Showing posts with label Crochet Lela AB. Show all posts
Showing posts with label Crochet Lela AB. Show all posts

Crochet? Apa tu? Laaa… tak kan tak tau kot. Crochet ni maksudnya mengait. Mengait dengan menggunakan sebatang jarum yang berkepala hook. Ba...

Minat Barang Crochet? Macam² ada di Crochet Lela AB

Crochet? Apa tu? Laaa… tak kan tak tau kot. Crochet ni maksudnya mengait. Mengait dengan menggunakan sebatang jarum yang berkepala hook. Bagi saya crochet ni adalah sangat seni kerana ia memerlukan kemahiran tangan. Bertuah pada siapa yang ada minat crochet ni tau. Saya pernah juga belajar crochet dengan arwah kakak. Tapi saya tak sesabar dia. Sebab bagi saya crochet ni memerlukan ketelitian dan minat yang tinggi. Bukan mudah sebenarnya nak menghasilkan sesuatu dari benang ni. Dari segulung benang boleh terhasilnya sebuah topi. Ni contoh lah. 

Sebenarnya saya nak share satu FB Page yang menjual barang² crochet. Bagi peminat² yang suka dengan barang² crochet dan juga suka dengan barang² yang unik, cute dan cantik, boleh lah terjah Crochet Lela AB. Macam² ada kat page ni. Semuanya cute². Harga pon berpatutan tau. Haaaa… Kalau nak hadiahkan sesuatu yang lain buat anak² atau nak hadiahkan kat kawan yang baru lepas bersalin. Kat page Crochet Lela AB ni ada. Nak tau barang apa yang ada? Meh jamu mata dengan gambar² ni:


Ni haaa… Sarung botol air untuk 500ml. Ada saiz lain jugak rasanya ni. Macam² corak dan macam² kaler ada. Boleh bagi kat anak. Mesti semangat anak bawak air hari² pergi sekolah sebab ada bekas botol yang comel ni. Kalau nak gi beriadah pon senang. Tak payah nak pegang botol atau nak bawak bag isi botol. Jinjit jer bag ni. Senang kan.



Ok… Serious saya geram tengok topi dengan kasut baby ni. Kenapa comel sangat haaaa. Ni kalau nak hadiahkan kat kawan baru lepas bersalin pon ok gak nih. Kot dah boring nak bagi baby gift set kan. Nak bagi lain sket. Boleh bagi cenggini. Nak set atau nak kasut saja. Pon boleh. Cute sangat tau. Geram jer nengok.


Key chain yang perbagai bentuk dan rupa. Cer tengok key chain sotong. Cute sangat. Phone case, pencil case dan purse pon hado.  Boleh jugak buat hadiah untuk hari guru atau last day persekolahan nanti. Kenangan gittew kan. 


Kopiah pon hado. Nak tempah letak nama pon boleh. Kalau ada anak² lelaki berderet tu, elok lah buat cenggini. Tak der lah nak berebut² kan. Tempah untuk husband pon boleh ni. Biar husband teringat kat kita sentiasa bila dia pakai kopiah ni. Asal nengok kopiah teringan kat isteri. Asal teringat kat isteri tengok kopiah... erkkkk... hehehe...


Bag jerut yang comel. Boleh bagi anak² perempuan buat bag tangan…hehehe… Drawstring bag Spongebob yang sangat cute dan juga tempat tissue cover.

Banyak lagi sebenarnya barang² crochet yang dihasilkan yang terdapat di Crochet Lela AB. Ni sebahagian jer gambar yang saya kongsi. Kalau nak tau lebih lanjut atau nak order, boleh terjah detail dibawah

FB Page: Crochet Lela AB
Instagram: @ab_lela

Kalau dah terjah tu ringan² kan lah jari tu untuk LIKE sekali FB Page dan Instagram Crochet Lela AB yerp ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...