. Last² hubby yang masak tapi aku bagi arahanlah. Settle suma, aku masak mee goreng plak hubby mengemas dapur. Sambil tu tunggu tetamu.

Pukul 7.00 pm, kawan hubby baru sampai. Time nih aku dah rasa tak sedap dah. Contraction dah makin kerap...setiap 5 minit. Aku mandi siap². Layan tetamu yang datang. Memang dah sakit sangat dah ni, tapi aku control cun jer. Bila tetamu balik jer cepat² aku cakap ngan hubby soh siap, aku dah tak tahan sangat nih.

Pukul 8.30 pm, Call abang² aku, tanya pukul brapa nak datang umah? Skali dorang ckp lepas isya'. Hhhhmmmm...aku soh abang aku gi spital trus amik kunci rumah & amik iman skali. Makanan suma dah siap, tinggal nak makan jer.

Pukul 8.45 pm, sampai spital, buat registration. Alamak...aku rasa macam lamalah plak nak kena tunggu. Aku dah tersenget-senget duduk kat kerusi menahan sakit.

Pukul 9.00 pm, masuk labour room, si Iman berlari² ikut aku masuk, kesian dia. Nasib baik abang aku dah sampai spital, bley tengokkan iman. Tukar baju, pastu adegan seluk menyeluk lah kan. Hhhhmmmm...amik ko, dah bukak 6 cm, perghhh...suka ada takut pon ada. Pastu masuk ubat montot, bagi keluar segala isi yg ada. Dah lah sakit contraction, pastu sakit nak berak plak, double sakit. Selesai suma pakai mesin CTG plak.Perut lapar plak tu, tak sempat nak makan. Minum jer lah air masak

Tgh menahan sakit

Pukul 9.45 pm, Aku dah tak tahan sakit sangat dah, aku bagi tau nurse aku nak berak. Cepat² nurse panggil Dr. Kebetulan dr. Khamsiah tak der, jadi....dr. Fatimah yang akan ganti. Bila check bukaan dah buka 10 cm. Kelam kabut nurse² tu. Aku yang dah tak tahan ni meneranlah jugak, pop...air ketuban pecah. Baru lah aku dapat rasa macam mana air ketuban tu pecah. Time tu jugak Dr. Fatimah soh push.

Pukul 9.56 pm, Alhamdulillah...dengan 3 kali push, selamat dah aku melahirkan Qahirah Bt Husaini dengan berat 2.8 kg. Lega teramat sangat bila baby dah kluar. Dr. fatimah siap cakap, "proses bersalin aku cepat dan mudah, ada sebab kenapa allah bagi kelebihan macam ni, supaya kita bley bersalin byk kali lpas nih"...erkkkk...ada² jer dr. fatimah nih. Sambil dr. menjahit sambil berborak, proses menjahit pon tak terasa sakit sangat. Best lah dr. fatimah nih, lemah lembut jer orang nya ☺☺☺

Satu malam jer dok kat spital. Ahad 26 September 2010 dah bley kluar. Alhamdulillah...Qaira sihat dan tak kena jaundis. Ini lah dia pengalaman bersalin anak kedua. Dan yang paling best, after 1 hour delivery, aku dapat Breastfeed Qaira. Ya! Allah...the great moment that i ever had. Nanti aku citer ☺☺☺☺

Nak balik umah dah. Muka sembab


Salam semua. Lepas seminggu tertangguh nak upload gambar, hari ni barulah ada kelapangan sket. Ini lah dia...puteri kesayangan kami. Cukup d...

Introduce...My Lil' Princess, Fresh from Oven

Salam semua. Lepas seminggu tertangguh nak upload gambar, hari ni barulah ada kelapangan sket. Ini lah dia...puteri kesayangan kami. Cukup dah sepasang. Relaks utk 3 tahun, pastu tambah lagi...muahahahaha... insya'allah . Let pictures do da talking. Tak banyak pon (^_^).



Gambo fresh from oven nih, klo aku tak soh hubby snap memang dia tak snap. Khusyuk and excited sangat tengok anak dara dia dah kluar sampai lupa nak amik gambo. Itupon aku yang tegur pakai isyarat tangan soh snap masa Dr. Fatimah letak baby atas perut. Aku yang baru lepas meneran nih, dengan nafas masih tercungap² masih bley terfikir nak amik gambo. Kalau aku pon excited...tak dapat lah gambar macam nih. Itupon dapat 2 keping jer, muka pon tak nampak sangat. Photographer tak professional lah katakan. Tak per lah, janji ada. Masa iman dulu tak der pon.


Ni dah siap mandi. Alhamdulillah...Proses delivery kali mudah dan cepat dan sehingga hari ini aku masih fully breastfeed my lil princess. Lpas ni aku citer pengalaman bersalin & Breastfeeding plak. Kalau nak citer suma skali nanti panjang plak ☺☺☺.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...