Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Boba 3G. Show all posts
Showing posts with label Boba 3G. Show all posts

Especially newbie yang baru nak berjinak² dalam babywearing dan juga yang baru jadi mommy/daddy yang nak membelli baby carrier. Semalam...

BABY CARRIER | Parents...Please be ALERT!!!


Especially newbie yang baru nak berjinak² dalam babywearing dan juga yang baru jadi mommy/daddy yang nak membelli baby carrier. Semalam aku terbaca dalam group MALAYSIAN BABTWEARERS pasal baby 4 bulan koma lepas terjatuh dari baby carrier (ERGO) dan difahamkan yang ianya adalah Ergo fake. 

Fake. Sumber: Malaysian Babywearers

Kalau uols perasan, skang banyak online seller yang jual baby carrier especially ERGO. Brand lain aku tak perasan lah dengan harga murah. Kalau nak ikutkan, ERGO yang original harganya RM600++. Tapi online seller jual bawah RM100. Kena ingat, kualiti original dan palsu tak sama yerp. Sanggup ker perjudikan nasib anak dengan beli yang palsu? Kalau nak beli pon, Jangan main beli jer. Tengok ni:


Cer kalau kaki ko tergantung macam tu. Sakit tak? Inikan kaki budak wei. Sebenarnya ramai parents masih tak alert pasal benda ni. Sama jugak dengan fake baby carrier ni. Bila dah berlaku perkara yang kita tak nak, baru lah nak bukak mata. Baru ada kesedaran khenn. 

Sumber: [SINI]

Sila amik perhatian. Nak ber babywearing pon ada rule juga tau. Bukan sebarangan pakai jer. Jangan memain. 


Nah...belanja gambar ulang tayang Puan punya blog ber babywearing..hahaha...Iols pakai Boba 3G. Memang best. Walaupon badan ku petite, tapi terasa keselesaannya di situ...cewahhhh...Kalau nak tau pasal babywearing, boleh klik [SINI] dan kalau nak tau pengalaman pembeli baby carrier fake, boleh baca kat [SINI].

Tapi tu lah, tak semua parents yang mampu kan. Tak boleh nak salahkan dorang kalau beli baby carrier yang murah. Tak per, beli ikut kemampuan. Tapi pastikan keselamat baby terjamin ok. Entry ini sekadar perkongsian. Bukan nak menunjuk Boba 3G aku tu erk...ekekeke...Hati orang kan. Kesimpulannya...Belilah yang ORIGINAL. Bukan TIRUAN. Sekian.

Note:  Dah lama tak sumbat Qhalif dalam Boba tu. Rasanya nak sumbat balik nih. Kalau jalan tak nak dipegang. Bebudak...sekejapan jer hilang.


Babywearing daddy uols. Sambil babywearing sambil tolak stroller.  Amacam...ada macam abah mithali tak, ker macam Mr. Mama...hehehe....

BABYWEARING In Action!!!!


Babywearing daddy uols. Sambil babywearing sambil tolak stroller. 


Amacam...ada macam abah mithali tak, ker macam Mr. Mama...hehehe...Ni masa nak gi spital HKL smalam. Menapak punyalah jauh. Sangatlah hazabnya mencari parking. Hangin jugak lah smalam. Nak tak nak, terpaksalah  tolah stroller. Tapi kan...berebut plak. Anak dara  nak naik stroller juga.

Si qhalif plak pe'el nya kalau berjalan tak nak orang pegang. Nak jalan sendiri. Macam dah beso sangat kan. Pastu suka melencong. Penat wei ibu dia yang petite lagi kurung kering ni nak mengejar. Jadinya...babywearing lah. Dok dediam dalam tu.


Ni ada tips macam mana nak pilih baby carrier. Highly recommended gambar yang kanan ni. Kaki baby tak tergantung macam dalam gambar kiri ni. Cer kalau kaki kita tergantung macam ni. Sakit tak? Ini kan kaki budak. Aku pon baru nak berjinak² dengan babywearing. 

Memang best pakai Boba 3G nih. Sesuai dan selesa dengan size aku yang petite ni. Tapi aku tak sempat nak posing dengan Boba bila dah terkena muntah qhalif masa gi Sunway Lagoon haritu. Baru rasmikan dah kena muntah...huhuhu...

Note: Kejap jer dah khamis. Tak sabar nak tunggu gaji.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...