AFB Feeds

Showing posts with label Burung Puyuh Salai. Show all posts
Showing posts with label Burung Puyuh Salai. Show all posts

Masih dalam mood raya lagi kan ^_^. Sorry lak yer...entry pasal makan lagi. Raya ke tiga aritu bali...

Puyuh Salai Masal Lemak Cili Padi...santapan di Raya Ketiga


Masih dalam mood raya lagi kan ^_^. Sorry lak yer...entry pasal makan lagi. Raya ke tiga aritu balik kampung Nogori Sembilan. Time raya jer lah balik kampung. Rumah kat kampung tu pon dah lama tinggal. Nak kena bela balik. Berayalah umah saudara mara kat Johol.

Selalunya umah pertama yang di tuju kat Bukit Rokan, sebab jauh. Tapi aku & family tak gi. Rumah kedua dan seterusnya sekitar Johol. Hari tu jer 6 buah rumah kena serbu. Makan macam² dan sedap² plak tu. Sumanya juadah raya.

Google Pic. Tak sempat nak snap...perut dah lapo.

Kemuncaknya...kat umah terakhir baru dapat makan nasi. Umah mak long kat KOTA. Lauk memang terbaikkkkk lah. Gulai puyuh salai masak lemak. 1st time makan. Memang sedap. Betambah² makan memasing.

Kalau balik kampung N9, kat tepi² jalan memang banyak nampak gerai² yang jual daging salai...ikan keli salai...ayam salai...itik salai...puyuh salai...selain lomang paneh. Tapi banyak gerai yang tutup lagi. Ada gak beberapa gerai yang bukak, tapi terlajak lah plak, malas nak pusing.

Haihhhhhh...terbayang² lagi lah kesedapan puyuh salai masak lomak nih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks