Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Blogger Mommy. Show all posts
Showing posts with label Blogger Mommy. Show all posts

Selamat tinggal lah sangat Sedih woihhh. Sejak bila blog #makanakempat ni termasuk dalam kategori porn. Pagi ni bukak blog ok lagi. Ten...

Selamat Tinggal BLOG!!!


Selamat tinggal lah sangat Sedih woihhh. Sejak bila blog #makanakempat ni termasuk dalam kategori porn. Pagi ni bukak blog ok lagi. Tengah semangat nak update tetiba internet connection error. Lepas lunch baru ok. Pastu nak sambung update entry. Sekali keluar notification macam ni... Huhuhu... 😔😔

Hilang mood dibuatnya. Try restart balik PC. Kot-kot ada keajaiban. Tapi hampa belaka. Buka link blogger lain yang aku ingat link nya. Masih boleh dibaca. Ada beberapa blog yang kluar notification macam nih. 

Ker office dah blocked? Tapi kenapa link lain boleh masuk? Kalau office dah blocked blogspot, tak boleh nak bukak blog lain dah. Sebelum ni banyak blog yang aku tak boleh bukak. Ada domain dotcom yang boleh baca and ada yang tak boleh. Blogspot pon macam tu jugak. Ada yang boleh and ada yang tak. Mana yang aku dah lama tak tinggalkan jejak tu ini lah masalahnya. Kena pakai HP. Tapi tu lah... Leceh sangat. Dengan ada blog yang tak mobile friendly. 

Hurmmmm... Sedih lah kalau dah kena blocked macam ni. Tak best kalau blogging pakai HP nih. Hope sementara jer lah. Mana tau esok dah ok kan. 

Note: Ada entry review nak kena buat nih 😔😔

Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti te...

Hi! Umur Saya 7 Bulan


Semalam ibu saya lupa nak update pasal saya. Ibu sibuk lettew kan. Selalu tiap-tiap bulan mesti update. Tak per... Harini saya ganti tempat ibu. Semalam 29 September 2016 genap usia saya 7 bulan. Cepat betul saya membesar kan. Masih belum tumbuh gigi lagi. Tapi gusi saya dah start gatal sebab saya rasa asyik nak menggigit jer. 

Alhamdulillah... Saya membesar dengan sihat. Cuma ada batuk-batuk sikit. Ibu pon risau tu bila saya dah start batuk. Rajin ibu buat garlic steam. Hobi saya macam biasa... Kuat menyusu. Sejak dah mula makan makanan pejal ni, makin kuat saya makan. Rajin ibu saya buatkan bubur dan puree. Ibu kata kalau boleh dia tak nak bagi saya nestum. Ibu nak masak sendiri untuk saya. Doa kan ibu saya terus istiqamah menyediakan makanan untuk saya yerp.

Diusia 7 bulan ni saya dah pandai berguling-guling. Sampai masuk bawah katil. Kalau berguling-guling atas katil boleh jatuh saya dibuatnya. Sebab tu ibu tak tidurkan saya atas katil. Saya pon dalam proses nak merangkak. Kalau orang lain merangkak maju ke depan. Saya pula merangkak maju ke belakang. Tapi saya masih tak pandai lagi nak angkat punggung. Punggung berat kot... hehehe...

Saya pon dah pandai mengutip. Ibu kena bagi extra attention kat saya. Ibu pon dah bagi amaran dekat abang-abang denga kakak saya supaya berhati-hati ketika bermain. Barang-barang kecil jangan sepah-sepahkan kat lantai. Takut nanti saya kutip dan masuk dalam mulut. Haritu ibu terkejut bila saya pegang duit syiling. Nasib saya tak masukkan dalam mulut. Apa lagi... bising lah ibu kat abang-abang dengan kakak saya. 

Oh! Ya... saya juga suka membebel. Dan saya dah boleh sebut perkataan 'Bah'. Merujuk kepada 'Abah'. Tu yang buat ibu saya sentap. Sekian kisah saya diusia 7 bulan. Doakan saya membesar sebagai anak yang sihat yerp. 

Note: Saya tak sabar nak tunggu ibu balik amik saya ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...