posted from Bloggeroid
Hari ini, 7 July 2013 bersamaan 28 Syaaban 1434. Bertambah lagi usia ku. Selamat tambah umur buat diri sendiri. Yang ke berapa? Ok lah...tak nak rahsia² lagi lah.
7 JULY 1979 - 7 JULY 2013
Silalah kira sendiri...hehehe...Amacam...gambar dalam tu nampak macam usia sebenar tak? ☺☺☺. Kalau ada yang aku bahasakan kakak even usia lebih kurang jer, maaf lah yer. Tapi kalau adik² yang membahasakan kakak kat aku, mak suka noks. Nampak muda remaja gitu....ahaks..Tapi kalau setakat beza umur 2-3 tahun tu nak panggil daku kakak, tak payahlah. Aku kan ferasan muda.
Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat. in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.
Note: Alhamdulillah...dalam usia skarang ni, aku sudah punya 3 anak. Doaku sentiasa mengiringi sahabat² yang masih belum merasa nikmat itu. In shaa allah...masa itu akan tiba juga nanti. Yang pentiing jangan putus untuk berdoa dan jangan putus asa.
Sanah Helwa yang bermaksud Selamat Hari Lahir ^_^
Ada iras FBI ker
Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Sanah Helwa...buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman bergurau senda, teman bermandi...opsss.., teman bermanja, SUAMI dan juga teman sehidup semati *in shaa allah kalau dengan izinNYA.
Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat. Semoga impian nak memiliki sebuah Superbike idaman satu hari nanti menjadi kenyataan.
Silalah pilih salah satu yer Birthday Boy...hehehe...Hadiah istimewa dah pon awak terima...anak² sebagai pengikat kasih sayang. Selain dari kasih sayang yang saya curahkan dan kesetian. Semoga ianya tidak berpaling tadah *in shaa allah kalau dengan izinNYA juga.
Note: Hari ni mak jemah cuti ^_^
Weekend aritu dapat birthday invitation dari my good friend ELY. Perkenalan yang bermula dari forum Susuibu.com...melarat sampai ke blog, seterusnya dialam reliti. Persahabatan yang masih kekal hingga hari nih. Dan semoga ianya kekal sampai bila² yer ELY ☺☺.
Birthday party untuk birthday boy SAMIUL MALEEK 5 Tahun dan juga untuk birthday girl SUCISONIA MARYAM 1 Tahun. Sedap dan unik kan nama anak dara ely nih. Acara bermula pukul 4.00 pm. Tahun ni pecah rekod sebab kami orang pertama yang sampai. Kalau tak tu selalu jadi tetamu terakhir. Tuan rumah plak keluar gi amik kek ngan birthday girl. Jadinya kami dilayan oleh bapa dan bapa mertua/mak mertua ely yang peramah tu. Sebelum acara bermula dan tetamu bakal membanjiri rumah, meh kita posing dulu
Qhalif dan belon...tak dapat dipisahkan. Naik juling bijik mata tu nengok belon ye nak ^_^
Qahirah dan Maksu...sama² comel ^_^
Ibu dan budak botak. Comel tak kami...comel kan...ahaks...
Kali ni birthday party buat kat rumah baru ely di Bandar Kinrara, Puchong. Cantik dan beso rumah ko nok. Paling suka tengok dapur. Aku hanya boleh verangan jer lah nak dapat umah macam nih...huhuhu...Ok, sambung citer. Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat. Pastu baru acara makan² bermula. Makanan pon suma sedap² #akukankuatmakan. Bila tetamu makin ramai, baru acara potong kek dimulakan. Tak sempat nak snap gambar. Dah kelam kabut dengan anak².
Anak² yang tak ready. Mommy suci and ibu qhalif yg over kan...hehehe...
Last but not least, puan rumah dengan tetamunya plak posing. Thank you so much buat ely and family for the birthday invitation. Kenyang perut kitorang dijamu dengan makanan dan kek yang sedap. Lama sangat tak jumpa si ely nih. Nanti kita dating lagi erk. Bley bercerita panjang.
Untuk SAMIUL MALEEK dan SUCISONIA MARYAM...Happy Birthday to both of you. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah, ditetapkan iman, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan smoga membesar sebagai anak yang bijak pandai.
Note: Erkkkk...banyak pulak gambar puan punya blog ni. Sekali sekala over expose kan, apa salahnya ☺
Extra Note: Line tenet macam siput khinzir, loading panjang bebenor...arghhhh...
♪♫♪ Happy 1st Birthday Iman Qhalif ♪♫♪
♪♫ Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Iman Qhalif
Allah selamatkan kamu ♪♫
Setahun yang lepas, tepat pukul 9.00 pagi @ 12 april 2012...baby seberat 3.2 kg selamat di lahirkan. UNEXPECTED BABY. kenapa? Sebab aku tak tahu kewujudan baby kecik ni dalam perut sehinggalah usia kandungan nak masuk 5 bulan. Boleh baca DISINI. Ya! ALLAH...speechless kejap. Dengan tak makan ubat/vitamin, berlari, naik tangga turun tangga dukung anak. ALhamdulillah...semangat baby ni kuat. Membesar dengan sihat, sempurna dan cukup sifat.
Hari ni...Iman Qhalif Bin Husaini genap setahun. How time flies. Masih terbayang² saat kelahiran mu sayang. Cukup mudah dan senang. Tak sampai satu jam dan dengan hanya sekali teran....Lahirlah Iman Qhalif.
Doa ibu dan abah...semoga iman qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman...yang soleh. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...
Alhamdulillah...genap setahun Qhalif mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya. Syukur sangat² sebab urusan penyusuan dipermudahkan olehNYA. Even tak der stok susu, hasil susu tetap meriah untuk bekalan harian. Hari² Qhalif dapat susu fresh dari ladang ^_^. Ini bermakna aku sudah berjaya melepasi tahap setahun...kiranya dah dapat Ijazah dalam breastfeeding. Skang ni tengah kejar PHD in breastfeeding plak...hehehe...Semoga impian menjadi kenyataan...In shaa allah.
Pagi ni buat surprise untuk Qhalif. Beli Cup cake kecik jer. Bangun tido jer pagi tadi terus nyanyikan lagu Happy birthday untuk birthday boy nih. Terpinga² jap ^_^. Sibuk nak pegang lilin tu. Nanti kita celebrate yer sayang.
Note: Sedih bila baca entry ni. Terbayang saat² mengandungkan qhalif. Betapa aku stress. Bermacam² dugaan. Alhamdulillah...Allah beri kekuatan yang luar biasa buat aku.
14 January 2013...genap usia mak 74 tahun. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...mak ku yang tersayang. Semoga mak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Happy² selalu yer mak. Terima kasih atas Kasih Sayang mak selama nih. Orang sayang mak ketat².
Alhamdulillah...mak saya tiada sebarang penyakit. Kecuali sakit lutut. Dan cuma baru² ni mak di serang darah tinggi. Hairan juga...macam mana mak boleh ada darah tinggi sebab sebelum ni pernah buat check-up, tiada sebarang penyakit. Hurmmmmm...mak stress ker?.Doa ku semoga darah tinggi mak tak serious dan segera hilang.
Note: Hari ni agak busy. Melawat show unit. Ketibas dibuatnya. Sambil berangan 'bestnya kalau dapat rumah macam nih' #Tangandidadamatakeatas.
Tarikh 25 September 2010. Tarikh keramat yang takkan boleh dilupakan sampai bila². Masih segar dalam ingatan betapa sakitnya menahan kesakitan nak bersalin. Ibarat nyawa dihujung tanduk. Alhamdulillah...Tepat jam 9.56 pm, lahirlah seorang puteri yang diberi nama QAHIRAH BINTI HUSAINI. Kelahiran yang dinanti selepas 3 tahun usia Abang Iman Hakimi. Syukur padaMU kerana dikurniakan anak yang sihat sempurna,
Hari ni, 25 Septenber 2012, genaplah 2 Tahun usia anak dara tercinta. Betapa cepat masa berlalu kan.
♪♫ Selamat Hari Lahir QAHIRAH ♪♫
Saya dah 2 Tahun >_<
Untuk my dear princess Qahirah Bt
Husaini. Apa yang ibu dan abah harapkan semoga qahirah membesar sebagai
anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih
tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di beri akal fikiran yang bijak,
menjadi kakak yang baik, di panjangkan
usia, di murahkan rezeki dan di berkati dunia akhirat...AMIN...
Ibu, Abah, Abang Iman dan Adik Qhalif Love you so much...mmuuuaaaahhhhhhh...
Alhamdulillah...7 julai 2011 bersamaan dengan 17 sya'ban 1433, bertambahlah satu lagi angka. Yang ke berapa? Yang ker Tiga Puluh ????...teka sendiri...hahahahaha...
Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas dimuka bumi ini. Semoga dipanjangkan usia, di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik untuk mencari rezeki di samping menjaga suami dan anak². Semoga di berkati hidup dunia dan akhirat. Di beri kekuatan dan semangat yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dariMU dan di beri nikmat untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga. Syukur pada mu ya ALLAH ^_^
Note: Masih mengharap keajaiban dariNYA.
"On this day, we were given the most precious GIFT
The GIFT that we made from LOVE
Five years have past and
we're still loving this GIFT till the end of our life"
Pejam celik...pejam celik...kejap jer dah 5 tahun usia anak bujang nih. Tarikh 1 Julai 2007...masih segar dalam ingatan sakit nak melahirkan. Mana bley lupa sakit nak beranak kan even anak dah berderet.
4 Tahun
5 Tahun
♪♫♪ Happy 5th Birthday Iman Hakimi ♪♫♪
Doa Ibu dan Abah semoga Iman Hakimi menjadi anak yang soleh lagi bijaksana, mendengar kata ibu dan abah, di kurniakan kesihatan yang baik, menjadi abang yang baik untuk adik², di panjangkan usia dan di murahkan rezeki...AMIN...
Ibu, Abah and Adik Love you so much...mmuahhhhhhh...
Note: Celebrate anak beranak jer. Alhamdulillah...sejak skolah PASTI nih kimi dah boleh baca surah² dlm solat. Sebab kat skolah kena solat.
Aktiviti hujung minggu aritu. Dapat jemputan dari ely. Kenal dari forum Susuibu.com pastu melarat sampai ker blog. Dan persahabatan tu kekal sampai skang. Perhubungan dari alam maya, terus bersua ke alam realiti. Thanks ely sebab buat entry pasal Tetamu Malam ko ni ha.
Acara start pukul 2.00 pm sampai pukul 6.00 pm. Tapi di sebabkan si dia ada misi mencari barang, maka lewatlah aku sampai rumah ely. Dalam pukul 9.00 pm baru sampai. Tak dapat nak bersua dengan Liz. Ni pon member forum gak nih, tepi belum pernah jumpa lagi. Insya'allah ada rezeki kita jumpa yer liz.
Ni antara gambar² masa birthday party. Amik dari blog liz, sebab aku orang terakhir kan...halal yer liz ☺☺
Sammy's...start dari setahun sampai lah 4 tahun. Cantik kan.
Antara makanan yang di sediakan. Yang best ada chocolate fountain lagi tau. Tapi aku tak dapat merasa sebab chocolate dah keras. Kalau sesapa nak sewa bley contact ely atau bley terjah blog Pack Me Love
Rainbow cake yang sangat sedap. Dapat gak merasa. Anak² pon suka.
Sand art activity. Si iman tak main pon sebab dia sibuk nak main benda lain.
Surprised...hehehehe...bocor sudah rahsiaku. Acara laga² perut.
Sedang melayan bread puding liz yang sedap. Sanggup ely simpankan sket untuk aku. Sayang ko nok. Masa ni anak dara baru baik demam. Nasib tak meragam sangat. Buat hal sendiri jer.
Thanks ely sebab sudi jemput dan layan kitorang walaupon dah malam. Jangan jemu jemput lagi tau, sah² kitorang tetamu yang terakhir lagi...ekekekekeke...mekasih lagi sebab ko tapaukan rainbow cake tu. Siyes sedap sebab bagi tekak aku nih kek tu sedang² elok manisnya. Si iman ngan qahirah pon suka. Next tunggu ko nyer housewarming party plak ☺☺
Untuk Sammy Boy, ♪♫ Happy 4th Birthday to you ♪♫. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti.
Alhamdulillah...semalam 25 September 2011, genaplah usia anak dara tercinta, Qahirah Bt Husaini. How time flies, kejap betul rasanya. Rasa baru jer aku bersalinkan qahirah. Pejam celik...pejam celik...dah setahun.
Kelahiran yang di permudahkan olehNYA. Memang senang...syukur sangat². Tak der epidural, tak der ubat tahan sakit dan ubat² yang sewaktu dengannya. Just natural delivery. Macam supermak plak rasanya...ekekekekeke...
Untuk my dear princess Qahirah Bt Husaini. Apa yang ibu dan abah harapkan semoga qahirah membesar sebagai anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di beri akal fikiran yang bijak, menjadi kakak yang baik untuk adik² yang akan datang, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati dunia akhirat...AMIN...
Ibu, Abah and Abang Iman Love you so much...mmuuuaaaahhhhhhh...
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan A.F.I.Z.A.H
Allah selamatkan kamu
Tak der orang nak nyanyi kan lagu birthday, nyanyi sendiri jerlah...hehehehe...
Alhamdulillah...hari nih 7 julai 2011 bersamaan dengan 5 sya'ban 1432, bertambahlah satu lagi angka. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas di bumi nih. Di beri kesihatan yang baik untuk mencari rezeki di samping menjaga suami dan anak². Di beri kekuatan dan semangat yang tinggi untuk menghadapi cabaran dan dugaan dariMU dan di beri nikmat untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga. Syukur pada mu ya ALLAH ^_^
"On this day, we were given the most precious GIFT
The GIFT that we made from LOVE
Four years have past and
we're still loving this GIFT till the end of our life"
4 TAHUN ☺☺
♪♫♪ Happy 4th Birthday Iman Hakimi ♪♫♪
Doa Ibu dan Abah semoga Iman Hakimi menjadi anak yang soleh, mendengar kata ibu dan abah, di kurniakan kesihatan yang baik, menjadi abang yang baik untuk adik², di panjangkan usia dan di murahkan rezeki...AMIN...
Ibu, Abah and Adik Love you so much...mmuahhhhhhh...
Happy Birthday to you my partner...my best friend and my HUSBAND. Semoga murah rezeki, di beri kesihatan yang baik dan semoga hidup di berkati dunia akhirat.
Sayang nak yang mana? Malam jumaat kan, anak², sila tido awal....muahahahahahaha....
Once again...♪♫♪ Happy Birthday to you THE KING OF OUR HEART ♫♪♫...We Love You ☺☺