Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Buah Harumanis. Show all posts
Showing posts with label Buah Harumanis. Show all posts

Finally….dapat jugak merasa kesedapan dan keenakan buah Manga Harumanis nih. Dah lama mengidam wei. Dari mengandung anak ketiga sampai l...

Sedapnya Mangga Harumanis Perlis Nih!!!


Finally….dapat jugak merasa kesedapan dan keenakan buah Manga Harumanis nih. Dah lama mengidam wei. Dari mengandung anak ketiga sampai lah dah bersalin anak ke empat nih. Baru lah dapat merasa. Ko kira berapa lama aku tahan mengidam tapi tak dapat². Kebetulan ada member group whatsapp yang jual. Apa lagi…zasss terus wassup dia. 

Macam² soalan. Sekilo berapa hinggit? Kalau sekilo dapat dalam berapa biji? Kalau beli tiga kilo plak berapa harganya. Kalau order bila boleh dapat. Kalau dah dapat boleh terus makan ker. Hamek ko…apa punya soalan kan. Maklumlah, 1st time membeli buah manga online. Curlass ko jah beli manga online. Mekasih lah Irna sebab sudi melayan kita nih. 

Bincang punya bincang, aku beli sekilo jer. Sekadar nak merasa sebab harga pon boleh tahan gak. Tapi demimu Manga Harumanis, mahal bukan halangan. Punyalah tak menyabar tunggu posmen datang. Kehulu kehilir bawak HP. Takut nanti kot posmen call nak hantar barang tak dapat plak kan….hehehe… Harini order lusa dah dapat. Service tip top lah.

Kalau nak tahu, Buah Harumanis ni tak boleh diletak atas simen atau plastic. Kalau dah dapat tu terus bukak kotak tengok sama ada dah masak atau belum. Kalau tak masak lagi simpan dulu dalam kotak dan tutup. Kebetulan aku dapat dah masak even kulit masih kaler hijau lagi sebab bila picit dah terasa lembut. Bau dia jangan cakap lah. Memang harum bau mangganya. Dah nama pon harumanis kan.


Apalagi, moh ler kita potong. Akhirnya sampai gak hajat nak makan buah Manga Harumanis nih. Tak der lah kecur ailio tengok orang tayang gambar mangga harumanis. Anak² plak memang hantu mangga. Tak menyabar soh potong. Rasanya….Ya! allah… sedap nya lahaiiii. Manis sangat tahap boleh potong kaki lah. Isi tebal tapi biji kecik dan nipis. Rasa tak puas plak makan 2 biji tu. Nak beli lagi gamaknya. Tapi beli mangga biasa sudahlah. Fefeeling makan harumanis pon boleh….hehehe… Mangga biasa pon sedap jugak kan.


Meh baca info pasal Mangga Harumanis ni:

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya berbau harum dan isinya tebal kekuningan serta rasanya enak. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis.  Musim Harumanis adalah sekitar bulan April hingga Mei atau awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Kalau nak tau detail mengenai Mangga Harumanis atau nak membeli buah Mangga Harumanis, bley terjah website [MANGGA HARUMANIS PERLIS]. Ada diterangkan bentuk Mangga Harumanis macam mana. Jangan sampai kena tipu. Oh! Ya…untuk sekilo mangga harumanis yang aku beli ni dapat lah 2 biji. Kalau kecik² dapat lah 3 biji. Kalau beli tiga kilo dapat dalam 7-8 biji.

Note: Sorry kalau terliur. Silalah order cepat sebelum habis musim Mangga Harumanis. Setahun sekali jer.


DATE: 20-22 Mei 2015 VENUE: Medan MARA, Kuala Lumpur Mesti bersinar² dan bercahaya muka orang² yang tengah mengidam buah Haruma...

Karnival Jualan dan Pameran HARUMANIS @ KL


DATE: 20-22 Mei 2015
VENUE: Medan MARA, Kuala Lumpur

Mesti bersinar² dan bercahaya muka orang² yang tengah mengidam buah Harumanis bila tengok iklan ni kan, Sana sini orang dok bercerita pasal Harumanis nih. Nak beli jauh bebenor kat Perlis sana tu ha. Tak kan nak gi Perlis semata² nak beli buah Harumanis kan. Ni Karnival Harumanis nak datang KL minggu depan ni, rugi kalau tak terjah. 

Kalau nak buat tempahan awal buah Harumanis pon boleh. Ada disediakan nombor telephone untuk dihubungi tu. Kot tak sempat nak datang kan. Tapi kena call sebelum 15 Mei ni tau. Jangan terlepas plak. 

Note: Dah lama mengidam buah Harumanis. Tak der rezeki nak merasa lagi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...