Showing posts with label CM Security Apps. Show all posts
Showing posts with label CM Security Apps. Show all posts

Atau dalam Bahasa Melayunya 'Menyekat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tak Dikenali' . Nak letak tajuk ni panjang sangat pulak. D...

CM Security Apps | Blocking Unwanted Phone Calls

Atau dalam Bahasa Melayunya 'Menyekat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tak Dikenali'. Nak letak tajuk ni panjang sangat pulak. Demi nak memendekkannya, kita letak tajuk in English tapi isi kandungannya dalam Bahasa Melayu yerp. Bagi yang dah tahu pasal Aplikasi ni, baguslah sebab korang sangat advanced dari aku yang baru tau kewujudan aplikasi CM Security nih.


Apa function CM Security ni? Ada banyak sebenarnya. Korang baca jer lah detail aplikasinya kat [SINI]. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah, aplikasi ni boleh menyekat panggilan dari nombor-nombor yang tak dikenali. Terutama call yang terdiri dari penjual-penjual insurans yang kau sendiri tak tau dari mana diorang dapat nombor telefon kau ni.


Kalau kau selalu diganggu oleh orang yang tak dikenali yang selalu telefon tak kira masa, aplikasi ni juga sesuai sebab ia boleh mengelakkan gangguan dengan menyekat panggilan telefon yang tidak diingini tu. Teringat kisah 2 tahun lepas bila [Nombor HP Di jaja untuk Khidmat Seks!!!] sampai aku fobia nak angkat telefon.


Function lain yang aku suka dalam aplikasi CM Security ni ialah boleh apply lock untuk  laman social yang ada dalam telefon macam IG, Facebook, Email atau picture dari dibuka oleh orang yang tak dikenali atau dibuat main oleh anak-anak. Iyerlah… anak-anak kan suka main handphone. Bila dorang terbukak whatapps, ntah siapa-siapa dibaginya message. Lagi haru kalau terbagi gambar kan. Buatnya ada gambar yang terdedah auratnya. Tak ker malu.


Macam mana fungsinya? Haaaa… korang boleh select apps apa yang nak di lock tu. Contohnya FB. Setiap kali nak bukak FB, ko kena masukkan password baru kau boleh bukak FB tu. Selalunya function ni kita boleh setting kalau kita nak bukak telefon kan. Dengan aplikasi dari CM Security ni korang boleh setting lock untuk apps apa yang korang suka. Boleh lock Play Store dan Youtube untuk mengelakkan anak-anak daripada membeli aplikasi, permainan dan menonton video yang tidak diingini.

Aplikasi ni hanya untuk pengguna Android sahaja. Harap maklum. Ok... Sila download sekarang sebelum ejen insurance call... ngeee...


Note: Macam-macam aplikasi skang ni. Sampai tak tau nak download yang mana kan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...