AFB Feeds

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Antara website yang aku suka bukak untuk jamu mata adalah LAZADA . Asal bukak jer LAZADA , mesti te...

LAZADA... Saya Impikan Barangan Bernilai RM2017 Ini!!

Antara website yang aku suka bukak untuk jamu mata adalah LAZADA. Asal bukak jer LAZADA, mesti tengok barang-barang yang aku idam-idamkan sangat. Sambil tengok sambil berangan... 'Bilalah aku boleh dapat barang-barng nih. Bestnya kalau dapat barang-barang ni tanpa kau kena keluarkan duit'... haaa... gittew kau punya berangan kan. Berangan tu percuma. Nak kena buat vision board dulu nih. Dah... aku tak nak citer pasal berangan. Just nak share dengan korang yang kaki-kaki shopping tu.


LAZADA sedang mengadakan jualan CNY RED HOT SALE sempena Tahun Baru Cina nih dengan potongan harga up to 88% tu. Memang berganda murah. Rugi kalau korang tak shopping time nih. Dengan ratusan ribu product dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon dan tablet, perkakas elektronik dan barangan rumah, LAZADA memang tempat untuk dituju bagi memenuhi keperluan membeli-belah korang. Masih sempat lagi ni kalau korang nak cari barangan impian. 

Ok.... Andai kata aku diberi pilihan untuk memilih barangan impian dari LAZADA yang bernilai RM2017 tanpa perlu mengeluarkan modal. Banyak yang aku nak beli. Maklumlah... banyak sangat barang yang aku idamkan. Tapi aku akan pilih 5 barang ni saja lah. Sebab 5 barang ni yang akan selalu digunakan. 

οΎ 

RM 597.00
Sebelum RM 1,199.00,
Anda jimat 50%

Memang aku mengidam betul dengan Philips Steam Generator Iron nih lepas jadi viral kat media social dan juga lepas tengok video. Tapi bila tengok harga nya. Buntang jugak lah biji mata kau. Tapi memang berbaloi kalau beli memandangkan pertambahan baju yang kau kena gosok bermula tahun ini. Maklumlah... #makanakempat kan. Yang dah sekolah pon ada 3 orang. Kau bayangkan berapa banyak baju yang nak kena gosok untuk sekolah kebangsaan, sekolah agama dan jugak baju sekolah tadika. Termasuklah baju kau dan juga suami.

Dengan Philips iron ni dah boleh menjimatkan masa untuk menggosok sebab bila kau gosok bahagian depan baju secara automatik baju bahagian belakang pon tergosok sekali. Licin lah maksudnya. Tak payah kau nak gosok banyak kali. Dan kebarangkalian baju kau terbakar pon tipis sebab kecanggihan teknologinya menjamin yang baju kau tak kan terbakar. Nampak sangat kau pernah merosakkan baju kan... hahaha... Itu aku mengaku. Terlebih kepanasan. Mau tak terbakar. Sebab tu aku mengidam Philips Steam Iron nih. 



RM 245.00
Sebelum RM 799.00,
Anda jimat 69%

Bila rakyat jelata @ anak-anak ramai dalam rumah tu kan. Tak sah kalau rumah kau tak bersepah. Barang mainan bersepah ok lah. Boleh kutip dan simpan. Ni sepahan dari sisa-sisa makanan yang kecik, sepahan kertas-kertas sebab diorang suka main gunting-gunting kertas dan jugak sepahan dari habuk-habuk halus. Rumah aku pulak memang jenis cepat berhabuk. Habuk-habuk tu macam cemburu pulak tengok rumah kau bersih tak ada habuk. Beru jer lap dah berhabuk balik. Rasa menyinga jugak lah.

Nak vacuum memang memerlukan kerahan tenaga. Nak suruh anak-anak vacuum, tak berapa nak bersih sangat. Kau sendiri nak vacuum... malas sebab penat. Boleh gittew? Solusinya... Moh ler kita dapatkan I-ROVA Robotic Vacuum ni. Kau letak jer dia kat lantai. Pandailah dia bersihkan lantai kau tu sebab ada sensor yang terbina untuk mengelakkan perlanggaran ke dinding atau halangan dari mana-mana objek. Dah nama pon vacuum robotic kan. Kau buat jer lah kerja kau dengan aman sebab I-ROVA Robotic Vacuum boleh licinkan lantai rumah kau.


RM 109.90
Sebelum RM 159.90
Anda jimat 31%

Anak-anak memang suka minum juice. Asal suka jer babitkan anak-anak kan. Pada hal kau sendiri memang suka juice. Kalau beli juice kat kedai kan boleh tahan jugak harganya. Demi nak menjimatkan duit, lebih baik kau buat juice sendiri kan. Lagi puas hati sebab lagi banyak juice kau dapat. Kalau kat kedai banyak mana jer yang dapat. Ais jer yang lebih. Tak puas minum.

Dengan adanya Multi-Function Juicers and Fruit Extractors ni jugak boleh meghadkan pengambilan air kotak sebab anak-anak asal gi kedai minta air kotak. Faham-fahamlah processing drink kan. Banyak gula. Lepas ni gi kedai kita beli buah banyak-banyak. Boleh buat stok fresh juice kalau ibu dapat Multi-Function Juicers and Fruit Extractors ni.. erkkk... ngeeee...



RM 166.00
Sebelum RM 330.00,
Anda jimat 50%

Kemahen  panjang tajuk product ni. Periuk steamer pon boleh jadi antara barangan idaman kau kan... hahaha... Kat rumah aku tak ada steamer lagi. Tu yang termasuk dalam wishlist sekali dan terbekenan tengok yang ni sebab Stainless Steel Steamer kan. Lepas tu ada 2 layers steamer pot. Capacity pon besar. Senang kalau nak buat masak kukus. 1st layer kita boleh kukus ikan. 2nd layer pulak kita kukus kuih pau. Sekali harung gittew kan. Jimat masa.


RM 899.10
Sebelum RM 999.00,
Anda jimat 10%

Memandangkan aku seorang ibu yang rajin menyediakan makanan anak yang berumur 11 bulan tu. Jadinya Beaba Babycook ini memang idaman kalbu sungguh. Memang aku jatuh cinta pandang pertama lah bila tengok Beaba Babycook ni. Harganya juga buat mata aku terbuntang besar. Memang orang akan cakap membazir lah kalau beli Beaba Babycook ni sebab blender jer kot. Korang silap. Beaba Babycook ni ada banyak function. 

Ianya merupakan gadjet 4 dalam 1. Bukan setakat mengisar, tetapi boleh mengukus, defrost @ mencairkan dan juga memanas. Semua dalam satu function nya. Macam aku yang merupakan ibu yang bekerja. Masa adalah sangat penting dalam penyediaan makanan anak untuk bekalan dia di nursery. Setakat ni aku tak pernah lagi bagi anak makan nestum sebab bagi aku makanan terbaik untuk anak ialah dari hasil tangan ibunya sendiri. Wahhhh... gittew kan. 

Sebab tu aku berkenan betul dengan Beaba Babycook ni dan kalau boleh aku nak dapatkan jugak bagi memudah kan aku menyediakan menu yang sihat untuk Iman Harraz serta dapat menjimatkan masa aku yang sentiasa sibuk. Maklumlah... #makanakempat. Tak perlu lagi kau nak kukus dulu buah-buahan/sayur-sayuran dan masak dulu bubur. Lepas tu masuk dalam mesin blender. Dengan Beaba Babycook kau hanya steam dalam tu, masak bubur jugak dalam tu sekali dan terus blender dalam tu jugak. Kan senang dan jimat masa tu.

Dah... Panjang betul karangan aku nih. Ini lah Barangan Impian dari Lazada yang bernilai RM2017 kesemuanya. Korang kena ingat tau yang harganya sentiasa berubah-ubah. Apa lagi... Terjah cepat CNY RED HOT SALE dan dapatkan barangan impian korang sekarang. Buat LAZADA... Saya Impikan Barangan Bernilai RM2017 Ini. Smoga IMPIAN saya menjadi kenyataan. 



You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a ho...

#MyTravelokaEscapade | SABAH Destinasi Pilihan

You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a holiday. Seharian bekerja dipejabat. Balik kerja terpaksa mengharungi jalan yang sesak. Sampai rumah buat kerja rumah pulak… Masak, basuh baju, sidai baju dan macam-macam kerja rumah lah. Sambil buat kerja sambil jaga anak-anak yang seramai 4 orang tu pulak. Hadap lah kau dengan karenah anak-anak. Kejap bergaduh.. kejap menangis.. Lepas tu boleh pulak berbaik-baik. Kau pon rasa macam nak nangis jugak. Tersangatlah havoc kehidupan ku seharian.


Mulalah dalam hati ni dok terfikir… ‘Bestnya kalau dapat pergi bercuti’. Tapi tu lah, nak kena ada budget sebab bukannya murah. Setakat untuk seorang boleh lah cover lagi. Macam aku yang anak empat ni? Banyak yang perlu dibelanja kan untuk bercuti satu family. Macam sedih nya bunyi nya kan (memang sedih pon)…. Hahaha… Ok lah… Kita lupakan pasal budget. Apa kata kita berangan dulu. Mana tahu angan-angan tu jadi kenyataan kan TRAVELOKA ☺


Kalaulah diberi pilihan untuk bercuti kan, aku teringin sangat nak bercuti di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah… Negeri kedua terbesar di Malaysia. Kenapa aku pilih Sabah? Sebab Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan alam semulajadinya yang cantik serta terpelihara dan juga kebudayaan etnik yang tinggal di Sabah. Ada 30 kaum etnik pribumi semuanya. Sebab itu lah Sabah menjadi lokasi percutian dan tarikan pelancong untuk bercuti ke sana. Kalau dah bercuti di Sabah, sudah semestinya kena pergi ke tempat-tempat menarik di Sabah kan. Disini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang aku teringin sangat nak pergi:

1. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Sumber [SINI]

Tak dapat daki Gunung Kinabalu, tapi dapat menginap dekat dengan Gunung Kinabalu pon dah ok. Masya’allah… cantik sangat view nya. Aman damai rasa. Hanya 12km dari taman Kinabalu, Ranau, Hounon Ridge Farmstay & Camping adalah homestay yang dibuka pada tahun 2012 dan dikelilingi oleh ekosistem hutan hujan tropika dan penuh dengan budaya Borneo. 

2. Manukan Island


Negeri Sabah juga terkenal dengan keindahan pulaunya yang sangat indah indah. Antaranya pulau mabul, sapi, sipadan, manukan dan banyak lagi lah. Jenuh kalau nak pergi semua pulau ni kan. Kalau biberi pilihan, aku nak pergi Manukan Island. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Memang Pulau Manukan ni sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkling sebab kejernihan airnya yang menghijua dan kecantikan dasar laut disekitar perairan pulau nih.

Pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga telefon awam yang menggunakan tenaga solar.

3. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sumber [SINI]

Haaaa… Macam kat KL tak boleh tengok urang utan. Kenapa mesti Sabah? Ok… kalau korang nak tahu, Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Ia juga berfungsi untuk menyelamat dan mengembalikan semula anak orang utan yang terpisah daripada ibunya. 
Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

4. North Borneo Railway

Sumber [SINI]

Best kalau dapat naik keretapi ni. Anak-anak mesti teruja sebab dapat naik keretapi zaman British North Borneo tahun 1900an yang sudah dipelihara dan diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang colonial. Pengunjung juga akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta makan tengahari dengan hidangan Asia dan Continental. Wahhhh… menarik sangat.

5. Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House


Wajib pergi Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House ni sebab ianya merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia dan tercatat didalam Malaysia Book Of Record. Keunikan rumah ni memang semua barangan nya diletakkan secara terbalik. Dah nama pok rumah terbalik kan. Jangan kau pening kepala sudah.

6. Desa Cattle Dairy Farm


Antara tarikan di Sabah yang aku teringin sangat nak pergi. Desa Cattle Dairy Farm... Dah macam New Zealand pemandangannya. Cantik sangat. Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga kilang pemprosesan susu lembu. Lembu tenusu yang diternak termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia. Lembu jenis Fresian mampu menghasilkan susu segar berkualiti dengan purata 14 liter setiap lembu, menjadikan baka jenis ini terkenal di seluruh dunia sebagai lembu yang mampu menghasilkan susu segar setiap hari. Sumber [SINI]. Memang best lah dapat minum susu fresh kan.


Terima kasih TRAVELOKA kerana merealisasikan impian aku nak ke Sabah... Erkkkk... Hahaha... Kalau nak ikutkan banyak lagi tempat yang aku nak senaraikan dalam ni. Tapi cukup-cukup lah. Kalau korang rasa nak pergi bercuti secara percuma, apa kata korang join contect  #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA ni. Mana tahu rezeki kan. Masih sempat lagi nih. Korang cuma perlu pilih salah satu daripada 10 destinasi percutian idaman yang diberi ni.


Oh! Ya... Kalau korang masih belum pernah dengan mengenai TRAVELOKA ni, meh aku terangkan sikit. TRAVELOKA adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara yang telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. TRAVELOKA bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga yang terbaik untuk hotel-hotel dan penerbangan setiap hari. Dan yang lebih penting, tiada kos tersembunyi. Kalau korang nak pergi bercuti, boleh lah cuba buat tempahan dengan TRAVELOKA.



Ada yang tak suka bersarapan pagi ker? Atau memang jenis tak amik sarapan pagi? Macam saya memang...

Kelebihan Bersarapan Pagi Bersama Dutch Lady PureFarm Milk!!

Ada yang tak suka bersarapan pagi ker? Atau memang jenis tak amik sarapan pagi? Macam saya memang tiap-tiap hari mesti kena sarapan dulu. Kalau tak dapat sarapan pagi yang berat macam nasi lemak atau mee gorang, hanya cukup dengan segelas milo atau nescafe dengan biskut/roti sudah memadai. Janji perut mesti diisi  demi mengelakkan rasa lapar sebelum menunggu masa untuk lunch.


Nak tau tak, kebanyakan penduduk Malaysia tidak memenuhi keperluan kalsium mereka dimana purata pengambilan kalsium di kalangan orang dewasa adalah di bawah 50% pengambilan nutrien yang disyorkan manakala 49% daripada kanak-kanak Malaysia pula tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet harian mereka. Hurmmmm… adakah anda dan saya tergolong dalam kalangan orang yang kurang kalsium? Macam mana nak dapatkan kalsium dan maintain kan penghasilan kalsium dalam badan setiap hari? Haaaaa… jawapannya ada dalam segelas SUSU Dutch Lady PureFarm. Sebab itulah saya sahut cabaran Sarapan Bersama Dutch Lady Milk PureFarm selama 7 hari. Cabaran yang bermula dari 20 - 26 September ini memerlukan saya berkongsi menu sarapan pagi yang diambil bersama Susu Dutch Lady PureFarm. Meh tengok ni:

Day 1 | Nasi Lemak Kukus Sambal Ayam + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 2 | Kuih + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 3 | Sandwich Cheese dan Telur + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 4 | Nasi Lemak Paru + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 5 | Mee Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 6 | Nasi Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Day 7 | Bihun Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm

Banyak khasiat dan kebaikan bila kita amalkan minum susu setiap pagi ni tau. Antaranya:

  • Dalam susu terdapat kandungan vitamin, mineral, lemak dan juga protein yang sangat bagus untuk tubuh badan sebelum memulakan tugasan harian
  • Vitamin B2 yang terdapat dalam susu mampu menyokong fungsi-fungsi yang mengubah makanan kepada tenaga. Nak tenaga, minumlah susu setiap pagi yer.
  • Nak mata yang sihat? Dengan susu ianya dapat meningkatkan ketajaman penglihatan kerana kandungan Vitami A yang terdapat dalam susu.
  • Susu dapat menambah kekuatan tulang dan mencegah tulang dari cepat reput kerana susu kan banyak kalsium.
  • Bagi yang mengalami masalah pencernaan, cuba minum segelas susu setiap pagi kerana susu dapat melancarkan system pencernaan tau.


Banyak lagi sebenarnya khasiat susu tau. Betapa pentingnya sarapan pagi ni sebenarnya. Orang yang bersarapan pagi lebih sihat berbanding orang yang tak bersarapan pagi kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tak bersarapan. Kalau inginkan pagi yang lebih cegas dan bertenaga, sarapan pagi lah jawapannya. Dan jangan dilupa segelas susu setiap hari. Bukan kanak-kanak jer yang perlukan kalsium. Orang dewasa juga perlukan kalsium yang cukup.


Apa yang saya dapat dari hasil cabaran Sarapan Bersama Dutch Lady Milk PureFarm selama 7 hari ni kan. Memang ada nampak perubahan tau. Sejujurnya minuman pagi saya adalah segelas milo atau nescafe. Tapi sejak saya amalkan minum susu setiap pagi ni, saya rasa system pencernaan saya berjalan lancar setiap pagi. Rasa macam… wowww sangat. Dan memandangkan saya ni ibu menyusu yang rutin hariannya akan mengepam setiap hari di pejabat. Saya perasan yang hasil pengeluaran susu saya bertambah sejak minum susu setiap pagi. Dan saya dah jumpa milk booster saya yang baru iaitu susu Dutch Lady PureFarm.  


Kalau anda ingin rasakan perubahan seperti saya, apa kata cuba bersarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm setiap hari. Dengan 2 gelas susu sehari dapat membantu untuk memenuhi keperluan kalsium anda manakala bersarapan pagi dengan segelas susu dapat memberikan sekurang-kurangnya 275 mg kalsium harian. Nak tambah kalsium, jom minum susu ☺

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Dutch Lady, boleh layari:





Siapa yang tak suka shopping kan. Shopping tu kan terapi. Asal stress jer mesti nak shopping. Asa...

Jom Shopping Online Di Ensogo!!!

Siapa yang tak suka shopping kan. Shopping tu kan terapi. Asal stress jer mesti nak shopping. Asal shopping jer mesti tengah stress. Bila dapat shopping stress pon hilang…hahaha….alasan sangat kan. Bila zaman dah semakin canggih, teknologi pon dah berubah. Semuanya dihujung jari skang ni. Malas nak hadap jalan sesak? Malas nak mencari parking yang selalu penuh? Malas nak beratur panjang bayar tiket parking? Haaaaaa… Inilah masanya kita shopping online di ENSOGO. Macam² ada.


Meh nak explain sket pasal ENSOGO. ENSOGO merupakan destinasi membeli belah dalam talian di Asia Tenggara yang menampilkan pilihan produk yang ekslusif serta menawarkan perkhidmatan pada harga yang paling kompetitif. ENSOGO bekerja keras untuk mencari tawaran yang terbaik untuk anda semua. Antaranya barangan elektronik terkini, aksesori mewah dari jenama terkenal di dunia, perabot bergaya dan aksesori rumah dan macam² lagi lah. 


Tak der computer nak shopping online? Alaaaaa… Apa gunanya smartphone? ENSOGO ada menyediakan aplikasi khas untuk anda. Download jer ENSOGO App ni di smartphone anda dan masukkan kod yang diberi. Anda akan dapat extra potongan RM20 untuk pembelian pertama. 


Kalau nak dapat latest update untuk barang² yang ada promotion dan juga barang² baru, anda sign up and subscribe jer dengan ENSOGO. Dapat lagi claim RM10.00 ni. Best kan. 


Antara barang² yang jadi Best Sellers kat ENSOGO. Kalau tak tau bak beli apa, terjah kat best sellers nih. Memang rambang mata lah tengok barang² yang ada kat ENSOGO ni. Kalau tak boleh kawal nafsu memang boleh kempis lah poket sebab semuanya best²…hahahaha… Cara pembayaran plak ada macam² cara. Online banking boleh, Paypal, Visa, Master Card. Kalau tak der semua ni jangan risau. Cash on Delivery kan ada. Dapat barang terus bayar.

Haishhhh…mulalah berangan…Kalaulah duit berkepok…hurmmmm…Berangan tu percuma kan? Meh tengok barang apa yang diangankan tu ☺☺


Merah itu menawan. Memandangkan saya ni blogger yang selalu gi event. Erkkkk…selalu ker…hehehe…Tak der lah selalu. Kalau ada jemputan lah. Camera adalah sangat penting untuk mendapat kan kualiti gambar yang menarik…cewahhhh… Selalu kalau gi event amik gambar pakai handphone jer. Sian kan. Blogger lain suma usung camera yang canggih manggih. 


Bestnya kalau dapat sofa ni. Sofa kat umah tu pon dah mula menunjukkan tanda² keuzurannya. Dah nampak kayu pon. Dah rasa tak empuk bila duduk. Bersyukur lah masih ada sofa lagi…hehehe…Tapi kalau dapat yang ni lagi bersyukur.


Gadjet idaman gak ni. Boleh menggoreng, membakar dan memanggang. Yang best…ianya selamat dan menjimatkan sebab hanya pakai sedikit minyak saja. Tak yah pakai minyak pon boleh jugak.


Memandangkan baju anak² pon makin bertambah. Almari pon dah penuh baju. Maka elok sangat cari almari baru kan. Cute plak nengok almari nih.

Kalau ikut kan banyak lagi barang² yang berkenan dihati. Cukup lah saya kongsikan yang ini dulu. Gaji pon dah nak dekat kat. Kalau rasa nak shopping, silalah terjah ENSOGO. Banyak barang² yang menarik dengan harga yang berpatutan. Nak tau lebih lanjut, boleh terjah:

Call: +603-2022 0080
Email: my.help@ensogo.com



Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Terbaca status dari Tuan pemilik Denaihati Network kat ...

Contest Blog DENAIHATI | 10 Entry Trafik Paling Banyak dari 1 Jan - 30 Sept 2015


Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Terbaca status dari Tuan pemilik Denaihati Network kat FB ni semalam. Agak mencabar juga tasknya. Rasa macam berat hati jer nak join. Tapi hadiah tu agak lumayan. Apa salahnya kita mencuba nasib kan. Godek punya godek blog Denaihati.com [Hidupkan Untuk Member]. Maka ini lah yang aku jumpa. Mari kita tengok ☺

10 ENTRI BLOG DENAIHATI YANG MENDAPAT TRAFIK TERTINGGI DARI 
1 JANUARI-30 SEPTEMBER 2015





















Ini lah dia antara 10 entry blog yang mendapat trafik paling tinggi dari 1 January sampai 30 September 2015. Betul atau tak, hanya Tuan Denaihati jer yang dapat memberikan jawapannya...hehehe...

Note: Yang lain²...jom cuba. Mana tau rezeki ☺


Contest datang lagi...ahaks...kali ni dari wanfida . Antara syarat² nya adalah: 1. Tak wajib menja...

My Little Helper Contest


Contest datang lagi...ahaks...kali ni dari wanfida. Antara syarat² nya adalah:

1. Tak wajib menjadi follower saya @ letak url saya di list side bar blog masing..(kengkadang kesian tgk blogger yg dah panjang berjela list blog dia kannnn..). Tp kalau nak letak pun saya suke ajerrr.. janji seikhlas hati.. hehe

2. Anda mesti ade blog! Sbb penyertaan anda perlu ditempek di dalam blog masing2...

3. Perkara yg perlu ada dlm entry: Logo contest dan tulis link url blog saye (http://wanfida.blogspot.com/)

4. Uploadkan sekeping gambar anak anda yg berumur 1 - 4 tahun sama ada girl @ boy yang sedang sibuk membantu ibu @ bapanya . Tak kiralah sedang basuh kain ke... sidai kain ke dan pelbagai kerja2 rumah ;-)

Sbb nya.. sy sgt sejuk hati melihat anak2 yg rajin tolong mama dan papanya. Jd sy nak tgk macam2 ragam anak2 yg menolong ibu bapanya!

5. Dan, setelah selesai semua.. letakkan url contest anda dalam petak comment saya

Contest akan dibuka mulai hari ini : 5 Januari 2010 sehingga 29 Januari 2010.

OK, ni dia gambar budak yang telah di kerah untuk membuat kerja rumah...ekekeke...




My 1st time join giveaway, tetiba plak rasa nak join sebab rules nya pon simple jer dan yang paling...

Baby Snowdrop Giveaway - Free Sample Cloth Pad

My 1st time join giveaway, tetiba plak rasa nak join sebab rules nya pon simple jer dan yang paling best ialah dapat free sample Modern Cloth Pad. Memang aku dah lama mengidamkan Cloth Pad ni, lebih² lagi bila baca review dari mereka² yang telah menggunakan CP ni sangatlah menarik...tertarik...da bomb ☺☺☺dan juga sebagai tanda sokongan untuk menghijaukan bumi. Anak dah ber "Cloth Diaper"...ibu pon nak ber "Cloth Pad" juga ^_^. Terima Kasih pada owner http://www.babysnowdrop.com/ kerana menganjurkan Giveaway ini. Kepada suma blogger yang nak join giveaway ini, silalah ke laman web babysnowdrop dan ikut step² yg di berikan. Sekian....

Step 1 - DONE

Copy and paste mana2 code below on your blog. Kire add banner Baby Snowdrop la.



Step 2 - DONE

Become Baby Snowdrop's follower.

Step 4 - DONE

Leave your name, email address and blog/website kat comment in this entry, no comment in entry will be disqualified ye, we dont accept msgs in chatbox. Nanti we will visit each blog and tgk whether qualified tak to get the free sample. (If nak Baby Snowdrop link balik your blog, pls inform k)

Finally, we will list name and blog yg qualified to get free sample, then uolls have to email to me your full name, address and phone number(ni utk nak pos)

NOTE : Anyone yg still publish banner Baby Snowdrop for at least a month, your blog akan qualified to next month lucky draw, we pick one winner randomly. Winner akan qualified to get one piece of Ring Sling from Baby Snowdrop. Lucky Draw ni akan berjalan selama 3 months berturut2 until bulan February.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks