Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Blogger Event. Show all posts
Showing posts with label Blogger Event. Show all posts

Alhamdulillah....rezeki blogging. Dapat invitation ni untuk HP Kids Day Out. Ni 2nd invitation. 1st invitation last year tengok wayang ...

HP Kids Day Out @ Galactic Laser, Midvalley


Alhamdulillah....rezeki blogging. Dapat invitation ni untuk HP Kids Day Out. Ni 2nd invitation. 1st invitation last year tengok wayang The Good Dinosaur. Tapi aku tak dapat join sebab bertembung dengan satu lagi event. Kali ni bila dapat lagi invitation memang tak boleh nak tolak lah sebab best. Event yang membabitkan anak² memang aku suka. Anak² happy...makpak lagi lah double triple happy kan. 


HP Kids Day Out ni sebenarnya sebahagian daripada kempen HP’s Rush Dad & Homework Hacks dimana kami di beri penerangan mengenai HP Deskjet Ink Advantage 3635 dan juga HP DeskJet Ink Advantage 4675. Apa yang best dengan printer HP Deskjet Ink Advantage ni ialah ianya  membolehkan anda untuk mengimbas, menyalin, dan mencetak dokumen berkualiti secara wirelessly @ wayarles dari Telefon, Tablet atau PC! Best kan. 

Apalah yang suka sangat tu ☺☺


Tapi sebelum tu kita bergambar dulu kat photobooth ni. Siap ada video dan contest. Memandangkan kami ni tak mesra camera, orang soh posing gaya bebas, ko posing statik macam tu jer...hahahaha...Kalau menang dapat HP Deskjet Ink Advantage 3635 tu. 


Aktiviti yang ditunggu²...main tembak laser. Happy kemahen bebudak nih. Ni baru 1st round untuk bebudak. 2nd round nanti ngan parents plak. Tapi aku tak layak untuk main atas sebab² tertentu. Melepas mak nyah. 


Sementara tunggu abang main tembak², kita main kaler² dulu dan juga buat origami. Memandangkan tembak laser tu untuk bebudak 7 tahun dan ke atas, QahirahQhalif tak dapat nak main. Cuma masa main untuk family tu qahirah dapat main with abah's supervision. Frust Qhalif sebab dia nak main jugak tapi tak boleh.


Sesi bergambar, Kemahen lagi anak bujang sorang tu. Kebetulan blogger [Sumi jelly] pon join. Anak kitorang memang kenal. Syiok lah ada geng si kimi tu. 


Last but not least. Antara blogger yang join... [Sumi Jelly], [Sis Ayu Rafikah] and [Liz Rohaizat] Tak sah kalau tak bergambar kan. Overall memang best. Siap ajak datang lagi sebab nak main tembak laser. Thanks for having us HP malaysia. Kalau nak tau lebih lanjut lagi, bley layari [FB HP Malaysia]

Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screening Alvin and The Chipmunks: The Road Chip...

Movie Review | Alvin and The Chipmunks: The Road Chip


Alhamdulillah...rezeki blogging. Dapat invitation dari Nickelodeon untuk tengok Preview Screening Alvin and The Chipmunks: The Road Chip kat GSC Nu Sentral 22 December last week. Terus apply half day leave sebab weekdays kan. Anak² memang dah teruja tak sabar nak tengok wayang. Iyerlah...cuti sekolah ni tak gi memana pon. Dapat tengok wayang pon dah happy. Nasib jalan tak sesak. Mungkin sebab ramai yang dah start cuti. Faham² lah area KL Sentral kan. Tak sah kalau tak sesak.

Registration start pukul 7.45 pm. Wayang start plak pukul 8.45 pm. Ingatkan tak ramai orang. Gi lah alas perut dulu. Sekali bila masuk GSC...perghhhhh...beratur panjang orang wei. Dalam panggung jangan cakap lah, seat belakang ngan tengah dah full. Nasib dapat seat yang tak berapa dekat dengan screen. Ok...meh baca sinopsis ringkas Alvin and The Chipmunks: The Road Chip.


Alvin and The Chipmunks: The Road Chip | Alvin and The Chipmunk mengisahkan 3 ekor tupai iaitu Alvin, Simon dan Theodore. Kisah bermula bila mereka membuat kejutan sempena sambutan hari jadi Dave. Tapi ia sebenarnya amat mengecewakan Dave. Dalam masa yang sama, Dave ingin memperkenalkan wanita yang dikenali sejak beberapa bulan yang lalu iaitu Samantha dan bersetuju membawa Alvin, Simon dan Theodore ke mini golf walaupon kecewa dengan perbuatan mereka. Di mini golf, mereka berjumpa dengan si pembuli iaitu Miles yang juga merupakan anak kepada Samantha.

Kekecohan bermula bila The Chipmunks ni terjumpa cincin dalam bag Dave dan percaya bahawa Dave ingin melamar kekasih barunya Samantha. Mereka cuba mencuri cincin tapi tak berjaya. Apa yang merisaukan ialah mereka takut akan kehilangan dan kasih sayang Dave dan dalam masa yang sama ingin menyelamatkan diri dari calon abang tiri mereka, Miles yang mengerikan dan sangat membenci mereka. 

Kebetulan, Dave ada tugasan di Miami dan memutuskan untuk membawa Samantha bersama. Alvin, Simon dan Theodore ditinggalkan bersama dengan Miles dibawah pengawasan jiran mereka Ms. Price. Demi menggagalkan proses lamaran dave, Alvin, Simon, Theodore dan Miles telah bersetuju untuk pergi ke Miami demi membatalkan lamaran yang bakal berlansung.

Maka bermulalah perjalanan mereka ke Miami yang penuh dengan dugaan, cabaran dan gelak tawa. Milik siapa kah cincin itu? Betul ker Dave akan melamar Samantha? Tak bley lah nak citer lebih². Nak tau sila lah bawak anak² tengok citer ni. Memang best dan kelakar. 

Note: Tak dapat nak upload gambar kimi dengan Alvin and The Chipmunks. Samseng TAB dah menamatkan riwayat dia malam tadi. No IG, no WA, no FB on smartphone...APTB...ppffttt...


Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². Tapi nak shopping dengan aman…haaaaa…gitt...

The Parenthood | 1st London Street Family Park In Malaysia

Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². Tapi nak shopping dengan aman…haaaaa…gittew plak kan. Ni nak sharing satu tempat best yang buat ibu² dan bapa² diluar sana senyum lebar.


Ini lah dia…The Parenthood. Apa The Parenthood tu? Ok…The Parenthood adalah kedai yang berkonsepkan keibubapaan yang pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Putra Mall di mana ianya menyediakan perkhidmatan berkaitan bayi dan kanak² Seperti perkhidmatan runcit, pendidikan interaktif, permainan dan juga taman permainan dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai 1st London Street Family Park yang juga merupakan Satu² nya taman yang berkonsepkan kekeluargaan. Kiranya macam² yang anda boleh beli kat dalam tu sebab macam² ada.

Misi The Parenthood adalah menawarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan keibubapaan, taman permainan tertutup, aktiviti pendidikan dan perkhidmatan lain dibawah satu bumbung yang dapat memenuhi keperluan semua ibu² dan bapa². 


Pada Sabtu lepas saya dan keluarga dijemput untuk menghadiri Bloggers’ Conference dimana kami diberi peluang merasai pengalaman berada di The Parenthood. Lebih menyeronokkan bila anak² berpeluang untuk bermain di My Kingdom Playground by The Parenthood yang terdapat di The Parenthood. 


Sebelum aktiviti penjelajahan bermula di dalam The Parenthood ni, kami telah diberi penerangan oleh CEO The Parenthood, Mr. Leroy Lee's. Juga terdapat sesi soal jawab untuk bloggers'. Selesai sesi penerangan, barulah kami dibawa tour around dalam family park. Ok…jom kita tengok apa yang ada di The Parenthood nih.

Restaurant & Cafe


Tah payah gi jauh² cari kedai makan. Kat dalam The Parenthood ni ada. Boleh makan dengan aman sambil pantau keadaan anak² dalam My Kingdom Playground by The Parrnthood. Sambil makan sambil layan CCTV gittew. Curlass kan. Boleh tengok anak² buat apa kat dalam tu.

Educational and Play


Ni bukan budak² jer yang teruja. MakPak budak pon sama jugak. Rasa nak join sama ko. My Kingdom Playground by The Parenthood...Indoor playground yang pertama dibina dengan misi dan semangat untuk menyediakan persekitaran buat kanak² bermula dari new-born hingga 12 tahun. Persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyeronokkan dimana kanak² boleh bermain, belajar dan membina keyakinan diri dengan permainan yang terdapai di My Kingdom Playground.

Antara permainan ang terdapat di My Kingdom Playground by The Parenthood ialah Treasure Hunt, Flying Fox, Spider Tower, Transparent Spiral Slide, Multiple Slides, Ball Pit Tunnels dan juga Play Bridges. Banyak kan.


Macam² aksi dan macam² ragam. Susah betul nak amik gambar bebudak nih. Jangan tak tau. Kat dalam My Kingdom Playground by The Parenthood ni ada TV dan jugak 2 units video game X-Box 360. Dah macam kat umah pulak. Memang santai lah bebudak ni kat depan TV tu. Apa yang best dengan My Kingdom Playground by The Parenthood ni, anak² memang dijaga rapi dan tak dibiarkan suka suki kluar masuk sebab ada staff yang jaga kat entrance My Kingdom Playground by The Parenthood nih. 

Shopping


Ni antara kedai² yang terdapat di The Parenthood. Banyak kedai kat dalam ni. Memang one stop solutions for parents yang nak cari barang² untuk anak. Macam produk dan jenama pilihan. Antaranya mainan, alat tulis, hadiah, keperluan bayi dan kanak² dan juga pakaian. Kalau nak cari costume, boleh cari kat sini.


Ada juga disediakan aktiviti seni dan kraf. Kalau nak anak berkreativiti, boleh masuk kedai nih. 

Relaxation & Leisure


Haaaa...ni mesti mak² suka kan. Dah penat shopping dan sementara tunggu anak² bersukaria dalam My Kingdom Playground tu. Mak² boleh bersuka ria dengan memanjakan diri. Antara perkhidmatan yang terdapat di The Parenthood...saloon, rawatan muka, manicure and pedicure. Gym pon ada tau. 


Kalau anda bercadang nak buat Birthday Party untuk anak², di The Parenthood ada disediakan perkhidmatan ni. Ada party room yang boleh memuatkan sehingga 40 kanak².


Untuk Breastfeeding Mom, jangan risau. Kumudahan untuk anda sudah tersedia. Ada bilik untuk ibu² menyusukan anak dan juga tukar diaper anak. Selesa dan bersih. Bukan tu jer tau, ada Breastpump dan juga warmer. Sabun juga sudah siap tersedia. Kalau ibu² menyusu nak shopping kat dalam The Parenthood dan Sunway Putra Mall, sila terjah sini kalau anak dah nangis² minta disusukan yerp.



Tak dapat gi London, fefeeling London pon boleh. Thanks The Parenthood for having us. Memang enjoy anak² dapat gi sini. Siap ajak datang lagi tu. Disini saya share kan skali harga untuk masuk My Kingdom Playground di The Parenthood:

Admission Rate (1 Tahun ke atas)

Weekday: RM35.00
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM45.00

Drop and Shop Hourly Rate (4 Tahun ke atas)

Weekday: RM40
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM50.00

Package Price - 5 Entrance (Buy 4 Free 1)

Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM180.00

Kalau uolls nak tau, 5th December 2015 ni merupakan pembukaan rasmi The Parenthood. Banyak tawaran istimewa untuk barangan yang terdapat kat The Parenthood sempena pembukaan rasmi nanti. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah The Parenthood website:

The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/The-Parenthood
My Kingdom Playground by The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/jepkingdom
The Parenthood Website: http://theparenthood.com.my

Venue

Level 2, Sunway Putra Mall
100, Jalan Putra, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
(Opposite PWTC)

Note: Phewwwww...selesai. Agak frust sebab tak dapat nak selfie dengan blogger² yang bari 1st time jumpa gara² HP sakit...ppffttt...


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malay...

Event | Global Handwashing Day 2015 @ KidZania Kuala Lumpur


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tak aktif dalam mengamalkan tabiat harian membasuh tangan ni. Sempena kempen tahunan Hari Membasuh Tangan Sedunia @ Global Handwashing Day, Lifebuoy ingin membawa perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan pada ibu² diluar sana untuk mengajar anak² mereka langkah² mudah untuk membasuh tangan dengan betul.

Rasanya masih ramai yang tak tau mengenai Global Handwashing Day kan? Meh saya kongsikan info ni:

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji dan mengulangi cara kretif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
  • Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Pada 17 October 2015 baru² ni, saya dan keluarga telah diberi peluang untuk sama² menyambut Global Handwshing Day 2015 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Halim Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia dan Laos, Mr. Rakesh Mohan.


Acara diserikan lagi dengan Choral Speaking dari SK Putrajaya Presint 14 yang merupakan antara seratus sekolah yang terpilih dalam menjayakan ‘Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy’. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan March 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing².

Jom kita cuci tangan bersih² ☺

Yeayyyy...tangan dah bersih dan bebas kuman ☺

Basuhlan tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Jom kita amalkan 7 teknik membasuh tangan yang betul ni:



1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan 
6. Basuh dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan kain bersih



Kita sebagai seorang ibu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat yang baik dalam kehidupan anak². Memperkenalkan tabiat kebersihan tangan melalui sudut pandangan seorang ibu adalah satu kaedah yang berkesan. Tunjukkan demonstrasi mudah untuk mempamerkan pentingnya mencuci tangan dengan sabun semasa mandi, sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan selepas ke tandas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia pada tahun ini, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu² dan keluarga utuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah dan teknik mencuci tangan yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.

Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #LifebuoyGHD2015

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Lifebuoy, boleh layari:


Note: Alhamdulillah...rezeki anak². Dapat jugak gi KidZania. Cuma Iman Hakimi tak dapat join sebab ada Kem Solat. Harap² adalah rezeki dapat gi Legoland atas tiket Blogger ☺


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON ... Make It Pop . Drama bersiri yang dibintangi oleh ahli kumpulan XO-IQ sendiri. Siri muzika...

NICKELODEON | Make It Pop!!!


Memperkenalkan siri baru dari NICKELODEON...Make It Pop. Drama bersiri yang dibintangi oleh ahli kumpulan XO-IQ sendiri. Siri muzikal yang pasti menjadi tarikan baru dikalangan remaja² diluar sana. Tak terkecuali juga pada kanak².

Nak tau tak, menurut penyelidikan yang dikeluarkan oleh Viacom International Media Networks', kajian normal mendapati bahawa kanak² yang berumur antara 9 dan 14 tahun menghilangkan tekanan mereka dengan mendengar muzik dan menonton televisyen. Patutlah anak² saya suka menonton televisyen. Nak melepaskan tekanan rupanya...hehehe...Tapi tetap dibawah pengawasan orang tua. Ada masa tengok TV dan ada masa kena belajar jugak kan.

Wakil dari Viacom International Media Networks dan Edelman

Pada 5 September 2015 yang lepas, saya dan keluarga telah dijemput untuk menghadiri 'Make It Pop' Dance Workshop yang bertempat di Street Nation Dance Studio yang terletak di Bandar Sunway. Peserta² cilik ini diberi tunjuk ajar oleh pengajar tarian yang berpengalaman untuk membuat gerakan tarian seperti didalam rancangan Make It Pop ini. 



Mana Qahirah?? Anak dara tu malu nak berjoget. Tak bagi kerjasama tau haritu. Geram jer rasa. Kat umah bukan main lagi berjoget². Bila dah ramai² tu malu plak dia. Anak LIZIZWA dan yang lain² relax jer menari.


Budak malu nak menari. Tak dapat menari, tapi dapat bergambar dengan dance instructor yang comel ni pon jadi lah. Seronok jer tengok bebudak tu menari. Rasa macam nak menari sama...hahaha...

About 'Make It Pop'

Three unique girls – an aspiring pop diva, a fashionista and a bookworm – come together at school to form their own K-pop-inspired band in Nickelodeon’s newest live-action, daily scripted series, Make It Pop, which premieres in Asia on Monday, 31 August at 5pm (TH/WIB), 6pm (HK/MY/SG), and 6.30pm (PH). Viewers can catch up on episode re-runs on weekends and access additional content such as original music videos, sing-a-long videos, a how to dance video and a quiz game online.


In this new half-hour musical comedy, diva Sun Hi (Megan Lee), fashionista Jodi (Louriza Tronco) and bookworm Corki (Erika Tham) must learn to live together in perfect harmony after they are randomly selected to room together at boarding school. With the help of fellow classmate and aspiring DJ, Caleb (Dale Whibley), the girls grow from roommates to bandmates as their group, XO-IQ, becomes a school-wide sensation and they compete for a place in the upcoming school musical, all while balancing music, grades, relationship and crushes.


Muka happy memasing. Anak² happy, hemak double triple happy nya. 


Tengok goodies bag lagi lah kan. Hemak pon excited menengoknya. Suka invitation yang membabitkan anak² skali nih. Thanks NICKELODEON and Sarah for having us. Enjoy sangat. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.nick-asia.com



Maka terserlah lah kecomelan kami di situ...hahahaha...Tapi kami memang comel. Kenal tak siapa ni? Alaaaaa...Mama triple SI yang pandai...

Bila Si Petite Bersama Si Petite Bergambar....


Maka terserlah lah kecomelan kami di situ...hahahaha...Tapi kami memang comel. Kenal tak siapa ni? Alaaaaa...Mama triple SI yang pandai posing tu. Pastu kan, sedondon jer satu family. Memang boleh kenal dari jauh lah kalau nengok baju sama kaler jer...hehehe...

Finally...lepas asyik bersapa di alam maya ni, akhirnya dapat jugak bertentang mata dengan Nurul Izwa [Bicara Hati Ini] di alam nyata ni. Ko tengok lah tu...bukan main lebar aku senyum sampai muka aku nampak tembam. Excited gamaknya khenn. 

Kitorang gi event yang sama. Alaaaa...event The SpongeBob Movie tu. Rezeki Izwa and family. Nice meeting you and family babe. Kalau ada event lagi aku soh dorang masukkan nama ko skali ☺

Note: Orang kata, bila tak der idea nak citer apa, tengok jer lah gambar dalam HP tu. Dari gambar lah kita boleh bercerita. Maka terhasil lah entry ni ☺

  

Are you ready kids "Aye Aye Captain" I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN" Ohh...Who lives in a pineapple under...

Movie Review | The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D


Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"

Lagu pon dah layan. Tapi sampi tu jer lah hafalnya...hahaha...Siapa yang tak kenal dengan cartoon SpongeBob SquarePants kan. Every weekend memang anak² akan tengok citer nih termasuklah mak budak ni skali. Even citer berulang pon tetap setia menonton ko. Tak bosan cartoon nya. Sabtu baru² ni aku and family telah dijemput oleh NICKELODEON untuk exclusive preview screening The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D di TGV Cinemas, Sunway Pyramid. Thanks to Nickelodeon and Anusha @ Edelman ☺


Excited jangan cakap lah. Bila bagitau anak² yang kita semua akan tengok filem SpongeBob, memasing dah tak sabar. Siap ucap ‘Terima Kasih Ibu sebab bawak tengok citer SpongeBob”…Alololo…so sweet tau. Ini pengalaman pertama untuk Qahirah dan Qhalif. Kesian kan sebab baru nak bawak nengok wayang. Risau jugak kalau takut ker kan sebab gelap dalam tu. Alhamdulillah…anak ok jer dok dalam panggung wayang.


Ada macam² aktiviti sebelum tayangan bermula. Yang ni aku terlepas pandang. Sebab sampai agak lewat. Acara dorang buat kat dalam panggung wayang. Masuk² jer tengok tengah umumkan nama2 peserta yang dapat bergambar dengan mascot Invincibubble @ SpongeBob. Nak jugak bergambar tapi anak² tak nak. Kusyuk jer nengok mascot tu. Ok….tak nak bebel panjang². Meh baca sinopsis mengenai The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water ☺


The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D | Siapa yang tak kenal dengan Plankton kan. Si kecil yang berwarna hijau yang juga pemilik Chum Bucket. Misinya ada lah untuk mencuri resipi rahsia Krabby Patty dari saingan perniagaan nya iaitu Mr. Krabs, pemilik Krustry Krab.

Di Bandar dasar laut di Bikini Bottom, Krusty Krab telah diserang oleh Plankton dengan makanan2 gergasi yang tujuannya tuntuk mencuri formula. Dalam masa yang sama, Plankton menggunakan dirinya sebagai umpan. Tapi…Plankton yang menjadi umpan itu hanya sebuah robot untuk mengaburi mata Mr. Krabs. Plankton yang sebenar sedang meyusup masuk ke dalam bilik kebal Mr. Krab untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty. Malangnya…SpongBob sempat menangkap Plankton yang sedang mencuri formula tu. Berlaku lah perebutan dan pergelutan antara Plankton dan SpongeBob.

Tetapi….haaaaaa…Formula tu hilang secara tiba². Di sinilah bermulanya hura hara di Bikini Botton. Bekalan Krabby Patty dah habis. Formula rahsia dah hilang. Tanpa formula rahsia, SpongeBob tak boleh nak buat Krabby Patties. Pelanggan dan jadi kemaruk dan merusuh sebab tak dapat makan Krabby Patty dan mereka mula menyalahkan Plankton kerana mencuri formula rahsia yang sebenarnya hilang secara tiba2. Hanya SpongeBon yang percaya Plankton tak bersalah.

Maka bermulalah kerjasama antara Plankton dan SpongeBob untuk mencari kembali formula rahsia yang hilang tiba2. Mereka mencipta mesin masa yang boleh membawa mereka kepada masa sebelum formula rahsia tu hilang. Bermulalah perjalanan mereka merentas masa. Tapi bukan masa sebelum tu, perjalanan mereka jaun ke masa depan si mana mereka bertemu dengan Bubbles, Ikan lumba² yang ajaib yang tugasnya menyelia kosmos. Akhirnya mereka Berjaya mendapatkan semula formula, tapi formula tu adalah palsu.

Haaaaa…Mana perginya formula rahsia tu? Macam mana SpongeBob SquarePants, Patrick Star, Squidward Tentacles, Mr. Krabs dan juga Sandy Cheeks boleh sampai ke daratan sedangkan mereka tak boleh hidup tanpa air kecuali Sancy Ckeeks. Siapa Burger-Bread the Pirate? Kalau nak tau kesudahan citer ni, silalah ke panggung wayang yang berdekatan yerp. Overall citer ni memang best. Bebudak pon enjoy. Termasuklah makpak budak jugak. 

The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D ini akan akan memulakan tayangannya pada 5 March 2015. Untuk movie trailer, boleh tengok kat [SINI]. Untuk info filem, boleh tengok kat [SINI]. Kalau nak tau pasal rancangan² di NICKELODEON, boleh terjah [FB Nickelodeon].


Note: 1st time buat movire review. Selalu buat product review jer ☺

TERIMA KASIH BANYAK² diatas UCAPAN dan DOA sempena HARI TAMBAH USIA @ HARI LAHIR last week. Iols is sangat terharu membaca komen², uc...

UCAPAN dan DOA | TERIMA KASIH SAHABAT!!!


TERIMA KASIH BANYAK² diatas UCAPAN dan DOA sempena HARI TAMBAH USIA @ HARI LAHIR last week. Iols is sangat terharu membaca komen², ucapan² dan doa² dari sahabat² semua.




Ucapan² dan doa² yang diterima dari FB, IG dan juga [BLOG]. Rasa macam nak polok sorang² *yg perempuan saja yerp. Hanya mampu Amin kan doa² tersebut, Rasa baruntung dapat berkenalan dan bersahabat dengan kamu semua. WALAU JAUH DIMATA. WALAU TAK PERNAH BERSUA MUKA. TETAPI TERASA DEKAT DIHATI INI. 

Note: How time flies. Sekejap jer dah 19 Ramadhan. Lagi 2 minggu dah nak raya. Kuih raya ntah bila lah nak start buat nih...haihhhhh...




Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE... Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat pac...

MAMEE MONSTER!!!

Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE...


Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat packaging mamee jer. Ini dapat package lagi uols. Dapat jumpa secara live dan dapat bergambar skali. Nasib sempat sebab munculnya tak lama. Kejap jer. 

Untuk si Petak Bunga yang bertanya. Ini lah gambar iols dengan Monster Blue Mamee ☺☺

Note: Blur...blur nak update entry dan blur nak mengarang ayat. Dateline 3 hari jer lagi nih...ppfftttt...



Cer cari...cer cari...hehehe... Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muk...

Mamee Chef Day Out | Teaser

Cer cari...cer cari...hehehe...

Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. Layan gambar dulu lah erk. Tak dapat nak bergambar dengan blogger² yang lain sebab bateri HP dah habis nyawa. Camera tak bawak. Harapkan samsebg TAB ku ittew her lah.

Siapa yang tak kenal dengan blogger cun ni kan. Nice meeting you Namee Roslan. Memang cantik and sweet jer orangnya ☺

Dengan blogger si tinggi lampai, Ema Johari @ Emarieys. Bertemu juga akhirnya even berlainan group and bas. Thanks sebab tegur kita dulu. Sorry sangat sebab memang tak perasan langsung tau. Nice meeting you Ema.

Dari alam maya ke alam nyata pula. Nice meeting you Jueliza @ MamaJue PapaMimi

Kawan baru, Rina @ Cindyrina  and Azza @ Embunpena. Nice meeting both of you.

Last but not least. Yang ni bukan blogger yerp. Tapi orang kuat MAMEE, Datuk Pang ☺

Tunggu entry penuh nanti. Jenuh lah haku nak menyusun gambar dan membina ayat. Dateline sampai minggu ni jewr. 

Note: Lewat up entry. Busy harini. Ok bye!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...