AFB Feeds

Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts

Kelmarin masa aku tengah basuh CD, aku perasan ada satu CD yang luar biasa daripada yang biasa...er...

Tertukar CD

Kelmarin masa aku tengah basuh CD, aku perasan ada satu CD yang luar biasa daripada yang biasa...erk...CD Iman ker ni, rasanya macam bukan CD Iman, aku kenal sangat² CD Iman sebab CD yang luar biasa tu dia nyer insert dah kelabu asap pastu kat pocket insert tu kebiru-biruan, macam basuh pakai nila ☺☺☺. Memang sah lah dah tertukar CD. Huhuhu...macam mana lah orang nursery ni bley careless. Tapi aku basuh gaklah walaupon CD luar biasa tu ada meninggalkan sisa² buangan.

Hopefully, owner CD luar biasa tu pulangkanlah balik CD Iman tu, dah lah stock CD agak limited (baru ada 10 ☺☺) lagipon aku dah pulangkan balik kat nursery dengan keadaan yang bersih ^_^.

Macam mana uols handle CD ke nursery? Ada buat tanda ker? Huhuhu...janganlah tertukar CD lagi lepas ni.

Finally...misi nak meng'Cloth Diapering'kan Iman berjaya. Masuk hari ke 5 iman berCD hari ni. Memandangkan stock CD ku baru ada 9 ke...

Cloth Diapering journey...

Finally...misi nak meng'Cloth Diapering'kan Iman berjaya. Masuk hari ke 5 iman berCD hari ni. Memandangkan stock CD ku baru ada 9 keping, aku terpaksa membasuh hari². Penat gak wei. Nampaknya aku perlu menambah sekurang² nya 11 keping CD lagi. At least ada back-up kalau penyakit 'M' ku datang :). Masih banyak selok belok pasal CD ni yang aku belom explore lagi. Bagi aku, rumit juga kalau nak berCD ni. No wonder lah ramai yang prefer DD dari CD. Antara komen yang aku dapat:

- Mahal
- Leceh..nak kena basuh

Ini semua pendapat masing². Yer...aku akui CD memang mahal, tapi for long term investment, apa salahnya melabur sikit kan, untuk permulaan jer. Harga DD pon makin menjadi-jadi mahalnya. Last week aku gi Tesco..harga Diapers RM39.90..*gulp*. Oklah..berbalik kepada our CD journey, berbeza sungguh kalau berCD kat rumah ngan berCD di Nursery, sebab:

Weekend (rumah)

on weekend Iman hanya pakai 4 CD dalam sehari, 3CD with 1 insert untuk siang and 1CD with 2 inserts untuk malam, so far alhamdulillah, tak pernah bocor. Kalau iman po-po atau shi-shi aku terus basuh and sidai, sebab stock CD ku terhad kan.

Weekday (Nursery)

Untuk 1st time, aku bekalkan 4CD + 1 insert, tak cukup, sebab anak aku dipakaikan pampers masa amik ari tu. Aku tak tahu sama ada dorang pakaikan dengan cara yang betul atau tak. Masuk 2nd times, aku bekalkan 5CD + 1 insert, pon sama gak, semua habis. Mungkin sebab banyak main + banyak minum, tu yang cepat basah kot. 3rd times aku bekalkan 4CD + 2 inserts, resaultny...ada balance 1CD.

Agak mencabar juga bila berCD ni yer, especially kalau stock terhad macam aku ni :). Hari² nak kena basuh. Yang tak tahan tu bila bawa balik dari nursery, perghhh....bau dia, tak bley tahan. Kalau basuh plak, bau macam lambat nak hilang & bila po-po pon yang stain tu masih bley nampak, macam mana erk? Ker aku yang silap teknik? Hhhmmm...banyak nak kena belajar ni. Tapi tak per...demi untuk penjimatan dan go green...aku sanggup :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks