AFB Feeds

Showing posts with label Burger Bakar Abang Burn. Show all posts
Showing posts with label Burger Bakar Abang Burn. Show all posts

Bagi aku Indah khabar dari rupa. Malam smalam on the way balik, saja jer nak try produk Burger Ba...

Burger Bakar Abang Burn!!!


Bagi aku Indah khabar dari rupa. Malam smalam on the way balik, saja jer nak try produk Burger Bakar Abang Burn yang terletak kat Ramal Food Junction tu. Tak makan sana pon, bungkus jer. Kononnya nak try Meatball Abang Burn yang menggoda tekak ku ini lah. Macam dalam gambar ni:


Meatball Abang Burn

Meatball Abang Burn adalah resipi ciptaan Abang Burn yang diperbuat daripada 100% daging untuk menghasilkan meatball yang segar dan lazat. Limpahan Mushroom Brown Sauce menjadikan Meatball Abang Burn lebih menyelerakan. Selain itu ianya juga dihidangkan dengan Burn Wedges Abang Burn.

Tak dapat meatball IKEA yang super duper sedap tu, dapat merasa meatball abang burn pon jadi lah kan. Semangat dah berkobar² ni noks. Terbayang² Meatball Abang Burn yang kat dalam website tu. Tapi kan...aku frustrated sangat. Apa yang aku gambarkan jauh meleset. 


Sama tak macam dalam gambar? Tak sama kan. Mana sosnya? Aku cari juga dalam plastik. Memang tak der sosnya. Aku tanya hubby takkan ini jer kot. Tak letak sos ker? Itu jer lah...katanya. Potong stim nak makan. Indah khabar dari rupa. Takkan lain branch lain penyediannya kot. Last² aku buat sos sendiri.


Ini plak burger. Beli yang normal jer, Food presentation tak setanding dengan harganya yang mahal. Tapi aku tak rasa pon. Hubby ngan kimi yang makan. Putus selera bila tengok meatball macam tu. Bagi aku harga murah atau mahal tak penting. Yang penting apa yang ditunjukkan dalam website tu biarlah sama dengan apa yang pembeli dapat. Kualiti dan food presentation tu. Barulah pembeli rasa puas hati nak membeli lagi. Jangan sebab produk ko dah terkenal, ko main cincai jer buat. Tak boleh lah macam tu kan.

Ini hanya pendapat aku. Sebab ini pengalaman yang aku dah dapat. Mungkin pengalaman orang lain tak sama macam apa yang aku kena kan. Kalau uols nak try...silakan. Boleh layari website BBAB kalau nak tau more detail lagi. Apa² pon...alhamdulillah dengan rezeki smalam. Even tak puas hati, tapi tetap habis. Tak baik membazir kan ☺☺

Note: Hari ni mungkin entry pasal makan. Nantikan entry makan seterusnya yer...hehehe... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks