Showing posts with label Beauty Review. Show all posts
Showing posts with label Beauty Review. Show all posts

Penjagaan dalaman wanita merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira. Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh para wanita...

Harum Malam | Makanan Tambahan Untuk Wanita Moden

Penjagaan dalaman wanita merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira. Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh para wanita antaranya adalah Keputihan, Gatal-gatal Vagina dan masalah bau badan. Untuk wanita yang sudah berkahwin khasnya, masalah-masalah ni harus ditangani dengan segera kerana ia boleh menggugat keharmonian rumahtangga tau. Kesian kat suami nanti.


Bukan susah nak cari supplement tambahan untuk wanita moden macam kita ni. Banyak pilihan yang ada dipasaran sekarang ni. Antaranya product Harum Malam keluaran Millennial Gen Sdn Bhd. Harum Malam merupakan supplement dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa disamping berkesan semulajadi sebagai perapat. Membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ia juga dapat mencehag masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti seharian. Menarik kan.

Kelebihan dan Khasiat Harum Malam


  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot Rahim
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melawaskan system penghadaman
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Mencantikkan dan menaikkan seri wajah
  • Mengempiskan perut buncit
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Menegangkan payudara

Tu dia. Banyak sangat khasiatnya tau. Kalau korang ada masalah bau badan, apa kata cuba Harum Malam ni. Mana tahu serasi kan. Memang tak suka kalau badan berbau kan. Apa kandunggan yang terdapat dalam Harum Malam ni?


Kandungan Di Dalam Harum Malam



  • Sirih
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Madu
  • Goji
  • Limau Purut
  • Ekstrak Ros
  • Strawberry
  • Pueraria Mirifica (Pueraria Mirifica atau Pueraria Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea)
  • Kayu Serapat
  • Buah Delima
  • Manjakani
  • Pueraria Lobata
  • Senna (Merupakan jenis tanaman berbunga yang banyak manfaatnya)

Woww... Banyak kan kandungan dalam minuman kesihatan Harum Malam ni. Siapa yang sesuai minum Harum Malam ni? Ok... Sesuai utnuk Wanita Berkahwin, Anak Dara, Wanita Berpantang, Ibu yang Menyusukan Anak dan juga untuk golongan usia 50 tahun ke atas. Boleh baca testimoni ni.

Testimoni Dari Pengguna Harum Malam



Cara Pengambilan


Lupa nak pakai sudu plastik... ppffttt...

1 sudu sebelum sarapan pagi dan 1 sudu sebelum tidur. Pastikan korang pakai sudu plastik sebab kandungan dalam Harum Malam mengandungi madu. Kalau pakai sudu besi dikhuatiri akan hilang khasiatnya. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. 

Rasa Harum Malam?


Aku suka rasanya sebab sedap dan tak berapa manis. Just nice rasanya. Memang boleh di terima dek tekak lah. Aku memang sejenis yang tak suka makan ubat jenis cecair selain daripada madu. Tapi Harum Malam ni tekak aku boleh terima. Kalau korang nak cuba, 

Harga Harum Malam


Tak mahal pon harganya. Cuma RM33.00/SM dan RM39.00/SS untuk 250ml. Tapi korang kena pastikan yang original. Macam mana nak tahu original atau tiruan? Yang original ada hologram seperti dalam gambarajah.

Kalau nak tahu info lanjut pasal Harum Malam atau nak buat pembelian, boleh rujuk:

Website:


FB Page:


Instagram: 


Address:

Millennial Gen Sdn Bhd   
11G, Jalan Keluli AL7/AL 
Pusat Perniagaan Bukit Raja 
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor  
Handphone: 010 404 2769  
Pejabat: 03 3358 5344  

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga meli...

Review | Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga melibatkan kawasan tertutup seperti bawah lengan, kawasan keintiman dan kawasan-kawasan lain juga tau. Bercukur merupakan salah satu perkara yang penting dan perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihan. Kadang-kadang nak bercukur pon rasa ngeri jugak. Ngeri sebab takut terluka. Memang kena berhati-hati juga ketika menggunakan pisau cukur. Salah cukur memang boleh mendatangkan kecederaan. Nak buat Brazilian wax… Lagi lah tak berani woihhh!!! Macam ngeri jer.


Tapi sekarang ni para wanita diluar sana tak perlu risau dan gusar bila nak bercukur kerana VEET akan membantu anda semua dengan alat elektronik penaggal bulu pertama yang baru bagi memudahkan proses penjagaan dan perapian semasa bercukur iaitu VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Ianya direka khas untuk penampilan yang sempurna, menarik dan pada masa yang sama ianya sangat mudah, cepat dan lembut pada kulit.


Dah boleh ucap selamat tinggal pada pisau pencukur, pencabut bulu dan seangkatan dengannya lah. Selamat datang untuk VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Yang bestnya dengan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni sebab ianya pelbagai guna. Bukan setakat untuk keguaan bawah lengan dan kawasan intim. Tapi juga boleh untuk membentuk dan merapikan kening, merapikan sideburns serta boleh membuang bulu-bulu halus dikawasan muka.

Antara barang-barang yang terdapat didalam set VEET SENSITIVE TOUCH BEAUTY TRIMMER 



Face:

1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
1 x Styler cap

Other Body Areas:

1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length

Other Accessories:

1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
1 x AA Battery


Aku berpeluang untuk mencuba sendiri VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER dan hasilnya amat memuaskan. Masa mula-mula pakai tu, agak terkial-kial jugak sebab 1st time pakai peranti elektronik untuk bercukur kan. Tapi lama-lama kau akan biasa menggunakannya. Dah tak payah risau pasal terluka lagi. Menjimatkan masa kau jugak... hahaha... Yang paling best, saiz nya yang kecil dan comel serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja, packaging nya yang berwarna pink, senang nak pakai, aksesori yang berbeza untuk setiap bahagian dan mencukur dengan tepat dan lembut.

Kalau korang nak beli atau dapatkan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni, harganya RM119.00 dan dijual di farmasi utama di seluruh negara serta ada dijual didalam talian. 

Kalau nak lebih lanjut, korang boleh layari:

Website


Facebook 




Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik  Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering di...

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik

Neutrogena® Deep Clean Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Cantik 

Memiliki masalah kulit pada wajah merupakan antara perkara yang sering dihadapi oleh para wanita seperti kulit berjerawat, kulit berminyak. tona tak sekata, jeragat dan lain-lain lagi. Faktor ini menyebabkan mereka yang mempunyai masalah kulit hilang keyakinan diri dan rasa malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Iyerlah… bila kulit tak berapa nak cantik kan. Mula lah ada mata-mata yang memandang sinis.

Alhamdulillah… Aku tidak mempunyai masalah kulit wajah yang teruk kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tipulah kalau aku cakap kulit aku bersih. Masalah kulit berminyak ada masa datang menyerang juga. Jerawat apatah lagi. Lebih-lebih lagi bila usia dah makin meningkat ni. Jeragat dah mula nak menyerang. Scary hokay. Tapi masih dalam kawalan lah. Jadinya… baik kita bersiap sedia dengan menjaga kesihatan kulit wajah kita… haaa gittewww…

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit pada wajah, pemilihan product penjagaan wajah yang tidak bersesuaian juga antara factor penyumbang kulit makin teruk. Kalau tak nak kulit bertambah teruk, kena lah cari product penjagaan kulit yang memfokuskan kepada penyelesaian kesihatan kulit bermula daripada permbersih muka, serum pelembap, masker serta losyen perlindngan matahari. Seperti product Neutrogena®.


Kenapa Neutrogena®? Sebab baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba sendiri product Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena®. Yang bestnya, Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® yang diberi untuk dicuba ini mengikut kesesuaiaan kulit aku tau. Antaranya Deep Clean Cleansing Oil to Foam, Deep Clean Foaming Cleanser dan juga Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Apa fungsi nya? Ok… Aku terangkan satu persatu.

DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM


  • Untuk kulit normal / kombinasi - Dengan ekstrak Rosemary yang kaya dengan Nutrisi dan Antioksidan
  • Proses Dual-transformasi (mengubah dari minyak gel kepada krim lembut berbuih). Menjadikan kulit lembut, mudah dicuci dan membantu kulit berasa bersih dan sihat
  • Minyak-gel yang mengandungi ekstrak daun Oleifera secara perlahan-lahan membuang semua 

DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER


  • Pembersih muka yang menyegarkan. Teliti dalam Menghilangkan kotoran, minyak dan sel-sel kulit mati di samping memberikan kawalan minyak yang berpanjangan untuk meningkatkan rupa dan rasa kulit.
  • Formula ini terbukti secara klinikal. Buih berkrim yang membuang kekotoran kulit yang boleh terkumpul di dalam liang seperti minyak berlebihan, kotoran dan make-up.
  • Formula kawalan minyak membantu mengurangkan permukaan minyak yang sama mengekalkan keseimbangan dan kelembapan semula jadi kulit untuk mengekalkan kulit yang jelas, segar dan sihat.
    • Bebas Minyak
    • Diuji Dermatologi
    • Non-comedogenic

DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING SCRUB


  • Membantu untuk menghapuskan bintik hitam dengan berkesan dari yang pertama digunakan dan menghalang bintik hitam datang kembali, untuk kulit yang jelas & sihat!
  • Microbeads yang boleh berkesan, tetapi terkelupas kulit dengan perlahan-lahan
  • "Fighting Complex Blackhead", menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk membubarkan minyak yang berlebihan untuk membantu menghapuskan bintik hitam degil. Menghalang pembentukan baru daripada terbentuk dengan penggunaan berterusan.
  • Bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesanan kawalan minyak. Jelas membantu dan memperbaiki liang.
    • Diuji Dermatologi
    • Oil free Hypoallergenic.
    • Non-comedogenic

Best ker pakai Neutrogena® ni? Apa hasilnya? Mana yang paling best? Tu dia. Soalan cliché yang orang akan tanya kan. Ok… Overall memang best product Neutrogena® ni sebab product Neutrogena® adalah product yang berkualiti tinggi dan terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang berkesan pada penggunanya.

Aku suka ketiga-tiga product yang terdapat dalam Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena® ni sebab aku dah cuba ketiga-tiganya. Untuk Deep Clean Cleansing Oil to Foam, baunya memang wangi sangat. Hanya tuangkan sedikit saja ditangan… dah berbuih. Sesuai untuk cucian muka dan juga untuk hilangkan kesan solekan. Untuk kaki-kaki make-up, korang boleh cuba nih. Memang best. Deep Clean Foaming Cleanser pulak, pon wangi jugak. Sesuai untuk kulit aku yang ada masanya berminyak jugak ni. Rasa bersih kulit muka lepas pakai.


Dan yang paling aku suka… Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Tersangatlah best bila pakai. Selalunya kalau scrub lain dia punya texture kasar-kasar kan. Tapi Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® tak kasar. Halus dan lembut jer texture nya. Bila kau gosok kat muka pon rasa best sebab kehalusan dan kelembutan texture nya tu. Lepas dah cuci lagi lah tersangat best. Sebab kulit kau rasa halus dan bersih… Halus selembut kulit bayi gittew. Kulit muka pon rasa lembap.

Kalau korang nak kulit muka licin dan tak kasar macam jalan tar tu… ekekeke… Boleh lah try Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub dari Neutrogena® ni. Bukan setakat menghaluskan kulit dan mengawal muka yang berminyak macam aku ni. Boleh juga menghapuskan bintik-bintik hitam @ Blackhead degil pada wajah. Packaging pon menarik dan senang dibawa kemana-mana. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang product Neutrogena®, boleh layari Facebook [Neutrogena Malaysia] dan Instagram [@neutrogenamy]


SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Memiliki kulit yang cantik berseri menjadi impian setiap pa...

SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna

SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna


Memiliki kulit yang cantik berseri menjadi impian setiap para wanita. Siapa yang tak nak kulit cantik dan sihat kan. Antara penyebab masalah kulit terjadi kerana keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

SAFI... Jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Wahhhh... SAFI memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna,


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Katanya lagi... “Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis. Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan

d) Sesuai untuk semua jenis kulit


SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan

c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol


SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

 Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



Bila sebut jer Sephora … Wowww… Dah terbayang barangan makeup. Sephora merupakan rangkaian kedai kosmetik yang menyediakan perbagai baranga...

Dapatkan Product Estee Lauder Di Sephora.my

Bila sebut jer Sephora… Wowww… Dah terbayang barangan makeup. Sephora merupakan rangkaian kedai kosmetik yang menyediakan perbagai barangan produk. Antaranya penjagaan kulit, alat solek, wangian, penjagaan badan dan rambut dan macam-macam lagi lah. Terdapat juga pelbagai jenama termasuklah dari jenamanya sendiri iaitu Sephora. 


Ni nak bagitau kaki-kaki makeup terutamanya peminat makeup dari jenama Estee Lauder. Korang tak payah susah-susah nak drive, nak cari parking, nak beratur panjang dalam traffic jammed atau bersesak-sesak dalam gedung Sephora sebab korang boleh dapatkan barangan makeup jenama Estee Lauder ni secara atas talian hanya di sephora.my sahaja. Semuanya dihujung jari sekarang kan. Janji ada internet yang pantas dan laju.

Memang rambang mata lah kalau korang bukak website Sephora sebab macam-macam barangan Estee Lauder ada dalam nih. Sampai kau tak tahu nak beli yang mana sebab semuanya best-best. Kalau kau pergi sendiri gedung Sephora ni mau pengsan tengok barangan kecantikan yang banyak tu. Kalau tengok kat website, boleh kawal nafsu sikit kan. Haaaa… gittew kisahnya. 


Macam aku ni kan, beberapa kali bukak website Sephora masih tak dapat nak buat keputusan barang apa yang nak dibeli. Sebab kalau boleh nak beli semua... hahaha… macam lah kau ni pakai makeup. Setakat pakai lipstick dengan compact powder kira ber makeup jugak lah muka tu kan. Ok… Jom tengok barang apa yang aku sambar dekat Sephora ni.


Estee Lauder Double Wear Cushion BB - All Day Wear Liquid Compact SPF 50 / PA+++ | Bestnya pakai. Tak payah nak touch-up lebih-lebih. Sapu sikit dan bagi rata jer dah dapat menutup garis-garis halus dan kesan jerawat pada muka dapat dikurangkan. Memang kulit nampak licin dan bebas minyak lah sebab tahap SPF yang tinggi pada Estee Lauder Double Wear Cusion BB (Sand) ni dapat mengawal minyak dan bersinar. Ia juga kalis air. Yang ni memang bestsellers


Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick | Dalam memilih kaler lipstick, aku memang bermasalah sebab rambang mata nak pilih kaler… hahaha… Tak tahu nak pilih kaler apa. Kang salah pilih, tak sesuai lah pulak kan. Last-last aku pilih Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick kaler Unattainable. Bila pakai lipstick ni kau rasa seksi… auwwwww… sebab warnanya yang cantik dan gincu ni menekankan bentuk bibir. Rasa licin, lapisan bibir sama rata dan lembut serta meluncur dengan lancar bila kau pakai. Wahhhh… ayat kau. Bestsellers jugak ni. Kau kalau pilih nak yang best jer kan… ngeee…


Ini lah 2 barang jenama Estee Lauder yang aku sambar. Disertakan sekali gambar #makanakempat yang comel dan perasan muda melaram dengan lipstick seksi Estee Lauder Pure Color Envy Matte Sculpting Lipstick (Unattainable) dan Estee Lauder Double Wear Cusion BB (Sand) yang tersangat best ni. Apa lagi… Kalau korang nak shopping barangan kegemaran dari jenama Estee Lauder, boleh klik [SINI]

Note: Merasa jugak rezeki pakai barangan dari jenama Antarabangsa ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...