Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Boat Noodle. Show all posts
Showing posts with label Boat Noodle. Show all posts

Femes betul Boat Noodle ni kan. Sana sini citer pasal makan kat Boat noodle ni. Apa yang bestnya? Dah lah mangkuk kecik. Macam tak puas...

Food Review | Boat Noodle @ D'Pulze, Cyberjaya


Femes betul Boat Noodle ni kan. Sana sini citer pasal makan kat Boat noodle ni. Apa yang bestnya? Dah lah mangkuk kecik. Macam tak puas jer makan...hehehe...Kebetulan kat D'pulze, Cyberjaya ni baru jer buka cawangan Boat Noodle, apa lagi...Kita cuba dulu. Memula teragak² jugak nak makan. Tapi bila dah nampak sijil halal kat kaunter tu memang tak teragak² lah nak mencuba. Boleh refer [SINI]. Tak sempat nak snap sijil tu. 


Biasalah...orang 1st time baru nak try boat noodle. Terkial² sket nak order. Tapi tak per. Ada order guide yang disediakan. Suggest sorang makan adalah 4 bowls. Tapi kalau nak lebih pon tak per. Aku tengok dorang makan memang bertingkek². Tapi buat permulaan nak mencuba, bley order semangkuk dua dulu .Kalau nak tambah mangkuk, re order jer.


Ok...Kat Boat noodle ni ada 2 jenis flavor. Pedas dan juga tak pedas. PATHUMTHANI pedas. Tapi aku rasa tak der lah pedas  mana. Tapi kalau nak tambah pedas, ada cili macam cili flakes disediakan, AYUTTHAYA *dah macam Altantuya plak...hehe* tak pedas. Ada Beef Thai Rice Noodle dan juga Chicken Thai Rice Noodle. Pilihan aku beef. Apa rasanya? Uolls pernah makan mee celup tak? haaaa...lebih kurang macam tu lah rasa nya. Ada masam² sket. Sedap. 


Pilihan boat noodle on that day. Macam yang aku cakap, memula memang banyak ni jer sebab nak test power dulu. Lepas dah tau rasanya, kita tambah lagi order. Keseluruhannya ada 11 mangkuk boat noodle untuk kami bertiga makan. 


Kitorang order ni. Sedap wei...rangup jer. Pada hal sayur kangkung jer. Cer kalau buat sendiri. Tak jadi macam ni,,,hehehe...Sos dia pon sedap. 


Yang ni plak namanya KA NUM TUAY. Kuih dia macam tepung pelita. Alaaaaa...senang cakap tepung pelita versi thai. Versi melayu base dia daun. Versi thai dia buat dalam mangkuk cute nih. Tapi rasanya memang sedap. Tak puas makan 2 mangkuk nih. Nest time kalau gi kena order lebih.


Drink of the day untuk haritu. Kenal tak air apa ni?...hehehe...Air mata kucing. My feveret drink dan juga my milk booster. 

Mana mangkuk bertingkek² nya? Sorry lah...dah kekenyangan sampai lupa nak snap. Tapi aku makan 4 mangkuk jer. Overall memang ok. Tapi kedai dia tak der lah besar sangat. Nasib kitorang cepat. Kalau tak memang kena manunggu turn sebab ramai orang. Mangkuk pon ok. Tak der yang sumbing macam komen dari sesetengah orang yang makan kat Boat noodle kata mangkuk sumbing. Mungkon kedai baru kot. Belum ada yang sumbing lagi ☺

Boat noodle ni ada beberapa cawangan. Antaranya:
1) Jaya One
2) Empire Damansara
3) Ikon Cheras
4) Klang Parade
5) Sutera Mall
6) Gamuda Walk
7) Publika
8) Berjaya Times Square
9) D'Pulze Cyberjaya

Sila lah terjah Boat Noodle berhampiran kawasan anda untuk mencubanya. Tapi kena tabah menunggu lah sebab orang ramai. Melainkan uolls gi cepat ☺

Note: Dah best kerja kat Cyberjaya nih. Dah ada shopping complex dan banyak kedai yang tumbuh bagai cendawan. Tak macam masa memula kerja sini. 














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...