Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Coach. Show all posts
Showing posts with label Coach. Show all posts

Buat peminat² tegar handbag Coach. Perasan tak ada iklan pasal Coach Bag Clearance Sale kat FB? Memang murah tak hingat lah harganya. Kalau...

Website COACH Penipu | Jangan Terpedaya!!!

Buat peminat² tegar handbag Coach. Perasan tak ada iklan pasal Coach Bag Clearance Sale kat FB? Memang murah tak hingat lah harganya. Kalau tengok pon memang teruja dan terpedaya nak beli sebab kemurahan yang luar biasa harga handbag Coach tu. Nak tau tak, memang ramai yang dah terpedaya dan tertipu dengan website ni rupanya.



[Website] plak

Memang cilik betul si penipu ni. Dari pembacaan, owner ni dari China sebab credit card charge dalam yuan...hurmmmm...Beli tapi barang tak sampai². Bila comment kat wall FB, terus kena delete dan kena block. Meh baca nih:

Sumber [SINI]

Kalau baca komen² tu banyak website²/Page² yang kaki penipu. Kalau barang² branded ni, jangan lah beli online. Gi terus butik. Uolls ada yang dah terjebak beli ker? Aku pon hampir² rasa nak beli. Tapi fikir² balik, tak kan lah Coach jual handbag murah macam ni. Design pon old fashion. Lagi pon pakai jerlah handbag yang ada nih. Lenjan sampai lunyai...hahaha....

Tapi kesian kat member office ni sebab dia salah sorang mangsa. Nak beli handbag untuk isteri dia, sekali kena tipu...haishhhhh...kalau dah bukan rezeki kan. Pengajaran buat kita semua. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan website/page macam ni. 

Note: Ukur duit dipoket sendiri sudah. Kalau tak mampu nak pakai handbag mahal, Buat cara tak mampu. Hangbag aku paling mahal pon brand BONIA. Hantaran masa nikah. Tapi dah kena ragut. Cisssss...Memang tak selamat lah hidup ko dunia akhirat wahai peragut durjana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...