Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Bebola Daging. Show all posts
Showing posts with label Bebola Daging. Show all posts

Abaikanlah rupa bebola daging yang hodoh itu. Tapi rasanya sedap hokay. Letak 5 ketul jer. Penjimatan di situ sebab nak makan berulang...

Resipi Bebola Daging yang Simple!!



Abaikanlah rupa bebola daging yang hodoh itu. Tapi rasanya sedap hokay. Letak 5 ketul jer. Penjimatan di situ sebab nak makan berulang kan. Lagi pon buat tak banyak. Kejam kan sampai bebola daging pon nak catu...muahahaha...

Weekend haritu buat spaghetti. Requested by Iman Hakimi. Dah lama minta ibu dia ni buatkan. Tapi asyik lupa nak membeli sos spaghetti. Jadinya...ahad hari tu berlaukkan western food untuk lunch. Memandangkan cendawan dalam tin nan hado. Aku pon terfikir  nak try buat Bebola Daging. Buat penambah perisa. Resipi di hujung jari khennn. Minta tolong pak cik google dan jumpa lah resipi yang simple ni.

Bahan² nya
  • 400g daging kisar
  • 1/2 cawan breadcrumb (atau boleh digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
  • Garam (agak² lah)
  • Basil Kering (jenis serbuk kasar)
  • Lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
Cara² nya
  • Campurkan kesemua bahan hingga sebati
  • Bulat² kan ikut saiz
  • Didihkan air dalam periuk (api kecil)
  • Masukkan bebola daging
  • Biar hingga bebola timbul dan toskan
Senang kan. Memandangkan ada bahan² yang tak der, jadinya aku derhaka sket lah. Lagi pon aku cari resipi yang tak pakai telur sebab telur dah habis. Aku gantikan dengan tepung jagung. Lada sulah plak aku letak lada hitam. Basil pon tak der. Senang kan. Nanti nak buat lagi. Nak buat banyak². Nak goreng boleh, nak bakar pon boleh. 

ImanQahirahQhalif memang suka makan spaghetti. Bertambah² dorang makan especially kimi. Siap puji melangit...'pandainya ibu masak', 'sedapnya ibu masak', 'nanti masak macam ni lagi yer ibu'. Amboiiii...kalau tak puji tu maknanya ibu masak tak sedap lah yer...hehehe...

Note: Seronok jer bila anak² puji masakan kita. Seronok jer tengok bila anak² berselera  makan masakan kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...