AFB Feeds

Showing posts with label Big Bad Wolf Book Sale. Show all posts
Showing posts with label Big Bad Wolf Book Sale. Show all posts

Perhatian... perhatian... Serigala buruk yang besar kembali menyerang dalam masa terdekat nih woihhh...

The Big Bad Wolf 2016 | Save The Date

Perhatian... perhatian... Serigala buruk yang besar kembali menyerang dalam masa terdekat nih woihhhh!!! Dah dekat sangat ni. Korang dah bersedia ker belum???


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2016
Date: 9 - 19 December 2016
Time: 7.00 am (9 Dec 16) - 9.00 pm (19 Dec 16)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

Sila ingat tarikh ni yerp. Alaaaaa... harini dah Rabu. Lagi sehari lebih jer ni. Tapi kalau tak silap harini dah start preview. Mana yang dapat pass tu dah boleh memborong buku harini. Bestnyaaaaa!!! Aku kalau sale buku ni memang tak tentu arah dibuatnya. Dah banyak jugak membeli buku untuk anak-anak. Buku untuk diri sendiri pon tak banyak macam buku anak-anak. Dulu rajin beli novel. Sekarang ni dah pencen dari membeli novel. Banyak beli buku motivasi jer. Dah insof gittew. Ok... Apa yang best nya kali nih?


Sound Book... Murah tu. Harga dari ratus-ratus turun jadi harga RM28.00 jer. Berbaloi-baloi ni kalau beli. Ada macam-macam character cartoon. Kau pilih jer. Rasa macam nak cari yang Star Wars ni lah. 


Alahaiiiii... Murah giler tu. Nak beli map nih. Nak beli times tables. Erkkkk.. Nak beli semua yang tiga ringgit nih lah.


Nah... Buat mereka-mereka yang addicted dengan mewarna. Ni ada jual buku warna. Murah pulak tu. Kau ingat budak kecik jer suka mewarna. Yang dah besar dan beranak pinak ni pon suka tau. Tapi bukan aku lah. Kawan aku ada yang suka main kaler-kaler nih. Cantik pulak tu. Memang dia seorang yang tabah dan gigih mewarna. Perlukan kesabaran woihhh especially nak kaler kat bahagian yang kecik-kecik dan halus-halus tu. Korang boleh terjah IG dia ni @elyhasrul kalau nak tengok hasil dia mewarna 😊😊

Korang terjah jer lah [SINI] dengan [SINI] kalau nak tau buku apa yang ada. Buku dari penulis mana. Buku paling murah. Semua ada dalam tu. Rasa macam nak pergi. Tapi tu lah... Nak kena buat pembentangan budget sebab tahun depat anak-anak-anak nak sekolah. Banyak nak pakai duit ni woihhh. Tak boleh membeli suka suki. Selamat membeli belah lah buat korang yang terjah The Big Bad Wolf ni yer. 

Note: Sepanjang penganjuran BBW ni. Pernah 2 kali pergi. Memang best dan berbaloi. 





Ada yang tak tau lagi ker? Ni nak bagitau. Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2015 Date: 4 ...

The Big Bad Wolf Book Sale 2015 | Serigala Buruk Yang Besar Kembali Lagi!!!

Ada yang tak tau lagi ker? Ni nak bagitau.


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2015
Date: 4 - 14 December 2015
Time: 7.00 am (4 Dec 15) - 12.00 mid night (14 Dec 15)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

Buat ulat² buku, pencinta² buku, pengumpul² buku...LADIES and GENTS, BOYS and GIRLS, MOMMYS and DADDYS, BIG BAD WOLF 2015 kembali lagi. Sebelum nak shoping sakan buku² kat BBW ni, jangan lupa asingkan dulu duit untuk kelengkapan persekolahan anak² yerp. Penting tu. Kang over budget plak.

Buat peminat Harry Potter

Untuk anak²

Memang tak rugi pergi sebab memang terlajak murah. Macam² buku ada. Kalau cuti banyak lagi, bley gi weekday. kalau gi weekend memang ramai umat manusia dalam tu. Buku yang beli masa BBW dulu pon tak habis baca lagi...hahaha... 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik [SINI] dan [SINI]. Jangan lupa tarikh tu tau. Rugi kalau tak pergi ☺

Note: Harini ni last day skolah. Jalan pon dah start lengang. Memang best sangat 


Event : The Big Bad Wolf Book Sale 2012 Date : 5-16 December 2014 Time : 7.00 am (5 Dec 14)...

The Big Bad Wolf Book Sale 2014 | Wolf is coming BACK!!


Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012
Date: 5-16 December 2014
Time: 7.00 am (5 Dec 14) - 9.00 pm (16 Dec 14)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

LADIES and GENTS, BOYS and GIRLS, MOMMYS and DADDYS...please mark your calendar. SERIGALA BURUK YANG BESAR @ THE BIG BAD WOLF datang lagi menyerang lagi. Minggu ni gaji kan? Sila asingkan duit buku siap². Tak lupa juga duit perbelanjaan persekolahan anak² yerp...hehehe...

Apa yang aku boleh cakap, memang rugi kalau tak datang. Sebab semua buku² terlajak murah. Hasil dari [pengalaman last year] ke sini. Kalau boleh tahun ni nak terjah jugak. Tapi tak nak bawak #ImanQahirahQhalif. Dan kalau boleh nak gi on weekday. Boleh belek² buku lama sket kan. Misi nak cari buku anak² jer ni. 

Ok...tu jer nak hebohkan. Jangan lupa terjah tau. Memang tak rugi kalau nak borong buku anak² dan juga buku untuk diri sendiri. Berbaloi². Kalau nak more detail, klik [SINI] DAN [SINI]

Note: Cara bercerita macam confident jer pergi...hahaha...Harap² en. bos sudi hantar. Nak kena bagi ayat² cinta ni ☺☺



Datang kali ni siap bawa bola api besar lagi. Memang dasyat serigala ni uols. Kalau siapa yang mi...

Serigala Besar yang Jahat Datang Lagi!!!!


Datang kali ni siap bawa bola api besar lagi. Memang dasyat serigala ni uols. Kalau siapa yang minat serigala ni, boleh datang terjah sini:


BIG BAD WOLF FIREBALL BOOK SALE. Memang ramai peminat serigala ni khenn. Termasuk lah aku. Tapi memang keji lah. Suka buat sale time orang dah kehabisan gaji tau. Memang serigala yang jahat. Buatlah time orang tengah dapat gaji ker...baru dapat bonus ker...baru dapat duit saham ker...best sikit nak shopping...haaisshhhh...

Banyak discount tu. Rugi kalau tak pergi. Macam² jenis buku ada. Masa gi BBW last year pon tak puas lagi membeli. Cissss...serigala ni dah macam memanggil² jer suruh pergi. Siapa yang tak pernah terjah lagi inilah masanya. Memang best sebab buku murah².

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Kbai!!!

Note: Kena spare duit gaji sket ni. Mana tau kalau pergi kan ☺

Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Pla...

Big Bad Wolf Kami Datang!!!



Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononnya lah kan. Sekali plan bertukar. Dari nak bawak QahirahQhalif gi jumpa paed kat Az-zahrah jumaat malam tu, kita gi BBW dulu lah. Esoknya baru gi Az-Zahrah.


On the way nak masuk MIECC tu dah berderet² keta. Tapi bila masuk dalam banyak lagi parking nya. Letih juga nak naik tangga. Nasib tak bawak stroller. Sampai² jer dah teruja tengok buku² yang berlambak tu. Orang pon boleh tahan ramai juga. Sebelum membeli buku, kita isi perut dulu. Kat atas tu ada di sediakan gerai² makan. Harga pon boleh tahan mahal. Nasi lemak seciput harganya dua hinggit.


Hajat di hati nak letak si abah dan anak² kat playground ni jer. Erkkk..abah tukang jaga jer...ahaks...Boleh lah si ibu membelek dan memilih buku dengan amannya tanpa gangguan. Sekali fees mahal lah. RM10.00 untuk sejam. Socks plak RM2.00, anak aku 3 orang. Total RM36.00. Sejam tu belum tentu cukup untuk aku khennn. DI sinilah fasa kesediham bermula sebab terpaksa angkut askar² ku. Faham² lah bila dgn anak² ni kan. Macam² karenah.


Apa² hal, kita babywearing dulu. Si qhalif plak buat perangai. Merengek nak tido gamaknya. Letak dalam Boba 3G nih, tak sampai 10 minit dah lelap. Tapi kan, frust sebab tak dapat nak pilih² buku anak² dan novel. Iyerlah...nak membeli kena lah baca juga sket² jalan ceritanya kan. Si dia plak jenis tak suka crowded² nih dan bukan jenis kaki buku.. Aku rembat mana yang sempat jer...huhuhu...


Yang paling frust, ada bahagian buku kanak² yang aku tak gi. Aku masuk ikut pintu lain. Section buku kanak² ni ada dekat main entrance depan. Masa nak bayar baru perasan sebab kluar ikut situ...uuwwaaaaaa...nak nangis rasanya sebab banyak buku² yang menarik dan murah. Macam buku smurf tu. Nak juga membelek buku anak² kat situ, tapi kang ada yang pandang² jeling², naya haku. Aku suka beli buku anak² nih. 

Nak tunjuk hasil rembatan pon malu ko. Sebab tak banyak sangat pon yang dirembat. Tak sempat nak memilih dan membelek sebab ada orang dah rimas dan penat dengan crowded dalam tu. Pengajarannay...next time kalau ada lagi aku nak gi sorang². Suruh si dia hantar jer. Aman sket kan. Harap² ada lagi lah tahun depan. 

Note: Tak terfikir plak nak amik cuti on weekday gi BBW....haishhhh...


The world's BIGGEST book sale returns to the Klang Valley with 230 NON-STOP HOURS of book ...

Big Bad Wolf Book Sale 2013!!!



The world's BIGGEST book sale returns to the Klang Valley with 230 NON-STOP HOURS of book shopping! We'll be open round the clock to offer 3 MILLION books at 75%-95% off retail price. Countless treasures are waiting - no hearty of the Big Bad Wolf should miss out!

Big Bad Wolf kembali mengganas lagi. Nampak tak...nampak tak...open 24 hours uols. Jangan habiskan duit gaji dulu. Simpan spare untuk beli buku², especially buku untuk anak². Malay books pon ada juga. Last year terlepas peluang nak pergi. Tapi tahun ni tak nak ketinggalan lagi. Harus pergi ni. 

Note: Alhamdulilllah...cuaca baik jer hari ni. 




Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012 Date: 7-23 December 2012 Time: 9.00 am - 9.00 pm ...

The Big Bad Wolf Book Sale 2012: The World's BIGGEST Book Sale!!!



Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2012
Date: 7-23 December 2012
Time: 9.00 am - 9.00 pm
Venue: Mines Convention Center (MIECC)

The World's BIGGEST book sale returns to save your wallets! With a 75%-95% discount on ALL 3 million books, there's no excuse to miss this world-exclusive event!!

For all the sneak peeks, prizes and freebies, log on to http://bigbadwolfbooks.com/ and LIKE us at http://facebook.com/bbwbooks!!


Tu dia...The Big Bad Wolf Book Sale kembali lagi. Buat penggemar² buku di luar sana, jangan lepaskan peluang nih. Buku memang murah². Last year saya pernah pergi. Masa tu buat kat UPM, Serdang sana. Pergi plak last day, orang memang ramai even last day pon. Pilihan plak dah tak banyak especially buku untuk bebudak. Rasa nya macam nak gi lagi sebab nak cari buku untuk anak². Rambang mata tengok harga buku yang murah² wei. Cer tengok kat website BBWB tu, ada disertakan harga skali. Kalau nak pergi nih mau kena amik cuti. 1st day event yang best nya sebab banyak pilihan kan. 

Siapa yang nak gi? Jom ☺☺...nak tumpang...ekekeke...Nak drive dari Bangi ker Mines Convention Center tu mak tak reti lah noks. Mak buta jalan. Tau jalan gi office jer...ekekeke...

Note: Orang² BANGI, jomlah kita gi sini...saya nak tumpang...muahahaha...Memang tak rugi. Buku murah².

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks