Showing posts with label Careless. Show all posts
Showing posts with label Careless. Show all posts

Google pic. Ni gara² pelupa tak habis² lagi ni. Kekacang, kismis dah banyak makan. Tapi penyakit lupa masih tak surut². Kisah semalam...

Kecuaian yang Membahayakan...



Ni gara² pelupa tak habis² lagi ni. Kekacang, kismis dah banyak makan. Tapi penyakit lupa masih tak surut². Kisah semalam. Aku LUPA TUTUP SUIS IRON. Sampai ke malam iron tu panas ko. Nasib kedudukan dia menegak macam dalam gambar tu. Kalau tak...mau terbakar iron board tu.

Si dia yang perasan malam semalam sebab nak charge ipad. Mulalah perli 'Siapa tak tutup iron ni'. Kelam kabut masuk bilik. Buat² muka tak bersalah. Confident jer kata dah tutup iron tu. Pastu si dia soh pegang. Tapi tak der lah aku pegang. Cuma dekatkan tangan dekat iron tu. Memang terasa bahangnya. 

Pada firasat aku, macam dah tutup iron tu. Rupa²nya tak tutup. Inilah masalah aku kekadang. Bila penyakit was² datang, kalau dah kunci pintu boleh masuk umah balik nak check suis dah tutup ker belum. Pada hal dah tutup. Kalau belum tutup tu kira bernasib baik lah sebab aku masuk umah balik kan ☺☺. Tapi semalam tak bernasib baik sebab aku confident yang suis iron tu dah tutup.

Haishhhhh...banyak lah bil api macam ni. Dari pagi sampai malam ko suis tu beroperasi. Ni dah 2nd time aku lupa tutup suis. Masa 1st time dulu si dia tak tau. Kalau dia tau ini kali kedua....menadah telinga lah jawabnya...ahaks...Lepas ni kena make sure betul² suis dah tutup.

Note: Dah 2 hari berturut² sahur air + ESP dengan roti jer. Asal aku terjaga, Qhalif mengempeng. Lama plak tu. Sabar jer lah. 





Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sib...

Kunci Motor dekat Motor!!!



Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sibuk dok cari kunci motor. Cari punya cari tak jumpa. Bila dah turun....kat motor rupanya. Agaknya orang pon tak perasan...selamat motor si dia. 

Dah terjangkit virus si isteri gamaknya. Dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]...hehehe...

Note: Curi masa kejap. Maaf...tak sempat bertandang rumah uols.



Kemek...sedihnya nengok :-( Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi...

Dugaan lagi...ACCIDENT Petang semalam


Kemek...sedihnya nengok :-(

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.

Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.

Myvi yang cedera

Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.

Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.

Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...

Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.



Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am t...

Careless - Kunci Kereta tertinggal dalam Kereta


Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.

Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.

Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...