Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam moo...

Selamat Tambah Umur HUSBAND

Selamat Tambah Umur Husband HUSAINI MOHD TAIB. Tak lama lagi nak masuk 4 series dah. Sebelum ni rajin jugak buat kek. Tapi lately macam mood baking merudum. Sorry husband. Tak ada hadiah yang special kecuali hadiah anak-anak yang 4 orang tu jer. Selain dari ucapan pukul dua belas lebih tengah malam tadi. Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 


Doa isterimu ini... Semoga dikurniakan Iman yang sempurna. Semakin disayang Allah dan menyayangi Allah. Dilimpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang berpanjangan dan dijauhkan dari mara bahaya yang tak diingini.... Aamiin... 

#abahanakempat

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ABAH!!! We LOVE you so much.

Note: Mereput lagi kat umah cuti nih. Orang tu kena standby... huhuhu... 


14 January 2017... Genaplah usia Puan Salbiah Binti Abd Rashid 78 tahun. Ini lah birthday girl nya... Selamat Hari Lahir Mak ku sayan...

Selamat Hari Lahir MAK!!!

14 January 2017... Genaplah usia Puan Salbiah Binti Abd Rashid 78 tahun.


Ini lah birthday girl nya... Selamat Hari Lahir Mak ku sayang. Dah 78 usia mak. Alhamdulillah... masih bertenaga lagi. Cuma tak boleh nak masak dah sebab tak berapa nak kuat kalau berdiri lama. Berat badan mak turun mendadak since beberapa tahun lepas. Tak tahu kenapa. Sebelum ni mak kita berisi tau. Sekarang dah kurus... huhuhu... Makan banyak pon berat tak boleh nak naik dah.

Sejak dah tak sihat nih, duduk rumah jer lah. Dulu mak active join group marhaban. Ada jer jemputan setiap minggu. Macam-macam buah tangan lah bawak balik. Baju marhaban berpasang-pasang. Cantik-cantik pulak tu.. hehehe... Solat terawih tak tinggal. Habis terawih masuk tadarus pulak. Mak ada jugak mengajar kawan dia mengaji. Cuma sejak sakit ni semua berubah. Dah tak boleh nak active macam dulu. 

Sedih jugak lah tengok keadaan mak macam tu. Apa pon syukur sebab mak masih boleh uruskan diri dia sendiri. Just small celebration untuk birthday girl sabtu haritu. Di usia 78 tahun dengan kehadiran 26 cucu dan 3 cicit. Lagi 2 cicit still dalam perut lagi... ngeeee... Untuk mak, semoga mak dilimpahi kesihatan yang berpanjangan serta diberkati kehidupan didunia dan diakhirat. I love you so much Mak 

Note: Rindu nak rasa masakan mak. Since mak sakit dah lama mak tak masak sebab kudrat dah tak kuat :-(



25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan tem...

3 + 3 = 6 TAHUN!!!


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We 👨 Abah, 👩 Ibu, 👦 Abang Kimi, 👶 Adik Harraz dan 👦 Adik Qhalif LOVE 💖 you so much kakak #Qahirah 👧


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




Woot.. Woot... Today is the day. Althea turns 1 today!! Happy Birthday to you Happy Birthday to you Happy Birthday to you Althe...

Happy Birthday To You | Althea Turns 1!!

Woot.. Woot... Today is the day. Althea turns 1 today!!


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Althea Korea
Happy Birthday to you 

Harini bersamaan dengan 20 Julai 2016 merupakan ulangtahun Althea Korea [https://my.althea.kr] yang pertama. Althea? Siapa Althea ni? Meh nak bagi tau. Althea merupakan website online yang menjual barangan kosmetik dan juga penjagaan diri yang berasal dari Korea. Kalau nak fefeeling dapat barang dari over the sea, bley gi website althea sebab barangan yang terdapat dalam kedai online ni akan di pos direct dari Korea tau.

It's soooo PINK!!

Apa yang best dengan website Althea Korea ni, barangan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan harganya kalau dibeli ketika promotion. Buat kaki² mekup dan juga yang pentingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Anda boleh terjah website Althea Korea ni. Macam² ada. Memang rambang mata dibuatnya sebab kau tak tau nak pilih yang mana. Kalau boleh nak beli semua… hahahaha…


Saya berpeluang shopping kat website Althea Korea baru² ni. Rasa bertuah sebab antara yang terpilih dapat voucher sempena sambutan ulangtahun Althea Korea yang pertama nih. 1st time shopping dengan Althea tu. Meh tengok barang apa yang saya beli:

  1. Nursing Lip Balm RM50.00
  2. Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstic | Selfie Coral & Red RM25.00
  3. Mamonde | Rose Water Multi Soothing Gel RM30.00
  4. Skinfood | Black Sugar Mask RM20.00
  5. Innisfree | Green Tea Mint Fresh Shampoo RM25.00

Bersempena dengan ulangtahun Althea yang berlangsung dari 20 - 31 Julai 2016 ni. Anda berpeluang memenangi hadiah² menarik dan tawaran² yang hebat. Antaranya:


Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit

For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.


Free Goodies for first 1,500 shoppers
Jangan lupa pakai kod ni. Full size beauty products. While stocks last. 


Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account. 


#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information. 

Note: Apalagi... Cepat terjah website Althea ☺☺




Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kalau throwback balik saat² nak melahirkan I...

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi!!!


Alhamdulillah... Genap 9 tahun dah usia anak bujang nih. Dah nak sama tinggi ngan ibu dah. Kalau throwback balik saat² nak melahirkan Iman Hakimi, time ni ibu masih kat hospital. Tengah relax² nak tunggu jalan bukak. The day before dah kluar tanda darah. Tapi ibu relax lagi sebab tak sakit. Tapi esoknya wan dah soh gi hospital. Sampi hospital pagi tu jalan baru bukak 3 cm.

Doctor terus tahan. Sampai lah pukul 8.30 malam jalan hanya bukak 4 cm. Nak tak nak terpaksa induce. Bila dipaksa bersalin ni memang semacam sakitnya. Lebih² lagi bila kembar darah. Memang bisa. Alhamdulillah... awak selamat lahir dengan berat 3.3 kg. 

Selamat Hari Lahir Iman Hakimi Bin Husaini. Doa seorang ibu sudah semestinya inginkan anaknya berjaya didunia dan diakhirat. Smoga membesar sebagai anak yg soleh. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang 💪💪

Ibu 👩, Abah 👨, ‪#‎qahirah‬ 👧, ‪#‎imanqhalif‬ 👦 dan adik ‪#‎ImanHarraz‬ 👶 sayang abg #imanhakimi ketat2 😘😘. Nanti kita celebrate birthday awak yer. Ibu tak sempat nak buat kek lah sayang. Kila beli jer lah sepotong. Ada masa nanti ibu buat kek feveret away yerp. 

Note: Harini ni last day keja. 



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. ...

Selamat Tambah Umur SUAMI!!!



Sebenarnya dah lepas last week 28 April 2016. Tapi nak jugak wish dalam blog. Gedik sangat kau kan.... hahahaha... Asalkan ada entry. Dapat update sehari sekali pon dah ok kan. Buat suami... Smoga panjang umur, dilebatkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan didunia dan akhirat. We 👩👦👧👦👶 💘💗 you 👨


Hadiah buat si dia hanya sebijik kek Japanese Cotton Cheesecake yang dibuat dengan penuh kasih sayang peluk cium bagai. Gigih #emakempatanak. membako. Dengan anak keciknya lagi. Yang mengacau jangan cakap lah. Nak gak nolong buat. Layan kan jer lah. stress #makempatanak ni.

Alhamdulillah...menjadi gak kek nya. 1st time buat. Resepi pon sangatlah simple. Cantik sangat kejadiannya. Rasa apatah lagi...moist, gebu dan sedap. Nanti iols share resepi yerp. 

Note: Orang lelaki ni kalau nak memuji memang payah kan. Tapi kalau makan bertambah tu maknanya sedap lah kan ☺☺



Saat terindah seorang ibu... Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya Saat keterujaan seorang ib...

Qahirah Turns 5 | Alhamdulillah....


Saat terindah seorang ibu...
Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya
Saat keterujaan seorang ibu...
Bila melihat anak didalam kandungannya bergerak aktif dan membesar dengan sihat dan sempurna Saat yang tak boleh dilupakan oleh seorang ibu...
Bila bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan kini berada didepan mata

Alhamdulillah...anak solehah ni genap usianya 5 tahun @ 25 September 2015 haritu. Selamat Hari Lahir kakak Qahirah Binti Husaini. Doa ibu tak lain tak bukan, nak anaknya berjaya didunia dan diakhirat.


Besar dah anak dara ibu nih. Kawan gaduh pon iyer gak. Suka cari pasal ngan ibu tau. Mulut pon macam mak nenek. Sambut kecil² lan jer. Kebetulan masa balik gombak sabtu tu ada buat makan² untuk kawan² makwong (mak long ☺) dan maksu. Jadinya kita tumpang sekali lah majlis tu dengan beli sebijik kek. Kek tu pon sebab ibu yang mengidam nak makan Choc indulgence by SR...hehehe...Puas makan sebab kalau beli satu slice tu memang tak cukup ☺

Ibu, Abah, Abang Iman Hakimi dan Adik Iman Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa.

Note: Jerebu oh! jerebu. Bila nak pulih ni. Tekak dah perit ni hoiii. Mata pon dah pedih.




7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni. Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa....

Happy Birthday To Me ☺☺

7 Julai bersamaan dengan 20 Ramadhan 1436H. Bertambah lagi usia hari ni.


Selamat tambah usia buat diri ini. Yang ke berapa??? Alaaa...nak tau gak ker...hehehe...Yang ke 36 tahun dah. Apa ada pada angka. Yang penting muka tak macam menggambarkan usia yang sebenar. Awet muda gittew kan. Tu untung jadi orang petite ni :-)

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.

Thanks for the message husband. Senyap² hantar message pukul 12.00 pagi tu. Tapi birthday girl dah tido ☺

Note: Wish copy paste jer. Malas nak karang ayat...hahaha...



Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan olehNYA ini. Hari ni genap 8 tahun usian...

Iman Hakimi dah 8 Tahun


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk menjaga dan membesarkan amanah yang telah diberikan olehNYA ini. Hari ni genap 8 tahun usianya. Cepat betul masa berlalu *ayat cliche. Makin besar makin matang dan boleh di harap untuk menolong buat kerja² rumah. 

SELAMAT HARI LAHIR buat IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Doa seorang ibu tak lain tak bukan nak yang terbaik buat anak yang dikasihinya. Smoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan. Di tetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang mendatang. 

Dan smoga saling berkasih sayang sesama adik beradik selamanya. Tak nak gaduh². Saling sayang menyayangi. IBU, ABAH, QAHIRAN dan QHALIF sayang Abg IMAN HAKIMI hingga hujung nyawa. Nanti kita potong kek yerp.

Note: Tak sempat nak buat kek sendiri. Beli jer lah nanti.


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN Y...

Selamat Hari Lahir SUAMII!!


To my TALL, DARK and HANDSOME Husband...SELAMAT HARI LAHIR Abang Sado. SMOGA DIPANJANGKAN UMUR. DIMURAHKAN REZEKI. DIBERI KESIHATAN YANG BAIK. DIKUATKAN IMAN DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN. 


WE LOVE YOU ABAH ☺

Note: Gambar ulang tayang jer. Sebab kami tak suka bergambar. Boleh di kira jer gambar kami laki bini nih. Kesian kan. Tak tau lah kalau dengan orang lain dia jadi kaki suka bergambar.


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫ Fresh from oven Tangisan pertama My name is ...... 12 Apri...

Turns 3 | Selamat Hari Lahir IMAN QHALIF


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫

Fresh from oven

Tangisan pertama


My name is ......





12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2015 = 3 Tahun

SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa ibu dan abah...semoga Iman Qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman lagi soleh. Bijak pandai. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...


Just simple celebration. Beli kek pastu nyanyi lagu happy birrthday. Ini pon dah buat qhalif happy. Ibu tak sempat nak buat kek semalam. Nanti ibu buat pastu kita potong kek hasil air tangan ibu plak yerp. Sedih plak rasanya sebab tak dapat buat kek sendiri untuk birthday anak :-(

Sejak nak tambah umur dan umur dah bertambah ni, perangai pon sedikit berubah. Over sensitive plak anak soleh nih. Asyik nak sentap jer. Kenapa ni dik. Buat ibu geram jer tau. Masih lagi menyusu badan. Ni pon buat ibu geram. Menjadi² plak kuat menyusunya. Bagi adik kang baru tau...erkkk...ekekeke...


Ibu, Abah, Abang kimi dan kakak qahirah sayang qhalif hingga hujung nyawa :-)

Note: Gambar ni akan di ulang tayang untuk birthday yang seterusnya juga...hehehe...


Kek tak cukup hiasan Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa ...

Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade

Kek tak cukup hiasan

Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa teringin nak buat kek untuk harijadi anaknya sendiri. Gigih tak gigih lah kan. Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli butter jer. Balik kerja terus gi cari barang yang tak cukup nak buat kek. Pastu gi beli kek siap² untuk celebrate kat playschool dengan kawan² keesokannya. 

Cube teka mana saya ☺☺

Memalam…tunggu bakal birthday girl tido dulu, barulah si ibu menjalankan projek bakar membakar. Nak surprise katakana. Si anak dara ni plak jenis tido lambat. Sebab kat sekolah dah puas tido. Si cikgu lah citer ni. Nak tergelak aku dengar…”Kak…qahirah kalau tido lama betul. Dari pukul 12.00 pm sampai pukul 4.00 pm. Itu pon kena kejut baru bangun”. Patutlah kat umah ko hari2 tido lewat erk kakak. Pulun tido habis-habisan kat nursery rupanya. Erkkkk…dah nak tersasar plak citer aku nih. Sambungggg…

Pukul 11.00 pm aku start buat kek. Memang aku cari resipi yang simple, mudah dan cepat. Memang terbaik lah sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga dan masa aku dari nak keluarkan mixer dan nak basuh. Dekat pukul 1.00 am siap suma. Tiba masa nak hias...coklat M&M tak cukup sebab dah kena bedal dek anak². Mana yang sempat di selamatkan jer lah. Janji tak nampak kosong kek tu.

Abam yang over

Birthday girl ni tak tau ibu dia dah buatkan kek khas untuk dia. Untung kamu kakak. Birthday Abam Kimi ngan adik Qhalif haritu ibu tak sempat pon buat. Beli jer. Tapi awak...siap beli kek celebrate kat skolah ngan ibu buat lagi. Tak per...next year ibu buat kek setiap kali birthday anak². Tak payah beli² dah,

Bila suma dah ada, Apalagi...kita keluarkan kek lah. SURPRISE!!! Tanjat birthday girl tengok ada kek. Suka lettew kan. Nanti birthday ibu buat macam ni jugak tau...hehehe...Ibu happy bila tengok anak happy. Rasa seronok dan puas hati dapat buat birthday kek untuk anak. 

Erkkkk...aku ingatkan nak kongsikan resipi Choc Moist kek yang simple ni. Tapi macam dah panjang plak entry ni. Kang panjang² sangat uolls bosan plak. Esok lah aku buat entry resepi yerp. Tapi memang senang ☺☺

Note: Rasa macam nak buat kek harini.


25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ...

My Dear Princess QAHIRAH | Happy Birthday to You!!!

25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun


How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ada kalanya menjadi pemanas ibu abah jugak...hehehe...Masih terbayang saat mengandung dan melahirkan kamu nak  *ayat cliche. 

To my dear Princess...my Drama Queen...my strength and my everything. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 4. Semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah. Membesar sebagai anak yang bijak pandai dan sihat tubuh badan. Hormat ibu abah dan juga orang yang lebih tua. Di kuatkan agama dan ditetapkan Iman dan semoga diberkati kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Jadi kakak/adik yang penyayang yer sayang.

Alhamdulillah...banyak perkembangan positive sejak hantar playschool nih. Dan yang buat aku terkejut, qahirah dah hafal doa dhuha dengan maksudnya sekali even sebutannya tak berapa jelas dan pelat² sket. Ya! allah kakak, Ibu dah tua² ni baru lancar baca doa tu kak. Tahun depan tadika harap² dah boleh membaca dan menulis dengan lancar.

Ibu, Abah, Abam Kimi dan juga Adik Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa. Malam nanti kita potong kek yerp. Ibu dah buat kek untuk kakak. Bersengkang mata ibu membakar malam tadi. Sampai kesiangan pagi ni....erkkk...ekekeke...Kek yang di masak dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar nanti, sila buat kek untuk ibu pulak yer.

Note: Kebetulan harini ada sambutan hari lahir kat tadika. Jadinya semalan dah beli siap2 kek hantar kat sana. Ada 2 kek lah kamu kakak. 



Hari ini 7 Julai 2014 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1435. Bertambah lagi usia diri ini ☺☺ Bagi lah peluang bday girl nak selfie...ekekek...

7 Julai - 7 Julai 2014 | Alhamdulillah

Hari ini 7 Julai 2014 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1435. Bertambah lagi usia diri ini ☺☺

Bagi lah peluang bday girl nak selfie...ekekeke...

Birthday yang ke berapa ni? Biarlah rahsia. Cari sendiri lah yerp...hehehe...Apa ada pada angka yang sememangnya tiap² tahun akan naik. Yang penting wajah iols tak menggambarkan sepertia usia sebenar...cewahhhh...iyer ker..hehe..Sekali sekala up diri sendiri. Bukan hari² pon. Bagi chance lah untuk bday girl ☺☺

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.

Note: Bagaimana kau merasa bangga akan dunia yg sementara. Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu. Dunia dipenuhi dengan hiasan semua dan segala yg ada akan kembali padaNya. Bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi...Maafkanlah bila hati. Tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta..



1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun 7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda² darah dah mula keluar dan dah mula mer...

Selamat Hari Lahir IMAN HAKIMI!!!

1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun


7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda² darah dah mula keluar dan dah mula merasa mild contraction. Sampailah malam, contraction dah makin kuat. Tapi jalan masih 3cm...ppfftttt...Pukul 9.00 pm doctor dah bagi ubat verak. Bagi keluar semua. Pukul 10.00 pm seluk baru bukak 5cm. No choice, terpaksa induce. Dipaksa bersalin uols. Sakit jangan cakaplah. Ibarat bertarung nyawa. Minta epidural dah tak boleh. Jadinya kita minta ubat tahan sakit. Tapi tak jalan gak. Sakit bersalin mengatasi segala² nya. Alhamdulillah...Tak sampai satu jam lahirlah seorang khalifah kecil.


SELAMAT HARI LAHIR buat anaknda tercinta IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan, dicekalkan hati dikuatkan iman dan juga berjaya didunia dan diakhirat. Jadi Abang yang terbaik buat Adik² serta hormatlah orang yang lebih tua. ibu sayang IMAN HAKIMI sangat². No words can describe how much I LOVE YOU my dear son. Even kekadang kena marah. You are MY SOUL, MY STRENGTH and MY EVERYTHING. Ingat tu.

Note: How time flies. Touching plak dengan ucapan sendiri :-(




Kek coklat lapis cheese dari air tangan seorang isteri yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan taburan coklat M & M dari hasil ...

Hadiah Dari ISTERI untuk SUAMI



Kek coklat lapis cheese dari air tangan seorang isteri yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan taburan coklat M & M dari hasil tangan anak2. Walaupon rupa tak cantik. Tapi rasa tetap sodap. Practise make perfect gittew. 

Dah beberapa kali buat kek. Tapi untuk birthday kek, ini pertama kali. Gigih aku membaking ko. Pukul 12 tengah malam senin aku bersengkang mata sampai lah dekat pukul 3 pagi. Balik kerja smalam sambung buat lagi untuk hiasan plak. Simple jewr. Pagi ni bawa bekal kek kat office. Kembang vontot gegirl bila kawan² office puji yang kek gegirl sedap...aauuwwww...Rasa macam nak gi baking class jer. Nak tajamkan lagi bakat...cewahhhh...

Macam biasa, aku pakai tepung coklat readymade jewr. Cepat dan simple. Kalau nak resipi, klik jer [SINI]. Jadilah khenn. Kiranya ni hadiah mahal aku untuk somi lah sebab 1st time aku buat birthday kek untuk dia...ahaksss...

Note: Hidung ni dah macam paip bocor. Tekak pon dah start sakit. 


SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BORN DAY, HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWA buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bermanja, tem...

Selamat Hari Lahir SUAMI!!!



SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BORN DAY, HAPPY BIRTHDAY, SANAH HELWA buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bermanja, teman bergurau senda, teman bergaduh dan teman bermasam muka. 


Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan smoga diberkati kehidupan didunia dan akhirat. Hanya KASIH SAYANG  dan KESETIAN hadiah paling berharga yang saya boleh bagi walau dugaan datang bertubi². Dan smoga ianya kekal dan tak berpaling...in shaa allah.

Note: Gigih membaking sampai pukul 2 pagi tadi. 



                          ♫♪♫ HAPPY 2ND BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫ 12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2014 = 2 Tahun Imbas kemba...

IMAN QHALIF Turns 2!!!

                         
♫♪♫ HAPPY 2ND BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫



12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2014 = 2 Tahun

Imbas kembali....
Kesana sini, berlari, naik turun tangga dgn kasut tinggi
dan tanpa sedar sebenarnya diri ini mengandung lagi..
5 bulan berlalu pergi, baru disedari kewujudan baby didalam perut ini..
Alhamdulillah...baby sihat, cukup sifat dan kuat semangat
walaupon tak dapat vitamin diawal kemunculan
9 bulan membawa perut, tiba masa untuk keluar dari perut..
Perut mengeras non stop, bukaan dah 6 cm @ 8.30am ketika diseluk...
Doctor dan nurse jadi kelam kabut sampai barang2 habis jatuh..
Alhamdulillah...proses kelahiran yang cukup mudah dan pantas
Tanpa epidural dan ubat tahan sakit...
Lahirlah khalifah dan amanah yg besar untuk dibimbing dgn berat 3.2 kg

SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa ibu dan abah...semoga iman qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman...yang soleh. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...

Ibu, Abah, Abang kimi dan kakak qahirah sayang qhalif ketat2 :-)


Alhamdulillah...aku dapat PHD dalam breastfeeding sebab berjaya susukan Iman Qhalif sampai 2 tahun. Yeayyyyy...dan sampai saat ini Qhalif masih breastfeed. Tak tau macam mana nak weaning-off ni. Saat yang paling menyedihkan buat ibu² yang breastfeed anak² mereka. Betul kan. Nak paksa berhenti, memang kesian sangat². Jadinya...kita biar qhalif berhenti menyusu dengan sendirinya yerp.

Simple celebration jer kat umah wan. Beli kek, pastu berkumpul sepupu sepapat yang kebetulan ada 2 orang masa tu. Tengok lah...muka selamba jer dia..hehehe... 

Note: Lemau jer rasa bila lama cuti ni. 


14 January 2014...genap usia mak 75 tahun. Ya! allah...boleh aku terlupa. Maaf mak. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...ma...

MAK...Selamat Hari Lahir!!!


14 January 2014...genap usia mak 75 tahun. Ya! allah...boleh aku terlupa. Maaf mak. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...mak ku yang tersayang. Semoga mak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. 

Mak...suatu masa dulu

Mak...yang sekarang

Banyak bezanya. Mak dah kurus...kurus sangat. Sedih bila tengok keadaan mak macam ni. Semuanya bermula last year. 'Sakit Misteri' tiba² menyerang mak. Sakit yang membuatkan mak makin kurus. Tak per mak...setiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya dan setiap perbuatan, pasti akan ada balasannya.

Mak...Terima kasih sebab melahirkan saya. Terima kasih atas setiap titik SUSU IBU yang mak berikan. Dalam adik beradik, saya yang paling lama menyusu kan. Terima kasih atas Kasih Sayang mak selama nih. Doa saya tak putus untuk mak. Al-fatihah untuk mak hari² saya hantarkan. Saya sayang mak ketat².

Note: Touching plak dengan entry sendiri. Baru lepas tipon mak. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...