Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Ciku. Show all posts
Showing posts with label Ciku. Show all posts

Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandun...

Buah CIKU...susahnya nak cari


Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandungi taik lagi adalah...muahahahaha.... Tak nak buah ciku yang potong tu. Tak puas makan sebab sikit sangat, harga 2 hinggit plak tu.

Susah betul nak cari buah ciku. Kalau jumpa kat pasaraya pon yang belum masak lagi, pastu cikinot plak tu. Kat pasar malam pon tak pernah nampak orang jual. Aritu...kat tempat jual buah tu, orang tu tengah nak potong buah ciku, banyak plak tu pastu beso² buah ciku dia. Nak gak tanya kat mana dia beli, tapi seganlah plak...hurmmmmm...

Banyak khasiat buat ciku ni. Antarnya:

Kaya dengan vitamin C dan bahan mineral lain terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm ciku juga terkandung 2.3 gram zat besi, 0.9 gram serat, 4mg fosforus, 18.4 gram karbohidrat dan 79.1 gram air.


Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

Sedapnya kalau dapat makan buah ciku sejuk²...nyum...nyum. Nak kena cari benih pokok ciku lah klo macam nih. Tanam kat umah mak.




Dah lama tak makan buah ciku. Singgah kedai jual buah potong, ada plak buah ciku. Tapi kan...harga sebungkus buah ciku potong yang aku rasa...

..:: CIKU ::..


Dah lama tak makan buah ciku. Singgah kedai jual buah potong, ada plak buah ciku. Tapi kan...harga sebungkus buah ciku potong yang aku rasa tak sampai 7 slices adalah RM2.00. Tak berbaloi plak rasanya klo beli. Tak puas makan. Baik aku cari kat pasar...puas makan. Tapi tu lah...tak der jumpa lagi kat pasar malam sek 7 bangi nih.

Selalu macam tu. Bila teringin sangat nak makan..tak der plak jual. Tapi bila ada depan mata...tak der plak teringin nak beli...haihhhhh....

Sedap nya kalau dapat makan buah ciku sejuk² ☺☺☺

Pssttttt...tak dapat citer benda lain, citer ciku pon jadi lah. Janji up satu entry. Ntah kenapa blank plak pala hotak hari nih.

HAVE A NICE WEEKEND UOLS ☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...